Social Icons

Wednesday, October 22, 2014

CCM : Penang (Part 3) : Makanan yang sedap

Buat yang tertunggu review ini - Khairunnisa' dan Faziatun Nisa' (nama pun dah nak sama nih).

Sambungan dari CCM Penang Part 1 dan CCM Penang Part 2.

Memang terkenang-kenang kesedapan makanan-makanan yang terdapat di Penang ni.
Nasi kandar.
Pasembor.
Laksa.
Char Kuey Tiaw.

Rasa nak pergi Penang lagi.

1. Nasi Kandar

Ada baaaanyak sangat kedai nasi kandar kat penang ni. setiap lorong kedai, setiap jalan, setiap bangunan, setiap setiap la. Saya pasti semuanya sedap. Antara banyak-banyak pilihan, kami memilih untuk ke Nasi Kandar Line Clear yang terletak di Jalan Penang, Georgetown.

Parking amat susah di town ni, maka ada disediakan kwsn parking berbyr utk pelanggan2 sekitar jalan tu.
Ini pintu masuk belakang ke Nasi Kandar Line Clear dari tempat parking. 

Ini pintu masuk belakang ke Nasi Kandar Line Clear dari tempat parking. 

Menu kami. Harganya RM 30.50.
2 Nasi beriyani, 2 ketul ayam, telur ikan (sgt bykkk), sotong, sayur, air bali dan teh ais. 
Review : 
- Kami berdua sependapat bahawa nasi kandar Salim di Jalan Bahru off Jalan Tokong Ipoh lagi sedapp. Kuahnya kurang menyengat. Ayam, sotong memang lembut. Jangan kecil hati pulak ya peminat nasi kandar line clear. 
- Kalau nak diberikan bintang, kami berikan 3.5 dari 5.0 bintang. 
- Servisnya cepat dan semua staff peramah melayan pelanggan, 5 bintang 
- Kebersihan pula, restoren bersih tapi mungkin disebabkan kami masuk ikut "jalan belakang" menyebabkan kami boleh nampak apa yang tak patut dinampak. Tapi bukan pada kawasan restoren tu lah, lorong belakang tu, banyak sangat tikus yang sihat2. mujurlah dah selesai makan dan dah nak balik ke parking baru saya perasan. Kalaulah mereka boleh buat sesuatu dengan tikus2 tu. 


2. Pasembor 

Melalui review yang kami perolehi, Pasembor Menari yang terletak di Gurney Drive ni amat digemari ramai. Gerainya No 9. Kami singgah untuk makan di sini dan siap bungkus lagi untuk makan di hotel nanti :p Gambar dalam handphone suami pulak, nanti suruh dia hantar & saya akan update entry ini ya. 

Ramai yang bagi nasihat makan di gerai pasembor ni takut kena ketuk. Bagi saya sebenarnya tak timbul masalah bila harga setiap pilihan makanan telah terpampang. Contohnya ketam/sotong dari RM 8 hingga RM 15 seekor (tengok saiz), Udang RM 5-8 seekor. Fishball fishcake pun ada harganya. Setidaknya boleh estimate sendiri kan. 




3. Char Kuey Tiaw 

Ikut review blog-blog sebelum ini, ada beberapa gerai char kuey tiaw yang selalu jadi perhatian pelancong-pelancong, iaitu Mady Char Kuey Tiaw, Bob Char Kuey Tiaw dan An CKT. Malang, dan malang sekali. Kami dah pergi ke ketiga-tiga tempat yang dicadangkan tapiiiii... Mady dan Bob CKT tutup, manakala An CKT hanya bukak pada pukul 10 malam ke atas, sedangkan masa tu baru pukul 6 petang dan kami tengah kelaparan gila-gila. 

Dalam hati fikir, dalam banyak2 hari apasal la korang semua tutup hari kami datang ni, hahahahaa. takleh terima betul bila tak jumpa CKT kat Penang ni. Suami pulak nak memujuk,  cadangkan supaya lupakan CKT dan malam tu dinner di hotel saja, tapi nak dijadikan cerita dan rezeki kami jugak, sebelum belok ke Hard Rock Hotel Penang, suami kata macam ada nampak gerai CKT bertentangan dengan hotel. Kami pun ushar tengok. 

Tak sampai pun 200 meter ke hadapan (kami tak pernah lagi berjalan2 ke arah depan sana - hala ke Teluk Bahang), ada gerai Slow Rock Cafe yang salah satu menu istimewanya adalah CKT. Hadoihhh. nak dekat 20 kilometer kami melarat dalam trafic jammed dari Feringghi nak ke Bob CKT di Georgetown, sekali ada gerai 200 meter je dari hotel. 

Senyum sampai telingaaa! 
CKT special dalamnya ada daging lembu, ayam, udang dan sotong serta telur mata, harganya RM 15.00 sepinggan. Serius sedap dan banyaaakkk gila. 



Review : 
- Sumpah sedap 
- Siapa duduk area Feringghi tak perlu pergi jauh-jauh. Mady CKT di Feringghi jugak, berhampiran Petronas, cuma kami tak pasti waktu operasinya bila. 
- Kalau nak diratekan dengan bintang saya bagi 5.1 dari 5.0 bintang. hehehe. serius puas hati. boleh pergi lagi. 


4. Laksa 

Satu lagi makanan yang kategori 'kalau tak pekena tak sah mai penang' adalah laksa. Dalam banyak-banyak review jugak yang mendapat rekemendasi tinggi adalah "Laksa Janggus" yang terletak di Kampung Perlis, Balik Pulau. Selepas checked out dari hotel, kami terus menghala ke Balik Pulau ikut laluan Teluk Bahang dan Dusun Durian semua. Dapat nombor telefon kedai laksa dari GPS, bila call rupanya kedai ni bukak pukul 3:30 petang. Apa lagi, punyalah slow and steady macam orang bercinta dalam kereta husband saya bawak kereta. hehehheheee... 

Sampai depan kedai, memang sah tak bukak lagi. Kami pun berjalan2 sekitar town dan berpatah balik ke gerai laksa ni. Masa tu dalam pukul 3:45 petang. Orang dah mula datang. 




Harga laksa adalah RM 3.50 untuk laksa biasa (tanpa telur) dan RM 4.00 untuk laksa special (ada telur). Tengok tong kuah laksa depa ni, punyalah besar. boleh buat mandi. 

Ada gerai jual pisang dan ubi goreng jugak, boleh try. kami bungkus saja untuk makan dalam kereta. 

Review 
- Sedap. Puas hati tunggu hampir 2 jam :p Siap tapau 10 bungkus untuk habuan mak, keluarga kakak ipar dan jiran. hihi. 
- kebersihan pun nampaknya terjaga, walaupun faham je lah kan bila menu berasaskan ikan ni. tempat bersih, takda lalat. ruang makan pun selesa dan luas. 
- bintang diberi adalah 5 bintangg!! 


Itulah alkisahnya pasal makanan tempatan yang kami dah cuba sepanjang 3 hari 2 malam di Pulau Pinang. Ikutkan banyak lagi kena cuba tu, tapi bak kata suami saya "bila lagi masa nak makan, hat ni pun dah kenyang taktahu mana nak sumbat dah". 

Semoga ada yang mendapat manfaat dari perkongsian ini okeh ^__^ 




22 Oktober 2014 : 5:55 pm 

CCM : Penang 2014 (Part 2) - Penang Street Art

Assalamualaikum.

Entry khas ditujukan buat adik Khairunnisa' Jamaludin:) Terlebih dulu maaf anda review ini tak seberapa dan tak sempurna, namun diharap dapat bantu Nisa':)

Tak banyak tempat yang kami lawati sebenarnya. Selain dari faktor honeymoon, faktor "dah pernah pergi" juga mempengaruhi keputusan "tak payah pergi lah kali ni" dalam trip ni. Kalau nak diikutkan Pulau Pinang merupakan destinasi pelancongan yang amat terkenal di dalam dan luar negara dan banyak tempat menarik dan pelbagai aktiviti boleh dibuat sewaktu bercuti di sini. Boleh juga lawati laman web Tourism Penang ni, sangat informative http://www.tourismpenang.net.my. 

Antara tempat menarik untuk dilawati :
1. Bukit Bendera (lama tak pergi, walaupun dah pernah pergi lama dulu, kami skip)
2. Muzium (kebanyakan muzium tak pernah pergi, suami tak minat pula pergi muzium, toy museum jugak tak pergi)
3. Tokong Ular (tak pergi)
4. ESCAPE (tak pergi)
5. Batu Feringghi
6. Street Art (tak dapat parking walaupun berjam tawaf!)
7. Taman Negara Pulau Pinang (tak pergi jugak)

Oleh kerana entry ini khas untuk Street Art, jadi tumpuan dah tentu pd Street Art :) 

Untuk pengetahuan semua, lukisan dinding ni terletak di lokasi yang berbeza-beza sekitar bandar georgetown. Ada yg terletak di Ah Quee Street, Pengkalan Weld & Armenian Street. Kami menghampiri Ah Quee street sekitar jam 11 pagi Sabtu. Tak boleh kira dah berapa kali tawaf kawasan tu tapi mmg langsing takda parking. Menjelang pukul 12 tghari akhir kami give up & terus set GPS ke Nasi Kandar Line Clear, boleh gitu? 

Nak dipendekkan cerita sampai ke sudah kami tak pergi dah tempat ni. Kebetulan masa meronda di pasar malam feringhi malam minggu tu terjumpa fridge magnet gambar2 lukisan dinding ni. Saya pun buat keputusan beli semua koleksi tersebut. Hahahaaa. 

Saksikanlah, fridge magnet yang harganya RM 10 untuk 4 pcs :p 







Tips untuk ke Street Art ni, elok la bermula seawal pagi. Kalau dah pukul 10 pagi ke atas tu, kawasan tu dah sesak dan adalah amat susah cari parking. Satu cara lagi, adalah parking lah mana pun yang dapat sekitar kawasan tu atau jauh sikit, kemudian naiklah beca dari satu lorong ke satu lorong.

Good luck ya!

InsyaAllah entry lepas ni pasal makanan di Penang pula ya :)

Entry lain berkenaan Penang (klik pada tajuk di bawah)
- Hard Rock Hotel Penang 
- Makanan yang best di Penang 


I miss penang !

22 Oktober 2014 : 2.44 pm 

CCM : Penang (Part 1) - Hard Rock Hotel Penang

Assalamualaikum. 

Entry kali ni nak berkongsi pasal percutian 3 hari 2 malam kami di Pulau Pinang sempena ulangtahun perkahwinan yang tak lama lagi (advanced celebration hehe). Lama sungguh tak bercuti di Penang ni, ada pun 2 tahun lepas berkursus di Tanjung Bungah. Kali ini kami memilih Hotel Hard Rock (HRH) yang terletak di Batu Feringhi, lokasinya bersebelahan dengan Hotel Bayview. Ini juga pertama kali kami menginap di HRH. 

Sedikit pengenalan kepada HRH ni yang dah pun mencecah usia 5 tahun dari pembukaannya. Rasa macam baru bukak je kan. Secara globalnya HRH hanya terdapat 3 buah iaitu HRH Bali, HRH Pattaya dan HRH Penang, namun Hard Rock Cafe (HRC) ada lebih 170 buah di serata dunia, di Malaysia sendiri ada HRC Kuala Lumpur, HRC Melaka dan HRC Penang sendiri. Bagi HRH Penang, konsepnya sangat lain dari yang lain. Interiornya sarat dengan hiasan konsep 'rock' dan setiap sudutnya pasti dipamerkan pelbagai unsur rock termasuk sejarah, lagenda rock dunia, pakaian dan aksesori yg digunakan, kenderaan yg mereka gunakan, album rock dulu hingga sekarang, alatan muzik yg digunakan.





1. Bilik 

Jenis bilik yang ditawarkan 
Pilihan bilik pula kami pilih Lagoon Deluxe. Istimewanya bilik ini adalah ada akses terus ke swimming pool terus dari balkoni bilik, cumanya pool ni berkongsi dengan hotel guest yang lain. Pool nya berbentuk memanjang di sepanjang bangunan dan menghala ke pool utama. Buka saja sliding door balkoni, boleh terus turun ke pool. Sangat sesuai bagi semua yang minat mandi manda dan beriadah dalam air, hehe:) 

Peralatan lain yang disediakan termasuk tv skrin leper, sistem audio yang hebat dipersiapkan dengan himpunan muzik-muzik rock, himpunan filem. Boleh klik ke alamat laman web ini untuk infomasi lanjut tentang jenis bilik Hard Rock Hotel Penang (klik sini)














2. Makanan 

Makanan di HRH kalau ikutkan selera saya dan suami kami beri 3 dari 5 bintang. Sarapan pagi international memang banyak variati cuma rasanya biasa-biasa saja bagi kami (sorry takda gambar pulak di coffee house, ada video je). Makan malam dan tengahari kami tak cuba melainkan ada pesan supper iaitu cheese cake dan creme brule yang sedap. Rancangan asal nak memerap di hotel dan pesan makanan hotel tersasar bila terbaca terlalu banyak review makanan yang sedap2 yang boleh didapati di Penang (char kuey tiaw, pasembor, laksa, nasi kandar etc). Rugi pulak tak cuba rasanya, makanan hotel di mana-mana pun lebih kurang sama saja:p




3. Kolam mandi 

Kami berpuas hati dengan kolam mandi di HRH, terjaga rapi, bersih, cuma bagi saya dan sesiapa yang comel dan mempunyai ketinggian yang kurang ni, ada masalah sikit dengan pool (melainkan anda boleh berenang la kan), sebab kedalamannya adalah 1.4 meter, di tambah pulak saya yang tak tahu berenang ni. Mencapuk belakang suami je la jawabnya. haha.




4. Lobi 

Lobi adalah sangat spacious. Banyak kerusi meja untuk lepak. Banyak pameran baju2 rockers semua. Ada corner untuk live performance jugak, tapi bukan setiap masa, ada jadualnya. Dah last day baru bergambar dekat lobby, hehe.




last day : after breakfast
last day : after checked out
Last day : after breakfast
last day : after checked out




5. Hard Rock Cafe (HRC) 

Untuk kunjungan kali ini, kami tak pergi pun ke HRC. Sebenarnya perancangan awal memang nak pergi merasa masuk dan dah mundar mandir depan HRC, tapi akhirnya tak jadi masuk sebab ada satu macam feeling tak sedap pulak. Tak pa lah, tak rugi apa pun kan:) 

Lagipun, setiap apa yang berlaku dalam HRC akan ada siaran langsung ke TV setiap bilik, boleh tonton saja dari bilik;) masih boleh menikmati lagu-lagu secara live dari kaca TV;)



6. Rock Shop (RS) 

Terdapat dua buah RS yang terdapat dalam premis HRH ini. Satu pada bangunan terasing dipanggil Rock Shop, dan sebuah lagi Rock Shop, Too terletak dalam bangunan utama hotel. RS dibuka dari jam 10 pagi hingga 11 malam, termasuk juga RS, Too. Disebabkan bulan Oktober ni merupakan bulan yang dikatakan istimewa , jadi ada promosi Pinktober juga di RS ini. Antara promosi menarik yang sedang berlangsung adalah dengan setiap belian RM 500 anda akan dapat sehelai T-shirt Hard Rock Basic yang bernilai RM 85.00. 




Tips untuk dikongsi : 

1. Untuk menempah bilik di HRH ini dengan harga yang lebih berbaloi, anda bolehlah menempah hotel dengan promosi yang sedang berlangsung pada masa itu. Semua update terkini boleh didapati di laman web rasmi mereka. Pada masa kami buat penempahan, kami masih layak untuk promosi "Early Bird" iaitu sekiranya tempahan dibuat 30 hari lebih awal dari tarikh penginapan. Ada juga 10% diskaun untuk semua barangan yang dibeli di Rock Shop dan sekiranya anda masuk ke HR Cafe, makan dan minum juga ada diskaun 10%.

2. Jenis bilik Lagoon Deluxe ni tak banyak, jadi kalau betul2 inginkan bilik yang ada akses terus kepada pool, maka harus booking awal ya. 

3. Kalau diperhatikan pada laman web HRH Penang ni, ada pakej honeymoon yang menawarkan harga yang agak menarik (termasuk 1x makan malam dan pakej spa). Mulanya kami memang nak ambil pakej ni, tapiiiiii.. tak dapat pula pilih jenis bilik Lagoon Deluxe ni untuk pakej tu. Makanya, kami pun buat pengiraan. Kalau pun kami makan malam di hotel sendiri, masih harganya murah sekiranya kami booking melalui Promosi Early Bird. Jadi anda pun boleh buat pilihan ya:) 

Sekian dulu perkongsian buat kali ni. Diharap boleh beri manfaat. 

Selamat menyambut Deepavali! 

Entry CCM Penang yang lain (klik pada tajuk di bawah)
- Penang Street Art dan Tempat Menarik (Part 2) 
- Makanan yang best di Penang (Part 3) 



Mrs. Farizal 
22 Oktober 2014 : 2:36pm 




Tuesday, October 14, 2014

buat nur lisa dan sejakduamenjak

buat nur lisa.
dan.
sejakduamenjak.

harap hang tak marah noo.
tapi seriyes,
jenuh aku tengok
jenuh aku belek
memang sama.

harap hang tak lupakan aku bila dah glamor nanti.
kihkihkih.
aku vote hang, tapi bukan Nuha.

#NuhaAF2014

http://sejakduamenjak.wordpress.com

aku yang sentiasa ada

kuah yang tumpah dan satey

1. Kuah yang tumpah 

Hehe. Pasal instagram (singkatannya ig) :p Antara yang saya ikut (read : follow) di Instagram adalah @ZiraNabil iaitu ig isteri kepada Nabil Ahmad dan @jozlynnhanania iaitu ig isteri Johan. Kalau nak disenaraikan satu persatu, panjang sangatlah pulak, dari selebriti dalam dan luar negara, sampai ke pakar2 rujuk agama dan motivasi, ig penjual barangan dan ig fesyen, very looong list lah orang putih kata. 

Bagi kategori selebriti, bila dilihat semula senarai "following" saya, ramai juga yang terdiri dari isteri2 pelawak2 rupanya. hihihiii. Seronok lihat kehidupan seorang artis sebagai seorang orang biasa yang rutinnya sama dengan rutin orang lain jugak. Berkeluarga, ada waktu lapang, mendidik anak-anak, memasak, bertukang, mengajar mengaji. Tak sama langsung dengan watak-watak yang dimainkan di kaca tv;) mereka juga insan biasa kan;) 

Hari ni nak kongsi satu gambar yang bagi saya mencuit hati. Sumber gambar ni datang dari ig @ziranabil sendiri yang berkongsikan gambar anak mereka Naira Mikayla yang saling tak tumpah dengan Nabil Ahmad. Haaaii.. itulah kata orang, mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan. 

sumber @ziranabil
sumber : @ziranabil

Terkekeh-kekeh seorang diri bila tengok instagram @ziranabil ni, bukan gelak apa, gelakkan si Nabil yang pakai wig tu. Kelakar rupa dia, agaknya dalam lakonan cerita apa ntah tu. Elok pulak rambut Naira Mikayla pun tengah elok ke depan, dan pendek paras telinga. Memang saling tak tumpah. Sejuk orang tua-tua kata kan? Sporting sungguh @ziranabil berkongsikan gambar ni. Moga kalian berdua berbahagia hingga syurga dengan anak-anak yang soleh dan solehah;). 

2. SATEY 

Minggu lepas kami sekeluarga berpeluang makan malam di gerai Satey Two Dhia yang terletak di Lebuhraya Ekspress Ipoh - Lumut, berhampiran dengan simpang empat Bota Kanan - Parit (berhampiran makan Sultan Muzaffar Shah). Kalau dari arah Ipoh, gerai ni terletak di sebelah kanan, kena buat pusingan-U di lampu isyarat simoang empat tu. 

Fuhh. Thorbaik. Secucuk RM 0.80 untuk semua jenis satey ayam, lembu dan perut. Puas hati. Sateynya solid, takda lemak, daging ayam/lembunya daging betul (bukan jenis tetel), besar dan lembut, perapannya terasa. Pendek kata, memang puas hati la. Gerai Satey Two Dhia ni dibuka setiap hari pada jam 5:00 petang ke atas. 

Satey Two Dhia @ Simpang Bota - Parit 
Kesimpulan. Kuah dan satey tak dapat dipisahkan, ibarat irama dan lagu. Hiks.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...