Social Icons

Thursday, September 9, 2010

Salam Aidilfitri 1431H, Maaf Zahir & Batin


Assalamualaikum readers,
Yang di atas tu nak kata kad raya bukan kat raya, mungkin kategori ucapan raya je lah kot. Saya bukan buta IT, tapi agak rabun IT, jadi ucapan seperti itu sajalah yang mampu dihasilkan dalam masa yang singkat. Panjut tu original dari laman di rumah kami, tukang ambil gambar pulak ialah Abang Arman biras saya (acknowledgement ni tau!:p)

Seperti yang dijanjikan mungkin ini entry terakhir menjelang 1 Syawal nanti. InsyaAllah kalau tiada aral pagi ini kami akan balik ke kampung halaman suami saya, walau tak jauh mana tapi semangat tetap semangat, hehe.

Jadual aktiviti kami sempena aidilfitri tahun ni (bajet artis?:p) :

Pre-raya - Aktiviti hari ni adalah membakar lemang di kampung halaman en.rizal. kalau ada kesempatan boleh buat entry pasal lemang tapi bukanlah hari ni. Takkan orang sibuk buat lemang kita sibuk tulis blog ye dak?:p pstttt... dengar cerita nak dekat 30 batang buluh lemang yang menanti. awww!


Raya pertama - di kampung halaman en.rizal. tahun ni turn belah suami. oh, ungu sedondon:p


Raya kedua - ke kampung halaman saya lah pulak ye dak. kami dekat saja, masih dalam negeri perak terchenta, jadi boleh "lari". mudah kan? nak mudah macam saya? cari orang senegeri:p hihihiii.. tahun ni tema kaler oren.


Raya ketiga - attending walimatul urus sepupu en.rizal.


Raya keempat - attending house warming rumah Kak Gee & Abang Man, hehe


Raya kelima - organizing du'a selamat & house warming di rumah yang tak seberapa ini. jemput datang siapa yang berkesempatan ya!


Raya ke-n - jalan-jalan beraya, makan sampai pengsan:p


Pesanan untuk kalian semua, hati-hati di jalan raya semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing. siapa nak buat open house jemput2lah kami sekali yer, hehehe.

Hingga kita ketemu lagi di lembaran Syawal:)

p/s: mesti rindu nak ber-blogging nnt


1 comment:

sweetsal said...

siap ada planning lagi..bagus tu..hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...