Social Icons

Sunday, June 30, 2013

seround


confirm. 
kalau layan masa tengah frust bercinta. 
confirm meleleh.


 dengar seround sebelum buat apa yang patut.


berkira itu tidak sihat, ambil kesempatan itu hilang berkat

tidak sekali-kali mahu menghakim
tidak sekali-kali mahu menunding
lontaran ini ikhlas
ditujukan buat diri sendiri yang selalu lupa
dan renungan buat semua agar jangan turut alpa 

CONTOH 1
berbelanja ke spa kecantikan.
untuk dapatkan servis sedapkan badan.
ada yang datang sekali sekala.
ada yang dah jadi regular.
ada yang kosnya mmg jadi belanjawan bulanan,
dan ada yang perlu menyimpan.

ada kalanya untuk khidmat tertentu.
kita masih perlu sedapkan badan dengan khidmat mereka yang tiada kedai
makcik yang tiada namanya di papan tanda, jauh sekali punya pakej A,B dan C
servisnya kebiasaan dilakukan di rumahnya sendiri
atau datang ke rumah pelanggannya
itu pun, terlalu sedikit yang boleh datang sendiri
kebanyakannya perlu diambil kerana tiada pengangkutan dan sudah tiada suami
yang rezeki tergantung pada kudrat 4 kerat 

TAPI

dengan spa kecantikan,
kita mampu bayar harga pakej hingga tiga empat angka
bila berurut dengan orang kampung, bidan mungkin.
yang kadang kala khidmatnya bukan sekali,
kebiasaanya 3 kali berturut.
yang tiada batas waktu, hanya akan berhenti bila pelanggannya rasa puas dan lega. 
yang tiada diletakkan harga, cukup seikhlasnya,
kita hulur RM 10, RM 20, RM 30. 
untuk kudrat tua itu.

mungkin beribu alasan yang keluar,
rumah bidan takda pendingin hawa
bidan datang pun kita yang jemput sendiri
bidan mengurut bukan keluar modal macam spa
atau
buat apa bayar mahal-mahal, ini kan cuma bidan kampung.

antara berkira atau ambil kesempatan.
jawab. 

CONTOH 2
upah jahit baju.
kita sanggup mencari tailor yang ternama
kerana percaya orang ternama boleh dipercaya
lagipun kain ela bukan yang calang-calang harga
upahnya hingga tiga angka
sudah siap pakai dengan bangga.

TAPI 

sekali sekala mungkin kita juga pernah hantar pada tukang jahit kampung
yang namanya sekadar di bibir orang-orang kampung cuma
yang sedaya upaya memahamkan kehendak kita 
takut lihat kain ela yang diterima nampak lain dari biasa 
yang mungkin dari kalangan kenalan ibu, atau saudara mara terdekat kita
atau mungkin cuma suri rumah yang cuba cari duit poket berbekal bakat yang ada
atau lebih buruk mungkin itu saja punca tergantungnya rezekinya
yang bila ditanya harga
tukang jahit cuma kata harga kampung saja
lalu kita beri RM25.

sebab kita fikir, tukang jahit kampung takda modal besar
tak perlu sewa kedai
tak perlu bayar gaji pekerja
tapi mungkin kita lupa,
mungkin mereka bersengkang mata menjahit malam hari
kerana siang terpaksa ambil upah jaga anak orang
mungkin tidur mereka tak selena kita
kerana subuh hari kena bangun awal buat kuih dan nasi lemak untuk hantar ke gerai-gerai
sebelum boleh jahit baju kita 


antara berkira atau ambil kesempatan.
jawab.


ini bukan soal ikhlas atau tidak.
BENAR
kecil atau besar.  banyak atau sedikit.
tiada satu ukuran nilai ringgit untuk menggambarkan ikhlasnya kita
siapa kita mahu nilai ikhlas tidak orang itu 

ini soal mampunya kita berbelanja besar kepada tuntutan yang lain
yang ada kalanya tidaklah perlu, tapi kita yang mahu.
namun kita gagal 'berbelanja' besar terhadap yang lebih berhak.

itu nilai sebenar yang harus kita soal bukan pada siapa-siapa
tapi pada diri sendiri. 

KESIMPULAN
berkira itu tidak sihat
ambil kesempatan itu hilang berkat

yang tidak menonton tapi mendengar KEL-JDT,
tiara lake park - 290613 - 11:43pm

Sunday, June 16, 2013

i love traveling, but not packing.

buruk laku.

setiap kali berhambur. 

tiap kali berterabur. 

itulah aku. 

tiap kali kena packing baju. 


dari pukul 2ptg tadi berhambur, sampai tika ini masih semuanya di situ.

saya mmg selalu ada masalah. 
masalah membuat keputusan!

m.r.s f.a.r.i.z.a.l
tiara lake park. 

Saturday, June 15, 2013

ge - lan - da - ngan



ubahsuai yang luar.
yang dalam pun sabit juga.
parkir dah macam stor hardware.
terrace tepi dah macam kedai nursery hampir bankrap.
belakang rumah macam rumah tak siap.
kesimpulannya, rumah macam dalam fasa terbengkalai. 
haha.

pernah korang rasa bergelandang di rumah sendiri.
tak pernah kan.

bukan senang nak senang.
syukur ada bumbung menumpang teduh.







tiara lake park, 9:35 pm

Monday, June 10, 2013

d a r i - m e j a - k e r j a


bingkas.
ya aku perlu tangkas.

ligat.
ya aku mesti kuat.

buat.
ya aku perlu turut.

korban.
ya aku mesti tinggalkan.

nilai
ya aku perlu semat.

kecap.
ya aku mesti ke suatu tahap.

untuk itu. untuk ini.
untuk apa juga yang telah terhasil
untuk apa juga yang bakal terjadi.
untuk segala apa. 

kerana.
coraknya.
aku antara yang seorang
yang melakarnya.  

kerana
akhirnya.
aku antara yang seorang
yang dinilai dan dihisab 

dari meja kerja
aku bukan berkarya
aku cuma melepas rasa

- 5:57 pm @ 59, lorong harimau, ipoh -

Saturday, June 8, 2013

Ingin terbang




tidak pernah habis
tidak akan

tidak pernah sedikit
tidak akan

benar
dada sesak otak ligat
fikiran kusut
langkah biasa jadi berkejaran
24 jam seakan tidak cukup
hujung minggu rela tiada
saat tuntutan kerja menebal

moga amanah yang digalas
moga apa yang dikerjakan
dari awal ke pengakhiran
diberkati, dilindungi, terpelihara
dikurniaan kejayaan
dan, diterima sebagai satu ibadah



tiara lake park
8 jun 2013

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...