Social Icons

Sunday, May 16, 2010

rumah oh! rumah :: kitchen cabinet



Entry kali ni saya nak berkongsi pasal kitchen cabinet (KC) . Haru jugak dibuatnya masa rumah baru siap haritu. kami bukannya reti sangat, material apa yang ok, design cemana yang sesuai. Beli majalah berpuluh ringgit tiap bulan, semata nak bukak minda ni pasal ilmu2 ubahsuai rumah, interior design dan seangkatan dengannya. then tak lain tak bukan, google image search la jawabnya. Hahah! Nak hired interior designer, kat ipoh ni selain dari tak banyak pilihan, harga pun tak begitu menggembirakan. Huhuuuhuu..


Step 1 : decide concept




Sebabnya kalau jumpa interior designer pun, soalan pertama meraka ialah “rumah puan konsep macamana?”



a) Modern : biasanya sebut je modern, design yang ada “wooden” element mmg tolak tepi la kan. Oleh itu, material pilihan ialah chipboard 16mm water resistant, acrylic, high-gloss 3D, melamine. Lebih nampak moden gituu.



b) Kontemporari / klasik / oriental : konsep rumah macam ni tak kesah, samaada nak pakai wooden material macam solid nyatuh, membrane pressed, chipboard pun boleh. Ramai jugak orang yang masih suka pada design klasik ni, ada alur2 kayu gitu, mmg klasss. Sebab ada yang berpendapat, kayu lebih tahan lama. Terpulang ok



c) country / english style : raaaaamaaai yang sangat sukakan konsep ni, betul tak? Biasanya dapur yang konsep ni materialnya adalah wooden jugak. Yang hardcore mmg akan pilih warna kayu putih, kemudian nanti dekorasinya sarat dengan bunga-bungaan. Saya memang suka tgk dan memang sangat cantekk. Tapi untuk rumah sendiri, saya yang pemalas ni takboleh bayang macamana nak maintainkan ke’country’an dan ke’english’an dapur kunanti.



Step 2 : at least dalam kepala ada plan ruang kerja anda


a) Mungkin ada rumah yang ada kedua-dua wet & dry kitchen, dan mungkin 1 sahaja. Ada juga yang wet & dry bersambung dalam satu ruang, ada juga yang terpisah.




b) Jadi dalam kepala mesti dah plan nak masak kat mana, sinki kat mana, nak letak refrigerator kat mana, hob & hood kat mana yang sesuai (not too near dgn tingkap ya), nak simpan pinggan mangkuk, nak letak tong sampah, tempat nak terap pinggan etc, tempat tong gas, mungkin juga nak letak water purifying system ke kan. Penting juga pikirkan apa barang2 elektrik yang kita pakai kat dapur & kat mana nak letakkan nanti (kalau ada oven & microwave, toaster, blender tu bagai, mana nak letak).





c) Information ni amat berguna nak tentukan design dapur anda nanti tau, samaada nak buat L shape ke, U shape ke, I shape ke or perlu ade island ke. Nampak macam remeh temah kan? Huhuuu.... Jangan pulak jadi nanti masak kat sini kat wet kitchen... refrigerator nunnn jauh di dry kitchen.. (mentang2 la refrigerator latest design kan? Hehehe..) yang penting kita yang nak masak hari2 (walaupun tak hari2 sbnrnya, haha!) ni selesa nak buat kerja, setuju? 



Step 3 : konsep dah ada kan, ruang kerja pun dah identify sendiri. Now boleh dah pilih material apa nak pakai. Dan budjet nya sekali ya ibuk2, bapak2..huhu! ni pun factor yang kritikal jugak ni kan?


Dua benda kena decide : material untuk TABLE TOP & DOOR




DOOR (PINTU CABINET)


Untuk step ni, ambillah masa yang secukupnya, perlu rajin survey! Dan jangan ikut cakap orang ok? Katalah memang dah decide nak pakai chipboard water resistant / anti-moisture, pastikan anda dapat harga yang sepadan dengan kualitinya. Jangan chipboard biasa tapi harganya macam anti-moisture. Jangan tertipu ok! Kedai yang murah mungkin cakap saja water resistant, tapi padahal dia bagi chipboard biasa.




Antara acrylic dan 3D high gloss apa bezanya? Acrylic adalah sejenis lapisan plastik berkualiti yang shiny, berbanding dengan 3D high gloss iaitu kaca yang dispray/sembur dengan warna yang dikehendaki.



a) Acrylic : Acrylic boleh dibasuh / dilap, dan kering dengan cepat. Tahan terhadap peluntur, asid & alkali cair, cuaca dan mikrob. Boleh calar, tapi tak teruk kesannya. 


Pintu Cabinet Acrylic (Sumber:google)




b) Kayu nyatuh/ oak/ semanguk : kualiti berbeza antara jenis kayu tu. Pastikan anda ‘kenal’ mana satu nyatuh, mana satu oak / semangkuk. Sekali lagi, supaya tidak ditipu! Sebab tu saya kata perlu banyak survey, tak kira lah baca majalah, google di tenet, atau masuk kedai satu-satu. Mesti survey!

c) Chipboard : Raaaaamai orang pilih chipboard sebagai pintu KC. sekarang ni dah baaaanyak design yang cantik2. ada woodgrain, solid design, decorative design etc. harga pulak lebih murah dan affordable berbanding acrylic, 3D high gloss dan kayu. kalau boleh, ambil chipboard yang water-resistant / anti- moisture TERUTAMA di WET KITCHEN 


MICO anti-moisture chipboard untuk Pintu Wet KC

d) Melamine : jenis material ini juga raaamai orang pakai. design yang variety, kualiti yang bagus, harga yang affordable. Melamine ni kualitinya lebih kurang sama dengan chipboardHarga memang berbeza2. Itu yang buat pening kepala. Dah dapat yang murah tapi diragui pulak kualiti kerjanya, dapat yang mahal, mahal sangat. 



TABLE TOP (PERMUKAAN KABINET) 



Ada banyak pilihan sekarang. Granite / solid surface / water resistant chipboard / tiles / marble /


a) Granite :

Kelebihan : batu granite ni memang kelass, selain tahan lama, ia juga mudah dijaga sebab tidak mudah scratch, tak perlu risau nak letak periuk2 panas direct di atas permukaannya, kalau tumpah apa mudah je lap dengan kain basah. No problem at all  


Contoh Granite : Biasanya lebih gelap warna lebih mahal. 


Granite jugak

Granite yang dah siap dipotong ikut saiz kabinet


Kekurangan : Harga granite ni biasanya semakin gelap semakin mahal. Ada yang made in china, Malaysia, india, etc. Pastikan jenis mana yang anda pilih dan sepadan dengan harga ya kawan2


b) Solid surface 

Ada 3 jenis solid surface : matte, high gloss, satin.

Kelebihan : biasanya joining antara pieces nya tidak kelihatan. Ia akan Nampak smart dan kemas! Bila join tak Nampak, maka tidak perlu risau dengan kotoran/ daki di celah2 joining. Plus, anda boleh buat sinki customade dengan solid surface ni, mmg sangat smart! 

Pilihan solid surface : matte, high gloss, satin


Kemas kan sinki yang diperbuat dari solid surface ni:) 


Table Top gunakan solid surface. Kemas, tak nampak joining antara pieces. 
Kekurangan : penjagaan perlu cermat. Tidak digalakkan letak periuk panas direct di atas permukaan, tidak digalakkan juga memotong di atas permukaan solid surface ni always use cutting board. Tidak digalakkan berdiri di atas countertop anda ya. Kalau sinki anda pun ialah solid surface, pasti jangan tuang air panas ke dalam sinki, melainkan anda lalukan dengan air sejuk / air paip! 


c) Tiles


Paling raaaamai orang suka letak tiles. Tiles sudah memadai sebab terlalu baaanyak pilihan tiles untuk countertop anda. Latest design 2 x 2 yang memang cun melecun, harga berbeza. Dari belasan ringgit sekeping hingga yang ratusan ringgit pun ada



Kelebihan : lebih murah dari granite & solid surface. Banyak pilihan tiles. Tahan lama jugak. 

Kekurangan : Nampak joining antara pieces. So kena rajin sental daki kat celah2 ok? 


d) Marble


Marble pun ok jugak sekarang, banyak design baru sekarang, tahan lama jugak. 

Kelebihan : biasanya kalau stone-based material ni tak leceh sangat nak jaga. Sama macam granite.

Kekurangan : Cuma marble mungkin lebih senang scratch berbanding granit. Tapi boleh polished!


e) Chipboard (water resistant / anti-moisture)


Chipboard pun raaamai orang suka juga. Sekarang dah banyak pilihan.



Kelebihan : harga lebih murah berbanding material yang stone-based. Sekarang dah ada yang water resistant & anti moisture, jadi tak perlu risau chipboard anda ‘kembang’ lagi 



Kekurangan : tidak digalakkan letak periuk panas direct di atas permukaannnya, always pakai lapik. Strictly memang tak boleh memotong direct atas permukaannya jugak ok, always use cutting board. Kalau nak lap, pastikan kain lap tidak terlalu basah, walau dah anti-moisture kita mesti go back to basic di mana material jenis ni bukan stone-based ok? Kalau tumpah kalau boleh lap dengan cepat sebab khuatir akan tinggalkan ‘stain’ yang susah nak dikeluarkan. 



Step 4 : now ilmu dah cukup, pilihan konsep ada, ruang kerja dah ditentukan, material apa pun dah decide. Sekarang tiba masa survey (survey lagi..huhuh) pulak kontraktor yang nak dipertanggungjawabkan...




Jangan risau survey banyak tempat, sebab biasanya kalau setakat depa datang rumah, buat measurement, buat rough planned, it wont cost us anything! Explain kepada mereka, apa konsep anda, ruang kerja macamana yang anda mahukan dan material yang anda minat. Let them buat kerja mereka!



Bila dah dapat harga & rough design dari mereka. Timbang betul-betul apa service yang depa boleh bagi selain dari membina KC kita. Maksudnya, adakah harga yang diletakkan tu termasuk dengan aksesori yang kita nak atau tidak, apa material yang diorg propose untuk engsel2 pintu2 cabinet tu, handle pintu, ada soft-close atau tidak etc.



Kalau ada peluang, mintak kontraktor tunjukkan projek2 yang beliau dah pernah buat. Biar lebih sikit kerja kita, tapi puas hati dengan hasil kerja mereka. Harus ingat pelaburan anda bukan sikit, dan takkan lah nak berganti KC setahun sekali macam langsir kan?:)

Step 5 : observe / monitor kerja-kerja pembikinan KC anda.


Luangkan masa sikit, ambil tahu perkembangan mereka. Biasanya less than 1 bulan dah boleh siap KC anda tu.

Untuk lebih info, boleh lawati laman web :

MIECO chipboard : http://www.mieco.com.my/

Solid Surface : http://solidtop.com.my/

Signature Kitchen : http://www.signaturekitchen.com.my/
(saja la nak cuci mata, nak hired mereka ni saya tak mampu, huhu

Sedikit perkongsian mengenai KC rumah kami yang simple, boleh rujuk link di bawah ni :) 


http://fatihashuhaimy.blogspot.com/2012/09/menjawab-persoalan.html



Disclaimer : saya tiada kena mengena dengan apa juga jenama yang disebutkan diatas, entry ini adalah semata-mata untuk perkongsian maklumat sahaja. sharing is caring! 


Mrs. Farizal 

16.05.2010 

22 comments:

Iela Fazielah said...

good info!!! mmg sedang cari maklumat tntg KC pasal nak buat KC gak..boleh tak sy sharing maklumat ni dlm blog sy jugak??kalau boleh la..tq

^m.r.s. f.a.r.i.z.a.l^ said...

tq iela;)boleh aje kalau nak share, mmg tujuan untuk dikongsikan, moga ade manfaat utk yang lain jugak;)

kblletrina said...

THank you pada info yang bermanfaat ni ye mrs farizal. :)
Kalau boleh nak tahu, mcmana hasil kc puan? buat di mana n komen... BOleh? hehe

^m.r.s. f.a.r.i.z.a.l^ said...

thanks kblletrina. memula tak tahu jugak, tapi bila dah hadap sendiri, makanya jadi tau lah sikit dan bolehlah dikongsi:)

kc kami ya, kami pilih konsep modern. dry kitchen kami decide pakai pintu acrylic (warna merah-putih-hitam) dan table top granite.
komen : mmg berbaloi pakai granite, makin di pakai makin berkilat & yg paling penting mudah jaga, boleh letak periuk panas direct. acrylic doors buat masa ni takda masalah bagi saya, nmpk glossy but not too shiny.

wet kitchen pulak anti-moisture Mieco chipboard utk pintu (dark brown), table top pulak tiles 2 x 2.
komen : langsung takda masalah jugak. senang jaga.

personal opinion, bagi table top seeloknya pilihlah material yang stone based. tak kisah lah granite atau tiles, atau marble. sebab tak susah nak jaga, tak payah risau nak berlapik2. seeloknya elak wood-based utk table top.

erm, gambar ya, kalau rajin korek2 lah dalam entry saya dlm blog ni, rasanya mungkin ada yg terselit2 secara tak langsung. tak sesuai pulak rasanya "tayang" KC kami, sbb entry ni khas utk tips saja, bukan untuk "tayang" kc. hiksss ^_^

^m.r.s. f.a.r.i.z.a.l^ said...

oh lupa, kami buat dengan Mr Seng, di Ipoh, freelancer. nak number contact saya boleh kongsikan. dia ni formerly kerja dengan signaturekitchen. jadinya, workmanship-wise saya tak perlu cerita lah kot kan? its understood. harga pulak berpatutan sbb dia tak ikut rate signaturekitchen of course. so far, alhamdulillah, puas hati:)

Sari said...

mmg tgh survey2 KC ni..dah terjah Saujana n Hijaz..Mr. Seng tu katne ek??
anyway thanx 4 the gud info..

^m.r.s. f.a.r.i.z.a.l^ said...

Hi Sari, hehe!:) Mr Seng ni freelancer, sorg je buat kerja, orgnya teliti & soft spoken. advantage dia penah keje dgn SignatureKitchen so workmanship mcm professional. material pun dia boleh dptkan yg baik sikit but good price. cth pintu soft-close etc. erm,dia buat rumah merata, dari pengkalan, pasir putih smpai ke Taman Botani, tambun etc. Kami pun dah pernah try survey 2 kedai tu. Try la tanya Ah Seng ni.
No phone dia : 012-5533288.

Sari said...

okeh, timakasih bg no. ah seng tu..ble try contact nnti.. :D

Lady RoRa said...

hye Fatiha :)

tanya, kalau kita beli granite sendiri then minta org cabinet installkan, ok tak? tgk2 granite kat stoneace tu sgt laaa cantik.. selalunya pilihan granite yg cabinet vendor kasi sgt terhad.

^m.r.s. f.a.r.i.z.a.l^ said...

Hi ladyRora:)

fatiha rasa takda masalah, as long as u ada measurementnya,nnt kontraktor tinggal pasangkan je;) believe me, mmg berbaloi pakai granite, makin dipakai makin shinny;)

Ley Rashid said...

dulu saya pun ada niaga benda ini masa di KL....perkara utama sekali adalah ruang dan design mesti memenuhi cita rasa....dan yang penting kena rajin buat survey dan bezakan harga...sebab kekadang di orang ni pandai main harga ...so hti-hati jgn sampai tertipu....

eKa said...

mitak izin nak share info, boleh

aku_eida said...

mintak izin nak share jugak..untuk saya refer balik bila nk wat kc nt..thanks ye awak..klu x keberatan letak la gambar kc awak..hehe..salam perkenalan..

MyraQhairel said...

Salam..tgh mengoggle then nampak entri nih..saya follow yer..selain tu nak mintak izin copy paste info pasal kitchen cabinet nih utk rujukan saya..boleh tak?

^m.r.s. f.a.r.i.z.a.l^ said...

Salam readers;)

Bagi yg bertanya & berhajat, Fatiha dah buat satu entry on hasil KC kami, gambar2 tu Fatiha korek dari koleksi gambar yang sedia ada, bukan purposely utk entry ni.

http://fatihashuhaimy.blogspot.com/2012/09/menjawab-persoalan.html

KC kami simple je, memadai dgn rumah kami yg simple. tak suka yg sarat2;) moga bermanfaat:)

zila said...

nice info. terima kasih bebanyak sebab compilekan semua kat satu tempat.

eddy ipoh said...

Salam... Masih ada lagi ke no telefon ahseng tu? Kedai dia kt mana

^m.r.s. f.a.r.i.z.a.l^ said...

Eddy : Ada, no tel Ah Seng : 012-5533288. Dia ni freelancer, takda kedai. tapi kalau dia datang rumah kita, biasanya dia akan bawak gambar2 projek hasil tangan dia. Pengalaman kami sendiri, KC kami dia install pd 2010, sampai skrg alhamdulillah mmg takda masalah, aksesori, engsel, table top & pintu KC kukuh macam baru.

eddy ipoh said...

Berapa RM sekaki bagi chipboard ... Kalau ingat

Yan Kah Luke said...

I see... thank you for sharing your opinion to us for Kitchen Cabinet

MANJUNG DATA said...

Thanks for the info... Berapa rm untuk dry kitchen and wet kitchen?

Desain Rumah Minimalis 1 Lantai Tampak Depan said...

Kalo mau bikin kitchen set bisa lihat di sini bro http://www.siretu.com/harga-dan-model-kitchen-set-minimalis-modern-murah/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...