Social Icons

Friday, September 3, 2010

insiden kedai kasut

Saya baru balik dari kinta city. Lenguhnya kaki. Semata untuk high heels. tapi takda satu pun yang berkenan. bukan cerewet tapi biar sedap dipakai. Asal harga berbaloi dengan kualiti & rupa, saya akan consider. Tapi bila dah cuba, memang sedap giler pakai, saiz pulak takde. Hadoih migraine..!


Jap, ada satu Insiden di kedai kasut tadi.


Keadaan masa tu ; Orang ramai, sangat ramai ok. nak try kasut pun susah. saya tengah terjengket2 mencuba kasut lalu ternampak sepasang suami isteri dengan baby mereka masuk. Yang membuatkan saya terpandang mereka tu adalah sebab cik kak tu pun pakai baju merah mak ngah macam saya. Warna je same yer, bajunya tak sama:p dia tak pandang saya pun. Then mereka terus masuk ke rak belakang kedai, tak lama kemudian saya pun berlegar2 kat kawasan rak tu jugak.

Saya ambil satu kasut berhampiran mereka. Tetiba saya dengar cik kak tu panggil suami dia “papa, ini boleh? baju raya tahun ni kan warna merah” cik kak tu kata sambil tunjuk wrislet merah.

Lepas tu dengan tak semena-mena si suami dengan high pitchnya terus kata “mama ni, nak buat apa beli, bukan mama pakai pun” serius kuat. Saya yang tengah ambil kasut di rak tersentak jap. Tapi buat2 tak dengar je la, karang segan pulak depa kan.

Terdengar suara cik kak tu nak mendefend diri “ala, boleh la, handbag mama ni kaler putih, tak match la” masa ni saya tak pandang mereka, tatau apa reaction kedua-dua mereka. Ai just pasang telinga je tau. Dosa tak kawan2?:p

Then sekali lagi si suami nak tunjuk hero “mama ni, tak paham bahase ke, kan papa kata tak payah, bukan pakai pun, lepas raya terus simpan” lepas si suami tu cakap macamtu saya beredar jauh dari situ.


Tak sampai hati pulak nak dengar lebih dari itu. Sebenarnya bila gi jauh sikit leh tengok apa yang jadikan, tadi bebetui duduk sebelah “nampak” sangat kaypo nyer kalau sebok pandang2. Hihiiii..

Ai pun pergi ke rak lain. Mata dah skodeng depa dah. Teringin jugak nak tgk apa jadi, adakah cik kak tu insist nak jugak, atau pun suami tu terus tarik tangan bawak cik kak tu keluar kah?


Sambil saya beredar tu saya dengar lagi “hek elleh awak ni, ape hal pulak tetiba naik angin ni, mentang2 ramai pompuan sini, nak bagi saya malu lah tu” huishh kasarnyer cik kak cakap dengan suami! Terus hilang panggilan manja “papa-mama” baru kejap tadi. Terus ber-awak je.

Terus saya pusing ke arah mereka, serius memang saya terus sebok2 pandang mereka. Cik kak tu tengah lap air mata, nangessss! Dan terus keluar dari kedai tu. Semua orang tengok depa, serius! Termasuklah promoter dan cashier kat kaunter.

Kesimpulannya kaum suami, kami kaum isteri ni memanglah perlu ditegur nak nak pulak bila setan dah merasuk diri suruh shopping itu ini, tambah nak raya ni kan. Tapi tegurlah baik2, jangan high pitch depan orang ramai. Kami ni tinggi dengan sifat malu, memang malu kat orang.


Puas hati kah tengok isteri anda malu depan orang ramai, nangis depan orang dek kerana kena tengking pasal nak beli wrislet? Kalau anda rasa anda hero, anda silap. Kalau anda rasa semua perempuan yang ada dalam kedai kasut tu respect giler babi kat anda sebab berjaya tak beli barang pun anda silap.


Pesanan pada cik kak tadi, lepas ni kalau suami akak masuk kedai yang dia suka & minat. Contoh kedai sukan ke, kedai PS2 ke, kedai golf ke, kedai sportrim ke, ape kata akak pulak pekena suami tu, cakap “abang beli ni semua buat apa, kayu golf bukan main hebat tapi tournament satu pun tak pernah menang, buat apa beli. Jersey mahal2 bukan abang reti main bola pun. Sportrim mahal2 pun nak buat apa, ape-apehal bengkok jugak. “ tapi cakap jauh2 sikit, takut kena penampar lak, hehehe.


Tetiba saya pulak yang emo. Hihihiii.. seb baik la en.rizal bukan macam tu. Kalau macam tu confirm ai pun nanges sama dengan cik kak tu. Tapi en.rizal suka tarik tangan saya dari masuk ke kedai yang dia dah identifykan sebagai “high risk” dan kemudian tarik perhatian saya pada benda lain yang tak best. Ekekekee.

p/s : dalam hati, dasyat jugak cik kak tadi, baju raya tahun ni merah, baju yang tengah pakai pun merah, nak beli wrislet merah lagi. gamaknyer memang dah biasa sedondon gitu kot. Ai suke jugak merah, tapi tak lah sampai ke handbag & kasut pun merah. Hhihiii.. lain orang lain selera ye dak!


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...