Social Icons

Saturday, October 20, 2012

the last entry before departing to malaysia

we are the last one. the last one to depart from lanzhou. all other colleagues from Sri Lanka, Indonesia, the Philiphines, Thailand, Vietnam were departed very early in the morning, including Georger Mair (our best lecturer & facilitator ever) from Vienna, Austria. great hospitality from the host, valuable learning session & interactive discussion in the classroom & the laboratory. just perfect! sweet memory in Lanzhou. hope to meet all of them once again soon.

tak beli apa kecuali keychain yang sempat di grab kat Mother of Yellow River semalam petang.
serius, dan masih tak percaya sebab mmg tak beli apa2 lagi. sebab takda apa2 dan tak jumpa apa2 yang berkenan di hati. peluang terakhir hanya di Airport.

ok, nak packing dulu. sebab belum packing lagi. wohoo!
oh ya, travelling route masih lagi mencabar.
Lanzhou - Guangzhou - Singapore - Ipoh.
and the route will take us 16 hours to reach home.

saya rindu nescafe aisssssss
Mrs. Farizal
Room 902, Lanzhou Legend Hotel,
Tianshui South Road,
Lanzhou, Gansu, PR of China
20 October 2012, 10:05 am


Thursday, October 18, 2012

when the communication is totally breakdown

sorry2, bukan saja2 nak mengadu domba, bukan nak mengada.
rasanya bukan di lanzhou saja ada masalah ni, di mana2 part of China juga.
malah di Eropah pun jadi jugak (pengalaman pergi Vienna tahun lepas).
dalam kepala ni, asal tengok kulit putih je, mesti ingat depa ni fasih berbahasa inggeris.
padahal kita lupa, dalam dunia ni ada banyak lagi bahasa lain, selain inggeris.
lebih memburukkan keadaan, saya taktahu bahasa lain macam Perancis, Jerman dan Spanish pada masa tu.
dalam keadaan sekarang pulak, bahasa mandarin yang belajar kat Uni pun yang ingat cuma bilang 1 sampai 10, ni hao ma, wo hen hou sahaja. bahasa arab yang belajar di sekolah menengah jugak tak dapat banyak membantu.

adalah amat sukar bila ada languange barrier.
serius. amat sukar dan stress.
hendak ke sana dan ke mari, hendak buat itu dan ini, semuanya kena gunakan pelbagai aksi tangan dan kaki (kadang2 mata, hidung, mulut juga) untuk menyatakan hasrat di hati.
macam nak bergaduh pun ada dengan orang yang lawan cakap.
akhirnya dua2 stress, dua2 belah mengutuk belah yang satu lagi.

oklah, moralnya, belajarlah banyak bahasa, supaya campak mana pun tak susah.


























baru lepas berparty hotpot,
Mrs. Farizal
Lanzhou Legend Hotel
Tianshui South Road, Lanzhou China
18 Oktober 2012 : 10:57 pm

Tuesday, October 16, 2012

malam yang bakal -2C

pertamanya, silalah bagi idea cemana nak dapatkan feeling buang air besar.
(sorrylah kalau ada yang rasa jijik sangat entry ni, takyah lah baca okeh. )

saya memang biasa jugak ada masalah gini esp bila travelling,
tak payah pergi jauh2 pun, kadang2 pergi tempat lain sikit sistem pencernaan dah buat hal.
tapi biasanya takdelah teruk sangat. dan mudah diovercome bila makan fibre dengan banyak.

masalahnya skrg ni, sejak sampai sini, takde feeling langsung nak mencernakan hasil2 yang tak seberapa dalam usus ni. tempat ni mewah dengan buah-buahan yang manis2 dan sedap2, maklumlah tengah musim sejuk skrg ni. hari2 makan buah tak kurang 2 biji (kadang2 epal, kdg2 oranges, limau mandarin), sayur mmg makan banyak sbb mmg kebanyakan lauk yang boleh dimakan adalah sayur. Daging merah ataupun putih ada, tapi tak makan banyak. Ikan belum pernah jumpa sepanjang kat sini.

masalahnya (masalah lagi) masih tak boleh mencerna.
keadaan toilet, di hotel memang tip top, bersih takda masalah. masih ada sumber air.
keadaan toilet di LVRI, agak menyedihkan, memang saya akan pergi bila terpaksa je.
(hari2 terbayang penemuan2 dalam tandas perempuan, fobia gila).
takda sumber air langsung, walaupun sinki basuh tangan! tisu toilet pun TAKDA.
can u imagine? sila dtg ke China ya.
wet tissue bawak entah berapa kajang, dah tinggal kurang dari separuh je stok,
walaupun baru je 3 hari kat sini.
sebelum duduk saya wipe toilet cover, sesudah mencerna dah tentulah kena bersihkan diri,
then sekali lagi saya sterilizekan toilet cover tu, dan akhir sekali sterilizekan tangan sendiri selepas bukak tombol pintu toilet, dan keluar kemudian baru keluar.
boleh bayang tak, sekali saya mencerna kena pakai berapa pieces wet tissue??

mungkin stress sebab wet tissue dah banyak habis,
maka otak ni automatik translate supaya "jangan berak?"

oklah, korang pun mesti dah uweekkk uwekkk dan cakap saya tak senonoh.
tak kisah, cakap je lah.

----------------------------------------

habis cerita pasal sembelit.

masuk cerita weather.
masa sampai airport Lanzhou, keluar2 je airport, terus angin sejuk satu macam datang,
terasa macam duduk dalam aircond suhu maksimum tapi takleh nak off aircond tu :P
suhu tengahari tu around 18C, so masih ok lagi.
malam cecah 8C, pun masih ok lagi. sebab kami dah selamat lena dalam bilik, tak keluar bilik pun.

Isnin, di LVRI, masih boleh tahan sebab siangnya around 16C, malam jatuh 6C,
gigil2 jugak la keluar dinner official malam tadi.

Harini, Selasa, hamiikk kau.
Tiba2 suhu siang drop sampai 9C,
sampaikan tengahari tadi keluar makan (jalan kaki lebih kurang 1km), kebas pipi ni.
Sekarang (around 7:10 malam), suhu dah pun 3C.
Saya dah berlong-john dalam bilik.
tengah fikir nak pakai berapa lapis baju sebab kejap lagi around 7:30 mlm, nak keluar cari makan malam.
Suhu paling peak malam ni adalah -2C.
Negative. Dan kurang menyenangkan bagi orang kampung macam saya.

yang tak sempat2 shopping lagi,
Mrs. Farizal
Lanzhou Legend Hotel,
Tianshui South Road.
16 Oct 2012 : 7:18pm


Monday, October 15, 2012

when all social networks are permanently banned...

assalamualaikum. 

what a boring life without any of social network. wuuhuuu..! 
skrg ni (kat blogger ni) pun boleh bukak dan tulis entry & preview je, 
nak tengok blog sendiri pun takleh, blog sapa2 pun takleh. 
facebook, twitter, YM, skype, youtube, yang seangkatan dengannya mengalami nasib yang sama. puasa yer, sila puasa teha, sekejap je. 

alhamdulillah, touchdown di bumi Lanzhou jam 11:30 pagi Ahad, 14 Oktober 2012 selepas lebih 18 jam perjalanan dari Ipoh-Singapore-Guangzhou-Lanzhou yang sungguh memenatkan mental dan fizikal! Tak sukanya transit! Tapi air-ticket semua sponsored by organizer, sila jangan over nak merungut depan2 organizer. depan korang takpa. 

nak cerita panjang2 macam dah letih. sbb sebenarnya baru je sampai bilik ni. 
(oh yer, high speed internet is available in this hotel, walaupun bukan WiFi, but still, as long as you can get connected to the world, syukran jazillan ya allah). skrg tengah chatting dengan en.rizal sama di Yahoo Mail ni. semalam saya bagitahu en.rizal, saya rasa letih sangat2, sebab takleh tidur langsung dalam perjalanan, rasa nak nangis je. memang yer pun, sangat2 letih bila lebih 24jam tak tidur langsung. badan sakit galas beg sandang dan asyik kena heret luggage dari satu transit ke satu transit. lepas mengadu domba chatting dan dipujuk2 oleh en.rizal terus leh tidur :p (ape yang ko nak sampaikan sebenarnya ni teha?;p) 

ade jugak gambar sikit2 masa di Changi Airport, Singapore, Baiyun Airport, Guangzhou dan Lanzhou Airport, serta serba sedikit gambar di Lanzhou Veterinary Research Institute (LVRI) sepanjang workshop kami hari ni dan tak lupa official dinner baru kejap tadi, tapi tak kuasa pulak rasanya nak cucuk2 cable camera mahupun iphone di saat ini. InsyaAllah ada masa saya buat entry lagi okeh. 

dua benda yang saya expected dari Malaysia, dan adalah totally wrong bila sampai ke Lanzhou 
  • Lanzhou ni mula2 saya ingatkan macam Ipoh ataupun lebih rural dari Ipoh (sbb dalam web tak banyak info dan tak nampak kemodenan sangat) tapi sebenarnya besar dan happening, macam KL, diulangi, Kay Ell. 
  • LVRI yang mula2 saya ingatkan biasa2 saja, rupanya besar dan canggih 2x dari VRI Ipoh :p 

Moral : sebab itu pepatah kata banyak berjalan luas pengalaman, kalau tak banyak berjalan tu sebab kita asyik nak perasan tempat sendiri je yang terbaik, dan segala ter..ter.. lagi.. :P dan jangan cepat sangat buat spekulasi mentang2 ko tak pernah dengar nama tempat tu. 

Open up yourself and never ever stop learning! 

from lanzhou with love, 
mrs. farizal 
15 Okt 2012, 9:27pm 
Legend Hotel 
Tianshui South Road Lanzhou, Gansu, 


Wednesday, October 10, 2012

andersonian club - inovasi - embassy

dari minggu lepas dah sebenarnya.
bagaikan tak cukup masa. nampak sangat tak pandai manage masa.

sibuk dengan audit ISO17025 oleh CSIRO, AAHL Australia. semingu penuh. isnin hingga jumaat. 1 hingga 5 Oct. takleh ngelat langsung. jadual lawatan pulak tu clash dengan Mesyuarat Pegawai VRI yang diadakan 3 bulan sekali. mesyuarat tu dah pastilah kena present progress seksyen dan kerja2 lain di bawah amanah masing2. mintak excuse dari auditor semata2 untuk buat presentation saja. lepas tu kembali kena audit. fizikal tak letih, tapi mental, ya allahu rabbi. tuhan je tahu, macam nak meletup. tiap2 pagi makan Uphamol650 2 biji walaupun tak sakit kepala. precaution okeh, precaution sampai gitu sekali!

sepanjang minggu tu, takda gambar langsung, kecuali yang kat bawah ni.

gambar kat bawah ni sewaktu Deputy Director (Dr Chandra) bawak auditor, saya dan Syamsiah ke Andersonian Club untuk makan tengahari.




Selesai audit, punyalah lega.
Tapi lega seketika. Sementara Audit Finding Report belum keluar :p
Tamat minggu pertama Oktober.

------------------ 

Minggu berikutnya, 8 Oct hari Isnin.
Pagi-pagi Kak Rose, Azrul dan saya ke Kedutaan China, Jalan Ampang untuk collect VISA dan passport yang dah siap sejak 3 Oct lagi.


 Dah namanya duduk kat Ipoh, segala kedutaan semua kat KL.
Haruslah habiskan satu hari suntuk. Perjalanan je dah 3 jam, pergi balik dah 6 jam.
Tapi urusan di Kaunter Kedutaan mmg lah 5 Star, tak sampai 5 minit selesai urusan kami!
Seriyes dua riyes! Tahniah lah embassy of china! 
                                                                   ------------------ 


Hari berikutnya, 9 Oktober, Selasa.
Sekali lagi, satu lagi trip ke Ibupejabat JPV Putrajaya.
Kali ini untuk membentangkan kertas kerja kami yang tercalon ke Anugerah Inovasi JPV 2012.
Ikut hati, punyalah liatnya nak pergi. Sebab letih.
Sempat telah panadol 2 biji sebelum bertolak .Tetap, kugagahi.







                                                          -----------------------------------

Rabu, 10 Oktober.
Alhamdulillah, tetap bertahan hingga hari ini walaupun dengan panadol.
Adalah kurang sikit.
Barulah ada ruang nak buat persiapan untuk kursus minggu depan.
Print segala dokumen perjalanan & kursus yang berkenaan.
Tgk dan survey tempat2 transit yang berkenaan jugak.
Nampaknya trip kali ni mencabar walaupun jaraknya tak jauh mana.
Bukan ke US, bukan ke Europe, ke China saja.
Tapi transit sampai 2 kali, sebab tempat kursus ni isolated sikit.
Ipoh - Singapore - Guangzhou - Lanzhou !
Route balik pun sama Lanzhou - Guangzhou - Singapore - Ipoh!
Sabtu nanti flight dari Ipoh pukul 4:50 petang, sampai Lanzhou pukul 11:40 pagi esoknya.
Dah macam pergi Europe!


Sila tanya saya, "dah packing beg teha" "
Jawapan "BELUM, dan taktahu barang2 semua kat mana" 


ok, nak tidur!

tiara lake park
10-10-12, 10:00 pm

Sunday, October 7, 2012

CCM Bumi Mahsuri :: Langkawi Lagoon Resort

Gila marathon, ya harus. entry2 ni semua hampir nak basi dah :p
CCM Bumi Mahsuri 23-27 Mei 2012 :: Langkawi Lagoon Resort 
(gilakkk lama baru dapat publish, memerap dalam draft berkurun2!)

Bismillah.

22 May 2012 (Selasa) (Ipoh-KL)

Soalan : Kenapa 22 May? 
Jawapan : Sebab kami mula bergerak dari Ipoh ke KL selepas waktu pejabat hari Selasa tu. Ipoh mana ada flight2 ke KL kan. Singgah bermalam di apartment sambil menenangkan hati yang dah tak sabar-sabar ke Langkawi keesokkan harinya. Harus teruja, kali terakhir pergi tahun 2008, itupun tajaan Genting Hub. Tak banyak tempat yang dapat pergi pun.

Soalan : Kenapa kena naik dari KL, bukan dari Penang, kan lagi dekat? 
Dan kenapa naik flight taknak naik ferry?
Jawapan : Nak naik dari Penang, flight schedule tak kena, di samping tu, sengaja ambil kesempatan nak tengok2 apartment di KL yang habuk seinchi akibat dah lama tak jenguk tu. Oleh itu kos perjalanan Ipoh – KL (~210km) takyah kira lah yer, sebab memang ada rancangan lain. Dari segi jarak pulak, Ipoh – Penang jarak 168km, Ipoh – Kuala Perlis ~296km. Kali ni tak naik ferry sebab en.rizal nak redeem Enrich MAS point dia yang dah nak expired Jun2012. 

----------------------------


23 May 2012 (Rabu) (KL-Langkawi Laketown Resort) - Day 1

Selepas subuh kami dah bersiap-siap tunggu panggilan dari teksi chartered untuk bawa ke Subang Skypark. Kos naik teksi Jln Klang Lama ke Subang Skypark RM 40.00. Alhamdulillah, trafik baik dan tak ambil banyak masa nak ke sana. Sampai2 saja terus check-in dan breakfast di Kopitiam (lupa nama) dan kena RM 28.00/2 orang. Agak WOW kos untuk breakfast haritu, airport lah katakan. Cehh.


Flight kami pukul 10.20 pagi, Alhamdulillah, on time. Selamat mendarat di bumi mahsuri pada 11.40 pagi. Selesai claim beg, pemandu dari Langkawi Lagoon Resort pun dah siap menunggu dengan placard tertulis “RIZALHUDIN”. Tanpa buang masa, terus ke hotel J

Sampai di Lobby Hotel jam 12.15 pm, terpisat-pisat sebab menyedari (sebenarnya baru teringat) check-in time pukul 3.00pm. Ada yang masakkk duduk lobby kematu bontot menunggu kan. En. Rizal pun berurusan di kaunter, dan kami diminta duduk menunggu. Dalam hati, confirmmm. Confirm pukul 3.00 baru boleh masuk bilik weh. Tak lama lepas duduk, kami dihidangkan dengan welcoming drink di lobby tu. Jus nenas+limau+syrup biru kata en.rizal sedap, saya pulak merasa 1 sip saja.


TAPIIII... Tak sempat pun habis jus tu, datang seorang pekerja hotel bertanyakan pilihan makan malam kami (samaada nak dinner 1st night atau 2nd night ; pakej ni include 1x dinner), kami pun pilih 2nd night. Pekerja tu terus jemput kami ke bilik, naik buggy. Masa tu baru 12.45pm, tak perlu tunggu sampai pukul 3. Senyum meleret sampai telingaa ^^ Kami memilih menginap di Sea Village - Deluxe Studio Suite :) 










Sampai bilik sekali lagi terpisat, eh bukan terpisat, tapi mengomel sebab takda roses atas katil. (bini siapa la demand sgt ni). Sebabnya, sblm2 ni punya honeymoon package semua ada roses, gituww:P En. Rizal tanpa disangka memetik kemboja di luar bilik. Dapat la barang 4,5 kuntum, jadilah :P


Tengahari tu kami cuma lunch di hotel. Sebelah petang bersiar-siar di hotel sahaja, dan kemudian dinner. Terasa asing di bumi sendiri bila langsung tak terlihat kelibat tetamu tempatan. Semua tetamu nampaknya dari Timur Tengah. Bukan nak judge mereka, tapi dari pemerhatian saya, mereka ni langsung agak kurang mesra baik dengan orang tempatan kita mahupun sesame mereka. Huhu. Kenapa ya? 

                                                             ----------------------------

24 Mei 2012 (Khamis) (masih di LLR) - Day 2

Ikut hati nak cakap kat en.rizal “abang, jom shoppingggg”. Tapiiii, persetujuan telah dibuat bahawa hari ketiga nanti baru boleh shopping. Jadi kutahan napsu shopping ni walaupun jiwa ni meronta-ronta. Hakhakahk. Tak senonoh. :P

day 2 : lepas breakfast


depan bilik kami






Selepas breakfast, rehat di bilik dan baca paper, kemudian temankan en.rizal berendam. Tengahari lunch di hotel. Dan sebelah petangnya ingatkan nak bersiar-siar sewa basikal di kompaun hotel, TAPI, hujan & ribut kencang okehh. Terbantut.

Lunch

lunch 


Alhamdulillah menjelang lepas maghrib, hujan mula reda dan kami ke dining hall untuk dinner. Suspend jugak mana rupa “special dinner” yang tulis dalam itinerary tu. Candle light kah, atau bagaimana kah? Tanda tanya pun terjawab bila kami berdua disambut dan di bawa ke bilik makan individual yang di dalamnya ada meja makan besar (mcm 8 seater je rasanya) , berpintu. 







Untuk Romantic Dinner, kami beri : 

Makanan, 9/10 ! 
Layanan, 9/10 ! 



Balik ke bilik dengan hati yang berbunga bunga. Perut dah kenyang kan:p

Sampai depan bilik, saya perasan dari jauh lampu luar di pintu masuk tertutup, padahal sebelum keluar tadi saya sengaja bukak, sebab bilik kami yang paling hujung sekali dan koridor adalah gelap. Benda-benda gini memang makcik sorang ni akan alert, sebelum keluar rumah saya akan pastikan saya scan sekali lalu susun atur dalam rumah saya supaya saya akan alert sekiranya ada perubahan atau terusik yang boleh mendatangkan curiga (gilak, ni train diri sendiri jadi CIA ke ape ni). lepas tu of course akan menjadik suspicious tak tentu pasal. 

Sambil cakap pada suami, “eh abang, tadi lampu ni bukak, confirm. Saya yang bukak, kenapa lampu ni tertutup?” dan memegang tangan suami. 

Dengan selamba en rizal kata “Ish takda apa la, itu pun nak takut” 

Ok fine, nasib baik sang suami ada, jadi takut tu takde lah over sangat, kalau sorang rasanya dah patah balik ke lobby sambil buat cerita hantu kat diorg :P

Masuk bilik, saya perasan lagi, kenapa bilik ni surammmmmm surirammm rammm rammm semacammmm. Saya mmg tak suka lampu2 suram / romantic tak tentu hala, sebab errr… oklah, mmg saya agak penakut. Fullstop ! 

Sekali tu, tadaaaaaaa…! Oh mak ai, mmg lah tercengang dibuatnya :P

The Unexpected! 






25 Mei 2012 (Jumaat) - Day 3

Bangun pagi dengan hati yang berat sebab nak meninggalkan LLR untuk ke destinasi penginapan 2 malam yang seterusnya. Oh kenangan indah!


REVIEW LANGKAWI LAGOON RESORT

1. Lokasi - 3 km dari Langkawi International Airport (LIA). Isolated, jauh dari pekan Kuah, Sesuai untuk honeymoon!

2. Guest Room - Ada 2 option : Beach Front Hotel Suites (bgnn hotel) dan Sea Village (kampung atas air). Untuk trip kali ni, kami pilih Sea Village - Deluxe Studio Suite, jadi review pasal bilik jenis ni lah yer. Keadaan bilik kami bersih, ruang spacious, takda bau-bauan hapak. Bilik isolated. Jauh dari bilik yang lain, hujung sekali. Besttt! Cuma laluan nak ke bilik kami masa tu sangat2 gelap, nasib baik ai ada abang bonzer dengan aii tauu ^__^ Ada balcony yang sangat2 besttt sbb menghadap Andaman Sea! Just perfect!

3. Makanan - Thumbs UP! Serius sedappppppp, takda apa nak complaint sepanjang 3 hari 2 malam tu. Kami mmg tak keluar langsung cari makanan tak luar, kereta pun tak sewa lagi masa ni, dari breakfast sampai ke dinner di hotel.. Sama macam Bukit Merah Laketown Resort (kan under MK Land jugak kan). Makanan mmg fantastic!! TQ Chef! and Tan Sri MK, pandai recruit Chef yang bestt! Coz i believe that, selain dari facility yang baik, hotel guest juga akan tertarik dengan kesedapan makanann sesebuah hotell ^^

4. Staff - Sangat2 baik, sangat2 membantu, tak sombong. Kami jalan kaki, panggil naik buggy. :P

5. Lobby - Besar dan konsepnya jugak menarik. Banyak ruang lepak.

6. Price - Kami ambil honeymoon package, boleh klik di sini : Romantic Rendezvous LLR . Untuk ke senarai harga bilik boleh terus ke Website LLR di sini : Langkawi Lagoon Resort . Tapi memang berbaloi dengan harga tau, in fact rasanya murah berbanding pakej honeymoon lain di Langkawi. Must Try!


Okeh, tu saja untuk entry LLR ni. 
2 malam yang seterusnya pulak kami memilih untuk menginap di Malibest Resort, Pantai Chenang. Nak merasa duduk atas pokok. :p InsyaAllah entrynya selepas ini ^___^ 



Seri Melintang
7-10-2012, 2:40 pm

marri-marri-marriot

lagging tak lagging, terima je lah, sebabnya dah berkepuk2 draft entry blog yang tak terpublish2. ada masa weekend2 gini boleh marathon publish entry. 

ok, back to business. 
ini sedikit (mmg serius sedikit) gambar di Marriot Putrajaya sepanjang 3 hari 2 malam. 
serius walaupun segenap segi hotel ni saya jelajahi, dari lobby, guestroom, grand ballroom, seminar room, dining hall (Zest),  garden, air pancut.... mmg tak tertangkap gambar langsung, kecuali apa yang ada kat bawah ni. menyedihkan. dan teruk sekali. 

our twin-shared basis room. my roommate - Kak Roseliza! 

tempat kami mengopi dan edit2 slaid presentation serta last minute prep:p 

semua pun dah upgrade LCD screen tv

wardrobe and mini bar

comfy! tidur taknak bangun2 rasanya. 

oh ya lupa. dapat "Marriot Rewards" privillages kad terus

haaaaaa, yang ini PENTINGGGG.
berEPHYRA walau di mata sahaja. kehkehkeh.
mantappp :p 

REVIEW on Marriot Putrajaya Hotel :

1. Lobby - sangat besar, spacious! tantek, ada 2 tangga yang grand di wing kiri dan kanan. mmg nampak grand! Baaanyak ruang untuk duduk dan lepak, tak lama lepas kami satu bas sampai ada satu group pelancong dari Jepun sampai, satu bas jugak, service cepat dan yang menunggu selesa!

2. Staff - sangat2 polite and helpful. tapi dari observation saya, lebih banyak lelaki dari perempuan.

3. Guest Room (twin shared basis) - kami dapat Pool View. Panorama sungguh tantekk! Bilik pun spacious jugak. Bersih. Internet access (dgn bayaran). TV channel - premium tv channel, iternational, ESPN, HBO

4. Grand Ballroom & seminar room - spacioussss! dan mmg lah granddd, sound system was great!

5. Zest, Dining Restaurant - Besar dan grand. Susun atur pun sangat MODERN. pendek kata suasana mmg best la! Food ? Utk Food, baca kat bawah ;)


Goodie Bag - 24th VAM Grand Dinner 

6. Food - walaupun susunatur & suasana Zest tu adalah best, tapi foodnya, saya boleh bagi 6/10 saja kot. Breakfast kurang pilihan, dan rasa pun tak lah sedap sangat. Biasa-biasa saja. Ya, sedikit dukacita bagi eaters2 macam kami semua (eh macam saya). Lunch pun, saya tak berapa lalu makan, mungkin faktor kesihatan yang tak berapa stabil jugak kot masa tu :(

Grand Dinner, masih foodnya biasa2 saja. Rasanya taklah sedap sangat.

course by course

Deep-Fried Garoupa with Mango Salad & Buttered Tiger Prawn.
Meja kami 10 org, dan tak habis pun mkn. huhu.
biasanya makan gini confirm tak cukup kan? 
7. Safety - Ahlamdulillah, terjaga rapi sekali, semuanya pakai Access Card, sampai takleh nak gi bilik orang lain. ehehehe. Takda kes perfume kena rembat, lipstick tiba2 ghaib ataupun handphone hilang masa charging dalam bilik.

8. Kebersihan - Overall di semua kawasan adalah memuaskan hati, toilet, lobby, lift, hallway, takda bau-bauan yang tak berkenan di hati.

9. Price-wise - saya kurang arif dengan harga bilik kami. sebabnya ianya dibayar oleh Local Order kerajaan, dan kami dalam satu group yang besar under Seminar Package, mungkin a bit cheaper than normal price.

10. takda apa dah kot, semua dah address kan?

Personal Opinion : Saya lebih suka Seri Pasific Kuala Lumpur rasanya! Baik dari segi bilik, service dan yang paling penting makanannnn! 

Untuk ke Website Marriot Putrajaya - Klik Sini Hotel Marriot Putrajaya 


jom berEPHYRA utk sihat & tantek

seri melintang
07-10-2012
12:02 pm

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...