Social Icons

Friday, January 29, 2010

LG Chocolate BL40 :: Why I like it longer

"Glossy, sleek and thin like a supermodel" - Dylan Jones


Sangat cool! Kan..kan? LG memang terbukti sangat pantas dengan inovasi baru. Macam LCD TV jugak, LG lead the technology!


Specification :

* uniquely long shape that allows for a 4-inch widescreen


* 5.0 Mega Pixel camera this fully touch screen phone with multi touch function features LG’s proprietary S-Class UI




* comes embedded with special content from James Cameron’s epic action movie AVATAR. * crystal clear HD resolution
* 21:9 ratio HD panoramic display,cinema-like screen for better user experience when browsing web pages, checking emails or viewing


* Kalau siapa nak beli, Price : RM2,199.00


* Siapa nak dapatkan FREE, mari ramai-ramai kita sertai peraduan Nuffnang dengan menulis sebarang entry kreatif berkenaan "Why I Like It Longer" dan hantarkan ke whyilikeitlonger@nuffnang.com sebelum 14 February 2010.

Tuesday, January 19, 2010

Nobody :: Versi berlatih utk hari penyampaian hadiah



dengan sepenuh jiwa raga dipersembahkan...Nobody!!!! ehehehehehehhhee...


Comel. Nak kata budak laki, tp nampak mcm pinafore sekolah dah terlucut separuh (or adakah purposely utk menyeksikan diri? hihihii).. lepas tu mcm ade err... breast jgk. takperlah, tak penting jantina adik ni, janji dia layannnn!!! saya kuat merasakan beliau sbnrnya sedang berlatih utk hari penyampaian hadiah sekolah, takpun pertandingan menari kat primary skool, antara zon lagi...ehehehee..

Monday, January 11, 2010

Juara Lagu sebenar AJL-24. ahaks.


Malas nak cakap banyak, tapi yg meletops bagi saya utk AJL24 kali ni, ialah persembahan pembukaan oleh Dato' Siti & Azlan ni. Banyak pertikaian di sana sini pasal JUARA lagu kali ni. Tapi takpa, itu dah rezeki namanya bila kedua-dua lagu Aizat menang (Persembahan Terbaik - Kau Aku, Juara Lagu - Pergi). Jangan cakap banyak, sbb Aizat dah pun bawak pulang duit itu, kita ni yang tak dapat apa, ahaks.


Cuma satu saja, harap Aizat lebih matang bagi speech selepas ni, janganlah mulakan seperti "Ini memang giler". seperti apa yang berlaku semalam. mmg anda terkejut, kami pun terkejut, tapi sekurangnya keluarlah dari mulut tu, terima kasih atau alhamdulillah! takpa aizat, pedulikan pemerhati yang terlebih sudah ini. biasalah tu, nervous & unexpected kan;)


itu dah rezeki namanya. Saya tetap puas hati sbb walaupun bertongkat Faizal Tahir saya (wahhh, FT tu) dapat jugak no-3. Sangat cool walau bertongkat! sedih jugak Misha yang senior tu tak menang apa, next time yer Misha (ni bukan pertandingan senior-junior, ni pertandingan juara lagu kan!


YUNA juga tidak menghampakan sbb sangat2 cool & bersahaja, dengan teknik magic yang telah mengharmonikan lagi penyampaian Yuna malam tu. Sesiapa nak tau teknik apa, cari dalam Fesbuk Yuna yer kawan2..!! You deserve the 2nd place tau!! Hidop yuna!


siapa patut jadi juara?? bagi saya still Dato' Siti & Azlan, hahahaaa.. lari tajuk jap. Layann!!

Happy Birthday En Rizal!!


Happy Birthday to you..
Happy Birthday to you..
Happy Birthday to En. Rizal..
Happy Birthday to youuuu!!

Cepatnyer mase berlalu, anda dah semakin tua hari ini En Rizal! hehehee.. Happy 32th birthday, eh 23th ke 32? eheheheee.. Semoga panjang umur, dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, dikurniakan kasih sayang yang berpanjangan antara kita dan dipermudahkan segala urusan..!! Ameen!!

Alamak, hadiah birthday tak carik lagi ni.. Mgu depan En. Rizal balik.. Ape nak kasi ekk? Jersey MU lagi? ahaks.

Tuesday, January 5, 2010

seharian bermeeting, esok sambung lagi

setelah seharian meeting dari pukul 8.30pg - 6.25ptg, naik kematu bontot ni duduk je, di selang seli dengan trip ke toilet yg entah berapa kali disebabkan posisi dlm bilik mesyuarat hari ni betul2 bawah aircond, huhu. daripada ucapan aluan hingga lah mendengar orang buat pembentangan suke-hati-tak-ikut-agenda, diri sendiri buat pembentangan Report 2009, sampailah di akhir mesyuarat saya utarakan satu topic yang tidak menggembirakan satu pihak tu, sehingga berubah air mukanya.


maafkan saya wahai tuan doktor no 2, saya bukan anti anda, atau anti kepada sesiapa, tapi saya rasa ada memang kepelikan yang sedang melanda dan tidak adil untuk setengah pihak. Jadi tak salah rasanya kalau saya bersuara. Tuan doktor no 1 rupanya tak ada idea langsung apa yang dah terjadi sebenarnya. Satu lagi kepelikan! Memang, bukan senang nak jadi pemimpin, amanah yang perlu digalas, keadilan yang perlu diberikan pada haknya. Harap tuan doktor no 1 boleh membuat keputusan rasional lah yer :)


while driving masa balik kerja tadi, terlintas jugak dalam kepala. "berani nyer aku cakap macam tu tadi, habis lah kena anti dengan tuan doktor no 2". setelah menung jap kat trafic light and bercakap jugak dgn diri sendiri, saya fikir semula, rasanya tak perlu takut untuk menyuarakan pendapat kita kan, betui dak?? tak semestinya boss semuanya betul, dan tak semestinya jugak orang bawahan macam kita ni semua pendapatnya tak berguna. pada saya, tak kira siapa anda, tinggi mana pangkat anda, di mana anda berada, tua atau muda anda, kalau anda bersalah, anda tetap bersalah & perlu terima kesalahan anda dan sedia untuk berubah!!


Ada yang sinis berbisik pada saya masa meeting dismiss tadi "mesti dia bengang kat hang teha, mesti dia kata 'budak ni dah makan tuan ni'"


saya jelaskan pada orang tu, sambil senyum sumbing "bila masa pulak saya ber'tuan' kan dia doc". kami berdua terkeheh2 gelak. sambil gelak tu dalam hati saya kata "rezeki aku bukan dia yang tentukan, allah yang bagi!" tapi ayat tu tak terkeluar.


Ingat satu saja "Older never mean wiser!". Sebab??


Sebab 1 : kalau orang yang lebih tua tu lebih baik/bijak/perfect, kenapa nenek berumur 54thn-cucu 8 orang ditangkap khalwat malam tahun baru, bukan ke perangai tu sama je dengan budak hingusan muda2 yg kena tangkap sama?
Sebab 2: kalau orang yang lebih tua tu lebih baik/bijak/perfect, kenapa ayah/ mak kandung sendiri meratah anak kandung sendiri?? sama je dengan budak hingusan yang buat taik dengan adik-beradik sendiri..!
Sebab 3 : kalau orang yang lebih tua tu lebih baik/bijak/perfect, kenapa kat pejabat orang yang nak pencen tu keje nak tak nak je, lepas punch kad hilang ntah ke mana, sama je dengan budak muda baru masuk kerja..!
Sebab 4 : sebab kita kat dunia ni, takda siapa yang sempurna, walau tua/muda, lelaki perempuan, kakak/adik, mak-bapak/anak anda tak lepas dari membuat kesalahan. tak bermakna disebabkan usia anda lebih tua, anda TIDAK AKAN BUAT SALAH!


sekian bebelan di senja yang hujan lebat ni. kalau en rizal ada & fetch saya dari opis mesti bebelan ini akan terus ke telinganya dalam kereta waktu balik kerja tadi. heheheeee...

Friday, January 1, 2010

11.00am 01.01.10 :: HAPPY NEW YEAR..!!

Bangun tidur pagi ni, syukur, masih bernafas lagi di tahun baru..;)
2009 dah berlalu, banyak perkara yang dah dilalui & ramai orang yang telah contribute dalam kehidupan saya sepanjang tahun. sekali lagi, terima kasih kepada mereka yang telah contribute!!


takda apa yang menarik utk sambutan tahun baru kali ini. malam tadi, seawal pukul 10 dah 'kong' akibat aktiviti di siang hari yang memenatkan kepala otak ni. saya tak tau kenapa 2,3 hari ni, saya cepat sangat letih. sampaikan malam tadi, terpaksa meninggalkan En Rizal tersayang di YM. sorry la yer abg, mmg ngantuk & letih tahap dewa.


jujurnya mmg saya takpernah langsung join party2 countdown new year di mana2. bukan perasan baik, tapi entah, tak teruja langsung nak buat aktiviti tu sume. alangkan countdown 'live' kat tvshow pun kadang2 sy tak heran. apa nak dihairankan dengan tahun baru yang bakal menjelang, tahun yang ditinggalkan tu yang patut dikenang, sebab tak mungkin dapat kita ulang semula masa-masa yang dah berlalu!


rutin saya, macam biasa, buat apa yang patut kat rumah ni. hari cuti ni kena manjakan diri. tu cara untuk menghargai diri sendiri, bagi saya. ahaks. mula la kepala ni merewang....!! spa? best jugak tu. g saloon rambut? baru lepas pergi minggu lepas... pi window shopping? ermmm.. dah menghabiskan $$$$ masa JCard day aritu, bawak2 la bertendang cik teha oiii.


ok, selamat menikmati weekend yang panjang daripada biasa untuk semua ya! saya sukaaa weekendd!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...