Social Icons

Thursday, September 30, 2010

entry #158 yang tidak bertajuk

hari ni r&d meeting macam rutin bulanan biasa.
alhamdulillah dapat berkongsi sesuatu untuk opismate semua.
paksa jugak buat slide malam tadi memandangkan hari ni ada meeting.
tp kan, kengkadang ai suka jugak hasil kerja ai bila last minute.
ekekekeee.. best jugak buat kerja dalam keadaan stress!:p
ditambah pulak tengah migrain. lagilah teramat best.
hahahaaa...

cakap pasal migraine, apasal ntah susah pulak nak hilang bebetul sakit kepala ni. sampai mintak uphamol650 kat lab mammalian viro, ponstan ai tertinggal kat rumah. lepas pekena baru rasa ok skit, ringan skit kepala ni.

errmm, jam pun dah 5:30 ptg, ai nak chow dulu.
esok jamuan raya opis. semoga bergembira makan2 untuk semua opismate.
dengar2nya boleh tahan menu tahun ni, kalau ada masa ai snap gambar & share ok?




Wednesday, September 29, 2010

wahai lelaki, apesal la tak faham2?

Jap, sebelum pape disclaimer dulu. Entry ini tidak berniat menyinggung dan menyakitkan hati mana-mana individu. Entry ini terhasil setelah berborak panjang dengan seorang rakan pasal perangai lelaki-lelaki masa kini. No offense meant ya! Namun kalau ada yang terasa, anda digalakkan menimbang2 tulisan ini.

wahai lelaki, apesal la tak faham2
jenuh kami tunjuk hint
gentleman la sikit, takkan kami je nak mula dulu

wahai lelaki, apesal la tak faham2
jenuh kami tunjuk hint
nak kata tak matang, umur dah lebih suku abad

wahai lelaki, apesal la tak faham2
jenuh kami tunjuk hint
kalau suka buatlah cara suka, takkan kita nak macamni saja

wahai lelaki, apesal la tak faham2
jenuh kami tunjuk hint
penat la main aci sorok

wahai lelaki, apesal la tak faham2
jenuh kami tunjuk hint
penat otak fikir, penat jugak hati ni berteka-teki

wahai lelaki, apesal la tak faham2
jenuh kami tunjuk hint
hati kami ni fragile, sila jgn buat2 kering

wahai lelaki, apesal la tak faham2
jenuh kami tunjuk hint
takkan la mak pak kami pulak kena masuk minang

wahai lelaki, apesal la tak faham2
jenuh kami tunjuk hint
kalau tak suka, cakap tak suka, thats fine, so leave us alone

wahai lelaki, apesal la tak faham2
jenuh kami tunjuk hint
kalau dah tak sudi takpalah, kami angkat kaki

wahai lelaki, apesal la tak faham2
jenuh kami tunjuk hint
jangan nanti sesal tak sudah


disclaimer belah bawah pulak : jgn salah paham. ai dah kawen ok, we are happily married, happily everafter. entry ni memang nak suruh orang masuk minang, tapi bukan minang ai, minang kawan ai. ehehheheee.. peace no war! err... nampak desperados kaaa? kehkehkeh.


Tuesday, September 28, 2010

chinese look dan experiment yg menjadii!

pertamanya, tajuk entry di atas tiada kaitan secara langsung. maknanya bukan saya berjaya mentransformkan diriku ini jadi chinese look. tapi ada kaitan secara tak langsung. apa kaitannya? kenalah baca sampai habis. hehe:p

kisah labwork go first ok. seperti entry yang penuh kekeciwaan semalam, dengan hati yang besar kami pun troubleshoot apa yang tak kena dan run the FAT test again. apa yang tak kena semalam? yang tak kena adalah hybridoma tu sendiri, hybridoma tu kami tak clone lagi rupanya! hahahaa.. ni semua akibat kesilapan masa storage. ter-mix hybridoma yang dah diclone dan belum, dan assume semua dah clone. itu jugak sebabnya bila buat isotyping apapun tak keluar. takpalah, belajar dari kesilapan. so maknanya, 2 hybridoma yang belum clone ni, kenalah diclone semula. kerja menjadi baaanyak kembali. bagus kan, dari takda kerja makan gaji buta.

ini bukan gambar FAT:p ni isotyping strip dari Roche. saja nak tepek.

the best thing today is, bila 3 hybridoma clones tu work on FAT! its another character of our new baby. best, puas rasanya, walaupun ada a few test lagi yang kena di-run. at least some part dah dapat results yang sepatutnya! sifoo kami, en ali tu biasanya kalau labwork menjadi, dia akan buat air nescafe & minum sambil sengih2 pada semua orang & pasang lagu hindustan. ahaks. tapi sifoo puasa lah pulak.

jadi anak murid ni well... macam biasa, lebih sudu dari kuah. sifoo kalau seronok biasanya buat air nescafe je, anak murid pulak yang sibuk me'rewardkan diri sendiri. lalu anak murid ini ke saloon rambut berdekatan untuk mem'pamperedkan diri ehh, rambut. hihiiiihiii..

saloon yang biasa pergi tutup pulak harini. jadi ke saloon lain yg berhampiran. selesai bukak tudung, ai pun betul2kan rambut yang dah terkempap dalam serkup kepala ni, gerbang2kan rambut konon JLo. tak lama kemudian si amoi datang bertanyakan itu ini begitu begini dan terus buat kerja dia. oh, lupa nak kenalkan, nama si amoi tu Wah Jun, comel & chubby;)

sambil si amoi syampoo dan massage kepala ni (ohh, best sungguhhh masa kena massage!, sampai nak terlena dibuatnya), dia stop massage jap.

dia tanya "saya mau tanya, u jgn marah ho"
saya terus bukak mata, baru je nak layan massage "ohh, tanya la, kenapa?"

si amoi kata "you emak cina ka?"
saya kata "kenapa, apa pasal?"

si amoi kata "takdak la, you bukak kain nampak macam chinese"
* kain = tudung yer. takde makna pergi saloon bukak KAIN baju kurung:p
saya kata "emak saya melayu, tapi nenek saya cina"

si amoi kata "ooo..nenek cina laa, patut you pun ada sikit cina, tapi rambut you wavy tak sama cina"
saya kata "yaka, saya hitam, mana serupa cina tapi adik2 semua ikut mak"

si amoi kata sambil pegang rambut dia "takpa laa, rambut wavy cantik. saya pun buat wavy. lulus (lurus) boring"
saya kata " saya pun suka rambut mcmni, saya pun tak minat lurus"
perbualan terhenti di situ. sebab member si amoi datang dekat & sembang dengan dia.

ermm, yang saya realize, yang selalu tanya soalan macam tu adalah orang cina sendiri, hehehe. terutama amoi kat saloon sbb ini bkn kali pertama amoi saloon2 tanya soalan gini. orang sebelah katil kat KPJ Ipoh pun pernah tanya, masa tu saya temankan arwah mama saya, lama dah dulu. aunty tu siap cakap cina dengan mak saya sambil renung2 saya, gamaknya mesti aunty tu heran tengok anak nyonya sebelah dia ni hitam. hakhakhak. tapi takpa, ai bangga ai hitam. hitam itu emasss.. hihihihi:p


kesimpulannya, hari ni hari yang best. experiment yang menjadi dan berjaya pamperedkan diri di saloon. lama dah tak gini;)


Monday, September 27, 2010

the biggest loser asia season 2 | troubleshooting yg never ending

ingatkan TARA 4 je yang baru start rupanya The Biggest Loser Asia Season 2 (TBLA2) tu pun baru start jugak. Host kali ni cik Marion yang cun melecun, trainer pulak maintain Dave yang cool dan Kristy yang cepat naik radang. Malaysian contestant ada 3 orang, 2 malay girl & 1 chinese boy! cayalah korang, wakilkan ai untuk menguruskan badan ok?:p caiyok2!

hari ni kurang ke'blues'an sebab ada saja kerja yang menanti. godek2 bench buat isotyping for the H5N1 monoclonal belah pagi, sampai lunch hour then sambung lepas lunch, sampailah kol 3:30 ptg lari kejap untuk meeting urusetia 'FAO-OIE meeting' minggu depan. Bagus meeting tak sampai sejam, jadi ai boleh sambung godek sample, kali ni buat testing iFAT pulak. hohoohoo!

results utk godek2 bench arini, isotyping tak memuaskan hati sebab from 5 hybridoma clones, dua je yang turn out ok, IgG1 Kappa. yang lagi 3 IgM pulak, so tak sesuai untuk further application yang kami sekeluarga dah aimed. Hadoih, pening kepala kami sekeluarga. Sifoo kami en.ali macam insist nak go back to antigen preparation, mice immunization, fusion bla bla blaa... maknanya start the whole thing. ok, takpa think +ve, boleh polished skill, no worries.

results iFAT pulak tak turn out langsung, only control works! uwaaa! apakah kesalahan kami sekeluarga hingga diperlaku demikian?? ehehheee. ala drama p.ramlee:p jadi sekarang time for troubleshoot sebelum nak repeat tak tentu arah. esok? time to fikirkan apa yang tak kena!



Saturday, September 25, 2010

The Amazing Race Asia Season 4 (TARA4) dah mulaa wehh


Whoot whoot!
TARA-4 dah mula pada 23 Sept (khamis).
Mulanya tak alert pun pasal bila new season ni nak mula. Luckily masa saya tgh browse channel terperasan, terus lekat!


Dipendekkan cerita, cabaran permulaan ini bermula di KL. salah satu Malaysian Team, Khairie and Ethan mendahului sampai di pit stop pertama, atas cruise ship lagi. Tahniah ya bro. Harum jugak nama Malaysia. Advantage bagi team malaysia sebab pandai selok belok jalan kat negara sendiri, especially kat Batu Caves. hehe.


Champion of the 1st pit stop!


Ivan & Tengku Hilda pun not bad, at the 6th place! whoot whoott.

So peminat TARA sekalian, boleh update bila-bila masa pasal TARA4 di sini. Enjoy yer!

Friday, September 24, 2010

demam iP4 dan adik maxis yang kerek


ok tenang. tau ramai yang demam iP4 harini. ai yang mulanya malas nak amik port pun dah terjangkit demam akibat sang suami yang menyucuk-nyucuk kasi perangat napsu ai ni.

akibatnya terhasillah jugak entry desperados sebentar tadi. sila jangan muntah baca walau kak long kata dah macam iklan. hihihiiii.. ai hentam je kak long!

berbalik pasal demam dan terjangkit, balik kerja tadi dengan semangatnyer saya ke Kinta City untuk ushar apa yang patut dan kot kot boleh redakan demam (hahahahhaa:p). sebelum tu dah call Maxis centre. 3 kali call ok. sampai muntah operator tu assist saya gamaknya. ai kan customer maxis, haruslah ngada kan.

mula-mula terjah booth maxis di kinta city. wahhh kau kerek yer adikk maxis. mentang2 ramai beratur nak beli iP4 dari kau, kau kerekkk yerr. mentang2 ai datang selekeh tak pakai make-up, baju selebet dah petang2 ni, tudung pun dah senget2, lengan baju dah ke siku, kau ingat aku memain ke tanya pasal iP4 wahai adekk?
  • ai tanya "isnin nanti baru boleh beli yer?"
  • adekk maxis " tak la, skrg pun boleh, mau kontrak ka phone saja?"
  • ai kata "kontrak la, tapi saya suplementary, husband saya principal, dia out station skrg. suami saya mesti ada jugak ke?"
  • adek kerek kata "yala, suami mesti sign kontrak lo. kalau you mau cepat angkat phone dulu la. boleh angkat sekarang, tak payah tunggu suami"
  • ai kata "takpalah macam tu, saya tanya saja. tadi pun saya dah tanya maxis centre, sama saja die kata"
  • ai sambung lagi "boleh saya tgk display??"
  • adek kerek kata "aiya, ini bukan hp biasa, mana ada display2, nak tgk kena beli dulu laaaaa... you angkat phone ini la, tak mahai, rm2690 saja"
  • ai terus balas "takpa la, saya mau pegi tanya DIGI"

dia ingat ai tak survey dulu ka berapa harga iP4 saja, berapa harga iP4 with maxislinee?? silap la braderrrr. ai dah survey habis2san ok! siap buat analisis lagi mana lagi untunggg... :p

disebabkan bengang dengan kekerekkan adek maxis, ai pun pegi DiGi.

adik DiGi baik je layan kerenah saya. macam2 saya tanya sebab banyak yang tak biasa dengan DiGi, maklumlah ai bukan pelanggan DiGi. ushar punya ushar, pengamatan saya iP4 DiGi pun ok jugak. cuma saya risaukan reception DiGi, maklumlah rumah ai bukan kat town ipoh. huhuhuh!


ceh macam yer yer je nak beli... hahahahhaaa... kecoh je lebih hang ni teha!

p/s : tapi kalau ikutkan geram dgn adek kerek maxis tadi, nak je sign-up dengan DiGi, lepas tu tayang depan muka adek kerekk:p kehkehkeh.


DiGi iPhone 4 Me


Bismillah, punyalah teruja baca iklan DiGi iPhone 4 di Nuffnang tempoh hari. Tak sabar jugak nak tunggu apa sebenarnya yang terkandung dalam klu yang diberi!! Berbekalkan klu 4 biji epal dan seekor kambing ramai yang telah dapat mengagak Apple akan keluarkan model iPhone baru dan DiGi pula akan menyediakan pakej istimewa untuk pelanggannya.

Dan hari ini.... seperti yang dijangka, yang ditunggu telah kunjung tibaaa! iPhone4 telah pun dilancarkan..! Yabedabeduuuu!!

Yang lebih menarik tentang pelancaran iPhone4 ini ialah Nuffnang dengan berbesar hati telah mengadakan peraduan DiGi iPhone 4 Me! di mana pemenang yang terpilih membawa pulang DiGi iPhone4. Siapa tak nakk? Anda rugi!

Nuffnang tersayang, berilah DiGi iPhone4 ini kepada saya! Saya amat memerlukannya seperti saya perlukan cik Nuffy dalam hidup sayaa..! gheeee..

Whooooot... Kenapa saya amat perlukan iPhone 4 dari DiGi ini??

  • Video Call!!! Ciri ini akan memudahkan saya berkomunikasi dengan suami yang selalu bekerja di luar kawasan. Bayangkanlah si suami biasanya akan meninggalkan saya sehingga sebulan lamanya, hati siapa yang tak rindu menatap wajah orang tersayang. Dengan iPhone 4 saya yakin masalah itu akan dapat diatasi apabila kami dapat menatap wajah masing-masing ketika berbual! Semakin hari semakin sayang walau selalu berjauhan!
  • Dengan adanya fungsi wireless terkini juga saya dapat mengakses internet di mana sahaja tanpa batasan. Saya boleh mengemaskini blog dan membalas email di mana saja berada! Wowwee, best tuu!
  • Dengan browser terbaik bagi mobil iaitu Safari, juga saya boleh ber-blog di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Berbanding sebelum ini saya terpaksa mendraftkan entry blog di telefon bimbit, dan kemudian menghantar ke laptop dengan menggunakan Bluetooth sebelum boleh diterbitkan dalam blog. Kini saya boleh terus menulis dan mempaparkan terus di blogspot saya! Tidak perlu draf dan tidak perlu Bluetooth! Semakin hari semakin dekat dengan en.Nuffnang! Semestinya!


  • Ini adalah ciri terbaik masa kini! Camera 5 MP dengan dan suar LED! Saya juga tidak mahu ketinggalan untuk mempunyai koleksi video HD di dalam iPhone 4! Bolehlah saya berkongsi video dengan pembaca blog! Pasti kualiti gambar dan video yang terbaik untuk semua pembacaa! Yang terbaik juga untuk en.Nuffnang!




  • Fungsi lain yang amat saya gemari ialah GPS! Selama ini saya menghadapi kesukaran dengan akses GPS yang terhad melalui telefon bimbit saya sedia ada. Sesat merupakan sesuatu yang amat sinonim dengan saya. Saya amat yakin iPhone4 dapat mengatasi masalah itu lebih lagi dengan fungsi kompas yang pastinya akan membantu! Tidak perlu risau lagi hendak ke majlis perkahwinan rakan di utara mahupun selatan tanahair, semuanya boleh dilawati dengan yakin dan tak perlu buang masa & petrol!


Sungguh saya tak sabar untuk mendapatkan iPhone 4 DiGi ini!


bila la angan nak menjadi nyata niii.. wahai en. Nuffnang, bagi la iPhone 4 ni kat aiiii!!!! hihihiii...


Thursday, September 23, 2010

iPhone4 dan mee goreng

tengah TV3 tunjuk berita iPhone4 tetiba dengar nama dipanggil.

"fatiha. fatiha."
"yer, yer kak liza"

ai pun bukak sliding door tepi, nampak dah dari dalam ade juadah yang hendak diberi.

"ni haa ade mee goreng, panas lagi. sory le, banyak bekas fatiha kak liza tak pulang lagi, hehehee"
"mekaceh, wat susah2 je kak liza ni, tak kesah pun bekas tu"

sengaja letak gambar mee goreng panas ni, gambar iPhone4 semua orang leh tgk, gambar mee goreng kak liza ni ai sorang je ade:p


buat sang suami, diet hari ni tak menjadi lagi. niat di hati mmg taknak amik dinner after 6pm, tapi ni dah dapat rezeki turun dari langit lah pulak. kena makan jugak la kan, kan?? sang suami tak yah berdiet yer di rig sana, makan je semua buffet yang ada, sbb ai pun takleh nak diet kat sini. nanti yuu diet, yuu kurus. bila yuu kurus, aii gemukk sorang2. ohh tidakk!=p

btw, iPhone4 agak menyentap jiwa dan raga. nak nak pulak DiGi ada baiknyer plan. erm tapi DiGi ok ke? err.. macam yer yer je nak beli. buat masa skrg memadailah dgn E71 ni, WLAN senang, apa pun senang, jatuh beratus kali pun E71 ku ini masih gagah.

p/s: jgn disebut2, nnt dia merajuk


take your time & choose the best ^_^

Baru sat tadi tgk video majlis perkahwinan anak perempuan tokey NAZA, Nur Nadia SM Nasimudin... yang ala fairytales di facebook. Grand giler. Berapa la jumlah kos yang dibelanjakan gamaknya. Mau dekat 1 juta ni, dengan pelakon2 import yang muscle gebu2 lagi. owh, ai geli tgk orang berketul2 ok. ai malas nak komen panjang2 pasal video perkahwinan fairytales ni, anda tgklah sendiri yer, saya dah link kat atas tu.


Video bawah ni pulak pasal tips keharmonian rumah tangga dari Al-Fadhil Ustaz Kazim Elias. Tak rugi rasanya berkongsi, layan kan lah yer.








Masih pasal perkahwinan, saya nak share lagi satu video Ustaz Kazim, pasal hal ini jugak. Silalah layan, bukan lama sgt pun, tak sampai 10 minit;) Bagi yang tengah memilih calon suami / isteri, ambil lah seberapa banyak masa yang anda perlu, dan kemudian pilihlah yang terbaik. Yes, mmg saya suka quote ini “take your time and choose the best”. Terbaik dari sudut apa, terbaik seperti yang Ustaz Kazim cakap. Dah tengok video kan?

Bagi yang dah berkahwin, yakinlah dengan pilihan anda, dan bersama-samalah kita betulkan kekurangan pada diri sendiri dan pasangan untuk mendapatkan rahmah dari-Nya. Masih belum terlewat
:)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...