Social Icons

Saturday, January 28, 2012

Entry lagging [ Vienna ::: food ]


Mana tak lagging kan, dah genap 6 bulan balik baru nak buat entry. Janji punyalah lama nak sambung entry Vienna Part 1 , Part 2 dan Part 3

Terimalah entry ini seadanya, cuma nak cerita-cerita pasal makan2 kat sana. Tak banyak mana kalau nak dibandingkan dengan kat tempat kita, yang boleh makan pun terhad:) 





Apple Struddel : makanan tempatan warga Austria, dan merupakan makanan rutin raja2 dan pembesar seharian dan sewaktu keramaian. Masa ni kami makan di Residenz Cafe Restaurant, di Schonbrunn Palace, Vienna. 



Ini pulak namanya makanan kegemaran saya(akibat tidak banyak pilihan) sepanjang di sana. semua bekal dari malaysia. beras & buah beli kat kedai groceries sebelah hotel.  makan nasi selang sehari. balik terus turun 2.5 kg:P 



telur yang cuma separuh harga, tinggal Euro 0.49 rasanya masa tu :) 




Ini cafe  roti depan hotel. tak pernah pergi pun


Ini pulak salah satu tempat "wine" yg bagus kat bandar ni. Nama tempatnya Grinzing. Tak dpt nak snap gambar makanan yang sedap sbb saya cuma pesan Cola dan as usual, fries sahaja:) 


Baru sampai. Bergambar dengan Fethiye (Turkey) dan Eirini (Athens, Greece). Yang tinggi gila berbaju biru tu Peter Junior dari Swiss Institute of Bioinfomatics (SIB) Geneva  :) 



Di Grinzing. Next to me is Dr Mugabi from Uganda :) 


Sebahagian dari kami. Masa ni bergambar sebelum saya & Dr Hendra chow awal :) 



Some of the guys. Masa ni nak mengatur meja supaya semua boleh duduk bersama. The one with red cap and tshirt is Dr Hendra from DIC Wates, Indonesia. Yang blue shirt nampak muka sipi2 pula ialah Mihail, dari Bulgaria :) 



Nice kan tempat ni, tenang. cuma takda apa yang boleh di makan sangat 

Kesimpulannya, kita (muslim) boleh hidup di mana saja, insyaAllah tak kebulur. Kenapa saya cakap begini, sebab biasanya yang menjadi kerisauan kita nak ke mana-mana ke tempat yang tak biasa terutama negara barat, adalah... MAKANAN...! risau sangat takda makanan, risau sangat sana haram situ haram. 

Bukan pula sampai ambil mudah dan main bedal, tapi percayalah, ianya tak lah sesusah yang disangka, ianya mudah dan insyaAllah dipermudahkan:) 



28 Jan 2012 
4:11 pm

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...