Social Icons

Tuesday, September 7, 2010

kerang dan babi @ pasar chow kit

sumber gambar : Harian Metro

mana boleh kerang dan babi duduk sekali.
dah elok cadangan nak buat close system untuk babi, patut buat juga tempat special lagi hygiene untuk pusat sembelihan babi ni. barulah tak bercampur dengan ternakan lain.

bagi kaum lain mungkin memang takda masalah, tapi untuk orang muslim dah sah2 tak boleh, haram hukumnya. entry ini tak bermaksud menyinggung sentimen perkauman mana-mana pihak. cuma cadangan agar sistem yang sedia ada ni ditambahbaik dengan kadar segera, pertamanya sebab masalah halal haram, yang keduanya sebab kebersihan dan keselesaan. saya sokong cadangan close system untuk babi walau ia menelan sejumlah besar wang, sebab dengan cara tu masalah2 ini boleh diminimisekan. kita tak boleh lah nak suruh tutup semua pig farm, suruh orang non-muslim cari makanan lain, takkan lah kan?

babi tu takda apa salahnya, dia makhluk Allah juga, takda sebab nak benci. babi pun antara binatang yang diselamatkan dalam bahtera Nabi Noh masa bah melanda. yang masalahnya cara pengurusannya dari penternakan ladang hinggalah pemprosesan untuk dijual kepada pengguna. saya sokong untuk ditambahbaik dengan kadar segera! jangan ambil enteng!

berita penuh di sini


2 comments:

^m.r.s. f.a.r.i.z.a.l^ said...

geli tau. dah la ai sukaaaa makan kerang!

suhaila said...

alamak, baru semalam beli kerang kat chow kit.ooooohhhh gelinyeeee..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...