Social Icons

Thursday, September 27, 2012

menjawab persoalan kitchen cabinet (KC)





Antara soalan yang diberikan pada 16/12/2010 dan 13 Julai 2012 dalam entry berkisarkan kitchen cabinet ini (klik sini): 




Jawapan yang saya berikan pada 7/2/2011 : 

Jawapan saya kepada kblletrina : 


Jadi.... 
Atas permintaan, uhuks. Saya cuba korek album2 lama, dan jumpa gambar yang sipi2 nampak kitchen cabinet (KC) rumah kami. 

Cik Nani berlatar belakangkan Dry KC kami, masa ni kenduri masuk rumah, Syawal 2010


Ada sikit lagi gambar Dry KC dgn kawan2 yg dtg rumah buat kerja ISO17025, January 2011
Design Dry KC : U-shape
Table Top : Granite Hitam
Doors : Acrylic Merah & Acrylic Putih, Frosted Glass
Accesories : Engsel Soft Close , 3 stainless steel rack (takda gambar), lampu downlight dlm KC
*Kos KC tak termasuk barang elektrik (Microwave & Oven both Fagor)*

Yang ni pulak Wet KC, masa ni masakkan Lamb Chop utk kengkawan, hiks!
Hood dan Hob pilihan : Rinnai 

@Wet KC jugak.
Design : L-shaped
Table Top pakai tiles 2x2,
Doors pulak Anti-moisture Chip Board (brand MICO)
Accesories : Tempat terap pinggan mangkuk basah tu kami pilih yang paling panjang (3 kaki) , 3 stainless steel basket
Engsel : Soft Close
*Kos KC tak termasuk Sinki, Hood dan Hob* 


InsyaAllah nanti saya kongsikan tips nak pilih Hob dan Hood yang sesuai.

Eh, ke dah ade yer entry pasal tu, dah tak ingat.
Nak korek balik!



Tiara Lake Park
27 Sept 2012, 9:31pm

Wednesday, September 26, 2012

Ade aku kesah?

Takdelah sampai stress tahap boleh menyebabkan migraine, tapi kalau asyik diganggu dengan telefon, sms dan email boleh jadi rimas jugak dibuatnyer.

Saya tak pernah ada apa2 urusan dengan AmBank, baik pinjaman rumah atau kereta, pinjaman peribadi, kad kredit mahupun debit, malahan saving account pun takda dgn diorg ni.

Kali terakhir saya meroyan pasal hal ni pada Disember 2009, sila rujuk blog entry di bawah :

http://fatihashuhaimy.blogspot.com/2009/12/ignore-panggilan-dari-603-2178-8888.html

Kebelakangan ni dikunjungi pulak dgn email konon2 reminder mcm kat bawah ni. Sehari sampai 3,4 email. Tak cukup dgn email, SMS pun sama naik.

Ada aku kesah? Mmg den tak kesah pun, Tapi rimas lagi melemaskan. Ambank tolong buat sesuatu, saya percaya bank pilihan ramai seperti anda pasti ada penyelesaian dan boleh bersihkan nama daripada hal-hal macamni.

Bagi korang yg alami gangguan yg sama, tolonggggggg lah, Tolonglahhhh jgn pergi reply email ni dan jangan bagi apa2 butiran peribadi pun pada benda2 ni. Sila ignoreee. Peliss.


On my way to China Embassy
m.r.s f.a.r.i.z.a.l
DVS headquarters
Wisma Tani, Putrajaya
26-Sept-2012, 10:48am

Saturday, September 22, 2012

Marriot & Migraine

Sentap diri sendiri bila awal2 pagi semalam kepala dah mula buat hal. Awal pagi breakfast di Prescott Inn Kajang masih ok, dalam bas (perjalanan ke Mesyuarat Pengurusan & Professional di Ibupejabat JPV Putrajaya) boleh pulak pening2 manja! Dan mcm biasa, mula menyalut kepala dgn minyak cap kapak.

Ingatkan setakat pening manja, rupanya mmg dia terus tangkap kepala! Setibanya di Ibupejabat, di saat orang lain berpusu menuju ke Dewan Serbaguna MoA, makcik sorang ni menggeledah luggage di boot bas nak cari stok2 ponstan. Tangan dah siap menggeletar mcm org ketagih dadah.

Telan 2 bijik ponstan dgn linangan air mata. Mmg makcik kalah dgn penangan migraine, sakit taktau nak kata,rasa nak terkeluar hidung & bijik mata kiri.

Minta permission pemandu bas kami untuk stay dalam bas, dengan pelbagai posisi,saya cuba nak lelapkan mata. Rasa mmg dah serba tak kena. Duduk atas lantai bas tak kena, baringkan kerusi tak kena, baring atas dua kerusi tak kena. Sampai 30 minit berlalu, saya suruh pemandu tunjukkan surau yang terdekat, sebab rasa ISI PERUT dah nak terkeluar sangat! Dalam bas takda pulak plastik2 jajan.

Sampai di surau tingkat 1, terus keluar segala mee goreng sedap, karipap, ayam masak merah hasil breakfast. 5,6 das lontaran muntah sampai perit perut dan anak tekak. Kat tempat wuduk je uolss, nasib baik sempat.

Akhirnya terduduk atas tiles kat tempat wuduk tu sbb keperitan tekak, pedih perut serta letih muntah, sampai basah bontot baju sbb tak perasan tiles basah. Tapi mmg dah tak peduli apa. Kedengaran suara imam wanita mengimamkan solat, saya budjet mungkin muslimat sedang solat hajat. Agaknya kedengaran la bunyi uwekk2 saya yg tak cover2 langsung, serious all out!

Bila dah tenang sikit, saya masuk ke dlm surau dan sah, mmg sekumpulan muslimat tgh solat. Saya baring di penjuru dan taksedar apa dah hingga dengar suara dari mikrofon yg menjemput Ustazah bagi tazkirah. Dengan rasa bersalah dan segan, saya bersihkan muka dan terus keluar dari surau. Sakit tak kurang walau sedikit.

Alternatif yang tinggal cuma naik semula atas bas. Dan dlm keterpaksaan, saya melangkah ke bas. Sekali lagi tuning dan pujuk badan untuk tidur, sbbnya selagi tak tidur mmg takkan lega. Malang nasib mmg takboleh lena langsung tapi alhamdulillah sakitnya dah makin kurang. Tapi masih terasa loya& mata tak boleh nak pandang cahaya. Tak berani nak masuk meeting!

Lebih kurang pukul 1 tengahari, sedar2 kawan2 yg attend meeting pun dah naik bas semula. Maknanya, saya tak hadir meeting P&P langsung. Dan missed lunch jugak! Cemerlang.

Cukup ahli jemaah, bas pun bergerak ke Marriot Putrajaya. Check-in dgn muka sembab, tudung senget & baju kedut seribu akibat aksi tidur pelbagai posisi dalam surau dan bas. Tapi air liur basi saya pasti tak ada!

Adik kaunter pulak chinese duduk Ipoh jugak rupanya. Masuk bilik dan gagahkan diri buat pendaftaran conference. Lapik perut dgn cookies hotel.

Selesai pendaftaran, memerap di bilik dan memaksa diri tidur,tapi tak berjaya. Akibatnya, Grand Dinner merangkap Opening Ceremony di sebelah malamnya saya masih tak stabil, makanan masih takboleh masuk byk mana sbb angin menolak.

Pukul 11 malam tamattt semuanya, naik bilik dan tidur dgn amat2 lena. Bangun pagi tadi pukul 6:00 dan rasa sangat2 freshhhhhhhh, tak sakit dahhhhhh, alhamdulillahhhhh (senyum-melerek-cakap-tak-henti bila ditanya oleh kawan2 "ok ke tak?") Dan, mereka arif bila saya asyik sengih dan cakap tak henti tu mmg betul2 la sy dah sembuh sepenuhnya! Kalau tak, dah tak serupa org semalam... Hihihiiii

Harini happy! Syukur, dan boleh attend conference dgn semangatnya!

Okeh, kat bawah ni ada sikit gambar yg tak seberapa sbb amik dari hp je, dan tulis entry blog pun pakai hp jugak. Huhu.


Fresh & Cool,
m.r.s f.a.r.i.z.a.l
room 903, Marriot Putrajaya
22-09-2012, 2:18 pm

Thursday, September 20, 2012

Risiko - Risau - Rasional

Haaah. Kalau tadi tahap UPSR, now tahap Bahasa Melayu PMR pulak. Tak lama lagi janjang aritmetik dan penaakulan mantik pulak akan masuk. Tak caya, tunggulah.

(nampak sangat kecelaruan emosi bila silibus bahasa melayu bercampur ilmu hisab tambahan)

Minggu lepas kan ke seminggu penuh attend workshop "Biorisk Management" haruslah semangat dan momentum masih utuh dalam kepala ni.

Saya adore Instructor kami (Dr Robert Heckert) yg sgt gigih bagi lecture dan bersungguh buat demo. Topik & Course material sgt2 signifikan dan relevan, instructor yang expert & penyampaiannya berkesan,dan dalam masa yg sama enjoyable!

Sampai rasa sedih pulak menjelang akhir workshop! (boleh gitu? Over!)

Kesimpulan saya sendiri :
1. Risiko ada di mana2, cuma beza tinggi atau rendah mendapatkannya
2. Risau pasti ada, sebab walau dah berjaga, kadang2 berlaku jugak yang tak terjangka.
3. Jadi sebelum buat sesuatu, kaji dulu risikonya. Baru kita sedar (aware) mana yg perlu risau, mana yang tidak perlu. Apa rasionalnya buat sesuatu, apa rasionalnya tinggalkan sesuatu.
4. Jangan lupa jugak, panduan (guideline) utk sesuatu menghadapi risiko tu. Dan praktis jugak!
5. 4 elemen di atas ni penting sebelum sesuatu tindakan dibuat!

Tanpa alatan yang canggih manggih kita masih boleh pastikan keselamatan rakan sekerja, keluarga dan komuniti di sekeliling kita!

Bunyi macam nak kempen keselamatan makmal pun ada ni!

P/S : dah lama tak buat pemantauan kesihatan diri sendiri (health screening). Teringat masa tahun pertama di VRI Ethidium Bromide tumpah atas lengan! Kalut dan takut sangat sampai tangan yang bersih sebelah lagi tolong SAPUkan Etbr tu masuk ke sink dengan barehand. Padahal boleh je terus lalukan dengan air yg banyak tanpa perlu sentuhan!

towards a safer world.
m.r.s f.a.r.i.z.a.l
Sungai Buloh PLUS Highway South Bound
20-09-2012, 6:32pm

Bas dan bazooka

Saya suka naik bas.
Hari-hari saya naik bas.
(exercise 'bina ayat subjek predikat' Bahasa Melayu Tahun 2)

pandai2 je bicara tentang subjek dan predikat. Yg mana subjek yg mana predikat pun otak ni dah suam2 kuku ingat. Ada pulak kena ligan dgn cikgu bahasa melayu kejap lagi:p Eh, betui ke bina ayat tu silibus budak darjah 2?

Mmg pun. Best apa naik bas.
Selain bas, public transport lain tmasuk ketapi, beca, kapalterbang, van pelancong pun best jugak. Best sebab kita yang jadi penumpang, boleh tgk kanan kiri, duduk bersilang2 kaki, kejap lentok kanan kejap lentok kiri, boleh tgk movie, boleh tweet dan update status FB bila2 masa dan of keross update blog suka suki! Hoyehhhh ^___^

(dan kalau ada suami yg bawakkan kita jalan2 pun best jugak,walaupun tak masuk kategori public transport,hehe)

Bagi saya (yg jarang2 kali tidur dlm kenderaan), bila naik public transport sbnrnya kita ada baaaanyak masa untuk diri sendiri. Boleh membaca (kalau time poyo sikit baca journal), layan mp3, edit2 gambar pakai InstaStory Pro, dan menikmati panorama nan indah (yang ni up skit Bahasa Melayu Tahun 6).

Yang tak bestnya cuma ada satu je, bila jadi co-pilot pada suami saya mulalah saya keluar ayat2 seperti :
"speeding2 ni nak buat apa abang, rilek2 je sudah, bukan ade ape nak kejar"
Ataupun
"corner ring ni kan, takyah lah laju2"
Ataupun lagi
"abang tak tekan break kan?"

Dan, selaku pilot, suami saya akan kata :
"sayang tidur boleh tak??"
Ataupun
"kalau takleh tidur, sayang pejam je mata"

Tetttt. Double tetttt.

Naseb baik suami tak kata :
"abg selotep kang mulut sayang tu"

P/S : Gambar hiasan adalah bazooka terisi poster utk dibentangkan esok yg diedit guna InstaStoryPro. Sapa tak try guna, rugi!

Sekian.

Jgn banyak gelak, nanti hilang ilmu.
M.r.s fa.r.i.z.a.l
Sungkai PLUS Highway South Bound
20-09-2012, 5:23 pm

Thursday, September 13, 2012

RM 9 saja, amoi beli abang juai

sebulan lebih takda entry. sibuk kalah menteri. 
sekian pantun 2 kerat kali ini. 
kehkehkeh. eh salah, rhythm tak sama pulak, jadi kena hihihi. 

kepala sedikit tepu semenjak dua menjak ni. dah nama pun makan gaji, maknanya nak gaji kena buat kerja. never ending. takkan habis. dari yang dah well-planned, muncul pulak yang adhoc2. tapi kepala weng ni, mungkin terlebih makan lemang rendang jugak kot. 

cerita raya? adoi, lagging gila baru nak cerita pasal raya. uhuks. tak payah cerita dah la kot kan:p oklah, cerita sikit je, barang se'line dua. Raya kali ni en.rizal beraya kat laut, jadi automatiknya isteri mithali sorang ni pun pulang ke pangkuan keluarga tercinta di Simpang 4. Raya ke-6 (Jumaat) baru En. Rizal turun ke darat dan barulah kami ke Batu Gajah, dan pusing2 melawat sedara mara yang mana dapat. Next weekendnya, berkesempatan buat jamuan minum petang kecil-kecilan di rumah, jemputan di kalangan saudara mara kedua2 belah keluarga, jiran2 di tiara dan geng2 ofis yang rapat. Alhamdulillah, ramai yang datang. Tq semua ^__^ 

se'line dua konon! 

-----------------------------------------

kerja makan gaji yang tak pernah habis ni, makin hari makin mencabar dan menduga mental. Fizikal tak berapa kuat dugaannya, dan boleh dikawal dan recover. Tapi yang mental ni, macam makin hari makin parah. Macam susah nak sembuh dan dikhuatiri makin menular. yang bestnya, geng muda mudi ni united, semua satu kepala, supervise each other, tarbiyah each other. wow, tarbiyah tu. ya, tarbiyah tu memang perlu, saling ingat-mengingati;)  



Dr. Robert Heckert. saya admire dia! 
Apa yang berlaku sepanjang minggu ni adalah, workshop Laboratory BioRisk Management anjuran United State Department of Agriculture (USDA klik sini) dengan usahasama VRI sendiri. bengkel ni peringkat national, jadi disertai oleh semua staff2 makmal DVS, serta ada juga participation dari universiti dan agensi kerajaan yang lain. Turut dihadiri oleh FAO Representative dari Bangkok. 

Dr Robert buat demo
Hari ni hari ke-4 sudah. Esok pagi ada 2 lecture lagi, dan sebelah petang closing. Workshop ni best hokeyy!  

                                  -----------------------------------------
En. rizal check letterbox dan ada birthday greeting & discount card dari Padini sampai. maknanya? maknanya, my birthday is just around the corner. yeah, my 30th birthday, im proud of it. proud hokey! 



no kad privillage & alamat ditutup sebab takut wartawan serbu. hahahaa. 
                               
                                -----------------------------------------
Last sekali, sebenarnya saya ada benda nak kongsi, tapi takleh lagi kongsi sekarang, sebab tengah eksperimen. Bagi sikit lagi masa, mungkin sekitar seminggu dua ni. InsyaAllah. Sila suspender :P 

oh yer, ade lagi satu. 

petang tadi singgah kedai runcit soon huat ke ape ke namanya. 
beli daun sup & daun bawang sbb nak masak kuetiaw sup untuk dinner malam ni. beli sebuku butterscotch jugak. 

apek tu kata "RM 9 saja, amoi beli, abang juai" 
geli hati rasanya. dan sedikit canggung bila dengar orang cina sebut "abang" 

dan itulah rasionalnya tajuk entry kali ni. 
maaf zahir batin. 


keterujaan, 
m.r.s. f.a.r.i.z.a.l 
tiara lake park 
13 sept 2012, 23:46 pm 




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...