Social Icons

Monday, June 21, 2010

entry kedua bulan june

oh nampaknya utk bulan june yg penuh kesibukan ni, ini baru masuk entry saya yang kedua.
Skrg sbnrnya tgh tgu tapau nan-cheese kat sebelah money changer sunway. Lambat lak anei ni. Huuhu. Otak ni lambat pick-up lak nak ushar2 wireless free.
oh nan-cheese pun dah siap.
Terlewat sudah utk merapu.
Cik nani dah bising takut nan cheese sejuk.
Sungguh tak bermakna entry ke-2 ku ini.
Ekekkeee.

Sunday, June 20, 2010

will be away from 22june - 28june. miss me tau;)

hohhohoo. punyalah penat.
90% masa kami berdua diperuntukkan hanya untuk rumah saja lately.
hanya rumah ok, nak balik kampung pun tak sempat.
huhuhuuu.. dah la hari ni hari bapa:((
hanya sekadar wish pagi tadi.
insyaAllah kalau takda aral sekembalinya kami nanti, leh balik kg & celeb.

rumah kami yang bak lori tesco terbalik sudah semakin tersusun.
strategi saya, apa2 pun kemas dapur dulu, sebab perut ni kalau nak lapar tak kira masa.
(ni kes hidup utk makan kot)
makin hari makin selesa di rumah baru.
rumah baru, jiran baru, environment baru. oh, menarik kan! harap2 semuanya selamat2 saja.
pagi pertama bangun dari tidur terus terkebil2 gosok mata dan ''kat mane ni?"
gamaknya diri sendiri terkejut melihat bilik yang tak serupa bilik waktu tu. ahaks.

masa pindah last week, bapak dan ummi saya bersama angkatan tentera tersayang (siapa lagi kalau tak cik nani & cik amin) pun datang rumah untuk menolong apa yang patut.
solat jemaah & bacaan yasin pun diimamkan oleh bapakku tersayang.
tak lupa juga mak mertua yang turut datang:)

disebabkan kerja keras kami sejak berbulan2 lamanya ni (cewah, macam la renovation bancuh simen dan semua buat sendiri, padahal main bagi arahan je, hahaa), oleh itu kami deserve sebuah percutian untuk melonggarkan otot2 yang dah naik kejong dibuatnya (padahal trip ni dah booking hujung tahun lepas, sekali tetiba gatai pulak nak pindah time ni jugak,huhuh). carik penyakit kan, ahaks.

oklah, semoga anda semua merindui saya.
urusan pemindahan line telefon berserta streamyx masih tertangguh akibat kami yang gatai nak berjalan pulak minggu ni. makanya, saya akan merindui anda semua dan FB. ekekekee.

destinasi kali ni adalah ke belah barat negara kangaroo.
doakan kami selamat pergi dan pulang dan dipermudahkan urusan kat sana yer.
kami akan stay rumah best-friend en.rizal kat sana.
insyaAllah kalau ada masa, mana tau saya boleh blogging kat sana.
boleh lepas gian menulis.

ok, take care semua (dan kepada diri sendiri juga)
do miss me yeah!;)

Thursday, June 17, 2010

i am too old..!

oh sungguh lama tak blogging.
dah nak dekat 2 minggu sepi tanpa entry:p
nak update terlalu lah banyak.
dari yang menggembirakan dari yang menyengalkan.
pagi-pagi tadi, sewaktu memandu ke VRI tercinta, saya sempat memikirkan 'things to do' list untuk hari ini. termasuklah berFBooking & meng-update blog. ahaks. serius rindu menulis blog.

oh kami dah pindah rumah dengan jayanya.
walaupun ada part construction di luar rumah yang belum siap sepenuhnya, tapi disebabkan milestone sudah di'setkan, jadi kena teruskan jugak.. kalau tak, memang lari timing dan kena tunggu en.rizal nyer next holiday which is bulan PUASA (oh, puasa belum habis ganti..huhu! siapa yang baaanyak lagi tak ganti puasa macam saya, skrg tgh bulan Rejab kawan2)

rumah baru macam lori tesco terbalik akibat eksiden langgar divider highway. ahahaa..
sehari lepas pindah saya kena attend interbiu yang membuatkan jiwa kacau bilau.
lepas interbiu lagi kacau bilau sebab mereka kata "you are only 28yrs old, and join services in 2005". dalam hati memang dah membebel sakan. habis tu takkan tunggu dah tua bangka baru nak sambung belajar??! orang lain at the age of 28yrs old macam saya dah graduate PhD ok?

ok, jiwa kacau terhenti di situ, kepala kian ringan. malas dah ambil port memikirkan keputusan interbiu, saya telah cuba sebaiknya, oleh itu berserah saja lah kan.
tapi lately diserang penyakit letih & mengantuk yang amat sangat.
sampaikan dalam perjalanan balik ke ipoh naik kereta jabatan pun boleh tidur sampai ternganga2 mulut, buat malu kat driver je. hahahaaa.
biasanya, en.rizal sampai paksa saya yang tak reti-reti tidur dalam kereta supaya tidur, biar pun perjalanan jauh ke terengganu / jb sekalipun, mata ni susah nak lelap.
tidur siang pun sangatlah jarang, sebulan sekali pun saya tak akan tidur waktu siang, sebab tak biasa. memang tak biasa langsung kecuali saya migraine dan memang saya akan tidur!
tapi lately, apakah ini semua.. simptom kencing manis kah:p
nauzubillah!

minggu ni tinggal lagi 2 hari sebelum weekend.
tak sabar rasanya nak tunggu weekend ni.
cuti sekolah pun dah nak habis.
jadi mulai minggu depan saya akan cuti mulai 21hb sampai 29hb.
yabedabeduuuu...!
cuti2 sekolah ni saya lebih suke memberi priority kepada kawan2 yang ada anak bersekolah untuk bercuti puas2. kita yang takda anak lagi ni atau anak belum bersekolah, sila jangan gatai nak cuti, sebab bila2 pun kita boleh cuti berjalan tak payah tunggu cuti sekolah! buat apa nak berjalan cuti sekolah, semua benda mahal, jalan pun jammed. huhu. nak buang air di R & R pun terpaksa beratur dalam keadaan nazak nak terkencing. hahahaaa..

oh, lupa nak update.
sepupu saya, Hilwana dah selamat diijabkabulkan dengan Khairul Arriffin, majlis pun dah berlangsung pada 5/6 dan 6/6 yang lepas.
tahniah buat mereka berdua.

staff saya, En. Fauad pun dah selamat diijabkabul dengan Pn. Norhayati!
perkahwinan yang ditunggu-tunggu tahun ni, hehehehe:))

nanti saya update lagi.
kat rumah baru, streamyx belum buat urusan pindah lagi, maka nyer belum boleh online lagi.
sehingga saya menulis lagi.

oh! bestnya dapat menulis!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...