Social Icons

Saturday, September 11, 2010

Wohohooo Balik Kampung..!


Afrina dilantik jadi assistant opah sue utk biskut mazola

Lemang..lemang dan lemang..!

Amirul dgn baby Khalish, his 1st raya


Raya Kedua
Malam raya ke-2 kami bertolak balik ke Hutan Melintang, Teluk Intan, hometown saya pulak. Sampai kampung dah tengah malam chit chat jap dengan cik nani, cik arkitek dan en arkitek wanna be dan terus zzzzz…:p lena gila tidur sebab perut dah kenyang beralas lemang, lemang dan lemang. (allah yang maha pengasih lagi mengasihani saya, kuatkanlah iman saya dari godaan makanan yang enak2 sempena syawal ini, sebab lagi 4 kilo hamba mu ini akan mencecah tahap overweight)Pagi raya kedua kami bertolak pulang ke kampung belah bapak tersayang, iaitu di Sg. Hj. Muhamad, Selekoh, Perak. Oh, sungguh best balik kampung.


Rumah Atuk : gambar ni gambar lama. Malam tidur sejuk giler, takyah pasang aircond.

bersama en.rizal kat tangga antik berpintu, macam pintu dek pirates of the carribean:p


Pak Anjang sekeluarga turut balik dari Shah Alam. Walau yang menunggu hanya rumah pusaka yang kosong, tapi sekurang-kurangnya ada jugak kampung kan, sebelah rumah atuk adalah rumah Tok Chik yang meriah dengan puluhan cucunya, yang juga anak sedara kami semua. Siap makan tengahari kat rumah Tok Chik, beriani ok, mabeles hinggakan kami berat punggung nak beraya rumah Tok Sedara yang lain. Mata pun berat jugak. Huhuuhu..

Sungguh lama tak jumpa Saidah & baby girlnyer, teman merangkap makcik sedara ai yang sorang tu. Kami sebaya, jadi ai tak panggil dia makcik ok. Biar dia perasan muda selalu;p Dah besar Nur Dania Zahirah, dah 1thn 2 bulan. Muka sebijik muka ayahnya, en. Farul.

ai dengan cucu tok chik, aisyah (anak abang man & kak ina). dongga dak dahi kami?:p




cucu tok chik yang kecik2

Lepas rumah tok chik, pi rumah Opah We pulak (We ni gelaran orang perak yg bermaksud anak yang paling Tua, disingkatkan jadi We. Cth : Pak We/ Mak We/Tok We/Opah We). Lepas tu ke rumah Opah Uda. Itulah 3 orang Atuk dan Opah sedara yang tinggal. Atuk dan Opah sendiri semuanya Allah lebih menyayangi mereka. Lepas tu menziarahi kubur kaum keluarga, arwah tok dan opah, arwah mama (oh, how we miss u mama), arwah paklang yg baru meninggalkan kami Januari lepas dan arwah makcik pakcik yang lain. Al-Fatihah buat mereka semua.


Ok, mata ngantuk, kena lena jap ni. Entry raya insyaAllah akan bersambung lagi!


1 comment:

Farul said...

lol, baru tau ko ada blog ni Tiha...apsal tak masukkan gambar Dania sekali? lol baru glamer :pp

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...