Social Icons

Thursday, October 20, 2011

Pengembangan diri, bukan perkembangan. LoL.

Lama tak tulis pasal perkembangan diri sendiri. Yes, memang lah tepat sekali, anda memang dah tahu apa saya nak cakap kan? perkembangan yang amat ketara adalah pengembangan diri dari pelbagai sudut, hahahaa:P Terima kasih la pada orang2 terdekat dengan saya yang sentiasa buat saya senang hati lalu makan tak henti-henti hingga badan jadi begini. LOL




Bukan pasal pengembangan diri, nak cerita pasal konflik sebenarnya. Konflik antara nak ikut ilmu yang tertulis dalam buku atau ilmu turun temurun yang diajar oleh sifu. Dua2 betul dan terbukti, jadi saya perlu ikut yang mana? Saya perlukan nasihat dari sifu2 yang lain. Tolongggg!!




Keduanya, saya risaukan progress kerja saya. Banyaknya kerja yang menanti menjelang akhir tahun ni. Yang hakiki pasti kena jawab dalam SKT, yang sampingan pun sudah jadi amanah juga tak boleh dipersiakan. Fokus teha fokuss! Boss, kalau tahun depan dan tahun selanjutnya semua kerja sampingan tolak ke tepi sekejap boleh?




Ketiganya, punyalah saya risau nak hantar email kepada bakal supervisor dah telah didraft berkajang2, siap hantar draft email pada sahabat di UKM dulu untuk dia proof-reading. Hahahaaa. Adoih la teha. Tapi serius, dengar nama je dah gerun, tu pasal nak tekan button "send" rasa macam nak tekan picu pistol di kepala sendiri:P my gerun with respect, for you, Prof. Sheila Nathan!




Keempatnya, saya risau sebab banyak benda yang saya risau tapi saya tetap tak risau apabila asyik makan dengan jayanya. Rasanya dalam banyak2 risau, benda ke-4 ni yang saya patut risau dulu. Badan gemuk nanti otak lembab, macamana nak buat kerja bagus2 kan?




Oklah, mata melilau sana sini bila tersedar jam dah pukul 6:30 petang dan kesorangan dalam bilik. Di luar pulak hujan renyai. Kejap lagi dah nak masuk maghrib. Saya perlu pulang.


Sekian royanan.








Monday, October 17, 2011

Sedihnya tgk!


Ya allah, sedihnya.
Minta dijauhkan dari orang yang tak berperikemanusiaan macam ni!
Moga adik yang sedang koma sekarang ni terus survive! Aminn..!


Friday, October 7, 2011

Ringkasan Bajet 2012 :)

Walaupun petang tadi sudah miss out Pembentangan Bajet2012 secara langsung (terlena di sofa akibat penangan ubat batuk & selsema, huhu!) terima kasih bagi para blogger yang sudi buat ringkasan Bajet2012 ni. Walau tak semua diperhalusi sejelasnya lagi, tapi nampaknya bajet tahun mendatang ini lebih mesra rakyat, seolah mereka dengar keluhan kita. Terima kasih Kerajaan Malaysia;) 


Buat penjawat awam (seperti saya juga:p), beberapa insentif untuk menghargai jentera yang berkhidmat sepanjang tahun 2011 yang baru dibentangkan tadi pastinya membuatkan ramai bersyukur, walaupun increment tahunan tidak mencanak2 naik dan pemberian bonus cuma separuh bulan, bukan 3,4,6 atau 8 bulan macam syarikat swasta:) 


Saya kongsikan Ringkasan Bajet2012 ni, kredit kepada Blog Eyriqazz ini :) 








Laporan terkini/langsung Pembentangan Bajet 2012. Antara Ringkasan/Intipati Bajet 2012 adalah :

1) Antara tahun 2011-2020, kesemua program transformasi akan dilaksanakan di bawah Dasar Transformasi Nasional.
2) Kemasukan pelaburan asing di Msia adalah tertinggi di Asia. Dalam 6 bulan pertama 2011 ia telah mencapai RM21.2 bilion.  

3) KDNK bagi tempoh separuh pertama 2011 ialah 4.4%, didorong perkembangan ekonomi domestic yang kekal mantap.

4) Pendapatan Kerajaan Persekutuan bagi 2012 dianggar meningkat 1.9% kepada RM186.9 bilion. 

5) Tema #Bajet2012 ialah “Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara”.

6) Pada 2012, Kerajaan akan peruntuk RM978 juta utk merancakkan pembangunan di 5 wilayah koridor.

7)Pengecualian cukai pendapatan bg penerbitan & urusniaga sukuk bukan ringgit dilanjutkan lagi 3 tahun hingga 2014. 


8) Peneroka FELDA akan terima “durian runtuh” yang mana jumlahnya akan diumumkan sebelum penyenaraian dilakukan


9) SME Revitalisation Fund berjumlah RM100juta akan menawarkan pinjaman mudah dgn maksimum RM1juta bagi peniaga dari Januari 2012.


10)Pengecualian sepenuhnya duti import & duti eksais bagi mengimport kereta hibrid & elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.


11) Pelan Induk Lima Tahun Pembangunan Pelancongan Langkawi akan dilancarkan dengan peruntukan pembangunan RM420juta. 


12) Msia Healthcare Travel Council akan diperbadankan utk bangunkan & promosi negara sbg destinasi utama penjagaan kesihatan.

13) Kadar cukai keuntungan hartanah (RPGT) akan dikaji semula agar tidak jejas golongan berpendapatan sederhana-rendah miliki rumah.


14)Kerajaan peruntukkan RM100juta utk inovasi termasuk memperkenalkan Anugerah Cipta 1Msia (C1PTA) utk iktiraf rekacipta pelajar.


15) Sektor pendidikan akan dapat RM50.2bln utk melahirkan tenaga kerja berbakat, kreatif & inovatif.


16) Buat pertama kalinya, Krjn akan mansuhkan yuran pendidikan rendah & menengah di semua sekolah2 krjn. 


17) : Utk mantapkan modal insan sektor swasta, insentif akan diberi termasuk potongan dua kali ke atas pemberian biasiswa.


18) Krjn akan panjangkan prgm bekalan air bersih kpd komuniti di Sabah dgn peruntukan RM50juta.


19) RM5bln adalah utk pembangunan infrastruktur asas luar bandar, termasuk RM1.8bln utk Jalan Luar Bandar & Jalan Perhubungan Desa.


20) Krjn akan peruntuk RM400juta utk naiktaraf infrastruktur bekalan air secara berperingkat di kws2 FELDA yg terpilih.


21) 600,000 pesara krjn akan dapat kenaikan pencen pesara sebanyak 2% setahun


22) Mulai 2012, kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred


23) The Government will extend the compulsory retirement age from 58 to 60 years old to optimise civil servants’ contribution.


24) Krjn akan tawar bantuan yuran pengajian kpd penjawat awam, termasuk 5,000 peluang ijazah sarjana & 500 kedoktoran falsafah.


25) Krjn kenang jasa polis khas &polis tambahan masa zaman darurat, akan beri RM3,000 kpd stp bekas anggota serta duda & balu mereka


26) Dasar Agro Makanan Negara 2011-2020 akan dilaksana & RM1.1bln akan diperuntukkan utk pembangunan sector pertanian.


27) Bagi Skim Rumah Pertamaku, had maksimum harga rumah akan dinaikkan kpd RM400,000 drpd RM220,000.



28) Krjn akan terus melaksanakan Prgm Perumahan Rakyat (PPP) di seluruh negara dgn membina 75,000 unit rumah mampu milik.


29) RM63 juta untuk memulihkan 1,270 rumah terbengkalai. RM40 juta utk baik pulih dan menyelenggara rumah kos rendah awam dan swasta



30) Perkhidmatan kesihatan akan diperuntukkan RM15 bln utk perbelanjaan mengurus dan RM1.8bln utk pembangunan. 



31) Skim Amanah Rakyat (SARA 1Msia) akan memanfaatkan 100,000 isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan. 


32)  Bg bantu pemilik teksi bajet persendirian hadapi kos operasi tinggi, akan dibantu termasuk pengecualian cukai pembelian teksi.


33) Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan akan memastikan setiap individu yg didakwa di mahkamah akan diberi bantuan guaman percuma.


34)  Peruntukan RM10juta akan disediakan utk melatih wanita professional utk kembali ke pasaran kerja


35) Kerajaan akan sediakan perkhidmatan suntikan percuma imunisasi HPV di seluruh negara untuk mengatasi kanser servik



36)  RM200juta akan disediakan utk melatih belia yg tlh meninggalkan sekolah melalui Prgm Strategik utk Belia 1Msia (SAY 1Msia)

37) RM15juta akan diperuntukkan utk bina gelanggang futsal agar matlamat “Satu Gelanggang Satu Mukim” dpt dicapai.

38)  Warga emas berumur 60 thn ke atas akan dikecualikan caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital & klinik kesihatan.

39) Bantuan sebanyak RM500 akan diberi kpd isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah.

40) Book voucher worth RM200 will be given to Malaysian students in all private and public institutions of higher learning

41) Kakitangan kerajaan akan dapat tambahan bonus setengah bulan gaji & bayaran bantuan RM500 kpd pesara krjn.

42) Pencarum KWSP blh daftar awal giliralan ibadat Haji melalui penghadangan Akaun2 sebanyak RM1,300.

43) Ahli-ahli Parlimen Msia akan diberi elaun baru setelah jumlahnya dipersetujui nanti, bermula 1 Januari 2012






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...