Social Icons

Wednesday, November 24, 2010

macam macam ada!:D

Sana sini heboh juga pasal pertembungan korea utara dan korea selatan. klik sini untuk lebih info




Di saat ini juga orang heboh perkatakan keunikan baju Yuna di shout awards 2010. Klik sini untuk ushar Yuna.



Rebecca nur al-islam pula muncul panas dengan caranya. Ini baru satu gambar, ada lebih lagi di sini



Teacher shida tidak ketinggalan tampil dengan miming terbarunya “Kalau Berpacaran”



Parlimen pulak bocor, habis banjir semua pakat tolak air dan mop lantai. Klik sini untuk ushar kisah parlimen.


Nuffnang pula maintain cool dengan memperkenalkan Jipaban : Socializing Online Shopping web yang cool jugak! Saya dah register tauu! ahaks!

Saya pula sibuk benda yang tak berapa penting tapi tetap kena laksanakan dengan baik. Namun kerja hakiki tetap kerja hakiki. Esok ada meeting R&D bulanan dan saya masih belum lengkapkan kouta pembentangan. Maka untuk pembaca blog sekalian, silalah jamu mata dan telinga dengan apa yang tersedia di atas. Saya nak prepare slide pembentangan.

p/s: Sebelum terlupa, sila aktifkan mode Y.E.S anda sekalian:p



Wednesday, November 17, 2010

kak jaja, maafkan saya


bismillah.

lebih kurang 2 minggu lepas saya didatangi oleh seorang akak cun masa tengah mencari barang kat kinta city selepas waktu kerja.

mulanya dia tegur saya gaya macam jumpa long lost fren " ini mazwin kan?"
saya pun jawab "eh, bukan, saya fatiha"

akak cun "eh, bukan ke. ya allah muka awak sama sgt dengan kawan saya, mazwin namanya. takda ke kakak ke adik ke nama mazwin?"
saya kata "takda, salah orang gamaknyer ni" sambil sengih dan niat di hati nak blah dah!

akak cun sebaliknya terus tanya dan tanya lagi. dalam masa yang sama turut perkenalkan diri dia & hal dia macam dah 10 tahun kenal.

antara soalan beliau kpd saya :
"umur berapa?"
"fatiha orang mana?"
"sorang je ke?"
"dah kahwen ke?"
"nape tak ajak suami teman shopping?"
"dah ada anak ke?"
"keje kat mana?"
"VRI tu kat mana?"
"berapa lama dah kerja sana?"
"eh, suami kerja apa yer?"
"awak dok rumah sewa ke, atau dah beli rumah?"
"kat mana rumah awak?"

believe or not, saya jawab semua pertanyaan dia dengan perfect sekali. kecuali satu soalan : "suami awak kerja apa yer?" "suami saya kerja laut" "ohh, navy ya?" "aah, navy" (tipu sunat!)

dan last sekali soalan akak cun.....

"eh, akak nak la no telefon awak, boleh?"

dan again, saya boleh bagi pulak no telefon! apasal la bengap sangat haritu, mmg hari bengap saya gamaknyer!



ontheway balik ke rumah baru saya terfikir MOTIPPPP!!!!
motip nyer apakah??? tetiba akak cun tegur saya, tanya serba serbi, ramah macam dah 10 tahun kenal. siap tanya "dah berapa lama kerja?" "rumah sewa ke beli?" "suami kerja apa?" itu soalan yang saaaangat jarang strangers tanya okehhh!!!


kata silap orang, buat apa beriya nak tahu pasal orang yang salah!
kata silap orang, buat apa nak tukar no tel dengan saya!
kalau nak basa basi satu dua soalan accepted jugak, lepas tu blah lahh!

yang peliknya, saya macam terpempan sebab die renung mata saya!
dan saya dengan senang hati tanpa ada suspicious langsung jawab soalan dia!
kena pukau kahh? atau PR die memang hebat kah?

bermula dari saat itu maka saya dapat sms "fatihah, banyak shopping semalam?
bila saya tak jawab, dia sms dengan kerap "fatihah, ingat akak lagi tak?"
dan saya masih tak jawab hingga sekarang. 2,3 hari sekali mesti dpt sms dia.

maafkan saya yer akak cun, tapi saya rasa, anda tidak jujur dengan saya. setidaknya anda tidak jujur untuk mengenali saya (konon buat2 salah orang!). mungkin niat anda nak memperkenalkan MLM atau nak ajak saya join bisnes apa2, atau worse lagi mungkin ada niat jahat lain. tak mampu saya nak berfikiran baik sangat terhadap anda.

pengajaran : jangan ramah tak bertempat macam saya. jumpa orang tak kenal dan jika diajak bertentang mata, bacalah apa yang patut untuk elak perkara tak diingini. mintak dijauhkan dari perkara yang bukan2.

p/s: en.rizal siap suruh block number akak cun

Tuesday, November 16, 2010

Aidiladha 1431H:)

Salam Aidiladha buat semua muslimin muslimat. Moga kita semua dapat memperhalusi makna tersirat di sebalik hari kebesaran umat Islam yang satu ini. Marilah kita memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. Pada 10 Zulhijah ini juga telah berlakunya pertemuan Adam dan Hawa di Arafah (Jabal Rahmah) setelah dikeluarkan dari syurga.

Bagi sesiapa yang mampu pula, bolehlah menunaikan ibadah qurban.

"Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)



InsyaAllah pejabat kami akan laksanakan gotong royong sesama staff bagi menyempurnakan ibadah qurban ini pada 13 Zulhijjah akan datang (Jumaat). Dengarnya insyaAllah 3 ekor lembu bakal dikerjakan bersama-sama. Tahniah kpd Persatuan Kebajikan Islam VRI (PKI) kerana rasanya sejak saya join VRI tahun 2005 dulu belum pernah setahun pun PKI missed anjurkan qurban di VRI ni. Makin ramai penyertaan setiap tahun, alhamdulillah:)

Moga ibadah qurban ini dapat merapatkan kita dengan pencipta;)

p/s : tak lama lagi dah nak masuk muharam 1432H, cepatnya masa berlalu.


Monday, November 15, 2010

pulas pulasan perut perutan

status di fesbuk berbaur ketidakstabilan. biasa perut saya amat jarang meragam. sangat jarang okeh. biasa orang food poisoning lari ke toilet atau muntah2 tapi saya rileks je, alhamdulillah. sistem pencernaan jarang buat hal. entahlah kenapa dari semalam asyik memerut ke toilet. kalau toilet bowl tu boleh bercakap gamaknyer die dah halau saya soh pergi toilet lain. hakhakhak.

tidur malam terganggu akibat perut yang memulas, sampailah ke subuh hari. saya bangun dengan niat suci murni untuk ke opis seperti biase, sebaliknya terpaksa menghabiskan masa berpuluh minit di toilet akibat perut yang meragam. hasil yang keluar pun dari bentuk solid hinggalah semi-solid hinggalah yang langsung tak solid yakni air semata. (maap yer buat siapa yang kurang selesa cara saya mendecribe "hasil" saya:p siapa yang tak faham apa maksudnya lagi bagus:p)

jam semakin lewat dan perut masih sama, akhirnya saya putuskan untuk tak kerja hari ni dan harus ke klinik. sementara nak tunggu klinik bukak 2 kali lagi saya berkunjung ke Mr.T.

Sampai di klinik berdekatan :

Mr Dr : sakit apa yer?
Ms Buntal : saya sakit perut doktor, dari malam tadi
Mr Dr : cirit birit ke?
Ms Buntal : aah Dr. sampaikan tidur pun terjaga, asyik pi toilet. (saya tak makan teh kurus yer Dr :p)
Mr Dr : dah kawin?
Ms Buntal : Dah.
Mr Dr : bila last period ? mengandung ke?
Ms Buntal : last period yer 20hb rasanya. ermm, rasenyer tak.
Mr Dr : ok, takpa check dulu. nurse, bawakkan UPT. adik amik urin yer.
Ms Buntal : (dalam hati : neves pulak nak check UPT nihh:p)

lepas dip itu urine stick.

Mr Dr : sementara tgu results UPT ni saya nak check perut, adik baring.
Ms Buntal : oh ok. (terus pi baring)
Mr Dr : (tekan2 perut ai yang dah kempis (perasan!) akibat aktiviti memerut terlampau), adik food poisoning nih. boleh turun.
Ms Buntal : ok. (dalam hati :: pelik jap)

Mr Dr tgk itu dip stick.

Mr Dr : ada feeling of pregnant?
Ms Buntal : err.. 10% kot (suka suki bagi percentage sendiri melihatkan napsu makan yang sukar dikawal semenjak dua menjak nih sampaikan husband tanya "sayang pregnant ke ni?":p hehe. dia tak tahu ke mmg bini kuat makan setiap maseee tak kira apa jadi?:p)

Mr Dr : UPT buat setakat ni negative, tapi since next period awak belum lagi, still masih kena hati2.
Ms Buntal : ok.
Mr Dr : saya akan bg awak ubat & MC. sehari cukup?
Ms Buntal : cukup. (dalam hati kata seminggu bolehhh????:p)

Soalan saya kepada anda : err....tekan2 perut boleh tau food poisoning ke tak hekkk???

P/S : Bil klinik sampai RM43.00. Fuhh, mahal giler, sakit perut pun kena RM43.00. Sebab ade UPT sekali kot kan? Takpelah, bila lagi nak ngada merasa Scomi Oiltools tolong bayarkan kan?


Thursday, November 11, 2010

si luncai yang sukar dimengerti:p


entry ini adalah gara-gara assembly pagi tadi. Dr. Boss macam biasa memang selesa bagi analogi untuk setiap nasihat yang ingin disampaikan. Tapi analogi yang satu ini membuatkan saya berfikir sampai ke malam ini, hahahaa! lepas assembly tadi terus masuk lab. dan terus tanya En. Ali.

si buntal "en. ali, analogi si luncai tadi tu apa maksudnyer yer? cerita luncai pun saya lupa dah"
en. ali terkekek2 geleng kepala "'si luncai tu perdayakan pengawal2 istana yang tangkap dia, si luncai berjaya selamatkan diri"

si buntal "yang labu-labu tu?"
en. ali "labu-labu tu cara dia lepaskan diri, dia terapung dengan labu tu"

si buntal "ohhh..ok2! so apa maksud analogi tadi tu? boss nak kata apa sebenarnya? siapa luncai, siapa labu, siapa pengawal?"

en. ali "tu diaa, RO dah tanya. tapi sebenarnya saya pun tak faham who is who yang dimaksudkan boss"

satu lab gelak. hahahahhaaaaa!

memang sejarah bukan peberet saya. tapi cerita dongeng macam cerita luncai ni ada ke dalam buku sejarah? boleh pakai ke alasan saya tak suka subjek sejarah?:p agak keji juga rasanya diri ini bila tak tahu cerita sebenarnya dongeng rakyat sendiri.

btw, ada sesiapa boleh tolong?? luncai tu apa simboliknya, pengawal istana tu ibaratnya apa, dan labu-labu tu pulak menggambarkan apa? =p

saya googled up keyword "si luncai" di google image. tetiba kuar resipi Sup Labu dari Mat Gebu di Blog Tiffinbiru. Klik link itu untuk resipinya. nampak yummy kan kann? Layan je lah yerr.


p/s: sungguh lemah saya menterjemah walau cuma sebuah analogi.



gambate yang bukan bodek

5:40 petang. masih di lab. cuaca kat luar pun masih gerimis.
geng yang naik motor dah boleh beransur pulang, maka tinggal saya seorang.
masih ada yang perlu dilunaskan sebelum esok menjelang.

harini banyak pelajaran yang didapati, terima kasih sgt pada sifoo En. Ali;)
tak boleh bayang cemana lab ini tanpa sifoo kami. en ali boleh tak jangan pencen lagiii?

esok another task will be in place. kali ini en.boss RM akan turut serta.
baru sekejap tadi selesai buat preparation apa yang patut.
tak pernah pulak saya bekerjasama dengan en.boss RM secara close dlm satu project macamni.
sebab biasanya en.boss akan terlibat indirectly dan tidak turun padang dgn unit kami.
harap2 team yang baru terbina ni akan berjaya;)

oh tak sabar nak mulakan esok hari. harap2 ade lagi candidate our new "baby" akan terhasil;)
gambate team monoclonal and exclusively presenting en.boss RM..hehehehe...

p/s: awas, jangan fikir entry ini entry mengipas en.boss pulak yer...! plssss ai tak main bodek2 okehh..:) saya akui saya kureng skill bodek dan bodek2 pun never work on me obviously;)



Monday, November 8, 2010

gian menulis

Bukak fesbuk tgk update kawan2, bestnya! Ada yang pergi makan kat sana sini, yang sini gi shopping, yang sana dah selamat melahirkan, yang situ mendapat berita gembira mengandung anak keempat, yang sana tengah busy bekerja, yang sini tgh hot berchenta, yang sana dok perhati gelagat anak, tak kurang jugak yang tengah promo barangan untuk dikongsikan;)

Saya? Saya sekadar pemerhati untuk malam ini, silent reader. tiada yang hendak dikongsi di fesbuk melainkan kepada blog ini;) senang cerita, I miss to write on blog sbnrnya;) hikhikhik. Gatai.

Gian dilepaskan dengan letak gambar2 masakan, ada 2 kategori masakan iaitu 1st attempt Vs favourite all the time:p boleh?


Kategori peberet all the time : sambal tumis udang petai.
Sumber : udang tesco rm9.90 sekilo dilawankan dengan petai padi yang dijual dek orang asli, dibeli masa turun dari cameron highland minggu lepas. petai ni malatops tak ingat, habis sebotol Ajax Fabuloso & Harpic kena curah di bilik air. hihihiii..:p
Komen : licin menjilat jari. kulit licin awet muda sbb mkn petai. kehkehkeh. takde la:p sbnrnya dulu-dulu saya anti-petai, tapi sejak kawen dan dapat sang suami yang pandai makan seperti biasa, sekarang ai yang over. sepapan boleh makan sorang kot, baik petai dimasak mahupun petai fresh from farm:p



Kategori 1st attempt : salad fruit-vege mix:p
Sumber : segala buah-buahan yang dibeli kat Kea Farm, CH dilawankan dengan segala sayuran yang turut dibeli di tempat yang sama. gaul dengan sos & mayo akibat ketiadaan thousand island di rumah. hehehee;)
Komen : org yang tak makan sayur pun suka mkn kalau dah dimixkan fruit-vege gini. sesuai utk org kena paksa makan sayur.



Kategori 1st attempt : kurma kambing hentam sajalah:p
Sumber : daging kambing tesco mari. sayuran dari CH. santan "pinjam" kat mak mertua sebab santan rumah ai santan beku-dah-lama dan dikhuatiri akan mengganggu rasa, dah la 1st attempt kan:p
Komen : alhamdulillah, QC passed "certificate" diberi oleh en.rizal & mak mertua ai. cikyoyang tak pernah2 makan kambing turut makan kambing. kalah kedai mamak depan taman, hihihiiii:p



Saturday, November 6, 2010

kasihan mat rempit



kesian tgk mat rempit dahagakan perhatian sampaikan buat pertunjukkan tanpa fikirkan keselamatan diri. bangga sangat bila orang kiri kanan tengok aksi merbahaya mereka.

bila tgk "kehebatan" mat rempit dalam video di atas, teringat mat rempit yang konon hebat pada malam deepavali baru-baru ni. masa tu en.rizal & saya otway fetch cik arkitek di medan gopeng, jam pukul 4.55 pagi. lokasi "pertunjukan" mereka di sepanjang jalan pasir puteh. tapi aksi mamat di atas jauh lebih power, aksi malam deepavali mereka mcm takda motif &objektif. hanya aksi langgar lanpu merah , masuk lane yg salah dan ram-ram motor kuat2 sambil melilau2.

yang paling saya heran lagi.... punyalah ramai penonton, penuh bahu jalan sepanjang jln pasir puteh. itukah yg dimegahkan sgt? orang india yang beraya dok diam2 kat rumah, orang melayu mengalahkan yang menyambut raya.

dek kerana geram, sy terus sms ke DAPAT utk buat aduan apa yang patut. Rakan-cop lah katakan;)

p/s: utk keselamatan diri, saya biasanya akan simpan no balai polis berdekatan utk kegunaan emergency. saya rasa anda pun perlu buat yang sama;)


Monday, November 1, 2010

relakan daku

Relakan daku meroyan lagi. Komunis dah habis menjajah dah tapi still jugak angin royanan tak reda malah makin bertambah.

Saya dah agak dah minggu ni pasti akan jadi minggu yang sibuk dengan macam2 hal kat opis. Tak tau mana yang nak dimulakan dulu sebab seems like semua benda are URGENT walaupun ada yang NOT IMPORTANT. Mungkin saya kena buat list IMPORTANT+URGENT / IMPORTANT+NOT URGENT / NOT IMPORTANT –URGENT / NOT IMPORTANT+NOT URGENT kot.

Oleh itu sila relakan royanan oleh hamba ini, sapa taknakbaca toksah baca, takda paksaan, huhu.

a) Projek CLA monoclonal dengan boss besar : boss besar dah datang 2 kali ke lab untuk buat sendiri eksperimen tu, kata beliau projek yang satu ini memang beliau nakkan ‘personal touch’ dia. Walaupun begitu malangnya saya belum ada peluang nak jengah belajar dan buat sekali dengan boss. SEBABB ? sebab saya diamanahkan uruskan benda yang NOT IMPORTANT but URGENT.

DATELINE yang boss kasi : “end of November saya nak mesti dah ada hybridoma “(tapi myeloma pun tak ready lagi by now okehhh)

b) Writing of the H5N1 monoclonal & BTV AGID paper : oh sesungguhnya sehuruf pun saya belum mula menulis walaupun eksperimen sudah berjalan nak sampai penghujung dan results pun alhamdulillah mampu menggembirakan hati boss.

Kesimpulan di sini : teha kau tak fobia ke nanti bos tanya “where is your work? Where is your paper?”

DATELINE yang boss kasi : dateline hari2 sebab hari2 boss tanya. Hahahaaaa.

c) Administration (SKT / KPI Unit ) : bila dah jadi gile kuasa macam saya haruslah kena buat SKT KPI untuk unit yang tersayang, nasib baik staff ada 6 orang saja dan skop kerja more on research, tidak on diagnosis macam unit lain. Boss letak dateline 15 November 2010, tapi saya baru achievement update hingga September saja, bulan oktober belum diterjah lagi.

DATELINE yang boss kasi: 15 November 2010

d) MS ISO IEC (2005) 17025 : hamikkk, ai letak nama penuh lagi. bagi sesiapa yang taktau apa kejadahnya menatang tulisan panjang2 tu, ia ialah system kualiti untuk laboratory (to be specific veterinary field) dan amat memeningkan kepala saya. Since kami semua buat keputusan untuk undur diri dalam 1st application, makanya kena workhard untuk 2nd application ni.

DATELINE yang boss kasi : kata beliau “hujung tahun ni pastikan semua ready dan kita boleh apply secepat mungkin”

e) R&D report 2010 : bunga bunga cinta dah berputik bila coordinator r&d tersayang menyebut2 tentang report yang lazimnya dihantar hujung hujung tahun begini. Bahangnya sudah terasa bila beliau dah mula ingatkan saya supaya compile itu dan ini. Lepas compile nampaknya kena memerah otak buat segala rumusan bagai untuk menamatkan 2010 dengan jayanya.

f) Rombongan cik kiah ke hatyai & songkhla pulak Alhamdulillah banyak yang dah sempurna selepas dingdong di sana sini. Saya kecut perut bila boss kata “ I hope all 3 of you can make this trip successful” dan saya hanya mampu cakap “insyaAllah” . Harap hujung bulan ni trip berjalan dengan lancar dan yang penting selamat semuanya.

g) Sebagai pemantau kepada mandor2 di bawah kawasan seliaan saya, ai seharusnya buat meeting untuk tahu apa masalah mereka, malangnya tak berkesempatan lagi. pelik tak researcher kena pantau mandor buar kerja? Bukan mandor saja memadai untuk memantau keseluruhan perjalanan kerja2 sokongan kah? sebab tu namanya MANDOR kan? kan??

p/s : en.rizal, boleh tak saya bawak "sikit" kerja balik ke rumah? huhuhu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...