Social Icons

Monday, February 7, 2011

Perlis Indera Kayangan : Day 2

hihi. gila glamor letak gambar model air terjun gua kelam sebagai pembuka bicara :LOL

Day 2

Hari kedua ni belah paginya kami ke Wang Kelian dan Wang Prachan, Thailand yang terletak tak jauh dari Gua Kelam, lebih kurang 20 minit dari Villa Orkid. Motif tak lain tak bukan adalah untuk skodeng barang2 thailand. haha. sesungguhnya barang2 kat sini murah, lebih murah dari Padang Besar (kot). Pada hujung minggu warga 1Malaysia dibenarkan untuk ke Wang Prachan, Thailand tanpa mengisi apa2 borderpass atau apa2 prosedur.

Apa yang best di Wang Kelian? huh, masa kami pergi semua gerai tutup. alhamdulillah perjalanan tidak isa-sia bila Wang Prachan di seberang sana tidak mendukacitakan dengan pelbagai barangan thailand. Toto Narita, comforter RM14 sehelai, periuk belanga, barangan plastik, barang2 kraf thailand, makanan thailand - kacang2 dan asam2, handbag immitation, levis immitation, oh.... SOMTAM yang sedapppp!!!! teringat pulak. kecur air liur.

nak kembali ke pangkal jalan. suasana border Wang Kelian - Wang Prachan. yang beratur tu adalah warga jiran yang nak ke negara 1malaysia.

suasana di Wang Prachan. gerai sepanjang jalan. maaflah, tak banyak gambar kat sini, hari panas terik. tiba tiba.

setelah basah ketiak di Wang Prachan, kami pun bergerak balik ke Villa Orkid untuk mandi manda dan bersiap nak ke walimah kenalan keluarga en.rizal yang saya maksudkan. Err.. tapi kan, takda satu pun gambar yang teringat untuk disnap. rasa saya mungkin disebabkan tak sabar2 nak mandi di Air Terjun Gua Kelam kot. ahaks.


okeh, aktiviti di gua kelam sudah tentulah berendam bagi saya. anak buah berenang2 bersama dengan Acu depa. Maksu jelas cepat kaget dengan air. haha. gila best air terjun sini. nama pun dekat dengan gua. jadi sejuk gigilnya satu badan. dah lama sangat tak picnic kat waterfall macam nih.




mandi dan manda, sungguh mendamaikan jiwa.

sekian, jumpa lagi di entry ke 3 - padang besar, insyaAllah ;)



2 comments:

ciketon fazya said...

tiha, gi sempadan dah masuk kawasan thai ke?

kena pasport macam p singapore kah?

^m.r.s. f.a.r.i.z.a.l^ said...

wang prachan tu dah masuk thai. weekday kena pakai borderpass, weekend boleh masuk terus je.

sempadan2 lain yg boleh masuk thai mcm padang besar & bukit kayu hitam kena pakai borderpass. borderpass tu range 25km dari sempadan, boleh jalan sampai Hatyai. valid 6 months:) hehe.

>25km baru masuk thailand pkai passport;) hehe.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...