Social Icons

Monday, May 23, 2011

Update : Maklumbalas dari Secret Recipe Cakes & Cafe Sdn. Bhd. tentang Isu Penarikan Sijil Halal Syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd.

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Rentetan dari entry saya sebelum ini yang bertajuk "Sijil Halal Syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd. ditarik! Secret Recipe buat sesuatu plsss!", saya ingin memaklumkan bahawa saya telah mendapat maklumbalas daripada Bahagian Perkhidmatan Pelanggan melalui Cik Wan Zawani Wan Ahmad Eksekutif Halal Secret Recipe Cakes & Cafe Sdn Bhd melalui email yang saya terima pada 9:49 pagi tadi.


Berikut merupakan pertanyaan yang saya ajukan sendiri kepada Bahagian Perhidmatan Pelanggan Secret Recipe Cakes & Cafe Sdn. Bhd pada 22 Mei 2011.




Dan ini pula adalah maklumbalas yang saya terima pada jam 9:49 pagi tadi (23 Mei 2011) dari Bahagian Perkhidmatan Pelanggan dan Eksekutif Halal pihak mereka sendiri.



Atau, saya mudahkan seperti di bawah ini :


Dear Mrs Nurul,

Thank you for your feedback below.

We have been receiving increasing queries on this issue. Our Halal Officer Cik Wan Zawani has also issued a response and a statement in regards to this issue as below and we will be addressing certain actions against the blogsite. We thank you very much for highlighting this matter.

Statement from our HALAL Officer in respond to the matter is as below.
We thank you for your concern and support in regards to this.

Thank you!

Regards,

Secret Recipe Customer Service

***************************************************************************************

Saya,Wan Zawani Bt. Wan Ahmad, Eksekutif Halal daripada syarikat Secret Recipe ingin menyatakan maklum balas di sini berhubung hebahan atau berita yang telah dihantar oleh pihak tuan. Kami amat kesal kejadian seumpama ini boleh berlaku walhal perkara ini langsung tidak terjadi di syarikat kami kerana kami sepenuhnya menggunakan bahan-bahan ramuan yang halal serta mendapat pensijilan halal dari daripada badan yang diiktiraf iaitu JAKIM. Jika terdapat sebarang kemusyikan berhubung perkara ini, anda boleh berhubung terus dengan pihak kami di talian 03-78034891 dan berhubung dengan saya.

Berikut merupakan kenyataan rasmi daripada syarikat Secret Recipe.


On 22/05/2011 12:37 PM, fateh_shuhay@yahoo.com wrote:
Name:Mrs. Nurul Fatiha Ahmad Shuhaimy
Company:Consumer
Telephone:
Mobile:
Fax:
Email:fateh_shuhay@yahoo.com
Address:Ipoh
Perak, Malaysia
Enquiry:To whom it may concern,

Refering to the article "PENEMUAN DNA BABI DALAM BAHAN RAMUAN SYARIKAT PURATOS MALAYSIA SDN BHD" in Malaysian Halal Portal (http://www.halal.gov.my/ehalal/index.php?ty=content_view&id=NEW-20110512163507&type=NEW).

As a consumer I would like to ask for clarification if Secret Recipe Cakes & Cafe Sdn Bhd is using/not using those range of product from Puratos (M) Sdn Bhd.

It was circulating in the email / blog / website that Secret Recipe is also one of the consumer of Puratos range of product. Those information was very confusing for especially for muslim.

Hope SR can clarify this issue.

Rgds,

------------------------------------------------------------------------------------------------


Diharap penjelasan oleh pihak Secret Recipe Sdn. Bhd ini telah mengembalikan semula keyakinan pelanggan terhadap rangkaian produk mereka. Saya selaku penulis entry bertajuk "Sijil Halal Syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd. ditarik! Secret Recipe buat sesuatu plsss!" ingin memohon maaf atas entry yang telah dikeluarkan sebelum ini. Entry tersebut cuma sekadar luahan dan perkongsian seorang pelanggan setia Secret Recipe sekiranya dakwaan tersebut benar. Terdapat sedikit kekeliruan pada nama produk yang terdapat dalam Senarai Halal Malaysia tersebut menyebabkan beberapa pihak telah salah membuat interpretasi bahawa ianya berkaitan dengan Secret Recipe Cakes & Cafe Sdn Bhd.


Bagaimanapun, saya tidak akan menarik balik entry tersebut kerana di ruangan komen entry tersebut terdapat beberapa maklumbalas dari seorang kakitangan bahagian Quality Control Secret Recipe Cakes & Cafe Sdn. Bhd sendiri yang menjelaskan perkara ini juga. Saya juga turut bersetuju dengan perkara yang beliau ajukan dan telah memohon maaf.


Semoga perkara ini menjadi iktibar kepada kita semua.


Saturday, May 21, 2011

Sijil Halal Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ditarik! Secret Recipe buat sesuatu plssss!!

PENTING --- > Anda baca dulu entry di bawah, kemudian sila klik di sini untuk infomasi terkini selepas saya mendapatkan maklumbalas dari pihak Secret Recipe Cakes & Cafe Sdn. Bhd. pada 9:49 pagi 23 Mei 2011.

--------------------------------------------------------


Sentap! Kaciwa lebih lagi!
Taknak cakap banyak, sila klik link HALAL MALAYSIA ni.
Sijil halal Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd. ni telah ditarik balik gara-gara penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut.



Apa kena mengena dengan Secrect Recipe?
Sebab Secret Recipe adalah antara pengguna brownies & cake concentrate jenama Puratos ni. Klik sini untuk lihat sendiri. Boleh terus ke item no 8 dan 9.


Sehubungan itu, semua pemegang atau pemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd dikehendaki untuk melakukan perkara-perkara seperti ketetapan berikut :

  1. menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf;

  1. mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf ( jika berkaitan );

3.melakukan proses samak, dan

4. mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri.



pls la secret recipe, do something, act fast!





---------------------------------------------------------------------

PENTING ---> Dah baca entry di atas, tak puas hati? nanti dulu, sila klik di sini untuk infomasi terkini selepas saya mendapatkan maklumbalas dari pihak Secret Recipe Cakes & Cafe Sdn. Bhd. pada 9:49 pagi 23 Mei 2011.




Saturday, May 14, 2011

Satey Wak Teni, Sup Ayam Abdullah Bacha & Menara Condong

Assalamualaikum!


baru lepas sync hp, maka gambar2 menarik ni baru lepas keluar dari lubuk:P haaaa, meh nak cerita! destinasi jalan2 cari makan ini adalah di Pekan Teluk Intan, Perak. di bawah ini adalah antara makanan yang siapa datang teluk intan tak datang makan dia rugi:P




1) Gerai No 23 dan 24, Medan Selera Bumbung Biru Teluk Intan
  • Medan selera ni terletak berhadapan Menara Condong Teluk Intan
  • Apa yang best kat gerai niii?? SUP AYAM ABDULLAH BACHAA!!
  • Saya berani rekemen!!! RM 3.50 je semangkuk penuh dengan ayam. janji tak kedekut. siapa badan demam2 gerenti celik mata segar bugar lepas makan. hiks!




2) Gerai No 20, di Medan Selera yang sama seperti di atas ^_^
  • Apa yang ada di gerai ni ? ------>>>  SATEY WAK TENI
  • hiks. sedap. petang bukak gerai, kadang2 tak sampai pukul 8 malam dah habisssss. kempunan.
  • kuahnya sedap, dagingnya pun lembut dan tak muak kalau makan.



Bercakap pasal MAKANAN BEST di TELUK INTAN ni memang takkan habis, sebab.. adoi banyak yang best2. Sang suami saya pun turut mengakui Teluk Intan ada banyak tarikan makanan!! Ada yang pernah dengar...

  • Restoren GULAM RASUL yang beriani nya kalau makan mmg terduduk terus lena?
  • Restoren MASTAN GHANI yang mee rebus maveles? :P
  • Kedai LAMBAI tepBoldi sungai??


Ini pula tarikan Teluk Intan zaman berzaman. Menara Condong. Sumpah. Sumpah saya jakun sebab dah lama tak berembun malam2 ke town. Maka tak tau rupanya Menara Condong sangat menarik di waktu malam. ^_^




p/s : maaf yer, ini semua gambar dari iphone je:P


Akhir sekali, fakta tentang Teluk Intan, dijangkakan bandar Teluk Intan ni akan pupus satu hari nanti akibat tenggelam oleh air sungai yang dijangka memenuhi kawasan ini. Terutama di lengkuk yang ditandakan merah tu.







Nampak tak?
Kredit gambar dari anak jati teluk intan, dreamyblurry ni:)



Sunday, May 8, 2011

"tsunami jepun" punya pasal :P


Ini baru betul entry basi:P
patut saya tulis setidaknya bulan April, sebab ianya berkaitan dengan pencapaian bulan Mac:P
hahahaa.. beriya2 si buntal ni:P

takde lah just wanna share, blog ni blog chokia je. jadi sesekali dapat hit tinggi seronok jugak rasanya, hehehe.. layan kan je la yer, redha jeeee:P



ini trafic mrs.farizal sebelum 11 Mac 2011 :p kalau takde berjalan ke blog org, harap pakcik google search engine je... ini la jadinyer..! Paling2 pun 39 unique visitor je sehari:P




Apa jadi lepas pukul 5:30 petang 11 Mac 2011? terus utk hari itu shj unique visitor naik lipat ganda hingga 371 unique visitor. untuk blog chokia lagi tidak dikenali mcm saya ni, pencapaian yg sgt lah besar. hahhaaaa.. oleh itu, jakun jap:P




menyaksikan jugak hit dari negara2 yang tak pernah pun muncul sebelum ni (poland, italy, rusia). biasa2 selain pembaca local tak kira kawan2 atau dari google search engine, kalau ada pun trafic dari luar adalah dari kaum keluarga/teman2 di UK, US, Australia dan Indon.





sempat saya print screen feedjit pada petang 11/3 tu. laju juga trafic keluar dan masuk.



Ini pulak, mana lah pernah blog mrs.farizal ni sampai ada 43 orang online user bagi satu-satu masa. biasa2 nak dapat 10 orang pun susah. 2,3 orang itu normal bagi blog kudus saya ni:P




Ni Blogstat. biasanya entry saya yang paling HIT google search adalah "rumah oh! rumah :: kitchen cabinet" .... tapi sekarang tidak lagi!:P tsunami jepun dah takeover:P



overall bulan Mac, mmg mggu tu trafic paling tinggi, hingga 656 unique visitor:P





graft pun teramat lah ketaranya:P




keyword biasa bagi blog saya adalah " kitchen cabinet" "renovation rumah" "mybrain15" mahupun "mrs farizal" ataupun "fatiha shuhaimy"... tapi kali ini.... "TSUNAMI JEPUN" hit the most :P


ade rahsienyer:P terima kasih pada sang suami sebenarnya, dia yang give me a call pada 11/3 petang around 5:30 ptg (dia di rumah, saya di pejabat tengah berkemas nak balik rumah). dia kata "sayang, teruk jepun kena tsunami"! lepas tu saya terus bukak reuters, bernama segala bagai nak tau cerita, nak tunggu sampai rumah lambat lagi kan, huuhu. bila baca berita ringan pulak tangan nak share berita tu. itu je kisahnya:P




manis manisan :P

Apa daa punya tajuk, ade dalam perbendaharaan kata atau tidak:P

gambar dah basi, eh tak basi lagi, cuma april lepas punya gambar.
cerita basi? basi lah jugak, dah lama nak tulis tapi tak tulis2.
macaron basi? tidak sekali!
tak berapa lama tak sempat nak basi dah selamat dalam perut;)


teee riiiii maaa kaaa sihhhh ciikkk minnnn!!!

berjaya jugak si buntal sorang ni slot-in dalam early April punya order!
maklumlah sampai tak menang tangan cikmin, penangan macaron ni.



Fast delivery with GedEx! Esoknya terus sampai:P
elok tak terusik walau macaron ini agak fragile juga!
cayalah cikmin sebab pakai GedEx;)




si buntal mmg tak menyabar, terus bukak kotak GedEx, sebelum sentuh apa2 snap2 dulu, hiks!
walau nasihat cikmin, paling elok sekali chillkan dulu dalam peti ais at least 24 hours, maklumlah baru lepas transport ke sana ke mari kan.
tapi kurembat jugak satu sebelum masuk refrigerator;)





favourite all the time memang choc flavor la!




di bawah sinaran lampu neon, eh lampu downlight je:P

siapa minat, boleh ke blog CikMin ni!




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...