Social Icons

Saturday, July 27, 2013

Kad raya pertama

Masa kat Mekah (pertengahan April 2013) kami dah perasan dah ramainya orang kat kedai2 emas. Saya takda pengalaman, bila tanya mak mertua, kata mak ramai jugak orang suka beli emas kat mekah, musim haji pun sama. 

Oleh kerana mmg takda ada niat nak membeli barangan kemas, kami memang langsung tak jejak kedai emas. Suami banyak kali mengusik. Dia kata "alhamdulillah" bila saya kata "taknak". Isteri macam ni mmg satu dalam seribu, terima kasih, hahahhaaa. 

Bila balik Malaysia, barulah dengar cerita rupanya harga emas 916 turun serendah RM 122/gram. Nak kata sesal tu taklah, tapi keinginan tak tertumpu ke situ. 

Yang terbaru, waktu berbuka puasa kat rumah mak mertua 2 hari lepas, mak bagi hint lagi "emas tengah murah". Sekali lagi suami mengucap syukur bila saya kata "idak ler rasanya abg". Kan saya dah kata, mana nak cari isteri macam saya. 150 juta kali like. Hihi. 

Harini sampai kampung, adik saya Nani bagi tahu ada surat Habib. Tebal katanya. Bagus betul Habib jaga customer. Saya tak hiraukan pun. Sampai baru sekejap ni buka surat ohmaigod. 

Ku ingin putarkan masa 
Ku ingin telan semula kata sebelum ini 
Ku ingin perbetulkan 

Ini isi kandungan surat kiriman Habib. Rasanya mesti semua customer dapat, kan kan;) ada kad raya, kad rebate RM 50, sampul raya Habib & katalog terbaru Habib sempena ulangtahun ke-55. 

RM 50 rebate untuk Pandora. 

Katalog sempena aidilfitri dan 55 tahun Habib. 

Emas putih ada, emas kuning ada, diamond ada. Nampak lingkaran ubat nyamuk Fumakila tu?:p 

End of catalog. 

Cemana nih. 
Dasar. 

Kau kan mmg taknak teha, takkan tengok katalog dah nak meroyan. Kau kan mmg taknak! 

Mampu cakap taknak bila benda tak duduk depan mata. Bila dah nampak menggelupur! Itu pun baru tengok katalog! 

Bawak2 istighfar! 
Mrs. Farizal 
27-07-2013 

Simpul mengkarung

Nikmat rasanya bila cuti. 
Syurga (read : heaven). 
Sebahagian nikmat. 
Syukur. 

Malam tadi siap kena simpul mengkarung. Tidur tak berselimut, sebenarnya salah sendiri sebab tertidur. pendingin hawa pulak beriya sikit lagi nak sampai titik beku. Hamikk. Kejut partner sebelah tak bergerak2. Tgh2 kejut tetiba short circuit pulak, kena kaki yg sebelah lagi. Boleh pulak gitu. Adoi. Punyalah sakit. Lama tak kena. 

Ok habis pasal urat simpul. 

Alhamdulillah, dpt balik kampung minggu ni. Sibuk sangat anak dan menantu yg dua org ni sampaikan baru harini dapat balik hutan melintang. Ni semua penangan renovation rumah yg pelbagai dugaan, skrg masih dalam ubahsuai dah masuk kontraktor ketiga selepas yg pertama dan kedua diberhentikan. 

Sila tanya 
"sempat ke siap rumah kau teha". 
Jawabnya adalah 
"Berani kau tanya soalan tu". 

Atau kalau berani cuba tanya 
"Tahun ni buat open house lagi tak?" 
Jawabnya adalah 
"Ada, temanya CLOSE HOUSE" 

Boleh jugak tanya 
"Baju raya kau berapa pasang teha, warna tema apa?" 
Jawabnya adalah 
"Tiada maaf bagi mu" 

Hikmahnya, mungkin tahun ni kami akan beraya sakan ke rumah orang sebab rumah sendiri dah tak macam rumah. 

Ini serius, bukan nak merendahkan diri yg sedia rendah, nak cakap berlapik pun bukan. Mmg betul lagi sahih, rumah serupa rumah terbengkalai. Kitaorang yg dah 3 bulan mengadap projek tak siap2 ni pun dah dua tiga kali fikir nak check-in hotel. Haha. 

Ok. Habis lah meroyan. 
Harini mood balik kampung, dekat 2 bulan kot tak balik. jadi, sila jgn spoilkan. 

Mood mari. 

Bazar Ramadhan Teluk Intan is the bestt!  Suami pun kata best sbb banyak pilihan makanan yg dah terkenal dgn kesedapannya. Kecur air liur. Petang tadi teluk intan hujan, kalau tak hujan agaknya penuh satu bonet kereta beli makanan. 

Semua benda nak rasa. Beli sana sikit sini sikit. Rojak mastan ghani checked, laksa mastan ghani checked, satey wak teni checked, roti john sedap checked, air jagung lengkong, puding caramel checked. Kalau tak ditahan suami tadi mahu je menambah lauk kat Gulam Rasul. Dalam pada hujan, kalau terang benderang agaknya dgn mamak Gulam saya ajak balik jadi tukang masak. Haha. 

Tips kekal cargass di siang hari walaupun jaga 2 lab, kejap naik kejap turun, lps tu balik rumah yg tak macam tak siap tu, mengaruk sapu, lap habuk dan mop, ubah perabot ikut tempat mana nak kena hacked. Tiap2 hari okey. Mmg mencabar. 


Dari sudut tenaga mmg amat2 membantu di bulan puasa ni. Biasanya saya mmg jenis lembik melepekk. Dari sudut kecantikan, sebagaimana yg anda semua telah tahu akan menganjalkan kulit muka & tubuh, rambut kuku sihat, kulit lembab, parut pudar dan hilang jika konsisten, ramai yang ada eczema pun mengakui keberkesanannya. 

Siapa nak, bagi tahu awal. 
Promo Raya ni sangat berbaloi. 
Sambutan amat menggalakkan. 

Mrs. Farizal 
27-07-2013 



Friday, July 19, 2013

Jemputlah aku


Balai Pelepasan Antarabangsa, KLIA 12 April 2013

Salam Ramadhan ke-10.
Syukur masih di sini. 

Kusingkap kembali gambar-gambar kenangan manis 3 bulan yang lepas.
Pada tiap gambar pasti jari terhenti
Lama
Kutatap sepuasnya
Kerana ada cerita
Manis
Tenang
Syahdu
Kumainkan kumandang azan yang sempat dirakam.
Berkali-kali. Hingga remang.
Rindunya.

Masjidil Haram, Makkah

Jemputlah aku lagi Ya Rabb, 

Mrs. Farizal
Lorong Harimau,
10 Ramadhan 1434H
19 Julai 2013
5:07 pm

Tuesday, July 16, 2013

Pekasam

Assalamualaikum. Salam 8 Ramadhan:)

Nampaknya ini entry pertama saya di bulan yang penuh barakah. Moga kita semua diberikan kesihatan & kekuatan untuk berpuasa dan terus istiqamah menggandakan ibadah (solat sunat, bersedekah, membaca al-quran, bangun malam, bersederhana, bersemangat dalam tiap pekerjaan dan apa jua kebaikan). Jom kita bersyukur dengan nikmat2 yang telah dipinjamkan dan mohon agar Allah sentiasa bantu kita, kerana tanpa bantuan-Nya kita lemah dan tiada upaya. 

Macamana rutin korang? Terutama kaum-kaum ibu. Bangun untuk buat persiapan sahur pukul berapa agaknya?;) macamana pengalaman ibu yang ada anak-anak baru belajar puasa, mesti banyak keletahnya kan,dari nak kejut bangun sahur hingga menunggu azan maghrib berkumandang, hehe. 

Buat saya, tahun ini penuh dgn kesederhanaan. Alhamdulillah suami berpeluang cuti dari awal puasa dan insyaAllah hingga syawal menjelma. Tahun lepas saya dah beraya tanpa suami di sisi. Eh, dah cakap pasal raya pulak, baru puasa 8 hari:p 

Berbuka puasa setakat ini belum di rumah sendiri memandangkan rumah mertua yang sangat dekat, meriah sikit berbuka dan bersama-sama ke masjid dgn ibu mertua. Bersahur pula dengan menu-menu simple pembuka selera. Nasi jadi menu wajib. Mesti ada satu masakan berkuah, dan selainnya adalah pembuka selera seperti ikan pekasam / ikan bilis goreng dgn bawang, cili api, tomato & kicap / telur dadar. Dan, tak ketinggalan keropok lekor dari Kemaman. Tq suami sebab belikan stok ;) 


Cakap pasal makanan seolah2 takda titik noktah. Itulah kita. Puasa je, yg pertama terlintas di fikiran adalah lapar dan makanan. Cukuplah agaknya pasal makanan;) 

Doa saya semoga ramadhan kali ni menjadi latihan kepada kita untuk memperbaiki kualiti kehidupan untuk bulan-bulan yg mendatang. 30 hari bangun sebelum subuh untuk bersahur, bangun malam untuk ibadat2 sunat, 30 hari menjaga pancaindera dan mengawal nafsu, 30 hari berjemaah di masjid/surau, dan 30 hari menginsafi diri ini mampu mengenalkan kita semua lebih rapat dengan pencipta. 


Checklist di atas mungkin boleh jadi panduan bagi yang berminat untuk mendisiplinkan diri;) 



Jumpa lagi dalam entry seterusnya;) 
Mrs. Farizal 
8 Syawal 1434H / 17 Julai 2013 



Saturday, July 6, 2013

Bahagia cara saya

Asyik meroyan di muka buku.
Sampai kakak senior tanya 'adik ok ke?' 
Jawapan 'kenapa kak k' 
Kakak senior 'akak tgk kat fb mcm tak ok je' 
Jawapan 'biasa la, sy mmg asyik meroyan' 
*gelak dua2 sambil menikmati laksa toman* 
Err.. Bukan laksa dibuat dgn ikan toman, kami mkn laksa sempena duit lebih rumah sukan kami Toman. Hehe. 

Difikirkan kerja mmg takkan habis.
Jadi, Stress kerja itu takkan habis.  
Sudah lali. Bila stress meroyan di fb. 
Jadi, Silalah lali dgn saya. 

Sebut pasal sukan. 
Satu MoA tgh berpesta sukan antara jabatan & agensi.
Kami di VRI juga sukan antara rumah sukan. 
Toman, Kelah, Sebarau dan Arowana. 

Makjemah meroyan ni masuk apa. 
Makjemah masuk bola tampar *bidan terjun. Dapat no.3 walaupun makjemah berbaju kurung siap rubber-set beriya2. 
Makjemah masuk bola jaring. Jadi Juara. 
Makjemah masuk TARIK TALI. Dapat no. 3. 

Yang paling azab. 
TARIK TALI. 

Selama ni makjemah underestimate sukan tarik tali. Sebab nampak senang.
Sekali. Haaaa... Punyalah pancit. 
Boleh pulak depa buat LIGA. 
Mmg tergolek. 
Sampai satu tahap, mmg takda tenaga dah nak tarik. Habis tenaga. 
Tobat. 

Muka jangan cakap berkilat terbakar. 
Balik dari umrah akhir april mmg sedikit burn. 
Dah nak recover dah patutnya. 

Bulan 6 beriya pulak makjemah berjemur bersukan. Double up the kilat lah kan. 


Therapy di hujung minggu. 
Sambil dengar bunyi kontraktor yg tengah buat kerja di luar rumah. 
Heaven tak heaven. 
Rumah ku mmg syurga ku. 
Bahagia. 

Sekian. 

Selamat berhujung minggu. 
Mrs. Farizal 

Thursday, July 4, 2013

cepatlah berlalu wahai minggu yang sesak

banyak dugaan.
banyak cabaran.
semua benda nak kejar sebelum puasa.
kata-kata dua tiga rakan buat saya terfikir beberapa kali
"teha superwomen" "teha superman"
maknanya? suruh pakai sepender kat luar.
haha.
ngarut. 

cepatlah berlalu wahai minggu yang sesak.
agar cepat bermulanya ramadhan yang tenang

mukadimah.

cakap pasal ramadhan. dan puasa.
berkaitan dengan tenaga lah kan.
macamana superwoman nak maintain tenaga sepanjang hari berpuasa.
macamana para suami/lelaki kita nak kekal bertenaga sepanjang hari
di pejabat, di sekolah, di uni, di kolej,rutin tetap seperti biasa,
kerja tetap kerja. perlu bertenaga!

bukan setakat perlu maintain sepanjang siang berpuasa,
lepas isyak nak kekal bertenaga untuk terawih,
subuh pula bangun awal dari biasa sebab nak bersahur.
haaaa.. tenaga amat penting di sini!

jom boost tenaga dengan EPHYRA! 




TIPS : PENGGUNAAN EPHYRA DI KETIKA BERPUASA / RAMADHAN 


 EPHYRA : 1 KOTAK (30 SACHET) 
*untuk kegunaan 30 hari* 
Dulu RM 228.00/kotak
SEKARANG RM 197.00/kotak
 


 YANG LAGI BEST

...

...

...


PROMOSI RAYA 2013 

2 kotak EPHYRA pada harga CUMA RM 390.00 
* termasuk penghantaran ke Semenanjung Malaysia 
* Free Shaker Ephyra
* Free Handbag Organizer (macam dalam gambar bawah) 

Boleh buat stok siap2 untuk bulan depan 
Boleh share dengan member ofis atau adik beradik 
Boleh belikan untuk suami/isteri mak/ayah.


 

BUKAN SETAKAT MENGEKALKAN DAN MENAMBAHBAIK KECANTIKAN DAN KESIHATAN, MALAH MEMBERIKAN TENAGA SEPANJANG HARI!


HUBUNGI : 
SMS/Whatsapp : 012-546 6373 (Fatiha) 
COD kawasan Ipoh sahaja 
Penghantaran ke seluruh Malaysia & Antarabangsa



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...