Social Icons

Wednesday, March 31, 2010

rumah oh! rumah : apa nak buat bila dapat kunci rumah baru?


berminggu tak update blog. janji nak share reno tips, tapi hanya tinggal janji. tapi takpa, sekarang saya akan tunaikan. walaupun laaambat.

TIPS 1 : APA PATUT BUAT DULU LEPAS DAPAT KUNCI RUMAH ?

# CHECK DEFECT :: Lepas dapat kunci, maka boleh la belek rumah anda tu sepuas hati, check kot ada defect mana2, laporkan pada developer untuk tindakan diaorg. biasanya ada tempoh yang ditetapkan oleh developer, ada yang 12 bulan, ada yang 24 bulan. fasa kami dapat 24 bulan. be alert!

# RANCANGGG :: ada yang dah mula merancang SEBELUM dapat kunci rumah, ataupun seawal tiang rumah baru nak di'piling oleh developer. ataupun boleh jugak tunggu rumah siap baru nak rancang. balik rumah angan2kan apa yang hendak dilakukan, nak reno part mana, dari setingkat nak jadi 3 tingkat ke, yang depan nak bawa ke belakang ke, nak besarkan hall ke, nak besarkan bilik ke, nak buat plaster syiling ke, nak buat custom made cabinet ke, nak tempah langsir, nak cat rumah, nak pasang grill, nak buat tempat sidai kain kat mana, nak beli lampu berapa bijik, nak beli kipas & aircond berapa bijik, kitchen appliances. MASUKKAN SEMUA PERANCANGAN ANDA, JANGAN MISSED-OUT EVEN 1 SIMPLE THING :))

# BUDJET :: dah list-downkan semua angan-angan anda tu DAN jangan lupa buat budjetnyer sekali. berapa pelaburan yang anda nak pertaruhkan untuk rumah anda, tepuk dada tanya selera, part yang ni susah nak kasi tips sbb confirm berbeza. utamakan perkara yang penting dulu, susun ikut priority. part priority ni pun susah nak kasi tips sebab confirm tak sama jugak.


TIPS 2 : DAH ADA PLAN & BUDJET LIST, TAPI NAK MULA KERJA YANG MANA SATU DULU?? MULAKAN DENGAN....




# MAJOR CONSTRUCTION

major construction ni anda boleh consider kerja-kerja yang melibatkan pembinaan konkrit, naik tiang, pecah dinding, tambah bilik, tambah tingkat atau apa2 penambahan yang melibatkan struktur rumah tu. tgk jugak part mana yang kena minta kelulusan MAJLIS BANDARAYA dan part mana yang tak perlu, ataupun buat2 takyah mintak (sendiri tanggung, ok? Hehe).


Pilih kontraktor yang betul2 boleh dipercayai dengan harga yang berbaloi dan yang PALING PENTING kualiti kerjanya anda yakini. Tak kisah la kontraktor cina, india, melayu, indon, bangla, janji boleh dipercayai hasilnyer. Untuk kerja major ni, saya cadangkan anda pilih kontraktor yang besar2 berbanding kontraktor kecik2. SEBABB? Sebabnya, kontraktor besar2 biasanya ada kilang sendiri dan mempunyai pekerja yang ramai. JADIII bahan2 mentah yang basic macam simen/kayu/besi mereka dah ada, bukan baru nak ORDER dari kilang. Pekerja pun ramai, mereka ada otai2 yang berbeza untuk kerja yang tertentu, otai konkrit, otai menyimen, otai untuk pasang tiles, otai pasang plaster ceiling etc. Selain tu, contoh macam kontraktor yang kami pilih, siap provide “supervisor” lagi utk monitor kerja construction. Siang malam en.supervisor tu menunggu pekerja buat kerja.





Jadi, secara tak langsung, factor ni dapat mengurangkan kos SEHINGGA HAMPIR 40% berbanding kalau anda hire kontraktor kecik2. To be honest, kami pilih kontraktor cina, dan pekerja2 otai-nya pun cina kecuali tukang pembancuh simen adalah bangla.


# KERJA WIRING

Walaupun dah tambah wiring masa developer offer haritu, kami manusia biasa, masih ade jugak wiring yang tertinggal. Oleh itu, decide betul2 kat mana yang nak ditambah. Kalau hajat nak pakai down-light, kira betul2 berapa point yang diperlukan. Saya nasihatkan anda berfikir panjang utk part ni, utk elakkan piping wiring external yang menyakitkan mata kelak. Suruh wireman concealed & piping utk semua pendawaian.





Untuk air-cond, anda hanya boleh pakai 13Amp point yg sedia ada utk 1.0 HP sahaja, untuk 1.5HP, 2.0HP dan ke atas, sila suruh wireman tarik dari MAIN SUIS BOARD, dan wiringnya pun lain. Untuk OVEN dan MICROWAVE, dinasihatkan agar buat 15Amp point sbb OVEN makan sampai 3,000 watt letrik. Tak caya, Tanya wireman anda. (skrg teha dah pandai pasal wiring, jangan xcaye tau..ekekeke:p)




# PASANG PLASTER SYILING (kalau anda berhajat, kalau tak, abaikan saja)



Boleh pasang plaster syiling dah. Pilih la segala cornice, dome yg available bagai. Ikut selera masing2. Kami pasang yang sangat simple but look nice (nice ke?:p). Pastikan jugak plaster syiling anda cukup ‘deep’ untuk meletakkan down-light anda nanti (klau berhajat nak pasang down-light la). Sebab downlight ada pelbagai size, biasanya antara 4 inches – 9 inches deep. Kalau tak nanti tak cukup space utk tanam downlight. Boleh minta orang plaster ceiling ni jugak, tebukkan lubang untuk down-light kita tu nanti, ikut saiz down-light bulat ke, segi empat ke, cemana ke. Pastikan jugak kita dah decide betul-betul kat mana lokasi lampu kita, supaya tak terlindung oleh perabut / kitchen cabinet / wardrobe yang AKAN kita pasang nanti. pastikan anda dah ukur betul-betul ekk. kalau tak, nanti dah tebuk, alih2 tgk clash dengan tmpt nak pasang wardrobe lak, contoh la.

# CAT (kalau berhajat nak cat, kalau tak,boleh skip)


Siap plaster ceiling, catlah rumah anda, nak kaler pelangi, cornetto ke, ikut suka masing2. Pastikan anda pilih warna cat yang bersesuaian dengan ruang & konsep rumah. Untuk baaaanyak info yang lebih tepat sila layari : http://www.icipaints.com.my/ atau http://www.nipponpaint.com.my/ atau http://www.jotun.com.my/ untuk dapatkan banyak TIPS pasal cat-mengecat ni. Siap boleh upload gambar ruang rumah kita & drag warna cat yang kita minat dari online catalog untuk tengok kesesuaian. Macam2 features ada, sila manfaatkannya.

# GRILL



Ramai orang masuk rumah terus pasang grill, kami kurang setuju. Buat dulu kerja2 yang disenaraikan di atas, baru pasang grill, sbb bukan ada barang pun dalam rumah, rumah kosong kann? Tak perlu risau sangat la tentang kehilangan barang2 rumah. Selain itu, mengurangkan habuk2 yang melekat di grill jugak, maklumlah sebab ada major construction kan?

Tapi terpulang lah, kalau dah anda letak/parking barang siap2 dalam rumah, ataupun anda sdah siap installed lampu kipas awal2, maka pasanglah grill dulu. daripada tak boleh tidur malam memikirkan barang selamat atau tak. Mungkin juga advantage pada kami rumah baru ni dekat je dengan rumah sementara sebelum ni, setiap hari kami pergi tengok. alhamdulillah, tiada kecurian.




Grill ada macam2 jenis, besi, wrought-iron etc. Style pun ada macam2, Japanese ada, kayu ada, classic ada. Pilih saja la kan. Ikut taste masing-masing.


# CUSTOMADE CABINET

Sebenarnya, sementara menunggu kerja-kerja construction berjalan (kalau tak melibatkan struktur dapur & bilik la), boleh dah anda mula panggil otai2 kitchen cabinet & wardrobe datang rumah. biasanya untuk lukisan plan kasar dan quotation harga, mereka takkan charge apa2. sekiranya anda dah survey sebelum ini, sekarang adalah masanya untuk decide siapa yang nak dihirekan untuk job ni. dah decide, confirmkan order, then kilang depa akan buat apa yang patut & pada hari yang berkenaan si otai pasang cabinet pun akan datang pasang cabinet anda. Biasanya tak lah lama sangat untuk pemasangan cabinet2 ni. depend pada how complicated design cabinet anda and dari mana datangnya material untuk cabinet tu, kalau kena import ke, lambat jugak lah. SAYA JANJI AKAN TULIS ENTRY KHAS UNTUK TIPS FOR KITCHEN CABINET, hehe. sebab panjang sangat.


# PEMASANGAN DOWNLIGHT / KIPAS / AIRCOND / KITCHEN APPLIANCES UTK KC

Walaupun kerja-kerja wiring dah siap, tak semestinya anda terus installedkan lampu, kipas dan air-cond, mahupun oven dan microwave untuk custommade KC kita. kami install last sekali, bila dah confirm semua benda siap dan ready nak masuk rumah baru. tak risau kehilangan barang. pandai2 lah adjust ya, anda yang lebih arif tentang rumah anda masing2:)


Sekian untuk hari ini, insyaAllah nanti saya update lagi dengan tips2 lain pulak. Entry special for custom-made kitchen cabinet & wardrobe dan jugak Tips Shopping barang2 untuk masuk rumah baru (how to choose the right lampu, kipas, aircond, kitchen appliances, perabot serba sedikit setakat apa yang saya tau).
Cheers!!

Wednesday, March 17, 2010

rumah oh! rumah : reno part 1

Rumahku syurgaku yg mengalami major surgery, hehe. Takda la, actually minor saja, sbb dalam rumah takda apa yang terubah strukturnya, cuma penambahan concrete slab kat side luar rumah macam neighbour sebelah. Few contractor telah ditemuduga, akhirnya en.simon sorang ni yang terpilih. harap-harap puas hati la dengan hasil kerja depa ni. Reasonable price, negotiable & previous hasil kerjanya pun memuaskan hati. harap tak spoilt la rumah kami.




Concrete slab mcm sebelah ni yg kami nak copycat. hakhak. jiran sebelah ni terus buat dgn sitenyer orang. kami lewat buat decision, kalau tak boleh je on sekali awal2 dulu. but tak apa, no rush. bukan desperate nak pindah cepat pun. sedikit promosi dari company en. simon ni, Hong Tat Construction & Renovation Work. Siapa2 yang berhajat boleh la dapatkan no phone dari saya, or dari gambar ni (kalau anda boleh baca).

SEKARANG kat bhgn side rumah, kerja2 'footing' tgh berjalan, footing tu yg tanam tiang tu. dalam rumah tgh tambah wiring. walau hari tu dah buat penambahan dgn developer, still ada jugak yang TERLUPA & tak teringat langsung. akibatnya, kena la consealed wiring balik. kami cuba sedaya upaya nak maximisekan sebanyak mana kerja reno yang boleh dibuat sementara en rizal saya bercuti. bolehlah en rizal jadi 'supervisor' kat rumah tu di samping supervisor yang memang telah disediakan oleh En. simon tu.


banyak benda kena rancang nak masuk rumah baru ni. saya yang tak-berapa-tau-apapun ni dapat belajar macam2 ilmu. ilmu wiring, ilmu piping, ilmu nak letak lampu, ilmu beli lampu, nak pilih plaster ceiling, ilmu nak choose the right kitchen cabinet, ilmu pasang aircond. walau tak banyak mana yang saya belajar, at least saya belajar SESUATU! yang penting plan properly, fikir jangka masa panjang, jangan gaduh2, jangan ikut sangat cakap orang, sendiri punya rumah, sendiri decide nak buat cemana, sediakan fulusnya saja. hukhukhukkk..


from time to time, bila cukup sikit ilmu di dada pasal house reno bagai nanti saya kongsikan dengan anda semua hek? ok? boleh kan? hehee.

sekian, dah ngantuk.

Thursday, March 4, 2010

kisah oldtown white coffee, terimalah seadanya teha!

biar satu dunia dah tau pun, takpa. saya nak jugak share pasal oldtown white coffee yang pernah menjadi kegilaan saya dari mula2 oldtown bukak di Ipoh (kawasan Ampang), masa tu saya bujang & masih menyewa kat sana. nampak perkataan "coffee" tu macam ada magnet nak cuba. sekali try jenguk, ramai melayu makan. jadi, saya pun turut jadi melayu yang makan. 2 kali 5 saja, ikut-ikutan.nak nak pulak mmg peminat tegar kopi, nescafe & minuman yang seangkatan dengannya kan. sekarang ni, ipoh saja, dah 4,5 outlet yang cun nak mamposs! lajuu sungguhh! tu ipoh saja ok? tak masuk lagi dgn kopitiam2 lain yg mmg dah berlambak kat ipoh ni!

1st time saya makan sana, masa tu tahun 2005. saya tapau ice white coffee. mmg best gile babun. ingat lagi. waktu tu balik kerja. memang kena lalu pun depan otwc tu. dari sekali, nak 2 kali, sampai la cuba roti bakar. lepas tu asam laksa la, nasi lemak la. banyak jugak la menu yang saya dah try! punya lah jahilnya. sedap punya pasal!! hohohoo... ! siap promote OTWC Member Card lagi macam dalam entry saya yang sebelum ni!!!

gamaknya masa tu pintu hati tak terbuka nak g search info ke, hape ke walaupun dari zaman bujang pasang streamyx dah kat umah. kira yakin sgt la bila tgk ramai melayu makan. mcm tu je dah yakin ko tehaaa?!! tu lah, saya akui kesalahan & kejahilan saya, sbb fanatic kopi punya pasal!!! saya selalu jugak beli 3 in 1 oldtown white coffee. dan perasan logo halal tu. jadi kira macam sedap hati la masanya. naseb baik la air 3 in 1 tu mmg halal kan!


mmg sentap giler bila masuk tv baru2 ni. baru la sibuk nak search sana sini. satu dunia dah tau sekarang. malas la nak cakap panjang. saya senaraikan link2 yang WAJIB anda semua baca & teliti untuk menghilangkan ragu! saya pun mula2 susah nak admit..sbb dah sukaaaa sgt2! seriyesss! tapi sedih sgt2 sbb sampai hati orang-orang tu memperdayakan org2 muslim, apa salahnya tulis jelas2 apa yang halal, dan apa yang haram. sapa nak bertanggungjawab skrg. sendiri tanggung!


dalam sijil ni ada tertulis apa yang halal dan boleh dimakan. sendiri baca, ok?:))

Sekiranya anda berminat, boleh klik pada link2 berkenaan :

a) Aduan JAKIM

b) Sabah Daily

c) Mixterr Blog

Sekian, esok en rizal saya balik bercuti. sonoknya! heheee...

Monday, March 1, 2010

sekitar lawatan deputy minister moa


hari ni sebenarnya ada lawatan yg agak mengejut jugak dr YB. Timbalan Menteri MoA ke VRI sempena malam nanti ada makan malan jabatan di rumah menteri besar perak. kebetulan pulak hari ni adalah hari pertama program Third Country Training Program (TCTP) for South-East Asia yang memang setiap tahun VRI WAJIB jadi host, jadi kena ada opening ceremony lah jawabnya, macam biasa. Agak kelam kabut jugak, dua event besar dalam hari yang sama. Yang penting, kedua-dua event dapat berjalan dengan lancar. heheh=)





After dialog session dgn both deputy minister MoA & director general (DG) DVS, depa berdua ni pergi melawat sekitar premis VRI utk tgk whatever facilities yang available kat VRI ni, disusuli dengan press conference. fuhh! ramai jgk la reporter, ingatkan 3,4 org ja, maklumla mini-event ja, alhamdulillah almost 2+ jugak encik2 press kita datang..! NI adalah geng2 muda mudi kami kat VRI, tgh tunggu VVIP habis melawat.


memperkenalkan cik Naama! location depan bilik mesyuarat MOFY, VRI. dia ni monoclonal-mate saya. kesian naama kena kongsi bilik dgn saya dan secara tak langsung dengar i membebel hari2. hahaha! tapi bilik kami berdua mmg hotspot utk org luahkan perasaan, tak kira sapa.. sbb banyak positive energy gamaknya.. kuar ja dari sessi luahan perasaan, mesti sume orang lega! ekekek... tgk la bilik sapa kan!

oklah, sekian dulu. mmg takda gambar deputy minister even our DG, sbbnya gambar2 mereka ni photographer2 kami yg amik, ini hanyalah gambar2 cari publisiti murahan yang diambil dari nokia N71 saya. ehehee! Malam ni makan malam kat rumah MB, kalau sempat nanti boleh share gambar jugak. peacee!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...