Social Icons

Sunday, October 7, 2012

CCM Bumi Mahsuri :: Langkawi Lagoon Resort

Gila marathon, ya harus. entry2 ni semua hampir nak basi dah :p
CCM Bumi Mahsuri 23-27 Mei 2012 :: Langkawi Lagoon Resort 
(gilakkk lama baru dapat publish, memerap dalam draft berkurun2!)

Bismillah.

22 May 2012 (Selasa) (Ipoh-KL)

Soalan : Kenapa 22 May? 
Jawapan : Sebab kami mula bergerak dari Ipoh ke KL selepas waktu pejabat hari Selasa tu. Ipoh mana ada flight2 ke KL kan. Singgah bermalam di apartment sambil menenangkan hati yang dah tak sabar-sabar ke Langkawi keesokkan harinya. Harus teruja, kali terakhir pergi tahun 2008, itupun tajaan Genting Hub. Tak banyak tempat yang dapat pergi pun.

Soalan : Kenapa kena naik dari KL, bukan dari Penang, kan lagi dekat? 
Dan kenapa naik flight taknak naik ferry?
Jawapan : Nak naik dari Penang, flight schedule tak kena, di samping tu, sengaja ambil kesempatan nak tengok2 apartment di KL yang habuk seinchi akibat dah lama tak jenguk tu. Oleh itu kos perjalanan Ipoh – KL (~210km) takyah kira lah yer, sebab memang ada rancangan lain. Dari segi jarak pulak, Ipoh – Penang jarak 168km, Ipoh – Kuala Perlis ~296km. Kali ni tak naik ferry sebab en.rizal nak redeem Enrich MAS point dia yang dah nak expired Jun2012. 

----------------------------


23 May 2012 (Rabu) (KL-Langkawi Laketown Resort) - Day 1

Selepas subuh kami dah bersiap-siap tunggu panggilan dari teksi chartered untuk bawa ke Subang Skypark. Kos naik teksi Jln Klang Lama ke Subang Skypark RM 40.00. Alhamdulillah, trafik baik dan tak ambil banyak masa nak ke sana. Sampai2 saja terus check-in dan breakfast di Kopitiam (lupa nama) dan kena RM 28.00/2 orang. Agak WOW kos untuk breakfast haritu, airport lah katakan. Cehh.


Flight kami pukul 10.20 pagi, Alhamdulillah, on time. Selamat mendarat di bumi mahsuri pada 11.40 pagi. Selesai claim beg, pemandu dari Langkawi Lagoon Resort pun dah siap menunggu dengan placard tertulis “RIZALHUDIN”. Tanpa buang masa, terus ke hotel J

Sampai di Lobby Hotel jam 12.15 pm, terpisat-pisat sebab menyedari (sebenarnya baru teringat) check-in time pukul 3.00pm. Ada yang masakkk duduk lobby kematu bontot menunggu kan. En. Rizal pun berurusan di kaunter, dan kami diminta duduk menunggu. Dalam hati, confirmmm. Confirm pukul 3.00 baru boleh masuk bilik weh. Tak lama lepas duduk, kami dihidangkan dengan welcoming drink di lobby tu. Jus nenas+limau+syrup biru kata en.rizal sedap, saya pulak merasa 1 sip saja.


TAPIIII... Tak sempat pun habis jus tu, datang seorang pekerja hotel bertanyakan pilihan makan malam kami (samaada nak dinner 1st night atau 2nd night ; pakej ni include 1x dinner), kami pun pilih 2nd night. Pekerja tu terus jemput kami ke bilik, naik buggy. Masa tu baru 12.45pm, tak perlu tunggu sampai pukul 3. Senyum meleret sampai telingaa ^^ Kami memilih menginap di Sea Village - Deluxe Studio Suite :) 










Sampai bilik sekali lagi terpisat, eh bukan terpisat, tapi mengomel sebab takda roses atas katil. (bini siapa la demand sgt ni). Sebabnya, sblm2 ni punya honeymoon package semua ada roses, gituww:P En. Rizal tanpa disangka memetik kemboja di luar bilik. Dapat la barang 4,5 kuntum, jadilah :P


Tengahari tu kami cuma lunch di hotel. Sebelah petang bersiar-siar di hotel sahaja, dan kemudian dinner. Terasa asing di bumi sendiri bila langsung tak terlihat kelibat tetamu tempatan. Semua tetamu nampaknya dari Timur Tengah. Bukan nak judge mereka, tapi dari pemerhatian saya, mereka ni langsung agak kurang mesra baik dengan orang tempatan kita mahupun sesame mereka. Huhu. Kenapa ya? 

                                                             ----------------------------

24 Mei 2012 (Khamis) (masih di LLR) - Day 2

Ikut hati nak cakap kat en.rizal “abang, jom shoppingggg”. Tapiiii, persetujuan telah dibuat bahawa hari ketiga nanti baru boleh shopping. Jadi kutahan napsu shopping ni walaupun jiwa ni meronta-ronta. Hakhakahk. Tak senonoh. :P

day 2 : lepas breakfast


depan bilik kami






Selepas breakfast, rehat di bilik dan baca paper, kemudian temankan en.rizal berendam. Tengahari lunch di hotel. Dan sebelah petangnya ingatkan nak bersiar-siar sewa basikal di kompaun hotel, TAPI, hujan & ribut kencang okehh. Terbantut.

Lunch

lunch 


Alhamdulillah menjelang lepas maghrib, hujan mula reda dan kami ke dining hall untuk dinner. Suspend jugak mana rupa “special dinner” yang tulis dalam itinerary tu. Candle light kah, atau bagaimana kah? Tanda tanya pun terjawab bila kami berdua disambut dan di bawa ke bilik makan individual yang di dalamnya ada meja makan besar (mcm 8 seater je rasanya) , berpintu. 







Untuk Romantic Dinner, kami beri : 

Makanan, 9/10 ! 
Layanan, 9/10 ! 



Balik ke bilik dengan hati yang berbunga bunga. Perut dah kenyang kan:p

Sampai depan bilik, saya perasan dari jauh lampu luar di pintu masuk tertutup, padahal sebelum keluar tadi saya sengaja bukak, sebab bilik kami yang paling hujung sekali dan koridor adalah gelap. Benda-benda gini memang makcik sorang ni akan alert, sebelum keluar rumah saya akan pastikan saya scan sekali lalu susun atur dalam rumah saya supaya saya akan alert sekiranya ada perubahan atau terusik yang boleh mendatangkan curiga (gilak, ni train diri sendiri jadi CIA ke ape ni). lepas tu of course akan menjadik suspicious tak tentu pasal. 

Sambil cakap pada suami, “eh abang, tadi lampu ni bukak, confirm. Saya yang bukak, kenapa lampu ni tertutup?” dan memegang tangan suami. 

Dengan selamba en rizal kata “Ish takda apa la, itu pun nak takut” 

Ok fine, nasib baik sang suami ada, jadi takut tu takde lah over sangat, kalau sorang rasanya dah patah balik ke lobby sambil buat cerita hantu kat diorg :P

Masuk bilik, saya perasan lagi, kenapa bilik ni surammmmmm surirammm rammm rammm semacammmm. Saya mmg tak suka lampu2 suram / romantic tak tentu hala, sebab errr… oklah, mmg saya agak penakut. Fullstop ! 

Sekali tu, tadaaaaaaa…! Oh mak ai, mmg lah tercengang dibuatnya :P

The Unexpected! 






25 Mei 2012 (Jumaat) - Day 3

Bangun pagi dengan hati yang berat sebab nak meninggalkan LLR untuk ke destinasi penginapan 2 malam yang seterusnya. Oh kenangan indah!


REVIEW LANGKAWI LAGOON RESORT

1. Lokasi - 3 km dari Langkawi International Airport (LIA). Isolated, jauh dari pekan Kuah, Sesuai untuk honeymoon!

2. Guest Room - Ada 2 option : Beach Front Hotel Suites (bgnn hotel) dan Sea Village (kampung atas air). Untuk trip kali ni, kami pilih Sea Village - Deluxe Studio Suite, jadi review pasal bilik jenis ni lah yer. Keadaan bilik kami bersih, ruang spacious, takda bau-bauan hapak. Bilik isolated. Jauh dari bilik yang lain, hujung sekali. Besttt! Cuma laluan nak ke bilik kami masa tu sangat2 gelap, nasib baik ai ada abang bonzer dengan aii tauu ^__^ Ada balcony yang sangat2 besttt sbb menghadap Andaman Sea! Just perfect!

3. Makanan - Thumbs UP! Serius sedappppppp, takda apa nak complaint sepanjang 3 hari 2 malam tu. Kami mmg tak keluar langsung cari makanan tak luar, kereta pun tak sewa lagi masa ni, dari breakfast sampai ke dinner di hotel.. Sama macam Bukit Merah Laketown Resort (kan under MK Land jugak kan). Makanan mmg fantastic!! TQ Chef! and Tan Sri MK, pandai recruit Chef yang bestt! Coz i believe that, selain dari facility yang baik, hotel guest juga akan tertarik dengan kesedapan makanann sesebuah hotell ^^

4. Staff - Sangat2 baik, sangat2 membantu, tak sombong. Kami jalan kaki, panggil naik buggy. :P

5. Lobby - Besar dan konsepnya jugak menarik. Banyak ruang lepak.

6. Price - Kami ambil honeymoon package, boleh klik di sini : Romantic Rendezvous LLR . Untuk ke senarai harga bilik boleh terus ke Website LLR di sini : Langkawi Lagoon Resort . Tapi memang berbaloi dengan harga tau, in fact rasanya murah berbanding pakej honeymoon lain di Langkawi. Must Try!


Okeh, tu saja untuk entry LLR ni. 
2 malam yang seterusnya pulak kami memilih untuk menginap di Malibest Resort, Pantai Chenang. Nak merasa duduk atas pokok. :p InsyaAllah entrynya selepas ini ^___^ 



Seri Melintang
7-10-2012, 2:40 pm

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...