Social Icons

Wednesday, October 12, 2016

Tua

Assalamualaikum.

Lamanya tak bersiaran.
Betul, sejak tua ni, asyiklah lupa dengan kewujudan blog yang satu.

Sejak tua juga rasanya semakin banyak benda yang dulunya tak boleh diletak ke tepi, tapi sekarang bukan sekadar letak tepi, tapi buang terus -- jauh ke dasar kawah putih, eh!

Dulu banyak benda berlegar dalam kotak kepala, tapi sekarang tak ku izinkan pun ia terlintas, dah ku pintas siap-siap -- jauh ke gunung merapi.

Dulu, ada satu tahap kepala tak boleh henti fikir, sedar tak sedar jari jemari pula ikut spontan mencatat apa yang tak sempat pun terbit di kepala. Semua ku hambur keluar. Tanpa tapis.
Apa saja kertas yang ada, aku tak peduli. Segala aplikasi di telefon, yang kegunaannya 'boleh mencatat', yang percuma dan berbayar, confirm termuat turun. Aku cuba satu persatu, supaya aku-jumpa-yang-terbaik, yang-aku-paling-aku-mahu, yang-paling-sesuai-dengan-jiwa-aku. Yang aku fikir, terbaik-untuk-aku.

Jangan cakap tentang plan A dan plan B, 
sampai ke plan infiniti ku paksakan otak supaya hamburkan apa-yang-aku-mahu. Begitu sekali aku kejam pada diri sendiri. 

----------
Kau orang tau? 
Dulu, setiap kali dapat apa yang aku mahu, 
aku tetap rasa BELUM jumpa pun sebenarnya yang aku mahu.
Maksud aku, aku tetap rasa, EH BUKAN INI YANG AKU MAHU.
Entah. Pelik.
Lepas tu aku akan terus lagi mencari apa-yang-aku-mahu,
bila dapat, perasaan yang sama lagi yang datang.
BUKAN INI YANG AKU MAHU.

----------

Sekarang. 
Sebenarnya aku masih orang yang sama, 
masih fikir apa yang aku mahu dan apa yang terbaik untuk aku. 
Yang terbit dalam kotak kepala -  sebentuk persoalan lagi -
SEKARANG KAU DAH ADA INI (kau orang letaklah contoh apa benda pun),
Now what Teha? WHAT? 
Ini je yang kau nak sebenarnya?
Apa yang kau nak sebenarnya?
—————

Sekarang dah tua.
Sekarang dah bertambah lanjut usia
Alhamdulillah aku bersyukur.

Aku sedar yang aku ingin sebenarnya adalah bahagia.
Bahagia cara aku. 
Apa caranya? Tak perlulah semuanya ku hamburkan di sini. 
Ah, masih selfish bunyinya. 
Tak habis-habis fikirkan "aku" 
Aku tersangat bahagia dengan apa yang dikurnia
Aku berhenti cari apa yang tiada 
Itu saja yang aku semat pahat dalam dada



Aku yang makin tua
Makjemah. 

Monday, May 2, 2016

nurulpateha




Paling rekod. 5 bulan blog tak bersentuh.
Log in pun rasanya ermm... sebulan sekali pun tidak. Boleh katakan, hampir lupa nurulpateha ada blog.

Orang buat blog, nurulpateha nak blog jugak.
Dah ada blog, tak konsisten pulak menulis. Terbiar aje. Macam takda tuan.

Tak relevan dah nak bercerita pasal azam 2016 watsoeva. Dah tengah tahun kot! Tengok balik draft entry, ada yang dah tak relevan, outdated, maka dengan hati sayunya, ku delete draft itu. Ada beberapa draft entry traveling, since 2013/2014 punya trip bayangkan! ayoyyoyyo! 

Hutang entry 2013 
- Umrah April2013
- 5th Bandung 

Hutang entry trip 2014 
- journey to the north (alor setar, padang besar, sik, tasik beris) 

Hutang entry trip 2015
- Medan Jan2015
- Langkawi Mei2015
- Singapore Nov 2015

Hutang entry trip 2016
- Yogyakarta Mac2016
- Cameron Highlands April2016

Upcoming trip InsyaAllah
- Pantai timur Jun2016
- Bandung Ogos2016 
- Johor convo trip Okt2016
- Osaka Dis2016 

alasan busy,
alasan fb dan ig telah mendominasi waktuku.
alasan sejak pakai android smartphone macam tak semangat blog, eh.
ntah apa-apa aje lah kau nurulpateha.

Bagi saya, blog masih relevan.
Nak beli barang, nak bercuti, nak travel, nak cari tips, review dari blog juga yang kucari. Browse sana browse sini, bookmark blog sana, bookmark blog sini.

Jom2. Semangat balik tulih blog jom!! 

From teluk anson with love
22 Mei 2016

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...