Social Icons

Friday, November 27, 2009

Salam Aidiladha:-)

Salam Aidiladha untuk semua muslimin & muslimat.

Aidiladha tahun ni saya balik ke hometown saya. En Rizal tersayang saya pulak terpaksa beraya sorang-sorang di Imperial Hotel Miri sbb chopper ke rig kena tunda semalam. Bad weather gamaknya kat sana. Hari ni merupakan percubaan ke-2 En Rizal utk ke rig, semoga berjaya suamiku:p

raya kali ni, kureeng feeling skit. mebi sbb en rizal tersayang tiada bersama, atau mmg dah takda suasana aidiladha sangat kat kawasan sini. rutin sembahyang sunat aidiladha, lepas tu bertukar juadah dengan jiran-jiran. Subuh tadi kami bertiga (teha, yaya, nani) baru sampai di hometown kami, sbb menunggu ketibaan cik yaya dr JB. Amik cik yaya di medan gopeng terus lari balik t.intan. dah nak dekat azan subuh baru sampai umah. akibatnya kami masih lagi mamai2 ngantuk di pagi raye.huhuhuhuu..

sedikit upate pasal nak let-go Gen2 saya, maaf saya masih belum upload gambar yang proper lagi. InsyaAllah sedikit masa lagi, agak kelamkabut kebelakangan ni. Maaf yer, tapi janji tetap akan ditepati.

mari pekena ketupat palas & rendang. pesanan saya, jgn overdose makan sup tulang, sup daging, rendang daging, rendang kambing bagai. maklumlah daging freshh kan. hehehe (pesanan utk diri sendiri jugak ni:p)

hari isnin ni, insyaAllah kami berdua akan melaksanakan ibadah yang dituntut itu. doakan semoga ibadah ini diterima dan mendapat keberkatan hendaknya. Amin.

Wednesday, November 18, 2009

Gen-2 to Let Go. Ahaks. ---> SOLD!!


Kereta pun nak di 'let go'. Ahaks.

But serious, memang saya nak cari buyer untuk kereta saya yang satu ini iaitu :



Model : Proton Gen-6 1.6 M/T Enhance Ver. A

Keupayaan Enjin : 1597cc

Warna : Energy Orange

Manufacturing Year : 2005

Location : Ipoh

Condition : In good condition, meter 88,000km, telah melepasi MAJOR SERVICE pada 80,000km, PUV seat

Owner : Malay lady. Ahaks.

Bank Loan : Can up to RM34,000.00 (Kelayakan Pinjaman Ikut Value Semasa)

Let Go Price : RM31,000.00 (Negotiable, no worries)

Reason to let go : Saya dah terlalu tua untuk bawa kereta manual, nak beralih ke kereta auto. Gatai kan. Zaman rempit ku sudah berlalu, skrg nak santai saja bawak kereta macam makcik2. Hehhe.

Picture(s) : InsyaAllah sedikit masa lagi akan saya upload. Buat masa ini terimalah gambar dalaman kereta ini (berserta model nya, hahahaa:p). Gambar ini bukan diambil untuk tujuan iklan kereta ku ini, sebaliknya adalah koleksi peribadi yang available dalam hp ku di saat ini. Sila abaikan model ini. Mesti En Rizal kutuk saya sbb letak gambar ni, tapi takpa, sikit masa lagi saya upload gambar interior & exterior sekali, janji, ok.

Contact Person : En. Rizal/Pn. Fatiha


Friday, November 6, 2009

kelat.pahit.ketat.

saya stress.
saya tak suka stress.
sebab bila stress
saya tak boleh kontrol diri saya
kemarahan saya, kesedihan saya
ini kelemahan saya

kawan2 cakap saya tak boleh nak tipu ketika sedang stress
sbb akan jelas tergambar melalui expresi muka saya

bila org kata "rilex teha, jgn stress"
saya akan kata "mana ade stress, ok je"
org akan cakap lagi "sudah la hang, takyah sorok"
saya kata lagi "mana ade la, ok je la"
orang akan cakap "tgk muka pun tahu, ketat je"

teringin nak tgk muka sendiri ketika stress.
mesti KETAT dan amat annoying kan.

sapa ade chewing gum, mebi leh membantu saya melonggarkan semula otot2 pipi ni.

hahahaaa. sawan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...