Social Icons

Sunday, February 27, 2011

Nur Kasih The Movie : Tiz Zaqyah Featuring Yassin

Oh tak sabar!
Nur Kasih The Movie! hikss!

Kena sabar! 19 May 2011 nanti baru keluar di pawagam.
Sementara ni layan dulu lagu tema movie okeh.

Jangan tak percaya bila Tiz menyanyi!
cubaan beliau kali ini tidak mengecewakan.
Boleh tahan jugaklah suara beliau. Boleh diperbaiki lagi;)


apa agaknya konflik dalam Nur Kasih The Movie nanti yer? erm.. tak sabar!


Friday, February 18, 2011

City & Jazz : Honda panggil semula


Disebabkan tak tengok berita malam tadi, cuak jugak bila dapat sms dari member pasal Honda panggil balik City & Jazz. Bagus kan tak tengok berita. Jadi, sat tadi bila call dealer barulah jelas. Ada certain City 2009 & Jazz 2009/2010 batch lot saja yang terlibat, dan pihak Honda akan keluarkan surat pada owner, barulah owner kena pi claim pada pusat servis, tiada cas dikenakan. Kereta saya manufacturer 2010, setakat ni takda masalah, sgt convenient, minyak pun sangat2 lah save alhamdulillah. tapi kalau honda saja nak kasi servis free pun boleh juga, sebab 3x free-service saya dah habis :P


Respect juga pada pengeluar2 kereta yang panggil balik kereta mereka ni semua. Tak silap dulu ada Toyota punya batch pun dah dipanggil kan. dah tau buat salah, mengaku salah dan sedia perbaiki sebelum membahayakan keselamatan pengguna serta tanggung semua kos. Alhamdulillah mereka panggil semula daripada setengah tu sah-sah banyak problem sana sini tapi usahkan panggil, bila kita mengadu nak tak nak je layannyer, check pun ala kadar. penghabisnya semua owner kena bayar pulak. Customer's satisfaction tu No 1 abang proton oit!

p/s : tak offend mana-mana, cakap dari pengalaman senirik :P

SUMBER : KOSMO

KUALA LUMPUR - Honda Malaysia Sdn. Bhd. memanggil balik 21,956 unit model City 2009 dan 1,680 unit model Jazz 2009 dan 2010 bagi menggantikan lost motion springs dan retainers bagi kesemua kenderaan terbabit.

Dalam satu kenyataan, Honda berkata, lost motion springs yang dimampat oleh rocker arms dalam enjin biasa mungkin bengkok atau pecah sekali gus mengakibatkan bunyi enjin yang bising dan berpotensi menyebabkan enjin terhenti.


Wednesday, February 16, 2011

toksah la baca takda apa apa

oh bestnya lena.


hari ni hari sengal.
puncanya mlm tadi susah betul nak lelap.
selak langsir tgk rumah jiran sebelah terang satu rumah.
pelik. biasa mereka bukak 1 lampu luar je. mlm td sampai 4 lampu.
cukup depan, tepi, blkg, atas. oh tak sedap hati.
sampai pukul 4 pagi masih terkelip2 mata main angry bird.
sampai burung2 tu pun gamaknya dah naik mad dengan saya. haha.


akhirnya bangkit pukul 7, sudah subuh gajah.
tengok cermin oh tidak mata panda! tak suke.
kasi tepek fondesen tebal skit kat mata. haha!
pergi kerja gila lalok. dah la ada janji nak diskas dengan 2nd boss.
ada meeting pulak tu lagi.


erm, dah la hari lalok sedunia.
dapat berita pun melarakan jiwa.
dok fikir2 tak boleh nak terima.
nak projek impak tinggi tapi funding entah ke mana.
rasanya impian tercatat dalam KPI tak selaras dengan duit yang ada.


pakcik NTR, cuba tgk sikit RMK-10 nih.
baru di awal fasa, ada lagi 4, 5 tahun nak spend pakai duit apa?
nak beli reagent, consumables pun teruntil2.
big equipment toksah lah nak terfikir.
yang tentu penting pun belum tentu ada funding.
nak kami makan gaji buta?
pergi kerja duduk melopong saja saja?
pakcik NTR, mana pergi harta negara semua?
miskin sangat ke kita?


tapi ada berita gembira, en.rizal saya otw balik sbb rig belum ready.
pelik. apasal tak beritahu awal2, mungkin mmg tak boleh nak predict kot.
beyond control. takpa, dapatlah balik kejap. jadilah.


cerita sengal2 sambung esok je lah.
tak minat nak cakap pasal kesengalan di tempat kerja bila dah balik rumah.


Tuesday, February 15, 2011

:: Revolusi Suri Rumahtangga Separuh Masa ::

Dulu dulu pun ada apa suri rumah separuh masa

Mereka menoreh getah, membanting di bendang

Tak kurang yang berkebun dan berladang

Walau mungkin sebelum matahari tegak di kepala dah habis kerja

----------


Sekarang punya suri rumah separuh masa

Mereka bekerja di pejabat dan syarikat

Mereka bekerja di hospital dan ada di pelantar

Tak kurang di kilang, universiti dan di sekolah

Mungkin matahari dah terbenam baru menjengah rumah

----------


Dulu dulu punya suri rumah separuh masa

Menyapu mengemas membasuh tutup mata pun setel semua

Masak sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam

Sebab nak jumpa kedai makan pun jarang jarang, fastfood lagilah jangan dikenang

Amanah mereka sangat berat sebab itu mereka hebat

----------


Sekarang punya suri rumah separuh masa

Amanahnya sama, tiada yang beza

Walau bekerja entah balik pukul berapa

Tapi kedai makan banyak sini sana

Boleh mengelat kalau rasa penat

Bibik pun boleh import kalau dah tak larat sangat

----------


Dulu punya suri rumah separuh masa

Yang tamat darjah enam dah boleh dibangga

Yang ada LCE MCE boleh dikira

Yang ada ijazah dalam sekampung adalah satu dua

Kalau dapat jadi cikgu memang dah hebat gila

----------


Sekarang punya suri rumah separuh masa

Yang ada SPM pun boleh jadi penyanyi berjaya

Yang ada ijazah usah cerita

Ada yang pangkat tinggi ada yang biasa biasa

Yang jadi jutawan pun dah ramai gila

----------


Dulu dan sekarang sama saja

Baik yang separuh atau sepenuh masa

Tiada beza amanah dan tanggungjawabnya

Nanti di sana sama soal dan jawabnya

Nanti di sana sama adil hitungnya

----------

Walau di mana mereka berada

Walau penat bekerja

Walau tinggi mana jawatannya

Tetap suri dalam keluarga, yang tinggi darjatnya


----------

p/s: en. rizal, saya rindu kamu :) hehe.


Monday, February 14, 2011

akhirnya MACARONS kupon Kak Nomie menjadi milikku ^_^


dah nama nyer teha, memang tak nyempat.
ai dah ade kupon yuuu..!
2 kupon lagi. hihi. dasar pelahap.
boleh beli bila2 masa hingga April nanti.
oh best!


Kak Nomie Aziz, tengok la saya dah ade kupon yey yey!
boleh makan bertemankan teh O vanilla.
uishh syahdu!




siapa beli lebih dari 5 kupon, dapat extra macarons!
mana tahu ade yang nak buat door gift akikah anak ke, door gift adik tunang ke, birthday gift kat sahabat2 ke. boleh apa. haaaa.. pikir balik.. pikir balik..
^_^

omg! macaron best deal!

macaron situ sana sini!

fenomena apakah ini. hiks ^_^


tantek kan? sayang nak makan.
saya? saya pun belum pernah makan lagi.
dok terliur je dengar orang cakap situ sana sini pasal MACARON ini.
omg! telan air liur lagi!
gulp!





wow-weeee!
macam best kan kan.
orang kata rasanya manis gitu.
tak boleh jadi ni, asyik dengar orang kata situ sana sini je.
kau taknak cuba ke teha?








Ini lah dia Puan Nomie Aziz. kalau cakap kek lapis sarawak siapa tak kenal Nomie Aziz!
dialah pengasas Piqa Bakery yang sungguh fofuler itu.
lagi mau cakap tentang macaron beliau? oh tak payah cakaplah kan.
baru cakap nama, orang dah beratur meng-order.
lambat lah kau teha. rugi tak kenal awal2.



dekat KLCC sebijik comel ini RM2/piece.
normal price orang jual pun RM2 sutir.
tapi Puan Nomie Aziz buat promosi di Milkadeal nih ... Aduh!
RM12 = 12 pieces !
offer 50% ni offer tinggal lagi 6 jam 22 minit 10 saat.
omg! balik kau pikir balik teha.
betul ke kau taknak teha?





Inilah rupa sedozen macaron!
assorted ya! purple, rose, biru, hijau, putih, oren.
boleh pilih mana yang berkenan di hati!

erm.. nak beli ke tak nak..

nak ke tak nak..
nak ke tak nak..
lambat la kau ni teha..!




Sunday, February 13, 2011

Hatyai Day 3 & 4 :: Charoen Pokphand Marine Feedmill, Le Garden Plaza Hotel, Bazar dan Bye Bye Hatyai

Awal pagi hari ke-3 ni kami check out dari Samila Beach Hotel setelah 2 malam di sana dan akan check-in di Le Garden Plaza Hotel di Hatyai untuk semalam lagi. Agenda hari ni adalah ke Charoen Pokphand (CP) Marine Feedmill di Hatyai. CP Group ni besar dan dah well established serata ceruk rantau. Amat sedih sebab kami tak dibenarkan ambil gambar. huhu. jadinya daya ceritakan lah serba sedikit nak tak? nak la.. nak la.. :P

CP ni mereka buat semua benda. maksud saya buat benih tanaman, menanam tanaman tak kira buah ke sayur ke, ada program biak baka, menternak ternakan besar-besaran, mengeluarkan produk berasaskan tanaman dan ternakan, serta menjualkan produk mereka serata dunia. nampak tak... nampak tak?

maksudnya lagi gini, katalah mereka keluarkan Nugget kan. mereka ada ternak ayam sendiri, ladang ayam besar besaran sendiri, beri makan kepada ayam dengan makanan ternakan yang dibuat oleh kilang mereka sendiri, proses ayam tu pun dengan kilang CP sendiri, pembuatan nugget dan packaging sendiri, segala QA/QC sendiri sebab ada laboratory sendiri, penjualan dan pemasaran pun dibuat sendiri.

memang bukan calang2 tempat boleh lakukan from farm to table semuanya sendiri macam ni. takda part yang mereka out-source kecuali untuk mendapatkan persijilan HALAL, kena Islamic Council mereka keluarkan certificate. contoh ni contoh terdekat yang boleh diambil, dan yes of course mereka dah established lama. bukan setahun dua.

oh kenapa lah tak dibenarkan ambil gambar :(

_________________________________________________________


Sesampainya di CP Feedmill, kami dapat dim-sum dan pau kaya sorang sebekas.
bagus kan promosi kan produk mereka sendiri. sedappp! yg penting halal.



Wakil CP yang bagi kami taklimat. dalam bilik lecture ni je kami boleh tangkap gambar.



Agenda di CP. Factory Tour pun tak boleh tengok dari dekat. frust.



Selesai separuh hari di CP, kami nak bergerak ke Le Garden Plaza Hotel Hatyai. Otw ke sana, singgah di Nora Plaza. Barangannya takdalah murah mana. tengok je lah apa yang ada. Souvenirs lebih baik beli di bazar.


Kraf mereka. Unik. Cantik. tapi tak minat pulak saya ada gajah banyak2. jadi tak beli pun.



Le Garden Plaza Hotel, lobby tingkat 10. sembilan tingkat bawah adalah shopping complex.
location sangat strategic. tgh pekan hatyai.



check in hotel pukul 3 petang. berhambat ke Bazar yg tutup pukul 6 petang.
haha. bagai tak cukup tanah berlari letak barang dalam bilik. solat. dan turun tunggu TUK TUK. 4:30 baru sampai bazar. adoi.



dalam TUK TUK. dah balik semula ke hotel. satu TUK TUK boleh muat sebarapa saja yang kita nak. seorang 20Baht:p



suasana trafic di pekan Hatyai dari dalam TUK TUK. penuh. padat. sesak.



disebabkan sekejap saja masa di Bazar, maka kami sambung beli belah di sekitar pekan hatyai.
tak menghampakan bila sangat baaaaanyak kedai di sepanjang jalan. kedai bukak sampai tengah malam. tu dia. puas hati. rasa rugi nak balik awal2. hihi.



di gerai sekitar hotel.
oh jumpa udang galah giant ni. 100Baht seekor. hehe. terliur.

tips Day 3:

- seeloknya pi bazar tu awal pagi. setakat 2 jam je pergi bazar baik tak payah pergi, buat sakit hati tak sempat nak membeli. haha.
- makanan di gerai tepi jalan kena tengok2 sikit. halal dan kebersihannya sekali.
- nak tawar tawar gila gila. especially di bazar. mereka boleh nego.
- le garden hotel ada dua. sila jangan salah bgtau driver TUK TUK itu.
- kalau tak cukup Baht, ada kedai yang terima RM.
- hotel sangat murah. RM100 dah dapat hotel yang ok.
Le Garden tu 4 star, semalam baru RM114.

__________________________________________________________

Day 4 : Bye Bye Elephant Country:p



turun2 hotel nampak org2 jual taktau apa benda nih. huhu.



ini lah rupanya TUK TUK. hikss!



sementara tunggu angkatan tentera selesai check-out satu persatu.



ini dah sampai di border. kami lunch dulu sblm mulakan perjalanan pulang. Pulut Ayam ni murah sangat. ada yang 4 ketul = RM10, ada yang 3 ketul = RM10, 3 ketul = RM5 ikut size ayam. Pulut pulak RM1.00. boleh bayar pakai RM.

Alhamdulillah ketiga2 bas selamat sampai di Ipoh.
dan masing-masing tak sabar tunggu keputusan Bas mana champion. hihi. tapi boss buat suspend. dalam next assembly baru nak kasi tau.

dan diumumkan pemenang bagi team building ke Haytai ialah

jeng jeng jeng

jeng jeng jeng

jeng jeng jeng

GROUP B!

hoyehhhhhh! group si buntal dapat RM500.

oh best!

__________________________________________________________

Kesimpulan :

satu benda overall puashati. oklah, semua dapat pergi dan balik dengan selamat.
takda sapa buat hal atau takda sapa balik sakit perut atau sakit lain.

cuma, frust sebab tak sempat nak ke Spa.
sebab itu hajat utama. huwaaaa T_T
mmg tak berkesempatan walaupun Spa sana murah.
baru puluhan ringgit duit kita. takdanya beratus2.
oh kena pergi lagi ni.


Hatyai - Songkhla Trip :: Day 2

Day 2

Agenda :

Pagi : Lawatan ke Prince of Songkhla University (PSU), Hatyai
Petang : Aquaria, Cable Car dan Statue Naga tepi pantai
Malam : Free. Kami just jalan sekitar hotel saja.

___________________________________________________________


Here we come. Sebenarnya warga PSU dah berkunjung ke VRI tahun 2009 lepas, atas sebab itulah kunjungan balas ini diaturkan. memperkukuh rangkaian kerja dan memperluas kolabrasi. skema:P


Bilik Mesyuarat Presiden PSU.



Dr Boss dengan Timbalan Presiden PSU (Hubungan Antarabangsa)


Statue depan Pejabat Presiden.


si buntal dengan tali2 yang penuh di leher. haha. baru perasan.



Lepas taklimat di Pejabat Presiden tadi, lawatan seterusnya adalah ke Fakulti Sains Farmaseutikal. dengar beberapa lecture.



suasana dalam lecture hall. oh rindu pulak nak macamni rasanya. hiksss.


Kunjungan ke Southern Centre of Thai Traditional Centre.


Pil kunyit.



Taklimat di "kilang" mereka.



Tungku. sangat fresh baunya.
50Baht satu. sampai licin stok mereka dikerjakan peserta.



dengan geng adik dan kakak. hehe.



lunch. di tempat taktau nama apa. yang pastinya yang terbersih. bab sedap mmg takda complaint lah.



@ statue naga. awan berarak mendung hitam.
kami snap sana sini mana yang sempat sebelum ke Aquaria.



masjid di Songkhla. besar dan bersih. tapi sunyi.



ini tak boleh lupa. aiskrim dalam isi kelapa dalan tempurung kelapa:p
30Baht = RM3 la duit kita lebih kurang. menjilat jari. home-made aiskrim, jeruk betik, kacang, buah kantor, nangka. adoi. serius sedap sgt!




otw balik hotel singgah lagi ke Kilang Madu. bagus2 kualiti madunya.
banyak khasiatnya. menyesal pulak tak beli. huhu.

______________________________________________________

Tips yang dipelajari on Day 2 :

- orang thailand sangat pandai meraikan tetamu. mereka mmg layan habis2an tetamu mereka. tak biarkan kita mencangak2. very warm.
maknanya, kita pun kena layan mereka equally lepas ni.

- mereka sangat punctual. kalau kata mesti tiba di fakulti pukul 8:30. maknanya 8:15 mesti dah terpacak.

- kebersihan PSU (tiba-tiba pasal kebersihan) biasa2 aje. bersih lagi VRI tercinta. janganlah tercengang2 tgk kawasan uni mereka. Uni kita di Malaysia landskap semua cantek2 kalah putrajaya kan.

- oh di malam hari kami geng perempuan keluar jalan2 sekitar hotel. terserempak dengan geng lelaki yang terbantut nak keluar. rupanya terbantut sbb susah nak communicate dengan org bawa "TUK TUK" yang tak reti bahasa english. mereka hanya tau 3 tempat "ladies" "wine" dan "thai girl show" saja. haha.

- kami mmg ada masalah bahasa yang agak teruk sepanjang di sana (kecuali di PSU, sbb semua academician kan). mereka tak tau berbahasa inggeris. kalau nak ke sana elok jugak bawak orang yang pandai cakap siam.

Sekian entry day 2. nantikan yang seterusnya. hehe;)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...