Social Icons

Tuesday, May 29, 2012

Oh No!

Tak boleh terima Mejar Dr Faiz terkeluar dari Masterchef Selebriti Malaysia. 
Sebab? Sebab :
  • kalau betul2 ikut cabaran penyingkiran tadi masakan beliau mmg terlebih tomato puree (sampai 1 tin:P), tapi tortilla ok,ayam pun masak, rupa pun ada. Dan cili padi tak terasa,oleh itu mungkin tak menepati tema "malaysia"
  • Raja Azmi salah cheese. rasa lain dari yg sepaturnya. Tak kenal cheese.
  • Double A pulak takda rupa apa, mcm puding roti pun ada. Tapi chef kata sedap.
  • Farouk so far tadi dia yg dapat komen paling selamat.
  • Dr Faiz, dia siap tolong org lain habiskan kerja walaupun tu cabaran individu bukan kumpulan. Tu elemen suci,tak seperti Double A yg asyik provoke & havoc tak tentu pasal


Cabaran2 sblm ni pulak : Dr Faiz top 3 masak lobster. Wuuwuu. Tak adil. Dia ada potensi dan mesti diberi peluang!

Kesimpulan : hakikat realiti show, mereka akan pentingkan rating. Lagi org nak tgk Double A keluar kerana nyampah tgk peel2 dia,lagi penonton nak tgk tiap2 hari rancangan mereka.

Masalah skrg ni takleh nak terima hakikat, boleh?

Wuuwuu T__T
Mrs. Faizzal eh Farizal
Tiara Lake Park
29-05-2012
10:20 pm

Sunday, May 27, 2012

Cuti2 Malaysia Langkawi :: Be nice custom, pls be nice..

Jenuh buat muka pasangan-baru-kawen-rumah-takda-periuk-belanga bila menghampiri kaunter kastam. Incik2 kastam nampaknya sungguh baik hati harini. We love you lah.


Sdg beratur utk check-in,
Mrs. Farizal
LIA 27-05-2012
1:40pm

Cuti2 Malaysia Langkawi :: Tree House

Pengalaman menginap di Malibest Resort, Pantai Cenang untuk 2 malam terakhir di Langkawi ni sgt menarik. Insyaallah akan diperhalusi dalam laporan lengkap nanti :P (maafkan kepoyoan daku) Gambar di bawah adalah shot terakhir dari balcony rumah pokok kami.

Saat menulis ni jam dah menunjukkan pukul 1:10pm, kami berdua dah pun sampai di Langkawi International Airport menunggu kaunter check-in pesawat MAS MH1455 dibuka. Jadual penerbangan kami pukul 3:40ptg,maknanya berbaki 2jam 30minit lagi. Mungkin boleh jenguk kedai Duty Free.





P/S : Baru kejap tadi lunch di Padang Mat Sirat (nama kedai dlm gambar, boleh tahan sedap)


P/S : Update November2012 : Laporan Lengkap sepanjang penginapan kami di Malibest Resort sila klik sini :) 


Bye Langkawi,
Mrs. Farizal
Langkawi International Airport
27-05-2012
1:20pm

Friday, May 25, 2012

Cuti2 Malaysia Langkawi :: Saprais

Hari ketiga dan terakhir di LLR.
Sedih juga nak check out. Malam tadi ada sedikit saprais utk kami berdua. Overall, Layanan mmg terbaik, makanan sedap, lepas ni berani rekemenn org. Serius duarius tak tipu. Lepas ni mesti rindukan tempat ni.

InsyaAllah balik dari Langkawi nanti saya kongsikan pengalaman di Langkawi & LLR dgn lebih terperinci. Laporan2 semasa ni hanya ditulis melalui iphone,tak byk masa nak mengarang betul2 lg,gambar pun tak transfer lg compactcam & handycam, cuma dari iphone setakat ni.

Skrg jam dah pun pukul 6:45 ptg. Langkawi tgh hujan lebat, angin pun kuat. Kami pun dah check-in di Malibest Resort,Pantai Cenang untuk menghabiskan sisa percutian yg berbaki 2 malam lagi. Dah puas memerap di LLR, harini mula sewa kereta & keluar beraktiviti.

Harap cuaca kembali pulih kejap lagi :)

salah satu saprais di malam terakhir kami di LLR ^__^

P/S : saya berjaya pujuk en.rizal ke Buffalo Park tengahari tadi :P nantikan entrynya nanti ^__^

We're on a tree,
Mrs. Farizal
Malibest Resort Langkawi
25-05-2012
6:48pm

Thursday, May 24, 2012

Cuti2 Malaysia Langkawi :: Room 612

Bersiaran dari bilik 612. Sambil melayan ombak yg bergelora :P
En rizal tgh bace paper. Saya pulak tgh tggu turn baca paper.
tgh cuba convince en.rizal pi Buffalo Park di Kpg Nyior Chabang.
siap tunjuk blog terajubintang7 yg ada testimonial mengancam makan steak & aiskrim susu kerbau.


en.rizal kata kat kampung tanjung tualang nuu byk kerbau.... tak payah sampai ke Langkawi nak jumpa kerbau. ahahahaaa:P



Cuti2 Malaysia Langkawi :: Langkawi Lagoon Resort

Hari kedua di LLR. Setakat ini semua berjalan lancar. Kami berdua amat puas hati. Alhamdulillah.

Kami sampai di LLR semalam terlalu awal (12pm), sedangkan dah sah2 tertera check-in time pukul 3ptg. Sementara tunggu urusan check-in selesai kami dihidangkan dgn welcoming drink (pineapple-blue soda-lime juice). Seorg staff dtg untuk confirmkan pilihan tarikh utk dinner. Tak lama lepas tu kami pun dipanggil utk naik buggy & dihantar ke bilik sekitar pukul 12:45pm. Ingatkan kena tggu 3pm jugak:P

Utk percutian 5hari 4malam kali ni kami dah sepakat nak totally rehatkan diri utk 2malam pertama tanpa ada unsur2 shopping mahupun sightseeing. Malah kami tak sewa kereta pun lg ni. Hehehe. Menjelang hari ketiga nanti (esok,jumaat) baru kami akan check out dari LLR & meneruskan lain2 aktiviti ^__^

Saat saya buat entry ni en.rizal tgh berkubang eh berendam :P




Rehatkan diri,tenangkan minda,
Mrs. Farizal
Langkawi Lagoon Resort
24-05-2012
12:20 pm

Wednesday, May 23, 2012

Cuti2 Malaysia Langkawi :: International Laksa Carnival (LILAC)

Alhamdulillah. Selamat tiba pada pukul 11:40 pagi tadi. cuaca pun baik nampaknya. Capai map di kaunter Tourism Malaysia & terus beredar ke tempat bertandang malam ini dgn perkhidmatan airport transfer yg inclusive dlm pakej kali ni.

Dalam kereta bersembang dgn pemandu pasal perkembangan di Langkawi. Katanyer beberapa hotel (antaranya mutiara burau bay) dlm proses ubahsuai besar-besaran untuk naiktaraf hingga ke 5 bintang. Dua tahun akan temporary closed uols! Kita nantikan wajah2 baru hotel2 tu nanti ;)

Kata org tu lagi, chalet dah byk sgt, homestay pun dah jadi trend. Tp yang peliknya takkan pernah cukup terutama bila musim cuti sekolah. Dasyat sungguh kan. Tapi, eloklah untuk jana ekonomi hehee, org langkawi semua boleh buat macam2 bisness kat tmpt sendiri. Sewa kereta, buat souvenirs, buat homestay, usahakn gamat, kedai makan, buat pakej island hopping. Uishhh, byk tu.

Oh yer, sementara tunggu bagasi tadi kami merewang2 di arrival hall dan nampak banting pasal LILAC ni. Ada Dato' Chef Wan uols. Meriahlah langkawi hujung minggu ni. Kepada pencinta laksa, moh ke Langkawi 25-27/5 ni! ^__^



Tenang lg mendamaikan,
Mrs. Farizal
Langkawi Lagoon Resort
23-5-2012
15:05 pm

Cuti2 Malaysia Langkawi :: Perjalanan pun bermula

Kali terakhir pergi Langkawi tahun 2008, itupun disponsor oleh Genting Hub Ipoh. Agaknya byk kot perubahan kat sana kan?

Ada masa insyaallah akan bersiaran lagi. Moga dipermudahkan urusan, selamat pergi dan balik dan cuaca baik hendaknyer.

P/S : Makcik takpernah naik cable car lagi. Harus jakun nanti.

we are excited,
mrs. farizal
Subang Skypark Airport
23-05-2012
9:55 am

Friday, May 18, 2012

jaringan labah-labah 1

Masuk bank terasa nak jadi pegawai bank bila tgk kemeriahan dan keramahan akak2 di kaunter tengahari2 jumaat tadi. Gi pasar malam station 18, tengok Kak Yah berniaga nasik kerabu sampai orang beratur panjang terasa nak berniaga pasar malam jugak. Tengok orang happy gila jadi suri rumah tangga, terasa nak berhenti keje pun ade. Ahahaahaa. Adoiyai. cita-cita yang berubah2. Ya, tidak dinafikan, saya sangat mudah dipengaruhi oleh persekitaran.

Tapi, bukan cita-cita tu motip entry ini, yang nak saya ceritakan kat sini, adalah hubungan sesama insan.
Setuju sangat bila Ustaz Kazim kata :
"Jadilah macam labah2..
buat jaring sarang untuk 'tangkap' makanan..
macam itu juga kita, kalau nak berjaya..
kena banyak jaringan.. 
untung orang yang ramai kawan.."


Waktu rehat tadi saya ke CIMB Gunung Rapat, ada urusan di kaunter, jadi terpaksa juga menempuh trafic untuk ke bank waktu-waktu pejabat gini (oh, tidak suka!). Akak2 kat CIMB tu memang dah kenal saya, sebab selang 1-2 minggu mesti ngadap kaunter tu. Bila nombor 2037 ni dipanggil, kami sapa menyapa dengan salam, kemudian akak tu (panggil Kak Fizah) tanya saya beberapa soalan tentang urusan tersebut.

kemudian dia tanya "Cantik tudung, beli kat mana?" saya sengih saje. lalu bagitahu kat dia, beli online, kedainya kat kelantan. Akak kaunter sebelah pun (namanya Kak Liza) dah jengah kepala sekali, lalu setuju dengan pendapat Kak Fizah. Lalu mereka berdua tanya berapa harga, dan nak rasa kualiti kain tudung yang saya pakai. Saya pun bagi rasa. Lalu terkekeh2 kami bertiga kat kaunter. Hari Jumaat tengahari kaunter agak lengang, Pegawai2 bank yang lelaki muslim semua tak ada, tinggal kami2 muslimat berkerjaya ni sahaja, haruslah sampai sempat belek2 tudung customer kan:P


Dalam pada Kak Fizah ke sana ke mari untuk uruskan beberapa prosedur untuk urusan saya, dia sempat suruh Kak Liza yang tak ada customer masa tu salin website yang saya beli tudung ni. Saya pun tulis CtRedzuan.com pada belakang slip bank terpakai. Ahahaa.. Kami gelak lagi. Sungguh comel akak2 tu.

Lalu, sementara nak tunggu urusan tu selesai, Kak Fizah pun berkongsi yang tudung rasmi CIMB yang dipakainya tu adalah tudung Ariani. Sedap pakai katanya, cuma takboleh lah nak bergaya bermacam2 warna selain warna rasmi CIMB, iaitu maroon tu. Siap memikirkan kenapalah tudung Ariani tu lepas sales pun masih RM300.00, dan pulak tu tudungnya singkat2. siap bagi pendapat lagi sepatutnya hal-hal untuk menutup aurat gini janganlah jual harga sampai gitu sekali. Comel kan mereka. Tapi kerja dan urusan saya berjalan tau, cuma mmg urusan saya ni ambil masa lama sikit, macam biasa.

Kemudian, saya pun tinggal nak tandatangan mana yang patut, saya pun tanya, urusan saya ni tak boleh ke dibuat online. Kak Fizah jawap dah boleh dah sekarang. Tapi ada sambungan lepas tu, dia kata "ala, tak payah la buat online, kalau datang kaunter leh kiter sembang2 selalu" ahahahaaa... :P terkekeh2 lagi kami bertiga kat kaunter. Seronok kan, tak pernah saya beramah mesra gitu sekali dengan pegawai di kaunter bank. Walaupun umur akak2 tu rasanya tak kurang dari 40tahun, takada halangan untuk jalin persahabatan.

Beberapa jam kemudian, saya pun dah balik ke opis, beberapa minit sebelum pukul 5 petang, ada panggilan dari nombor talian tetap masuk, rupa-rupanya Kak Fizah tadi yang call beritahu kad Western Union saya dah tertinggal kat atas kaunter, rupanya tadi dia hanya bagi balik IC saya. Saya pun baru sedar bila dia cakap. Alhamdulillah katanyer tak payah risau, dia akan simpankan. Bila-bila datang bank nanti dia suruh ambil saja. 

Kesimpulannya, apa saya dapat dari perjumpaan tadi? adakah saya dapat untung di mana2, atau dapat keistimewaan? adakah mereka tidak cas saya dengan cas yang sepatutnya, ataupun adakah saya dapat skip nombor giliran? TIDAK. Tiada apa-apa keistimewaan. Bukan itu tujuan menjalinkan persahabatan, bukan untuk mendapatkan lebih perhatian atau keistimewaan di mana-mana. Cuma menjalinkan ukhwah, meluaskan jaringan. Ikhlas, dan mudah. Tanpa dipaksa-paksa.

Ikuti kes kedua kejap2 lagi.. Panjang sangat pulak entry ni kalau tulis dua kisah sekaligus ;)

I love weekend,
m.r.s f.a.r.i.z.a.l
tiara lake park
18-05-2012
7:38pm

Thursday, May 17, 2012

| masa | hilang | sabar |

masa mmg macam pedang. 
boleh memotong, boleh mencantas siapa yang sia-siakannya. 
takkan berulang, takkan terhenti. hanya akan terus ke hadapan. 
terasa macam baru je wish selamat tahun baru pada semua. 
terasa baru je buat entry penutup 2011 hujung disember lalu. 

yer. walau baru separuh tahun terlalu byk yg dah terjadi. 
tak tercerita semua benda. 
dan ada yang sengaja tak mahu diceritakan. 
ada yang gembira, ada yang duka 
adakala Allah menduga, tanda sayang pada hambanya

sbg insan biasa 
sesekali kesabaran teruji
sesekali persekitaran mmg sangat menekan 
sesekali degil dari dalam diri 
sesekali putus asa menghampiri 
sesekali hilang kawalan diri 
kemudian semangat datang kembali 

syukur Allah jumpakan kami dengan insan yg beri panduan, pertolongan, kekuatan untuk memperbaiki diri, bertatih untuk belajar istiqamah :) 


p/s : bila kita mula belajar untuk mensyukuri, musibah besar terasa kecil, nikmat kecil terasa amat besar 


Tiara Lake Park 
17 Mei 2012
10:01 pm 

Saturday, May 5, 2012

Wordless #10

Rerama hijau pink
Liuk lentok di tiup angin
Seakan terbang ke sana ke mari
Baik siang atau malam yg dingin

Kau sama tapi tak serupa


m.r.s f.a.r.i.z.a.l
Seri Melintang
05-05-2012
23:42pm

Friday, May 4, 2012

emkay :: siri 1


semalam janji nak cerita pasal emkay kan. 
semalam ke kelmarin eh:P 


Emkay Group Bhd ni letaknya di Menara Mustapha Kamal, sebahagian dari PJ Trade Centre (PJCC). setibanya di sana disambut oleh En. Shamsul (senior manager - tahu beliau ni siapa pun lepas dapat business card dia), kemudian dibawa ke lobby untuk melawat Galeri Emkay. Penerangan ringkas disampaikan oleh En. Roslan, sangat padat. 



setibanya di menara mustapha kamal. perhatikan binaan lantai, tiang, ceiling, tangga . sungguh sempoi, tidak membazir tak bertempat, berkualiti, lain dari yang lain 






Galeri Emkay terkandung kisah suka duka kejayaan Tan Sri Hj Mustapha Kamal Hj Abu Bakar, dari zaman persekolahan, remaja, universiti, kerjaya sebagai penjawat awam, minat beliau yang mendalam  terhadap bidang seni muzik, seterusnya menjinakkan diri dalam pembangunan residen dan komersial, tertubuhnya Emkay Group Bhd, anak syarikat dan yayasan miliknya, tak lupa projek-projek yg telah berjaya. 

Terselit jugak kata-kata hikmat yg kebanyakkannya garapan Tan Sri sendiri, juga dari pelbagai sumber yang lain. bila terbaca yang terkena di batang hidung sendiri mahupun sinonim dengan persekitaran semasa, kami sengih sambil cuit2 sama sendiri :P saya sempat juga snap beberapa kata-kata menarik utk simpanan sendiri, insyaallah ada masa nanti saya kongsi di lain entry ^__^ 


masa ni dalam gallery, kami ramai, maka keadaan sesak. Azrul jadi model gambar Tan Sri yg senget ni okehh:P 


Tan Sri sedang beri motivasi, elok saya nak snap beliau berkalih pulak. T__T


rasa macam kenal tak tempat ni? 



esok balik kampung hureyyyy! 
m.r.s f.a.r.i.z.a.l 
04.05.12 
9.32 pm 

Wednesday, May 2, 2012

balas dendam


Saya nak balas dendam. 

Malam tadi hanya dapat lena selepas pukul 1.45 pagi. 
Tak sedar pukul berapa saya tidur, tapi kali terakhir tengok jam adalah pukul 1.45 pagi. Disebabkan kekagetan kerana tahu kena bangun awal, mata ni seawal pukul 4.15 pagi dah terjaga. 

Pada hal kunci jam pukul 4.30am, 4.45am dan 5.00am. 
punyalah takut terbabas tak bangun. 
mampos kalau tak bangun, hadiah tan sri elok letak dalam kereta dah. 
kalau kena tinggal bas, alamat kena merempit ke menara mustapha kamal nak cik city guwe. oh tidak. 

pukul 5.15 dah siap dress-up, siap berwuduk jugak. 
fikir2, time jalan lengang mcmni rasanya 15 minit pun dah sampai ofis. 
fikir2 lagi, kalau keluar rumah 5.15 pagi maknanya 5.30 dah sampai. 

apekejadahnya. 
subuh pun masuk pukul 5.46 pagi di ipoh. 
nak buat apa 16 minit sorang-sorang. 
orang lain tinggal dekat, entah2 semua org solat di rumah. 

bukak tv, tengok ulangan Wanita Hari Ini entah zaman bila. 
kerling jam, baru 5.20 pagi, sekali lagi tgk, ok dah pukul 5.30 pagi. 
jadi saya pun gerak. 

oleh kerana dah TERbiasa dan terpaksa merempit setiap hari ke opis maka tabiat buruk itu masih terikut2 walaupun keluar dari rumah pukul 5.30 pagi. makin jalan lengang dan lancar, makin sedap jugak kaki ni tekan minyak. 

sedar tak sedar rupanya tinggal lagi 3 trafic light saja nak sampai ke opis, (semua sekali ada 13 trafic light okehhh) 
saya perlahankan kelajuan. bawak terkemut2. agaknya tak sampai 60km/j pun. 

elok nak belok ke opis, bertembung dengan kereta Dr. 2nd boss, dia bukan muslim. tapi dalam hati cakap, kalau takda orang kat surau, nak minta dia teman jugaklah. haha. boleh? desperate dan penakut. 
sah saya antara yang terawal sampai. 
tgk jam belum pun lagi masuk waktu. 
saya ke bangunan opis dulu, untuk punch kad. 
nampaknya 2 org rakan lagi dan sampai. 
lepas punchkad baru menderu2 kereta masuk, menghala ke surau. 
ok, lega sangat. 
tgk brick wall tanpa plaster tu, teringat UKM ! 


bergerak menaiki bas, dan sampai di Menara Mustapha Kamal pukul 9.30 pagi. Selesai melawat, kemudian ke tingkat 18 untuk dengar ceramah dari Tan Sri Mustapha Kamal. Selesai pukul 1 tengahari dijamu pula dengan makan tengahari, pukul 2 petang kami bersurai. 

dan sekarang, kepala saya amat-amat sakit. 
sakit sebab tahan mengantuk, dari pukul 3 petang lagi. 
saya tahankan jugak taknak baring. 
saya gigihkan tulis entry untuk blog ni, sebab nak tunggu isyak. 

p/s : entry pasal emkay, nanti saya tulis lain, sekarang weng amat. 

sekian, anda mampu mengubahnya
m.r.s f.a.r.i.z.a.l 
02-05-2012 
8:22 pm 


Tuesday, May 1, 2012

rasakan kau.

overdose tidur. 
esok kerja. 
kena pergi damansara. 
ya, seawal pukul 6 pagi. 
sebab kena sampai sana pukul 9 pagi. 
maknanya kena bangun pukul 5 setidaknya. 
maknanya kena solat subuh di surau VRI. 


baju dah gosok, 
handbag dan isi dalam handbag dah siap susun. 
kasut nak pakai pun dah letak tepi pintu. 
tumbler utk bekal air pun dah siap isi. 
souvenirs utk tan sri dah siap2 letak dalam kereta, takut lupa. 
solat pun sudah. 


bila nak ngantuk ni? 
rasakan kau. 


kepala masih pening, 

Tiara Lake Park 
Hari Pekerja 2012 
9:58 pm 

nikmat cuti

selamat hari pekerja kepada semua, 
selamat menikmati cuti. 
nikmat uols bila cuti ni. kan kan? =P 

nak tahu apa yang saya nikmati harini? 
dah lama tak buat uols. sumpah. 
last rasanya zaman student2 dulu, time cuti semester. 
apakahh? 

guwee layan tidur uols. 
bangun subuh, lalu bermalas-malasan di atas katil seperti weekend yg lain. bukak tv, online di FB, check email, bagi wake-up call en.suami yang schedule choppernya pukul 2 ptg. lepas tu tertidur. 

bangkit dari kemalasan pukul 10.00 pagi uols. 
memang dah lama tak dibuat. 
lapar tak tahu nak kata. 
buat breakfast ala carte, eh ala kadar. 

bercalling2 lagi dengan en.suami. 
tanya en.suami bila nak balik. 
dijawab dengan gelak gempita dari dia. 
mana tak nya, naik chopper pun belum =P 
18 hari lagi okeh, 18 hari teha! 

selepas dapat call dari en.suami kira-kira pukul 1.45 ptg, 
en.suami bagitahu hp dah nak dioff, nak tinggal di heli-based. 
suruh take care, suruh sabar tunggu dia balik, suruh jaga pokok bunga ;) 
entah kenapa golek punya golek, terus lena lagi atas sofa. 

bangkit2, gosok mata dah pukul 4.30ptg uolsss! 
ya allah, sakit kepala! overdose. 
sungguh sejak dah menempuh alam pekerjaan, saya tak reti tidur siang lagi. sebulan sekali pun tak tidur siang, 3 bulan sekali pun tak, 6 bulan sekali pun tak (exception sekiranya migraine melanda, atau semasa awal kehamilan yg asyik letih-tak-tahu-nak-kata). saja2 nak layan tidur mmg tak uols, takda nafsu pun nak tidur siang dah. seronok juga bila tgk orang tidur sekejap especially time lunch hour kat opis. masalahnya saya takda rasa pun nak tidur!  

kalau zaman student dulu, inilah kegiatan tegar saya. 
setiap kali cuti semester, tiap kali lepas final exam. 
tiap kali weekend bila malamnya berjaga. 
rindu zaman uni! 


gambar sekadar hiasan. 


UKM2001-2004  in memories, 
Tiara Lake Park 
1 May 2012 
9:42 pm 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...