Social Icons

Wednesday, July 13, 2011

Separuh perjalanan pergi:)

pes time naik emirates. sebelum ni pergi bercuti2 malaysia kan sdn bhd, mmg naik AirAsia je, murah lagi jimat, jadi duit boleh shopping/pampered diri lebih sikit. Haha:P ini jam orang sponsor, dan kerja punya pasal. jadinya emirates ke, MAS ke, AirAsia ke, SIA ke, China Airways ke, qatar ke, lufthansa ke, saya-yang-menurut-perintah saja tambah membantah. Economy class je pun. hehe. 

Observation saya, cik2 steward/ess emirates ni sungguh pelbagai bangsa dan agama. Ada yang mcm pak/mak arab, ade yg nmpk macam melayu tapi tak melayu, ada yang kulit hitam. Chinese girl ada, tapi seorang saja kot. 

Seat pulak, susunan boeing 777-300ER ni adalah 3 – 4 – 3 (3 wing kanan, 3 wing kiri dan 4 duduk tengah). Saya dapat aisle seat, senang jugak sy nak ke toilet. Perjalanan hamper 7 jam, 3,4 kali jugak saya mengulang ke toilet. Nasib baik dekat dan sambil2 tu bolehlah longgarkan lutut dan lembutkan bontot yang dah naik kematu.

Makanan atas flight 

Adoi. Memang tak sempat nak lapar. Mula2 naik, macam biasa dapat juice & snack. Then, tak sampai sejam, breakfast pun dihidang. Saya ingatkan lunch. Habis licin saya makan. Rupanya tak sampai pun 2 jam lagi, it’s the real lunch. Sedap, AlhamdulillahJ Lepas lunch, perjalanan masih berbaki 2 jam lebih, macam biasa hidangan snack2 dan kalau nak apa2 bagitahu je. Takdenyer kena marah atau kena bayar.



lunch @ emirates



minum petang sebelum touch down dubai


Bab ICE (information-communication-entertainment) 

Emirates mmg penerima award untuk kategori ICE. Dilengkapi dengan screen individual, LCD walau untuk economy. Untuk Information – kita leh la tgk lokasi semasa, ade pulak camera forward & below untuk tengok keadaan semasa melalui camera di kapal terbang tu. Then ada la info pasal dubai, pasal emirates. 

Untuk communication – kita leh buat call, sms & email dari sini, ada casnya. Bayar je lah. 

Untuk entertainment – mmg super duper best. Channel ada berates dari new release hingga ke Hindustan, dari lagu2 K-POP sampai lah ke bob marley. Dari games main puzzle hingga lah angry bird:P angry bird tu tipu la kan. Dari channel katun bebudak hinggalah katun yang dewasa2 skit. Ade video klip. Pendek kata memang takkan boring langsung, insyaAllah. Tak sedar pun flight nak dekat 7 jam ke dubai.






Saya sukalah pak pilot yang bawak kapal ni, dia anding best, saya yang asyik muntah naik flight ni Alhamdulillah steady, hehe. Padahal dah telan ubat muntah:P Terasa dah beza masa, jam di tangan dah dekat pukul 5 petang, tapi dubai lambat 4 jam. Baru 12:45pm.











Selepas puas mundar mandir di Dubai Int Airport selama 4 jam, penerbangan seterusnya pun tiba. tepat jam 5:15 petang waktu Dubai saya selamat berangkat ke Vienna pulak. harap sangat dalam flight boleh tidur sebab sememangnya saya dah ngantuk sangat2, huhu.






Esok tulis lagi. entry lagging. sorrylah yer. hehe.
Rindu sangat dekat sang suami, dah masuk 2 minggu lebih tak jumpa:(


Loves,

-Si Buntal-
21:50 pm 12 Julai 2011
Kaiser Franz Joseph Hotel & Apartment
1900 Sieveringerstrasse
Vienna, Austria.


Tuesday, July 12, 2011

"bersih" dan its travelling time:)

9 Julai 2011 (Sabtu bersejarah, Sabtu berdarah, Sabtu ter'bersih')


> VRI - Concorde Inn KLIA <

5:30 pm :: Hari BERSIH sedunia lah katakan, ada jugak sekelumit gundah bila travel pada hari bersejarah ni. Alhamdulillah, semuanya baik2 saja, takda apa yag menyekat perjalanan kami. Ditemani pemandu En Roszeman, saya, kak fiza & dr ainani pun dengan selamatnya sampai di Condorde Inn KLIA. Pukul 8:00 malam sampai di sekitar KLIA, pekena makanan ala thai dulu di foodcourt berdekatan tu. Best, lepas ni 2 minggu tak dapat makan tomyam kot kan:P


> Concorde Inn, KLIA <

8:30pm :: Hotel budjet airport, dengan rate RM85 seorang semalam, boleh lah. Huhu. Baru dan bersih, tapi…! Tapi bilik air punyai drainage sumbat, mengakibatkan kebanjiran :P Dapat bilik 820, ingatkan tingkat 8, bilik #20, rupanya keseluruhan hotel tu hanya setingkat saja (ground floor) sahaja. Malam dah tak cakap banyak sebab masing2 penat dan sedar diri yang esok kena bangun subuh hari. Tapi sempat layan cerekarama “Dia bukan Ibuku” dulu kat TV3, sampai habis jugak tengok:P



10 Julai 2011

6:15am :: Bangun pagi esoknya pukul 5:00 pagi, beratur lah 3 orang ni nak ke bilik air yang banjir. Pukul 6:15 pagi kami dah turun breakfast, sumbat2 punya sumbat apa yang larat ditelan, dapatlah alas perut sikit. Breakfast di Coffee House Concorde Inn KLIA ni, bagi saya tahap gayanya boleh bagi 3.5 star, tapi tahap kesedapan makanannya bolehlah 2.0 star kot. Ikan bilis masin sangat, pastu nasik lemak pun macam tak best. Pancake & roti telur pun tak best. Adoihh merunguttt lak si buntal ni, nak makan yang sedap2 ajeeee:P

Selesai breakfast kami terus beratur tunggu shuttle mini bus yang disediakan hotel. Tak payah bayar apa-apa sebab dah inclusive dengan harga bilik. Perjalanan lebih kurang 5 minit nak ke KLIA, kalau nak ke LCCT lebih kurang 20 minit.


> KLIA, International Departure <

7:15am :: Sampai di KLIA, memula cari kaunter MAS dulu sebab Kak fiza & Dr Ainani kena check in awal, maklumlah flight depa ke Ho Cin Minh, Vietnam pukul 9:05 pagi. Bila depa selesai, depa lak temankan saya check in di kaunter Emirates. Flight saya pukul 10:15 pagi.

8:30am :: bersalam-salaman lah kami bertiga sebab kapal ke ho cin minh dah nak berlepas. Saya malaslah nak turun ke departures lagi, sebab masih berbaki masa sejam setengah. Boleh buat apa yang patut seperti melabur amanah saham wawasan ke, amanah saham 1malaysia ke kan:P hahahhaaa! Itu pun nak cerita tehaaa!


9:30am :: saya pulak terkedek2 ke turun ke AeroTrain dan kemudian terus ke perut kapal selam:P Memang on time, tak dan nak duduk2 terus boarded. Sempatlah call keluarga. Sob sob. Nyampah lak dengar sedih2 ni, padahal pergi 2minggu je :P









Okeh.. baaaaanyak lagi benda nak tulis. tapi tak larat. huhu.
Saya kena masuk tidur dulu, sbnrnya tengah adjust masa dengan local time sebab harini dah kong giler akibat jeg lag, jadi malam ni kena adjust supaya esok segar :))

Nanti sambung lagi okehh.


Loves,
-si buntal-
Kaiser Franz Joseph Hotel & Apartment
1900 Sieveringstrasse
9:45 pm








Sunday, July 3, 2011

Legend Water Chalet, PD


Lama tak buat entry "jalan jalan cari pasal" kan. hehe. Untuk mengubat kerinduan, entry kali ini berkisar tentang Legend Water Chalet (LWC). Apa yang ada di sana? tidak seperti chalet2 lain, LWC terletak di pinggir bandar PD, berdekatan dengan sempadan kawasan Lukut. tak salah saya 14km dari pekan port dickson.

Di sana ada ketenangan. kedamaian di hati. amat sesuai untuk honeymoon=P
pantai tidak sesuai untuk mandi manda, jadi hanya boleh mandi swimming pool saja, dan tentulah tak kecoh dengan pengunjung2 yang naik turun mandi manda di laut.

sesampai di lobby dan setelah check-in kami dibawa menaiki buggy ke bilik. adoi. punyalah laju adik LWC bawak buggy, risau terjun ke laut je =P



Ini pintu masuk (gambar saya ambil dari arah dalam bilik ya). double door :))



Ini pulak sinki. sinki ni bila kita bukak pintu utama, ianya terletak di sebelah kiri.




kalau di sebelah kiri tadi sinki, di sebelah kanan pulak ade jakuzi ni. tempat kami berendam. takleh la letak gambar berendam kan =P




ini suasana dalam bilik, ini bilik deluxe king. ada daybed tepi tingkap.




channel tv ok jugak la, banyak jugak channel. sesuai la dengan orang honeymoon yang tak berapa nak keluar bilik kecuali nak pi makan.




ini pun hajat di hati malas nak keluar makan, jadi en rizal tengok2 menu untuk dinner. malangnya harga of course lah tak berapa nak selera tgk, makanan pun tak berapa menepati citarasa kot.




pemandangan dari balcony bilik kami.



jalan2 di sekitar wing2 yang ade. ade artic, antartica, etc.
udah nak senjaaa:))




sempat snap a few sunset nyer gambar. walaupun tak sempat nak tukar mode ka, apa ka, snap saja. nanti terlepas moment indahhh :))












dah gelap, dan kami nak keluar pi cari steamboat konon:P



last2 steamboat tak jumpa2, walau dah jalan sampai ke teluk kemang, haji samuri jugak yang di hati :P



gudnite everybody..!!

tips :
- harga biasa bilik deluxe king mencecah RM420.00/semalam. jadi rajin2 kan diri tengok website mereka dan sentiasa update promotion online mereka. utk kali ini, kami dapat promo hampir separuh harga, tinggal RM242.00 saja.

- kalau hajat nak ke mari, book lah bilik awal2, kalau walk-in jangan harap, sebab confirm penuh walaupun weekend biasa yang takda school holiday. masa kami datang, penuh dengan singaporean walaupun bukan peak season. mungkin di singapore yang tengah school holiday, maybe:P

- makan kalau nak makan di luar, banyak tempat makan di area teluk kemang. kalau rajin nak arah ke utara, pi ke arah lukut. ada beberapa restoren jugak. malangnya restoren steamboat mmg tak jumpa2.

- kalau anda menjangkakan nak mandi laut, nak naik banana boat, atau xtvt sukan air yang lain, anda stay lah di pantai teluk kemang yer. ada banyakkk hotel tepi pantai, di LWC hanya kawasan teluk yang tidak boleh mandi manda. nanti ade pulak yang kempunan nak mandi pantai PD kan. esp yang bawak budak2 tu.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...