Social Icons

Sunday, April 22, 2012

RIP = really inspiring people

Sehari dua ni asyik mendengar berita tak sahih. berita orang meninggal dunia dan bunuh diri. 

Berita meninggal dunia, rasanya semua orang pun dah tahu, siap masuk Melodi, Propaganza, berita mutakhir dan berita utama (sebbaik berita dunia tak masuk) - adalah berita palsu mengenai pemergian Saudara Bob Kuman yang memang tengah dalam kesakitan. Dari buat berita palsu, lebih baiklah kita doakan kesihatan beliau beransur pulih, kalau mampu, silalah bantu. Kalau tak mampu pun, berdoalah, bukan kena bayar pun. Kalau taknak jugak, atau sibuk yang amat, tak payah lah nak mencetuskan berita yang tak sahih, duduk diam-diam. 


Bagi yang sudi : Bob (HUSNI MOHD RAWI) Maybank 1123-7100-7047.


Sumber : Beautifulnara



Berita kematian seorang pelajar perempuan UPSI Semester 4 pula dikatakan bermotifkan "membunuh diri" pun  menjadi hangat sejak tengah malam tadi. Beliau dikatakan jatuh dari tingkat 4 bangunan E-Learning universiti tersebut. Siasatan masih berjalan dan motif masih belum jelas, tapi bermacam spekulasi dah keluar. Ada mendoakan neraka bagi arwah kerana kononnya arwah membunuh diri, ada yang simpati, ada yang kata ganggungan makhlus halus, ada yang kata tekanan emosi. Apapun, yang pergi tetap telah pergi, lebih baik kita doakan semoga rohnya tenang di sana. Hanya arwah yang tahu apa sebenarnya yang terjadi pada masa itu. Harap-harap ada saksi kejadian untuk memperjelaskan keadaan. Al-Fatihah. 









Ada satu website lagi yang jelas menunjukkan mayat mangsa masih di tempat kejadian, tapi tak tergamak rasanya nak dikongsikan bersama, bukan keadaan mengerikan tetapi saya memang taknak kongsikan. Kalau teringin sangat nak tengok, googlelah sendiri. 


Nota kaki : teringat dalam 2 bulan lepas #RIP ADELE tiba-tiba trending di Twitter, lalu saya pun cepat2 google, rupanya salah faham. RIP dalam trending tu bukan bermaksud "Rest In Peace" tapi "Really Inspiring People" . 





Tiara Lake Park 
22-04-2012 
4:10 pm

Sunday, April 15, 2012

alah membeli kalah memakai

original vs imitation.

original - bermaksud asli, tulen, sah, 
(belonging or pertaining to the origin)

imitation - bermaksud tiruan, mirip, plagiat, copycat, mirror 
(a counterfeit; copy)

Tu semua org faham kot. 


Saya tergerak nak ulas tentang hal ni selepas melihat status seorang online seller di FB yg menasihatkan pembeli agar tak tertipu dengan barangan yang dikatakan original (oleh Seller lain) yang dijual terlalu murah (sbnrnya immitation) 





Ukurlah baju di badan sendiri. Bukan nak kata tak layak pakai LV, sesiapa pun layak pakai LV, kalau ada fulussnya, silakan lah. mainlah kutu ke, saving ke, ikat perut ke, nak keluarkan ASB semata utk LV pun, pakai kredit kad platinum ke, tak siapa nak larang. tapi takkan tak study skit berapa range harga LV, Prada, Chanel atau jenama-jenama designer yang lain. RM 2k for LV mmg tak munasabah! 

Dengan duit sebanyak tu, anda ada baaaanyak pilihan lain lagi...! 
yang semestinya original! 

-----------------------------------

Contoh 1 : Kes handbag LV di atas  
dengan bermodalkan wang yang bukan sedikit (RM 2,350 tuu) , 
anda boleh dapat handbag ORIGINAL (of course, bukan LV lah) 

anda boleh dapat : 
Gucci (wallet lah tapi, atau tambah few hundred lagi dapat Sukey), Coach, DKNY, 
Cole Haan, Guess, 
Marc Jacob, Longchamp senang2 je, gerenti ORIGINAL. 
Bonia, sembonia, carlo rino, semua boleh dapat. 


Anda melabur RM2,350 untuk sesuatu yang imitation, sanggup? 
Semata kerana NAMA? nak menggelek LV ke sana ke mari? 
Errr.. tak terfikir ke entah2 sama je dengan yang jual kat Petaling St.? 
Takkk... saya bukan nak hina handbag petaling street, 
beli handbag kat mana pun tak kisah lah, asal tak menipu dan tertipu. 

-----------------------------------

Contoh 2 : 
Seluar Levi's Original RM 299.00 harga butik. 
Seluar Levis siam mari RM 40.00 - RM 60.00 

Orang sanggup beli Levis Siam jugak. 
Nape eh? Sebab nama jugak? 
Adoiii. 

Padahal dengan RM 60.00 anda boleh beli dah seluar dengan jenama original. 
Anda boleh beli : 
- kalau seluar perempuan : dolly, applemints, ladies, bontton, diesel 
- kalau seluar lelaki : dapper, guys vision, diesel, blue toms, jeep 

Meh nak tanya sikit, cuba jawab dengan ikhlas, 
Sedap ke pakai Levis siam? cer citerrr...!! 


----------------------------------

Banyaak weyy... BANYAK pilihan lain. 
anda boleh dapat kualiti yang lebih baikk dengan duit anda weyy. 

Saya tak faham, kepuasan membeli/melaburkan wang tu datangnya bila apabila puas hati disebabkan kualiti pembuatan, keselesaan dan ketahanannya kah, atau pun kepuasan itu datangnya semata-mata dari  dapat memakai sesuatu jenama yg diidam, walaupun imitation! 


kenapakah esok seninnnn, 
tiara lake park 
15-04-2012 
10:50 pm 

Demonstrasi anti PTPTN 14-4-2012

Video 1 


Video 2


Saya tak faham mengapa mereka berdemonstrasi 
Saya tak faham mengapa mereka taknak bayar HUTANG 
Saya tak faham mengapa mereka setuju ambil PTPTN bila dah tahu taknak terikat dengan HUTANG 
Saya tak faham mengapa mahasiswa sekarang jadi macam ni 
Saya tak faham apa yang mereka perjuangkan, untuk apa, untuk siapa, apa faedahnya 

Dah berhutang berjoli pakai duit pinjaman PTPTN yang sepatutnya digunakan untuk belajar kau boleh nak minta mansuhkan ? 
Dah graduate dengan jayanya, kau lupa perjanjian yang kau dah setuju dan tandatangan sewaktu jejak kasi ke Uni? 
Dah kerja bagus,dah gaji besar, kau lupa dana mana yang BANTU kau bagi habis belajar? 

Sedar diri tak weyy?  
Kau rasa berkat hidup kau bila berhutang tapi TAK BAYAR? 
Kau rasa adik-adik kau, anak-anak kau akan datang kau mampu nak biayai sendiri pengajian mereka lepas ni? 

Ini pula perkongsian dari rakan-rakan FB dan Yahoo Malaysia News 










Kalau kesempitan nak bayar hutang ikut perjanjian, buatlah cara yang betul, 
Mohon tangguh, atau bayar saja berapa yang ada. 
Saya yakin ada penyelesaiannya. 

Ini HUTANG weyy, H.U.T.A.N.G !! 
Dah hutang hukumnya WAJIB BAYAR !! 
Kau dah takda pun, yang HUTANG tetap hutang..!! 



Tiara Lake Park 
15-04-2012 
1:37 pm 

Saturday, April 14, 2012

suamiku dan bola

saya merupakan salah seorang dari ribuan silent reader blogger otai, Kak Di (klik sini). nak tergelak pun ada bila baca entry Kak Di tempoh hari, pasal suami/lelaki dan bola sepak. 

saya quotekan semula ya di bawah persoalan yang diajukan Kak Di =P 


Untuk ke blog Kak Di, sila klik sini:) 


















Meh nak jawab soalan2 Kak Di tu : 

1. Suami saya memang kerap check channel 812, 813, dan sewaktu dengannya. Asal pegang remote je memang takde lain, mmg akan ke channel tu dulu. 

2. Bila saya ada kat rumah, kalau takda game yang menarik, maka dia kasi chance kat saya pegang remote. Tapi kebiasaannya bila saya balik kerja (nota : suami saya tak kerja pejabat, bila dia cuti, dia yang ada kat rumah siang malam) kalau TV terbukak, selalunya channel yg terbukak masa tu adalah channel yg tersebut di atas jugak, walaupun aksi/game2 lama zaman Eric Cantona etc. Oh ya, lupa nak cerita, suami saya kipas-susah-mati Man U. 

3. Bab makan ni, tak sama. Kebiasaannya confirm akan makan siap2 sebelum game mula. 

4. Bab ni pun tak sama, suami saya tak masalah dengan makan, pemakanan atau sewaktu dengannya. Kalau Man U kalah, dia akan masam mencuka. Esok paginya bangun langsung tak sebut pasal bola, Man U, atau apa saja yang bersabit tentang bola. Kalau ditanya, akan cebik muka. 

5. Bukak website ni memang SAHIH. Ada masanya bila internet tak available di tempat dia berada, dia akan call saya, minta tolong soh bukakkan website EPL, soh tgk game schedule. lepas kasi tahu schedule, sama-samalah kami kira GMT +8 untuk tahu waktu siaran local. 

6. Bab seminggu tak tengok TV ni tak sama dengan suami Kak Di. hihihiii... 

-----------------------------------------

Sebut pasal bola ni, ada satu kejadian yang saya tak leh lupa sampai sekarang : 

Subuh tu ada game Man U, jadi suami macam biasa akan set alarmclock. Nak jadi cerita, saya yang tersedar dan TER-OFF alarmclock tu. saya ingatkan alarm subuh, tekan konon nak snooze. rupanya TEROFF terus. 2 jam selepas bangun tidur paginya dia tak tegur saya, breakfast pun muka mencuka. jenuh pujuk baru ok. hahahahaaa. sorry yer abang. 

sejak dari tu dia tak biarkan handphone dia dok dekat dengan saya waktu tidur, rela letak hp atas lantai, sorok bawah katil. dia takut saya OFF lg alarm bola..! :P 

miss u like crazy laling!  


Nota kaki : suami kata kalau nak ikut dia ke Old Trafford kena hafal nama pemain2 Man U, tahu history Man U, kalau tak, tinggal! 


Nonton konsert mania jom! 

Tiara Lake Park 
14-04-2012 
9:00 am 

ilham, ikhlas, puas


Kesibukan makin terasa bila Mac dan April bermula
Apa dirancang seawal Januari & Februari perlu dilaksana 
Waktu pula seakan terlalu pantas mengejari 

Banyaknya dateline menjelang akhir April ini 
Proposal E-Science, online submission ---> 20 Apr 
- Penilaian Penyelidik, Skim Q ---> 20 Apr 
- Pembentangan R&D ---> 26 Apr
Extended abstract, draft kedua ---> 29 Apr 
- Proposal HLP2013, online and manual submission ---> 30 Apr 
- Exprmt : ASP, SDSPAGE & WB, grow hybridoma, ascites fluid for H5N1 & CLA mabs. 

Makin terasa bila seorang demi seorang rakan sekerja meninggalkan kami. Makin terasa tekanan bila ekspektasi makin tinggi pada yang masih perlu terus berjuang. 

Moga diberikan ilham, dilapangkan dada, dikurniakan keikhlasan dan mendapat kepuasan dalam menjalankan ibadah ini.  





Tiara Lake Park 
14-04-2012 
12:54pm 

bahagia itu pilihan


hidup amat manis bila selalu di samping org2 tersayang 
boleh senyum seorang diri 

"Jika mahu bahagia, mudah saja
sentiasa pastikan diri berada dekat dengan Allah SWT
Ingat dan berserah pada Allah SWT 
Allah menggerakkan segala-galanya...
Allah yang memberikan rezeki, kekayaan, anugerah, kasih dan sayang 
Allah yang memberikan kita hidup tenang, 
Allah yang memberikan segala-galanya. 
Inilah kesedaran yang tertinggi.
Apabila kita bekerja dengan khusyuk, kekayaan akan datang 
Bila kita hidup dengan jiwa yang positif, ketenangan pasti hadir. 
Kerana hidup kita adalah kehidupan yang diserahkan kepada Allah SWT" 


(Sumber : FuadLatip - klik sini


Sama-samalah kita berusaha untuk bahagia. 



Tiara Lake Park 
14-04-2012 
12:19 pm 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...