Social Icons

Thursday, September 16, 2010

mata merah, jom tidur

sesungguhnya time-time begini sumpah biasanya saya dah lena.
nak nak bila hari kerja, pukul 10 malam dah terkuap merah mata macam mat pit gian.

time-time gini jugak adalah masa saya boleh lena di mana saja saya berada tak kira di sofa kat hall, sofa kat family area, atas lantai depan tv apatah lagi di atas katil. serius langsung tak cerewet pasal tidur. tak payah ada comforter gebu, tak payah jugak ada bantal peluk dan bantal keliling mahupun bantal busuk ataupun bedsheet 100% cotton, ai boleh lena tanpa was-was. cuma dalam kereta saja amat amatlah jarang mahu lena.

kenapa gamaknya begitu? mungkin kerana saya tak biasa tidur siang membuatkan malam mudah lena. apasal tak tidur siang? mungkin kerana dah biasa weekdays bekerja 8-5pm, bila masa gua nak lena? lunch break 1- 2pm? oh mana cukup, kalau ai lena, lena sungguh pukul 5 petang pun tak bangun lagi:p takkan langsung tak pernah lena di siang hari teha? pernah, tapi tak jadi habit, selalu tidur siang bila migraine atau demam. teringat how bad saya tidur sepanjang hari pada 1 Ramadhan baru-baru ini. boleh dikira berapa minit saja saya bukak mata. sebab penangan degil nak puasa tapi demam, so takleh makan ubat, jadi menderita sampai waktu berbuka baru boleh telan ubat.

berbalik pasal tadi, sebenarnya memang dah terlena sekejap, nasib baik en.rizal kejutkan untuk solat isya'. maka lepas solat, baru mata ni segar semula, skrg bertambah segar bila bukak blogspot:p oh, banyak jugak nak diupdate (maklumlah 3 hari sepi tanpa entry:p), tapi tak kuasa pulak rasanya nak masukkan watermark satu-satu sblm upload gambar2 baru. saya hutang ok? hutang lagiiii.. ala, hutang dengan diri sendiri. bkn ada siapa pun kesah ai buat entry atau tidak, kan kan kan?:p

insyaallah ada kelapangan nanti saya tulis lagi:)

p/s: takda sapa ka nak jemput open house, ai cuti 1 whole week ni:p


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...