Social Icons

Wednesday, September 8, 2010

entry menjelang raya

Lusa dah nak raya! Wahhhh.. cepat giler terasa masa. Opis dah semakin lengang. Mood raya mencanak2. Mood nak kerja bagai dipaksa-paksa. Lepas sahur tadi terdetik malas pergi kerja, jahat sungguh setan ni (tp bukan ke setan kena ikat, ke ai yang jadi setan?). Takleh2, kena gi kerja jugak, banyak benda kena settle sebelum cuti.


cari sesuatu yg tersembunyi dalam gambar ni:p

To do list arini :

  • Siapkan slide untuk presentation 23 Sept ni. Mesti kasi siap jugak sebab saya akan hanya naik kerja on 20 Sept. masa tu MESTI tengah blurr giler dan sebok nak beraya lab orang lain, takda mood nak godek slide.
  • Baca literature untuk presentation tu
  • Kena call beberapa orang untuk confirmkan itu ini
  • Kena kemas rumah – teha, raya hari jumaat minggu ni ok? Bukan jumaat minggu depan!
  • kena packing baju nak balik kampong esok

To do list esok ;

Esok saya dah mula CUTI.. yabedabeduuu!!!! Hihiihihi

  • balik kampung en.rizal
  • masak lemang
  • masak lemang
  • masak lemang… heheheh! Dah memang tradisi keluarga sebelah en.rizal setiap tahun masak lemang. sebelum ni saya tak pernah masak lemang, seriyes. Raya pertama dengan suami pada 2008 dulu saya sungguh jakun membakar lemang. Sekarang dah leh harap dah kot


Harap diberikan kesempatan untuk tulis last entry menjelang raya nanti. Ini mungkin entry second last kot:p






2 comments:

Wan_hazel said...

salam lebaran...dkesempatan nie wan nak ucapkan salam kemaafan ..selamat hari raya...maaf zahir dan batin..ade ke batin??hhehe..

Wan post kat ruangan komen entri ..so tak kan hilang...salam aidilfitri..

^m.r.s. f.a.r.i.z.a.l^ said...

selamat hari raye jugak utk wan sekeluarga. salah silap tu insyaallah takde, hehe.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...