Social Icons

Thursday, February 28, 2013

buat kali ke-4

dimulakan di bukit merah pada 2010, 
2011 masih di tempat yang sama, 
2012 ke cameron highlands. 

tahun ini buat kali ke-4. 

nampaknya mulai tahun depan, penang akan jadi destinasi pilihan. 
mungkin akan makin mara ke hadapan. 






mak jemah 27 Feb 2013
:: day 1 at copthorne orchid

Sunday, February 24, 2013

suatu pernah



lemau di hujung minggu
melepas lelah setelah penat

tak rasa nak bangkit
mahu sepuas-puasnya

mahu waktu henti
mahu ikut rasa hati

tak perlu buka mata
cuma pejam
dan dengarkan alunan





2:24 pm, 24.02.2013
tiara lake park

Thursday, February 21, 2013

Saturday, February 9, 2013

Hujung minggu


setiap hari yang dipinjam amat rugi dibiarkan berlalu tanpa erti.
tanpa isi
tanpa ingin
tanpa cuba
tanpa apa

amat rugi
sekiranya kita masih sama


setiap hela nafas
setiap detak di hati
setiap runtun jiwa
setiap kelumit rasa
amat dekat dengan pencipta


tak perlu panjang bicara
tak perlu penjelasan bermuka
tak perlu canang segala

yang perlu cuma, bertindak.
berdikit tidak apa,
buat, dan terus usaha.



"lalu lena malam saya dengan handphone masih di tangan, santak sedar laman sesawang masih di paparan, moga Allah berkati kamu, dalam langsung atau tidak, hingga buat aku terkesan"




tiara lake park
09.02.2013
4:09 pm

Friday, February 1, 2013

bukan sekadar pilihan, tapi pengakhiran

untuk sampai ke sesuatu destinasi yang dituju, tentu saja ada banyak pilihan.

Jalan utama yang biasanya banyak lampu trafik dan sesak dengan kenderaan lain, risiko juga menjadi tinggi bila aliran trafik tinggi. sesekali ada pula sesuatu yang tak diingini berlaku depan mata, contohnya kemalangan.

Kita juga punya pilihan lain, iaitu jalan pintas. ikut jalan pintas boleh lencong sana lencong sini, mungkin kurang halangan trafik. Kurang juga risiko berlaku kesesakan & kemalangan.

Kalau ikut jalan yang utama, dah tentu yang dahulu, didahulukan, yang kemudian, perlu tunggu dengan sabar. Misalnya haluan arah jam pukul 3 jalan dulu, kemudian pukul 6, 9 dan 12. Begitulah aturannya.

Kadang kala, jalan pintas tidak diduga. Ada yang jaraknya lebih dekat, ada juga jaraknya lebih jauh dari sepatutnya. Ada yang selamat, ada yang sempit, ada yang sunyi.Adakalanya aliran trafik di jalan pintas tak kurang sesaknya.

Logiknya yang ikut jalan pintas akan sampai dahulu.
Tapi boleh jadi juga yang ikut jalan utama sampai lebih awal.

Pilihan jalan adalah pilihan kita, tapi kesudahannya tetap di tangan-Nya.
Berusahalah untuk mencari kesudahan yang lebih bermakna.






2:35 pm, 1 Februari 2013
Lorong Harimau, Ipoh


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...