Social Icons

Wednesday, September 1, 2010

raya mode : panjut | cheese tart | high heels

hari ni riuh rendah di lab sebelah sebab ada delivery kuih raya, maruku raya, brooch raya, kerepek raya, rempeyek raya. seronok tengok kawan-berniaga, kita ni tukang support je lah kan, hehe. suasana raya memang dah terasa! mood nak kerja pun semakin merundum, mood raya yang bagai taufan melanda (boleh pakai tak alasan nak tulis blog ni?:p).

quick update 22 ramadhan :

  1. baju raya - aunty JC dah call kelmarin, suruh ambil tempahan yang dah siap. yahuuuu!
  2. tudung raya - dah beli sebelom puase lagi. dan dah pakai dah pun.. huhhuh!
  3. kuih raya - dari minggu lepas dah mula sampai. 3 jenis kuih raya dah tinggal separuh balang. yang paling kritikal ialah cheese tart. itu pun dicatu, sehari boleh makan 5 ketul je. tapi.. kuih nyer dah dapat minggu lepas, raya lagi 2 minggu masa tu. jadi 5 ketul x 14 hari = 70 ketul. mana tak habis sebalang kan, betui ke matematik saya? ahahahaa..:p
  4. highheels raya - sumpah belum beli lagi. high heels yang dok ada pun dah jahanam semuanya, hinggakan kemana2 pun saya pakai kasut crocs comot yang tak reti-reti nak rosak tu. pergi kenduri kawen, pergi kerja, pergi terawih, pergi gardening kat luar rumah semua pakai si comot ni. bila la ko nak rosak wahai kasut noreh getah??
  5. kek raya - mohon dipermudahkan la operasi nak buat kek raya ni. dah la kuih raya beli, harap2 kek dapat la buat tahun ni, huhu.
  6. cuti raya - bab cuti ni ai suka. saya dah submit borang cuti. tapi cuti seminggu je lah. jadilah kan. cuti berpada-pada, lama2 sangat pun buat apa, duduk rumah tengok movie jugak.
  7. apa lagi pasal raya ni, oh duit raya untuk budak2 - yesza, dah pesan pada k.trisna tukarkan. itu pun tak sempat nak kira betui2, ikut tahun lepasnyer kira2 je. harap cukup la. cik arkitek pun dah kerja, jadi jimat duit ai untuk seorang adik, tinggal lagi 2 orang je kena kasi. hihiihi:p
  8. PANJUT RAYA - haaaaa, the best part of hari raya! panjut!!! hehehehe...! kami dah selamat pasang panjut malam tadi. eksaitedddd! gambar ada ambil, tapi dalam handycam, dan handycam di rumah, saya di pejabat, bermakna saya blogging dari pejabat, jangan contohi ok? sebab tu kena buat quick entry sahaja walau ade kerja menanti. bila tak siap kerja hati tak tenang nak cuti raya lama2. insyaAllah malam nanti kalau sempat ai upload!


sekian checklist dan update sempena raya. nanti ada masa update lagi!

p/s: "quick" update yang panjang berjela. sigh!


2 comments:

Ietams said...

dah follow balik,
ape ek ponjot raya tu?
hihihi tak tau pe bendenye tu

^m.r.s. f.a.r.i.z.a.l^ said...

hehe!
bukan PONJOT tau, PANJUT = err.. ape yer.. haaaa.. lampu pelita! hihihihiii...
orang perak panggil panjut:D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...