Social Icons

Saturday, November 7, 2015

Recharge.


Hibernate. 
Recharge. 
Pamper myself. 
Buat apa yang saya suka buat tapi dah lama tak dapat buat. 
- Baca buku (real physical book, not ibooks, not blogs, not ebook). jangankan physical book, physical newspaper pun dah lama tak pegang ni. 
- Tulis blog. 
- Teruskan draft penulisan yang dah berbulan-bulan terhenti di muka surat 68. 
- Lagi satu... travel journal! Lamanya tak update! 

No shopping. No outing. No dining out. 
I just want to be at home. 

Minggu ni entah kenapa, stress level boleh tahan tinggi. Sampaikan petang jumaat kelmarin dah rasa nak surrender sangat dekat office. Letih ya amat, tapi digagahkan jugak habiskan kerja sampai pukul 6 petang. Mentally and emotionally exhausted. Kurang vitamin kah teha? PMS? Macam belum lagi. Ada perkara yang dirancang awal tak jadi seperti sepatutnya, liaise sana liaise sini. Tukar sana, tukar sini, Plan A, Plan B sampai Plan C sudahnya baru nampak ada penyelesaian. Meetings, appointments, rumours, test report, client, urgent cases, expert visit, student attachment, 'mengejar' orang dan 'dikejar', termasuklah perangai-perangai orang yang amat-amatlah menguji kepanas-baranan. Blerghhh! 

Tak sabar nak cuti hujung November ni, tapi kena menempuh internal audit dulu! Bertabahlah wahai teha. Dah tak berapa nak tabah dah ni, makin goyah ada lah T___T. Doakan agar semuanya lancar dan dipermudahkan ya. 

Tq Debbra for such a lovely gift! Really love it! 



home-sweet-home
7 November 2015 , 10:08pm

Keep calm.



Minggu lepas mengerjakan full itinerary, checklist, transportation dan cost. Walaupun tak jauh mana, tapi itulah yg kami buat setiap kali bercuti. Family trip, 8 orang semuanya. Agak mencabar jugak kali ni bila memilih untuk aturkan semuanya sendiri. Selain lebih jimat, dpt juga susun itinerary ikut preference kita sendiri. Baru puas hati kan:)

Naik van, naik flight, teksi, MRT, jalan kaki, naik bas, dan pulang pula dengan keretapi malam selama 12 jam insyaAllah akan dirasai. Perjalanan keretapi yg paling lama setakat ni bagi saya.


Apapun, best exercise mcmni walau naik juling biji mata tgk google maps, memahamkam route2 public transport dan dptkan kadar tambangnya sekali. Nasib baiklah semua infomasi di hujung jari dan ada juga yang tanyakan pada kawan2 yang ada pengalaman. 

Selain itinerary, yang penting dan kena dirancang awal (seawal beli tiket flight promosi:p) ialah bab cost. Dah jadi kebiasaan kami, nak mana-mana percutian sekalipun especially overseas, kami akan buat sehabis detail (cost per head), kemudian allocate siap2 ikut kegunaan utk elakkan overspend di mana2 bahagian dan mengakibatkan percutian jadi tak best, no more fun. Cth yg paling senang bila tak asing duit, overspend masa shopping mengakibatkan allocation utk makan jadi lari lepastu mulalah berkira2 nak makan, tak bestlah mcmtu kan. Ikutlah mana tempat nak dituju, ada tmpt RM 40-50/head/day dah cukup contohnya ke Indonesia, ada tmpt yg currency lebih tinggi mungkin perlu hingga RM100-150/head/day. Contohnya, kalau letak RM 50 sehari, Kalau pergi 4 orang selama 4 hari, maka RM200/head perlu diasingkan seorang, jumlahnya RM800 untuk makan sahaja mesti diasingkan. Apapun jadi, makan tetap kena makan kan? Hahahaa.. 


Macamtu jugak dgn kos lain. Bukan masalah berkira duit, tapi soal nak uruskan duit tu dan nak melancarkan semua urusan semasa tengah bercuti. Mungkin ada yg senang dgn cara dengan bawa sejumlah wang yg difikirkan cukup pada masa tu. Bila sampai ke destinasi kemudian bayar hotel, bayar transport, bayar entrance fee, shopping, bayar makan hari pertama dan kedua, tiba2 masuk hari ketiga rasa eh tinggal banyak ni saja duit?? Ada lagi dua hari dkt sini! Kelam kabut, tak seronok, terbajet2 akibat baru tersedar dah terover spend. Kalau dalam negara masih boleh withdraw duit yg ada dalam bank. Cuma kalau duit tu dah ada kegunaannya yang menunggu (installment kereta ke, installment rumah ke, renew roadtax insurance ke), kesannya akan dirasai bila balik dari bercuti nanti. Tak pasal kena ikat perut tunggu gaji disebabkan overspend masa pergi bercuti. No no no... Jangan gitu. Tu namanya no more fun. Balik bercuti patutnya semua orang happy, fresh dan bersemangat untuk kembali ke rutin normal.

Eh panjang pulak. Selain dari ada perancangan kewangan, its also good to have a fund for your vacation / traveling. Tak kisah lah cara apa nak menyimpannya tu, simpan ikut warna banknotes ke, ikut tarikh ke, bulanan ke, main kutu ke, cemana pun takpa :) 

Im counting!!
Moga dipermudahkan semua urusan dan semuanya baik2 saja.

#travelogMrsFarizal



7 November 2015 : 8:31 pm 

Travelog Mrs. Farizal : Langkawi (Mei 2015)


[entry delayed. draft terperam berbulan-bulan]

Salam semua. 

Punyalah counting days nak ke Langkawi. Berkobar-kobar walaupun hakikatnya kerja tengah menimbun dan tarikh trip ke Langkawi ni pulak sebenarnya clash dengan satu bengkel yang dianjurkan. Alhamdulillah, dapat colleague yang sangat2 memahami, dan boleh cover ketiadaan saya. 

Trip 4 hari 3 malam (22 - 25 Mei) ni disertai oleh kesemua ahli keluarga saya termasuklah ipar duai. Tak ramai pun, kami dalam 10 orang semuanya (9 dewasa, 1 baby). Yang dari Johor Bahru, adik perempuan, suaminya dan adik lelaki  bongsu saya - mereka naik flight dari Senai ke Langkawi. Senang dan mudah, jimat banyak masa. Adik no 3, dah siap2 bermalam di rumah keluarga mertuanya di Kangar, Perlis. Saya dan suami pulak bawak bapak dan ummi, bertolak dari Ipoh. Janji jumpa di Kangar, dan naik feri sama2.


hakak yang sado :p 
Disebabkan kami yang naik feri dari Kuala Perlis ni sedikit terlewat sampai, rupanya orang jauh dari JB yang sampai dulu. Patutnya kami yang pick up mereka di airport, sudahnya jadi mereka pula yang menyambut kami di Jeti Kuah. Kami decide ambil 2 buah kereta sewa. Kadar sewa pun tak mahal sebab bukan peak season, bukan cuti sekolah.

Sampai saja, kami pun cari makan tengahari dan kemudian cari homestay yang telah ditempah awal. Rasanya macam takda pulak gambar homestay kami, huhu. Lokasinya di Taman Helang Perdana, rumah teres 2 tingkat, 4 bilik tidur, 3 bilik air, RM 250 semalam. Boleh juga tengok di Official FB mereka Tempahan Chalet & Homestay Langkawi Kedah (klik sini untuk ke FB mereka).

Tentatif lebih kurang gini lah.

22 Mei 2015, Jumaat

2:30 petang : Tiba di homestay Taman Helang Perdana
5:00 petang : Makan laksa di tepi airport dan jalan-jalan petang di Chenang.
sebelah malam : Lepas makan malam, kami rehat sebab esoknya nak berjalan seharian ke Cable Car dan Muzium 3D.

23 Mei 2015, Sabtu

Beli breakfast di gerai berhampiran taman
10:00 pagi : tiba di Cable Car. Beratur beli tiket punya lah panjang walaupun bukan cuti sekolah! Selesai cable car, kami ke Muzium 3D pulak. Bergambarlah terbaring terduduk ternganga, terlompat semua ada. hehehee...
Malam : Hati mula resah sebab tak nampak bayang Haji Ismail Group (HIG) atau Idaman Suri. Punyalah menahan. Hahahahaaa.. Akhirnya malam tu kami pun ke HIG dan Idaman Suri untuk survey harga.

24 Mei 2015, Ahad

Pagi : Shopping di HIG, Idaman Suri dan pekan Kuah.
Petang : Geng lelaki nak pi parasailing di Chenang. Kami pun pergi Chenang lagi. Rileks, jalan2 ambil2 gambar.

25 Mei 2015, Isnin

Yang paling awal kena berangkat pulang adalah geng johor. Flight diorg pukul 11:00 pagi. Kami pun siap2 lah selesai saja breakfast, hantar diaorg ke airport. Kami pulak ambil feri pukul 1:00 petang.


Kami bersepuluh.. hehee.. Makan laksa tepi airport Langkawi. 
Makan malam di Restoren Wan Thai. 
Recommended Thai restaurant.
Memang tak banyak kerenah si Arissa ni. Dia teman papa dan paksunya parasailing di Chenang. 

Lelaki-lelaki dalam hidup :) 
Adik bongsu, Amin :)

Adik no 2, Ilyana dan suaminya Akmal :) 
Adik no 3, Nani dan suaminya Hafiz. Arissa tidoq. 



Cucu atokkkk. 

Bapak & Ummi di Muzium 3D
Aksi en. suami :p 
hehehee..





Pantai Chenang yang tak pernah tak ramai orang


Byeee Langkawi, hingga kita berjumpa lagiiiii. 

Takda banyak tips nak share, semua orang dah familiar dengan Langkawi rasanya. No contact homestay saya ada share dekat atas. Kereta pulak kami contact En. Shamsibah, nombor telefon : 012-444 0109. InsyaAllah harga berpatutan, urusan pun senang, keadaan kereta pun baik.



7 November 2015 : 3:45 pm

Travelog Mrs. Farizal : Medan (Januari 2015)




[entry delayed. peram dalam draft nak dekat 10 bulan]

Assalamualaikum.

Sejak cinta dah beralih arah dari iOS Apple kepada telefon pintar dengan sistem operasi Android ni semakin malas nak tulis blog guna aplikasi dalam telefon. Bagi saya, kurang blogger-friendly lah, dan aplikasi blog untuk Android jugak tak cukup lancar untuk kegunaan saya, walaupun biasa-biasa. Kalau dulu, gunakan iPhone, setiap gambar mudah nak sync ke dalam Macbook untuk di"publish" dan begitulah sebaliknya. Sekarang, dari Xperia Z3 ke Macbook, jawabnya memang tak lah. Ke kau yang reti wahai teha? 

Oklah, percutian kali ini selain dari nak berjalan, sebenarnya nak mencuba penerbangan Malindo Air yang baru saja buka laluan Ipoh ke Medan. Selain suami dan ibu mertua, kami ditemani oleh kawan suami (Joey) dan keluarganya termasuk ibu mertuanya. Trip kali ini pendek saja, iaitu dari 25 hingga 28 Januari 2015 (4 hari 3 malam), kami beri kepercayaan kepada Keris Tours & Travel pula kali ini untuk menguruskan tempahan kami. 

Tentatif : 
25 Januari 2015

- Berlepas ke Medan dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Ipoh menaiki pesawat Malindo Air, perjalanan cuma mengambil masa selama 1 jam 05 minit.

- Tiba ke Lapangan Terbang Kuala Namu, Medan dan dibawa ke Parapat, Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam menaiki van.

- Tiba di Parapat dan menginap di Hotel Niagara.

Hotel Niagara, Parapat. Cantik sungguh pemandangan Danau /Tasik Toba (Toba Lake)

Kak Aida, Umar dan Syamil. Background tu rasa macam dkt new zealand :p 

Kak Aida, Umar and aunty teha :p 


26 Januari 2015

Keesokan harinya. Kami ke Perkampungan Batak iaitu di Pulau Samosir. Perlu naik feri lebih kurang 30 minit dan dapat enjoy pemandangan indah dari tengah tasik. Gambar di Pulau Samosir ada dalam digicam dan handycam. Belum sedut keluar pun lagi. hukss!

Setelah seharian di perkampungan batak, kami pun bertolak ke Berastagi. Perjalanan ambil masa 5 jam lagi, menaiki van. Mencabar bagi saya yang jenis mabuk jalan ni, sebab laluan adalah di lereng2 bukit. Di sepanjang jalan nak ke Berastagi akan lalu perkampungan dan banyak kawasan pertanian sayur-sayuran dan buah-buahan, sebab tempat tinggi kan, macam Cameron Highlands.

Singgah di Air Terjun Sepiso-piso untuk ambil gambar. Dikatakan air terjun ini tajam seperti pisau, sebab itulah dinamakan Sepiso-piso. Airnya mengalir ke Danau Toba.

Sampai Berastagi dah malam dan kami pun tak kemana-mana lagi.


Kami semua. 6 dewasa 2 kanak-kanak

Subhanallah. Cantik kan?
Kami ada jugak berhenti di satu cafe di atas bukit (lupa nama tempatnya). Yang istimewa di situ ialah air teh halianya dan pisang goreng panas. Memang sedap pekena teh halia masa sejuk-sejuk macam tu.

Ini Umar. Dia yang buatkan mama, abah, uncle, aunty, opah opah semua exercise lebih sikit sebab kena mengejar dia. hehe..  

27 Januari 2015
Hari seterusnya kami meneruskan perjalanan dari Berastagi ke Medan. Sebelum sampai ke Medan kami singgah di Pasar Ikan untuk membeli belah. Masa pun tak berapa panjang di situ. Rembatlah apa yang dapat untuk kenangan. Yang pastinya memang tak samalah dengan Bandung, Bandung sememangnya syurga shopping. :p

Sebelah malam, kami semua dah kepenatan dan tak kemana-mana lagi. Sibuk packing beg, sebab keesokannya flight sebelah pagi.

28 Januari 2015
Alhamdulillah selamat sampai di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Ipoh lebih kurang pukul 1:30 tengahari. Memang tak rasa penat langsung sebab perjalanan dekat (1 jam 10 minit flight) dan kami tak perlu naik bas/keratapi nak balik Ipoh. Sebelum ni terbang dari KLIA/LCCT, 3-4 jam baru dapat sampai Ipoh.


Update November 2015 : Flight Malindo Ipoh-Medan-Ipoh dah tak ada. Yang tinggal hanya Sriwijaya Air. 




7 November 2015
2:36 pm

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...