Social Icons

Sunday, July 3, 2011

Legend Water Chalet, PD


Lama tak buat entry "jalan jalan cari pasal" kan. hehe. Untuk mengubat kerinduan, entry kali ini berkisar tentang Legend Water Chalet (LWC). Apa yang ada di sana? tidak seperti chalet2 lain, LWC terletak di pinggir bandar PD, berdekatan dengan sempadan kawasan Lukut. tak salah saya 14km dari pekan port dickson.

Di sana ada ketenangan. kedamaian di hati. amat sesuai untuk honeymoon=P
pantai tidak sesuai untuk mandi manda, jadi hanya boleh mandi swimming pool saja, dan tentulah tak kecoh dengan pengunjung2 yang naik turun mandi manda di laut.

sesampai di lobby dan setelah check-in kami dibawa menaiki buggy ke bilik. adoi. punyalah laju adik LWC bawak buggy, risau terjun ke laut je =P



Ini pintu masuk (gambar saya ambil dari arah dalam bilik ya). double door :))



Ini pulak sinki. sinki ni bila kita bukak pintu utama, ianya terletak di sebelah kiri.




kalau di sebelah kiri tadi sinki, di sebelah kanan pulak ade jakuzi ni. tempat kami berendam. takleh la letak gambar berendam kan =P




ini suasana dalam bilik, ini bilik deluxe king. ada daybed tepi tingkap.




channel tv ok jugak la, banyak jugak channel. sesuai la dengan orang honeymoon yang tak berapa nak keluar bilik kecuali nak pi makan.




ini pun hajat di hati malas nak keluar makan, jadi en rizal tengok2 menu untuk dinner. malangnya harga of course lah tak berapa nak selera tgk, makanan pun tak berapa menepati citarasa kot.




pemandangan dari balcony bilik kami.



jalan2 di sekitar wing2 yang ade. ade artic, antartica, etc.
udah nak senjaaa:))




sempat snap a few sunset nyer gambar. walaupun tak sempat nak tukar mode ka, apa ka, snap saja. nanti terlepas moment indahhh :))












dah gelap, dan kami nak keluar pi cari steamboat konon:P



last2 steamboat tak jumpa2, walau dah jalan sampai ke teluk kemang, haji samuri jugak yang di hati :P



gudnite everybody..!!

tips :
- harga biasa bilik deluxe king mencecah RM420.00/semalam. jadi rajin2 kan diri tengok website mereka dan sentiasa update promotion online mereka. utk kali ini, kami dapat promo hampir separuh harga, tinggal RM242.00 saja.

- kalau hajat nak ke mari, book lah bilik awal2, kalau walk-in jangan harap, sebab confirm penuh walaupun weekend biasa yang takda school holiday. masa kami datang, penuh dengan singaporean walaupun bukan peak season. mungkin di singapore yang tengah school holiday, maybe:P

- makan kalau nak makan di luar, banyak tempat makan di area teluk kemang. kalau rajin nak arah ke utara, pi ke arah lukut. ada beberapa restoren jugak. malangnya restoren steamboat mmg tak jumpa2.

- kalau anda menjangkakan nak mandi laut, nak naik banana boat, atau xtvt sukan air yang lain, anda stay lah di pantai teluk kemang yer. ada banyakkk hotel tepi pantai, di LWC hanya kawasan teluk yang tidak boleh mandi manda. nanti ade pulak yang kempunan nak mandi pantai PD kan. esp yang bawak budak2 tu.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...