Social Icons

Sunday, August 21, 2011

Willkommen bei Wien !

Sambung cerita yang sekian lama lagging, ahaks. Perjalanan diteruskan dari Dubai International Airport ke Vienna, ambil masa lebih kurang 6 jam 45 minit. Alhamdulillah touchdown di Vienna jam 9:20 malam waktu sana (GMT +2), jadi perbezaan masa minus 6 jam dari waktu Malaysia. Agak terbingung2 jugak mula nak sesuaikan diri, huhu.
Sebelum pergi lebih jauh, sedikit pengenalan mengenai Vienna, Austria. Vienna (atau dalam bahasa Jerman - Wien) ni seperti yang kita tahu adalah ibu negara Austria, dan merupakan bandaraya ke-10 terbesar di Eropah. Bahasa rasmi adalah bahasa Jerman. Populasi bandar Vienna sekitar 1.8 million. Antara negara terdekat adalah seperti Hungary, Slovakia dan Republic Czech. Vienna ni jugak sejak dari tahun 1800an dah mula menjadi tumpuan dan pilihan kongress antarabangsa, hingga sekarang masih jadi tumpuan untuk kongress dan perjumpaan antarabangsa terutama oleh United Nation (UN) dan OPEC. Sedikit tentang sejarah, dulunya Austria dan Germany adalah satu negara, di mana Vienna adalah ibu negaranya. Tapi lepas World War II, mereka terpisah jadi dua entiti berbeza. Dari sudut agama pulak, 50% penduduk depa ni adalah Katolik, 30% tiada agama, 7% Muslim dan minoriti Ortodox. Selain tu, apa yang menarik di bandar Vienna ni antaranya adalah senibina yang sangat unik dari konsep klasik hingga la yang moden. Okeh, cukup lah kot yer serba sedikit tentang Vienna, hehe:)


pemandangan sewaktu take-off dari dubai.

snacks in the flight


bersedia untuk mendarattt! saya suka pemandangan ini!
semakin hampir! macam kek lapis kan, hehe.
Selamat sampai di Vienna International Airport (Flughafen Wien) dan dijemput Mr. Ivan dari CK Airport Service (Syarikat Teksi Airport) yang pegang placard "NURUL FATIHA" hehe. Mula2 saya approach dia, nampak die sedikit terkejut. Mungkin sebab saya muslim dan pakai tudung? atau mungkin saiz saya macam budak darjah 6:P hehehee.. Oh sayang, takda pulak gambar Mr Ivan ni. Ermm.. nak berkomunikasi dengan beliau ni pun agak susah sebab mereka tak faham English, walaupun yang basic. Walau saya pun dah tanya dengan very simple english, masih kena dua tiga kali ulang, siap kena buat gaya. huhu! Perjalanan sepanjang 40 minit nak ke hotel penuh dengan gaya tangan dan kadang2 kaki saya dan Mr Ivan untuk memahami antara satu dengan lain, haha! What an excitement:P

Kaiser Franz Joseph Derag Hotel & Apartment, 1190 Sieveringerstrasse

Bilik bujang saya.

meja makan, meja study

dapur & perkakas dapur basic dan comel.


subuh pertama di bumi austria. 4:30am pun dah kesiangan, subuh pukul 3:50am:)

balcony kecil saya. breakfast pertama buat air oldtown hazelnut & makan maggi. haha!

Sambil study skit pasal Vienna:) 

Pemandangan dari balcony lagi :)

Day 1 : Kami kena report duty di Vienna International Centre (VIC) di mana semua peserta dari sebarang kongres, kursus, seminar atau apa-apa aktiviti formal kena melapor diri.

Sempat bergambar selepas dapat passcard.

Oh ya, lupa nak cerita. Setiap hari, kami akan dijemput oleh bas persiaran yang akan bawa kami ke IAEA Lab, bertempat di Seibersdorf yang terletak lebih kurang 1 - 1 jam 30 minit dari hotel. Seawal 7 pagi kami dah tunggu bas di lobby hotel. Di atas ni adalah snapshot dari atas bas saja. huhu.

ini pun snapshot dari atas bas. Budapest dah dekat sangat, lebih kurang 1 jam perjalanan saja. huhu. tapi takda kesempatan nak pergi.

pemandangan di kawasan seibersdorf. banyak ladang.

kedai dan rumah di daerah seibersdorf. seibersdorf ni kawasan pinggir kota, bukan dalam Vienna. Banyak ladang, dan agak isolated. Jadi sesuai sangatlah lokasi sebuah makmal kan, makmal atom pulak tu. hiksss.
Oklah, nanti ada kelapangan saya sambung lagi entry pasal IAEA dan perkara-perkara menarik sepanjang 14 hari di sana:) Salam Ramadhan untuk semua.

Monday, August 1, 2011

Ahlan ya Ramadhan:)

Assalamualaikum!

Wah, lama saya tak update blog. Entry yang terakhir saya tulis sebelum ini adalah ketika masih berada di bumi Austria, to be spesific Vienna, hikss. Alhamdulillah, dah selamat pulang pun sekarang :)

Ya saya tahu, entry masih lagi terhutang sebab baru tulis separuh perjalanan pergi (KL-Dubai). Belum lagi cerita separuh lagi perjalanan Dubai - Vienna, dan pengalaman saya dan peserta kursus lain sepanjang berkursus di sana. Maaflah, mulanya niat nak update blog hari2 ketika di sana (Vienna), tapi balik ke hotel apartment dah lewat petang (walau masih cerah hingga 9.00pm), masa saya agak terhad untuk online kerana hotel hanya bagi 1 jam internet akses percuma saja untuk sehari. Jadi sejam yang diberikan tu, macam biasa saya manfaatkan untuk menghubungi keluarga. Memang tak sempat nak berblog:)

Tinggalkan sekejap soal pengalaman saya di sana. InsyaAllah kalau ada kesempatan saya akan kongsikan bersama secara berperingkat ya. Entry kali ini khusus untuk mengucapkan..




"Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak untuk semua muslimin dan muslimat, bersyukur kita kerana masih diberi kesempatan bertemu Ramadhan tahun ini. Oleh itu, semoga kita terus dikurniakan kesihatan yang baik rohani & jasmani untuk sama-sama beribadat kepada-Nya, dan moga ianya menjadi Ramadhan yang terbaik buat kita.."



p/s: buat sang suami yang berada di perairan:p sungguh syahdu perasaan memulakan ramadhan tanpa kau di sisi, sob sob:( harap sama-sama kita dapat mengimarahkan ramadhan kali ini walau berjauhan. cant wait to see you & love you!! :)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...