Social Icons

Sunday, November 16, 2014

Review Produk : Gerobokpin

Entry kali ini insyaAllah saya nak beri sikit review tentang produk di bawah ni, tak payah bayar2, sebab puas hati sangat dengan servis Instashop ni, dan nak tolong promotekan pada pembaca-pembaca semua. 

Memperkenalkan.... drumroll! 

Gerobokpin 

Instagram : http://instagram.com/gerobokpin

Kalau korang minat dengan brooch dan pin, di sinilah tempat yang saya boleh rekemen. Nama ownernya Zetty, sangat peramah! Design brooch dan pin-pin di sini memang lain dari yang lain, sangat berbaloi, dan harganya sepadan dengan kualiti. 

Pin nya betul2 tajam, dan tak tersangkut-sangkut ketika nak cucuk. Tak rosakkan tudung langsung. Materialnya juga berkualiti dan tak lembik atau mudah bengkok! Memang jatuh cinta! Di bawah ni adalah di antara koleksi saya sendiri. Korang pun mesti ada tau, hehehee.  

1. Pin pepatung dan bunga ros-gold ni memang sangat mudah nak dipadankan dengan mana-mana tudung yang saya pakai. Nak-nak pulak saya jenis suka bertudung warna gelap, jadi pin dengan warna cerah macam ni akan menonjol bila dipakai. 




2. Brooch bunga hitam-putih dan pin 3 kuntum bunga kecil (suka hati bagi nama kan!) ni pulak, adoi. Memang serius jatuh cinta. Materialnya bagus, ada weight. Saya ni jenis kalau beli apa pun mesti suka benda yang agak berat (read : ada weight), sebab kalau ringan sangat rasanya melayang2 je bila pakai dan tak tetap duduknya bila dipasang pada tudung / baju. Ianya bukan satu set, saya yang padankan dan nampaknya menjadi, hehehehee. 




3. Brooch bebiri (sheep) dan pin pepatung! 
Setiap kali saya lihat sebarang brooch, anak patung, keychain, atau apa saja aksesori berunsurkan kambing atau bebiri, saya akan terus ingat pada seorang kawan @DijahSaad yang kini seorang pensyarah universiti di pantai timur. Beliau ni pakar dalam kajian parasit pada kambing dan bebiri, dan banyak juga kumpul aksesori seperti ini. Miss u Dijah! Unik kan brooch ni, saya saaaangat suka. elok je terletak di bahu. 


4. Ini pula koleksi-koleksi lain di Gerobokpin. Geramnya tengokkk! Rasa nak beli semua!






Bagi korang yang minat kumpul aksesori begini, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan koleksi brooch dan pin dari Gerobokpin ni okeh. Rasa nak beli semua, seriously!

Gerobokpin 

Instagram : http://instagram.com/gerobokpin



16 Nov 2014 

Salam Hujung Minggu !

Assalamualaikum semua. 

Lama tak update blog! Selain dari kekangan masa, kadangkala kekeringan idea jugak. Saya memilih untuk mencari topik / subjek yang boleh beri perkongsian dan manfaat berbanding nak tulis / ekspress tentang diri dan perasaan sendiri saja. Di samping itu, nak elak juga tulis pasal orang lain atau dalam erti kata lain, bercerita pasal orang seboleh-bolehnya. Menjadi satu cabaran jugak untuk pastikan perkongsian kita ni kekal relevan. Sekali dah dipublishkan entry tu ke internet, selamanya ia duduk di situ dan boleh diakses oleh sesiapa saja. Untuk itu, bukan mudah, ilham tak selalu datang. hehehe. 

Di antara jenis entry blog yang menarik perhatian saya dan amat bermanfaat adalah "review produk" atau "product review". Saya sendiri, setiap kali membuat apa saja, baik membeli, memasak, bercuti, mendapatkan rawatan kesihatan, sering buat carian di internet dulu dan membaca pengalaman dan review pengguna lain. Bagi saya, ianya amat membantu sebelum boleh kita membuat keputusan. 

Kalau di instagram pula sekarang, "review product" menjadi trending di mana kebiasaanya servis ini ditawarkan oleh selebriti, model atau sesiapa saja yang mempunyai pengikut (read : follower) yang ramai untuk mempromosikan produk mana-mana penjual. Contoh yang terkenal adalah Atitaharis  dan JihanMuse serta FynnJamal . Servis ini bukannya free tau, ianya berbayar, bermula dari RM 200 dan ke atas, mengikut pakej dan harga yang dipersetujui oleh kedua pihak. 





Ok, itu servis review yang ditawarkan di instagram, di bawah ini pula saya kongsi beberapa laman web yang khas untuk mengumpulkan review dari sesiapa saja. Contohnya, bagi tujuan perlancongan/percutian, saya amat gemar merujuk ke laman web TripAdvisor untuk membaca apa kata pengunjung lain yang telah berpengalaman ke destinasi yang dicari, selain dari melihat blog-blog peribadi. Ianya saya jadikan panduan utama sebelum membuat penempahan. Kadang-kadang apa yang terpapar di laman web rasmi tak semuanya menggambarkan keadaan semasa. Selain itu, saya juga telah berjinak-jinak menjadi salah seorang dari penulis review dalam laman web tersebut! 


Terdapat pelbagai feature dan aplikasi yang boleh diexplore dalam laman web TripAdvisor ni. Contoh yang saya ambil di bawah adalah bagi pelancongan Langkawi. Anda boleh pilih jenis percutian bagaimana yang dikehendaki (honeymoon, berkeluarga, mewah, budjet, tepi pantai dsb), dan aplikasi ini akan membantu anda untuk meringkas senarai (short-list) ikut keperluan anda. Selepas mendapatkan senerai pendek pilihan, anda boleh mula membawa review tentang pengunjung2 lain yang telah pun ke sana. 


Contoh, Langkawi Lagoon Resort. Anda boleh lihat gambar terkini yang diambil oleh pengunjung di bahagian "travellers photo". Dipaparkan juga beberapa laman web penempahan di ruangan tersebut (AsiaRooms, Booking.com dan Agoda contohnya). 


Seterusnya di bahagian bawah, merupakan bahagian yang menempatkan review pengunjung2, dan rating yang diberikan oleh mereka. Senang kan. Anda boleh lihat sekiranya ada sesuatu istimewa seperti sambutan atau aktiviti menarik yang sedang berlangsung di tempat penginapan itu. Ataupun maklumat seperti "hotel ini sedang direnovasi, dan sila ambil perhatian tentang bunyi bising". Bagi saya, ianya amat membantu! 


Diharapkan, dengan membuat lebih sedikit kerja pencarian / pembacaan seperti ini, sebagai pengguna, kita boleh membuat pilihan yang tepat untuk keperluan kita. Tidak timbul lagi isu seperti "tidak berbaloi" "hotel buruk" "makanan tak sedap" ketika kita berkunjung ke sana apabila kita telah pun "bear in mind" tentang perkara-perkara tersebut setelah membaca review. Namun tak dinafikan, pengalaman seseorang walaupun di tempat yang sama, adakalanya berbeza2. Ada pengunjung yang merasakan pengalamannya amat baik sekali ke sesuatu destinasi, tapi pengunjung lain rasakan yang sebaliknya pula. Itu semua tidak dapat dikawal dan kita terimalah seadanya rezeki pada masa tu. Tips yang terdapat dalam laman web ini adalah sebagai salah satu panduan sahaja okeh :) 

Itu saja buat kali ini, manfaatkan hujung minggu anda!



16 Nov 2014 

Sunday, November 2, 2014

^^ bawa ku ke syurga ^^

terima kasih kerana sudi menerima 
terima kasih kerana sudi membahagiakan 
terima kasih atas kasih sayang dan kepercayaan 

susah atau senang tak apa, asal kita bersama 
tidak ada apa yang tidak cukup 
kerana kita saling melengkapi 

pimpin tangan ku 
dan 
bawa ku ke syurga 

selamat ulangtahun perkahwinan kita, abang ^____^



selingan lagu Arjuna Beta, walau takda kena mengena, tapi klip video ni menyentuh hati :) suami saya ni, orangnya juga rajin buat klip video rakaman peribadi kami berdua dan keluarga, tak kira rakaman percutian, bulan madu dan aktiviti lain bersama keluarga. tiap satu disusun diedit menjadi satu cerita, elok dalam simpanan. katanya, biar tersimpan memori, berpuluh tahun pun boleh imbasi. (klip video penang2014 belum siap lagi:p) 





2 November 2014

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...