Social Icons

Friday, September 17, 2010

suri rumah sepenuh masa selama seminggu

hehe.
rasa nak berhenti kerja pun ada.
best pulak jadi suri rumah sepenuh masa.
bangun pagi buat breakfast, basuh baju, sidai baju, siram garden sekangkang kera, pergi tesco sama-sama, menjelang tengahari masak apa yang patut, lunch sama-sama, minum petang sama-sama, jalan petang2 sama-sama, dinner sama2, and of kos tidur pun same2 la kan. ekekekke.
sila jangan muntah ok.

kata kawan saya, Ida memang best jadi housewife tapi bila dah ada anak lah kan. takde lah bosan sangat bila ada saja yang nak dibuat di rumah. jadi kesimpulannya kalau dah ada anak nanti bolehlah saya berhenti kerja? bolehkah sang suami? orang lain cita-cita nak berjaya dalam karier, nak sambung sampai PhD, ai bercita-cita nak berhenti kerja? apakah teha?

ok. ok.
jom fikir positif tentang kerjaya.

  • penat saya belajar, ikat perut makan megi dan buah, top-up handphone bajet2, jalan kaki hari-hari ke fakulti, buat thesis kena marah, masa viva terketar2, akhirnya dapat segulung ijazah, takat ni saja semangat anda nak berkhidmat teha?
  • penat mak ayah saya berhabis duit mereka nak pastikan anak mereka ni jadi orang berjaya. mak ayah saya pun bukan orang kaya raya yang banyak harta yang nak dilambakkan kepada anak-anaknya, sebab itu hanya ilmu yang mampu dibekalkan untuk jaminan masa depan anak-anak mereka.
  • teha, bukan mudah nak berada di tempat yang anda berada sekarang di saat graduan lain sibuk minta kerja, teha anda kena bersyukur.
  • teha anda anak sulung. walau anda perempuan tanggungjawab kepada adik-adik tak berkurang walau sedikit. sila pastikan adik-adik anda berilmu dan berjaya dalam hidup, sekurang-kurangnya jadilah contoh kepada adik-adik sendiri kalau bukan untuk orang lain. sekiranya tiada lagi ibu ayah kelak, andalah tempat mereka semua bergantung.
  • oh lupa, teha hutang anda keliling pinggang. rumah hutang, kereta hutang. tak kesiankah pada sang suami yang kena tanggung sorang? itu belum masuk bila ada Year End Sales (YES) lagi. anda pasti nak ada duit sendiri kan untuk benda-benda merapu itu. takkan anda tahan tengok sales sana sini. takkan nak harap sang suami jugak.

oleh itu, sila jangan malas2 bekerja.

p/s: ini gara-gara menyedari cuti hanya berbaki 2 hari, monday nanti kena naik kerja. oh tidakkk, malasnyerrrr!


2 comments:

^m.r.s. f.a.r.i.z.a.l^ said...

malasnyer nak kerja monday nanti, ponteng boleh?:p

Pena Biru said...

salam..memang macam2 yang kita fikirkan bila ada ijazah tak ada kerja. Lagi2 wanita..

kalau boleh nak kerja kat rumah juga, sambil dapat wat kebajikan dgn anak2 dan suami.

saya pernah melallui fasa ini dalam hidup. Saya puas dgn kehidupan surirumah graduan dan bekerja di rumah. Tak ada lagi istilah monday to friday, 7.45-1.45 (hehehe..cikgu sekolah kontrak).

Saya simpulkan semua pengalaman hidup dalam panduan ini. Saya harap sesiapa yang ada keinginan tapi tak tahu macamana, boleh layari
www.buitduite-xra.blogspot.com
Insyallah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...