Social Icons

Monday, July 26, 2010

kehilangan & angan-angan

Bismillah,
Pertamanya takziah kepada keluarga Arwah Pak Long en.rizal sebab baru kehilangan Mak Long yang tersayang subuh tadi, kira-kira pukul 4.30 pagi. Al-Fatihah. Semoga Allah sentiasa merahmati beliau dan dipermudahkan seksaan kubur.

Apapun, kehidupan mesti diteruskan. Satu hari nanti, tak tahu bila ketikanya kita juga akan turut ke sana, ke alam kekal.

Sebut pasal kehidupan ni, sebenarnya saya ada angan-angan menjelang 2020 tau.RMK-10 pun baru sampai 2016, anda dah sampai 2020 yer teha:p) Angan-angan saya, subhanallah, punya lah banyak.


Nak itu, nak ini.
- Nak berhenti kerja. Korek hidung kat rumah, jadi maid di rumah sendiri supaya boleh jaga serba serbi sendiri



- Nak migrate ke Perth, supaya leh berjiran dengan Kak Aida & Joey. So bila en.rizal ke offshore bolehlah saya dan Kak Aida gentel karipap, pastu hantar kat kedai Indon kat Big-W. karipap kat sana mahal. Ataupun, saya boleh kerja part-time di souvenirs shop di fremantle atau book store di perth city, gaji sama dengan gaji RO Q44 kat Malaysia. Jadi takyah susah2 fikir nak buat research!:p



- Nak bukak francais Satey Hj Samuri kat Ipoh. En.rizal pasti akan mendengar usul ini setiap kali kami makan di restoren ni, disudahi dengan senyum senget dari beliau.



- Nak bukak francais Nasi Lemak Ayam Kampung kat Teluk Intan, hometown ku yang tercinta. Bapak kata “usah le, buat bankrap je, kamu baik hati sgt, senang kena tipu” hahahahaa. Ok, fine:p



- Nak bukak butik pengantin, supaya leh join-venture dengan kakak en.rizal yang pandai mengubah mendandan serba serbi. Saya? Apa yang pandai? Tolong jahanamkan make-up pengantin leh la, ahaks.



- Nak bukak factory outlet (barang semua original, ori made in bandung, hahahaa:p). usul ni tercetus masa balik dari bandung tahun lepas. Ahaks.



- Nak bukak hotel yang takdak arak2. Tapi mesti tak ramai pelanggan luar, ala, macamlah orang islam tak mampu nak duduk hotel kan?



- Nak bukak saloon muslimah, supaya bakat terpendam saya tidak terkubur begitu sahaja. Jangan tak tahu, masa dok boarding skool dulu, saya antara “barber” kat sekolah tau. Itulah satu-satunya, bakat terpendam! Hahaha!



- Nak bukak nursery baby, supaya leh hire ciknani jadi guru besar, hhihihihi:p



- Nak bukak tourist agent, supaya kami boleh berjalan sekali dengan rombongan. Ekekeke. En.rizal selalu mengapi-apikan saya. Kata en.rizal sebab saya rajin buat “research” psl tmpt pelancongan, siap buat proposal lagi, lengkap serba serbi:p



- Last-last en.rizal mesti akan kata “mana satu syg nak buat ni, semuanya nak, hahahaha”



- Lalu akibat tamak, takde satu pun yang bergerak skrg. Tapi 2020 nanti siapa tahu kan, kalaulah tuhan beri kesempatan untuk saya mencuba, I will tau!



Yelah, ingat kat opis je ke ade SKT-KPI bagai. Matlamat dan sasaran hidup ni kena ade jugak kan. Sbnrya tgh cari mood revise SKT-KPI unit pertengahan tahun ni. Ermm malasnya!

Wednesday, July 21, 2010

mana ada jual habbatus-sauda?


migraine.
menjelang subuh dia mai.
selagi tak pekena barang ponstan 2 bijik maka tak lega.
bila dah pekena tidoq berjam-jam.
bila bangun kepala bengang.
bila kepala bengang, hati pun cepat hot, dah la kat luar sememangnya hot.
bila hati sudah hot, maka teha bertukar jadi serigala jadian.
bila jadi serigala jadian, semua orang lari.
hahahaaa.. takda la, itu imaginasi saja.
tak seburuk itu.

lepas pekena ponstan, memang kepala agak bengang sbb dah terlebih tidur,
tapi lepas mandi dan kalau rajin sental2 badan ni dgn scrub ke biasanya akan lega!
tapi saya heran sangat, akhir2 ni waktu subuh yang saya selalu kena migraine..
doktor kata, sepatutnya takde unsur stress masa body & soul tgh rest di tengah malam / subuh2 syafie macam tu, doktor kata "teruk migraine awak ni"

kesimpulannya, kena cari penawar la teha! kata org habbatus-sauda pun elok.
nanti lah, balik kerja esok pi cari kat kedai.

Monday, July 19, 2010

proposal & tips perasan bagus


hehehheeee. pagi ni saya blur. typical kan, asyik blues di pagi monday.
malam tadi, saya teringat pasal hajat kami nak buat open-house raya tahun ni, alhamdulillah, rumah baru kami dah duduk, disebabkan kekangan masa, jadi tak dapat nak buat house-warming dalam masa yang singkat ni, jadi kami cadang nak buat kenduri doa selamat & house warming sekali harung (doa-doalah supaya tiada aral melintang & diberikan kesihatan dan kelapangan waktu). Oleh itu, terus saya buat proposal pada en. rizal tersayang, hakhakhakk...







setelah dilantik menjadi setiausaha kehormat, saya mesti menjalankan tugas dengan sewajarnya kan? sebab bendahari kehormat tak lain tak bukan en.rizal sendiri, hahahaaa...! tapi isi kandungan proposal ni adalah secret, nanti tak surprise pulak kan:p poyo je kan.

oklah kawan2, tanggungjawab sebagai setiusaha agung ni amatlah berat, apa pun plan kami (tak kisah lah plan bercuti, plan nak beli barangan hiasan rumah, plan beli pinggan mangkuk, plan nak buat customade barang2 rumah) biasanya cik setiausaha ni lah yang buat kertas cadangan a.k.a proposal (beserta dengan justifikasi OK? ingat main2 ke:p). tapi bendahari kehormat biasanya memang baik hati sangat dan proposal saya selalunya akan mendapat aprroval (ayat mesti power mcm nak bodek gabenor negara;p)

oleh itu, kepada sesiapa yang berhajat untuk copy-cat proposal2 saya bolehlah email saya (perasan bagus lagi:p). terutama sesiapa yang nak tips percutian di Bali, dan tips shopping di Bandung, Indonesia, tempat2 percutian tempatan (langkawi ke, melaka ke, terengganu ke). Saya tak main2, memang saya buat nota lengkap dari segi costing, kat mana nak duduk, kat mana makan, kedai makanan halal dan alamatnya, kedai mana murah, nak sewa supir dengan siapa, tips tawar menawar dan sebagainya. ada antara forumer di salah satu forum (dirahsiakan) gunakan nota saya untuk ke Bandung & amat berterima kasih dengan saya selepas tu (wah, angkat diri sendiri ni nampaknya:p)

ok, dah nak dekat tengahari ni. nak buat kerja pulak. harap blur dah berkurangan.

take home note : jangan blogging semasa di tempat kerja. hahahaha!

Thursday, July 15, 2010

cepatnya masa berlalu

memang tak disangkal masa terasa amat pantas akhir-akhir ini.
usia tak mungkin semakin muda, apa yang telah berlalu tak mungkin akan berulang.

sedar tak sedar adik bongsu saya dah tamat sekolah dan masuk ke alam uni pulak. saya percaya dia telah memilih bidang yang sebaiknya tanpa sesiapa memaksa! (walaupun bapakku tersayang seakan kecewa apabila en.noramin tidak memilih maktab perguruan sebagai tempat pengajian, namun saya pasti bapakku tidak berkecil hati dengan keputusan itu:p)




selamat belajar yer si adik bongsu!




kemas jgn tak kemas.. kerusi mana yang elok, jom kita pilih awal2 sementara roomate tak masuk lagi, hehehee:p


sebelum lupa, untuk cik nani yang tak berapa nak bongsu ni pun diucapkan selamat belajar, belajar sungguh2, sat lagi dapat kerja bayar hutang belajar cepat2..hehehhehee:p

Tuesday, July 13, 2010

oh tidak!

saya dengan semangatnya membeli beberapa pasang kain utk persiapan menyambut aidilfitri untuk diri sendiri, suami tersayang, ayah bonda tersayang, juga adik2 yang 3 orang tu. serius, tahun ni merupakan tahun yang paling lambat saya bertindak, kalau tak, biasanya sewaktu Year End Sale (YES) setiap hujung tahun saya dah mula memborong dan hantar pada tailor, seawal bulan Februari / Mac biasanya baju raya kami sekeluarga dah siap! (semangat kan:p) contrast nya pulak, bila baju raya dah awal2 siap, hati ni mulalah tak tenteram tgk baju bergantung, hasilnya untuk beberapa kali raya, baju raya tu saya dah pakai sebelum raya, cukuplah untuk sekali (tak senonoh kan:p)


kes oh tidak! :
sewaktu saya ke rumah tailor tu (Aunty JC), baru je setapak saya melangkah dan sepatah saya cakap "helo aunty", tanpa membalas sapaan saya, terus Aunty JC kata "apa pasai you suda gemuk?" sambil tersengih2 dan tengok saya atas bawah.
saya dah agak dah soalan wajib tu akan ditanya, saya hanya gelak dan gelak lagi. tak tau apa nak jawab.
reda gelak Aunty JC terus sambung lagi "ini macam kena ukur lain woo"
sekali lagi saya gelak, dia pun gelak sama. sambil saya gelak, dia ambil tali tape & buku, lalu mengukur si buntal yang seorang ni. saya pun merelakan je lah, hehehee.


selesai mengukur...
" you aaa, ini macam cukup, tamau kasi gemuk lebih lagi haaaa"
lalu saya pun gelak lagi.
sebelum melangkah pergi dari rumah dia sempat saya tanya sekali lagi untuk kepastian..
"aunty, betui ka saya banyak gemuk"
"gemuk laa, measurement semua suda lari oo" katanya sambil gelak.
begitu jujur kata-kata tailor yang sudah menjahit baju2 saya sejak kecil itu.


kesimpulannya, teha, anda tak boleh lebih gemuk dari sekarang, tailor pun sudah complaint, bawak2 la exercise turunkan body weight!

oh tidakk!!

Saturday, July 10, 2010

jeles

melihat iklan KFC hot & spicy malam tadi, jiwa saya terus bergelora, ahaks. dah lama jugak tak keluar flavor peberet tu, asyik blackpepper yang tak berapa nak menjadi, huhu. lalu hari ni terus ke KFC terdekat. tapi kenapa kali ini dah tak se-hot & tak se-spicy yang dulu? tak best.. tak best..!


nafsu makan saya kembali susah nak dikontrol, terutama bila saya escape lunch, membuatkan petang hari saya jadi amat lapar dan tgklah apa dah jadi sekarang, makan KFC pulak untuk dinner. hohohoo..! 

otway ke kfc tadi, masa berhenti di trafic light, saya tengah dengar cd lagu-lagu jiwang yang saya burn sendiri ikut-suka-hati-nak-letak-lagu-apa lama dulu. tgh2 melayan lagu wonderful tonight, saya terpandang kereta sebelah. nampaknya di gegurl tu tgh tersenyum simpul tertunduk2, dan si boboy kat sebelah tgh tersengih2 kejap2 menjeling si gegurl kat sebelah. entah apa yang di'ayat oleh si boboy pun entah. tapi cukup membuatkan saya jeles. huhuhuhuhu.. kenapa lah sang suami tiada di sisi sekarang, kalau tak, bukan setakat tersenyum simpul lebih dari tu pun saya boleh buat pada yang tersayang, ohh jelesnya:p taktau lah tgh hangat bercinta, dah berkahwin atau kawan sekerja merpati sepasang tu, tapi ohh, jelesnya saya! gatai kan.

dek kerana hati yang dah diserang jeles sebentar tadi, sebaik sampai di KFC pun saya masih berperang dengan hati sendiri. melihat merpati dua sejoli yang tengah beratur sama2 depan saya, si boboy bertanya sambil memeluk pinggang si gegurl "sayang nak makan apa" si gegurl kata "i nak nugget dah lah". yang tengah berdua-duaan makan sama2, nasib baik saya take away saja, kalau tak mau ada yang menitis air mata. 

uwaaa. sampai gitu sekali kah teha?:p 

oklah, taklah seteruk itu keadaan saya, tapi saya jelesss lah jugak tgk org lain berdua-duaan. oh, sang suami, bila nak balik, boleh bergurau senda dalam kereta dan makan kfc sama2:p 



gambar ni macam kurang significant dgn entry, hehe. ekceli masa ni hantar en.rizal di KLIA last week, tapi kali ni bapak & ummi tersayang turut serta sebab lepas tu nak hantar adik bongsu saya, noramin ke UTM Jln Semarak, tak lupa kredit kepada cik nani yg tukang hamik gambar:)) 

gambar ini bukan lakonan ok, anda tak tau betapa saya berperang menahan empangan yg tunggu masa je nak melimpah, tapi daku cover sebab ada bapak & ummi dan tak lupa cik nani & amin yang pasti akan mengutuk kaw2, ehehehee...:p

Friday, July 9, 2010

Winter in Perth, WA : Series II


Winter in Perth, WA :: 1st Series [klik sini] 

mari kita sambung cerita!


Day 4 

Kami ke Caversham Wildlife Park. Perjalanan ambil masa lebih kurang 40 minit ke sana. park ni adalah private park, the whole operation tiada siapa2 yang biaya, pekerja pun semuanya volunteer. syabas! macam2 ada kat wildlife park ni, dari species avian hinggalah ke mammalia, hingga lah babi:) 









dari burung, ayam itik yang berbilang bangsa dan kaum, hinggalah serigala yang jinak, ahaks. ada jugak show mereka shave bulu bebiri, perah susu pada dairy cow yang buntal2, si wombat yang jinak tapi tak suka orang pegang2, koala yang gebu tapi malas-asyik-nak-tidur. 















yang paling menyeronokkan adalah feeding the kangaroos!

jakun jugak saya, maklumlah mana lah pernah tengok live:p hahahaaa..


memula tgk, soalan bodoh terkeluar dari mulut saya "abg, kenapa kangaroo tu jalan mcmtu, sakit kot ek" hahahaaa... sila maafkan saya, common sense saya tak begitu baik di kala jakun macam tu. "mmg la die jalan macam tu, kan kaki depan pendek, kaki belakang panjang". dushhh! teha, sila buka buku teks alam dan manusia darjah 4 dulu ok? yang sebenarnya excited terlebih. hahaa.










memang puas hati, sebab kangaroo2 tu sikit pun tak jual mahal bila kami sua makanan. yang sebenarnya mereka agak kebulur rasanya. siap ada yang panjat ke lengan saya, dan akibat panik dan sedikit mengada, saya pun tarik lengan saya dengan cepat, dapatlah 'hadiah' dari kangaroo tu iaitu calar balar:p padahal kangaroo tu cool saja, cuma nak meninggikan dirinya dan mengampu pada lengan saya untuk mencapai makanan! sampai ke mangrib kami di wildlife park tu. berbaloi2 rasanya. rugi siapa tak singgah ke sini.



ontheway balik rumah malam tu, kami singgah di Charcoal Chicken di ape nama road ntah, dah lupa. kedai lebanon yang jual beriyani & ayam panggang. hadoiyaii, leh gemuk duduk perth rasanya, sedap2 makanan orang timur ni, huhu. balik rumah, sembang dan borak, serta apa lagi kalau tak tgk bola:)) 





Day 5 :: picnic ;) 


awal pagi kami buat breakfast di rumah, lepas breakfast terus prepare untuk lunch, konon nak picnic di cottesloe beach. menu picnic adalah nasi putih, kari kepala ikan, sayur campur dan papadom, serta buah anggur dan orange. siap saja masak, kami pulak menyiapkan diri, dan terus ke pantai. dalam kereta tak ketara kesejukan kat luar sana sebab pasang heater instead of air-cond:p tapi bila turun ke tepi pantai, subhanallah, mmg serius agak gigil jugak lah saya, angin pantai kan! cuaca dah lah sememangnya sejuk walaupun matahari terik memancar.




picnic pun tak macam picnic sebab makan selaju yang mungkin... kebas hujung2 jari ni, walaupun nak menyuap makanan! ehehehhee:p selesai makan je, terus berkemas, dan kami turun ke persisir pantai utk ambil2 gambar. cantik pantainya, tak tercemar macam pantai kita. mat saleh semua mandi macam biasa, agaknya dah kebal kulit mereka! walau pantai tak semeriah waktu summer, bak kata kak aida. 


balik dari pantai, kami sekali lagi ke E-Shed market untuk borong souvenirs. masih lagi ke kedai Aunty Indon yang amat ramah dengan kami. tambah pulak dia dah kenal Kak Aida sekeluarga, jadi bolehlah kami mengada2 mintak discount itu ini. sampaikan saya tawar satu barang tu, kata aunty tu, "kalau $50 bisa meninggal saya" hhahahahaa...! barang kat kedai aunty ni, murah dan tak kurang kualitinya. 


pandai dia berniaga, $10 = 3 barang. Buy 5 get 1 free. buy 1 get 1 free, dan sebagainya. AUD 1 = RM 2.86 (rate masa tu). AUD 10 = RM28.60. kalau di'convert mmg tak beli apa langsung lah, dah confirm walaupun 3 barang $10, tetap mahal! so takdelah murah mana pun kesimpulannya. tapi disebabkan nak merasa dan alang2 ke sana, takkan tak bawak balik buah tangan kan:)) 

t-shirt souvenirs di sana bagus kualiti kainnya. walau harganya AUD 10 / helai, tetap kami rembat. t-shirt souvenirs yang tertulis LANGKAWI, MELAKA, TIOMAN, baru RM 10 - RM15 kalau di malaysia. tapi t-shirt souvenirs sana mencecah RM28.60 duit kita. tapi serius berbaloi sebab kualiti memang bagus, 100% cotton.

yang mana ahli keluarga, merasalah t-shirt sehelai seorang (excuses kepada tuan punya diri yang lebih dari satu:p) , buat rakan-rakan, tak mampu nak beli t-shirt sorang satu, hanya barang kenang-kenangan yang lain mampu kami bawa sebagai buah tangan:)) 

setelah penat shopping souvenirs, en. rizal pun dah jeling-jeling menandakan sudah2 la shopping tu. saya pun akur kali ni, sebab duit AUD dah tak banyak mana, risau jugak esok kena tax kat airport and excess luggage, jadi kena standby & beringat jugak. balik tu, kami tapau di D'Tandoor sekali lagi. tuhan je tau betapa lazatnya kambing masala kat situ. tersandar kami, sebelum packing barang nak balik. kaum2 bapa macam biasa, tengok bola je la agendanya, lain takde:p


Day 6 


bangun tidur dengan hati yang berat, berat hati meninggalkan bumi perth, cewaaahh:p berat hati jugak meninggalkan si kecik syamil yang hyperactive tu, hehe. raya nanti syamil balik kampung, datang beraya rumah aunty ok? ntah2 syamil pun dah tak kenal aunty kot:p joey hantar kami ke perth int airport, dan kami pun check-in. immigration & custom sana amat2 straight, especially masa nak masuk negara depa. siap ada anjing pengesan bagai lalu berapa kali tawaf dekat semua yang check-in. semua kena declare, semua kena selongkar, yang mana prohibited semua kena campak buang. tapi kami alhamdulillah, takde la paper yang dilarang dan terlarang:p 


lalu berangkatlah kami pulang ke tanah air. dalam flight pekena pak nasser's nasi lemak, dgn oldtown white coffee, dah seminggu tak dapat minum, hehe. apapun, kesimpulannya, malaysia jugak best. ade rezeki leh gi rumah depa lagi:)) 


we had a good time in perth! 
mrs. farizal 

Wednesday, July 7, 2010

tepu

saya sangat tepu.
2 hari ni peenuhh dengan meeting.
serius, memang penuh. bukan 8am to 5pm lagi, tapi 8 t0 6pm ok.
break hanya semasa tea-break & lunch saja.
hohohooo...!

langsung tak jenguk kabar orang-orang di lab.
apa kabar mu di sana?
esok harap2 tak diganggu dengan meeting, saya nak buat kerja saya..huhu!

Monday, July 5, 2010

Winter in Perth, WA : 1st series



Alhamdulillah, semuanya telah berjalan dengan lancar. Percutian yang menyeronokkan, puas hati dan berbaloi. kredit yang tak terhingga kepada besfren en.rizal iaitu Joey & wife (Kak Aida) yang sudi menerima kunjungan kami ni, siap melayan kerenah kami yang bagai ni. bawak pi makan dan jalan2, tunjukkan kami tempat2 kat sana, bagi tumpang rumah, bagi pinjam kereta, bagi segala2nya lah:p InsyaAllah mana tau ade rezeki, leh ke sana lagi. hehehee:p 



Kali ni kami pergi western australia, to be specific, perth. walau tak sepopular melbourne, sydney & gold coast, tetap kami puas hati, sangat puas hati:))  



Western Australia ni adalah province yang terbesar di Australia, almost 50%.

Perth pulak terkenal dengan pantai dan pelabuhan, maka bila dekat dengan pantai haruslah seafood mabeles kan? ahaks. aktiviti sailing jadi kemestian bagi pelancong, ada gurun jugak kat perth ni, cuma kami tak ke sana. kami mmg fokus di perth city dan daerah terdekatnya saje. tiket flight dah booked seawal November 2009 lagi, berbaloi sebab harga memang murah. rumah mereka ni di mill point road, dekat dengan Swan River.




Day 1 


Hari pertama di Perth, kami habiskan masa kat rumah, belah petang baru keluar dengan Kak Aida & baby Syamil ke Woolworth, Victoria. Kiranya tempat ni macam tesco/giant la. Beli barang2 dapur, buah2.. hadoiyai, punya la segar bugar semua sayur & buah2, rase nak bawak balik je. huhuhuuu.. 



Balik dari Woolworth kami singgah di Kong, kedai ni banyak jual barang keperluan orang Asia, macam asam jawa, rempah, pes masakan, termasuklah Australian Nougat yang murah. 1kg baru AUD 25.00. huhuhu. Jadi tunggu apa lagi, rembatlah seadanya:p  




Disebabkan kedai mahupun shopping complex yang semuanya tutup seawal 5.30 petang ( ni kira dah gelap & maghrib dah ni, walau waktu sama dengan Msia). Jadi waktu malam ape lagi, waktu untuk sahabat baik 2 orang ni layan WORLD CUP:p kami pun layan je la. dinner & habiskan mase borak2, tgk world cup dan tak lupa melayan si kecik syamil yang hyperactive:)) oh how i miss syamil.huhuh.


Malamnyer dinner di D’tandoor. Memang best la layan beriyani kambing. Hahahaa. Sengkak perut tak ingat, sampaikan 2 sahabat yang konon nak tgk world cup pun tersadai depan tv:p


Day 2




Lepas breakfast kami bersiap2 untuk ke Perth City. Hanya perlu jalan kaki saje ke Jetty utk menyeberangi Swan River, then jalan lagi ke town untuk jumpa Joey & makan tengahari bersama waktu lunch break dia. Makan tengahari kali ni di restaurant Love & Care milik keluarga Abuya (Ashaari Arqam), err.. yg ni saya agak2 je lah, memandangkan gambar Abuya yang sebesar gambar Najib Tun Razak di restaurant tu, dan ada susur galur keturunan Abuya juga di dalamnya. Komen saya, masih tak sama rasa dengan tekak orang perak macam saya, tawar. Huhuhuu.. 







Lepas lunch, kami round2 sekitar Murray Street (ala2 bukit bintang) dan London Court sementara waktu lunchbreak Joey yang masih berbaki. 







Then Joey tinggalkan kami di Tour Point untuk meneruskan perjalanan pusing2 Perth dengan double decker bus (nama tour ni – Perth City Sightseeing Tour). Fees nyer AUD 27.50 / adult, AUD 17.00 childen. Best jugak, dapat la pusing Perth. Lupa nak cakap, ticket ni valid untuk 2 hari. Jadi sapa yang tak puas naik sekali, boleh naik berkali2, asalkan dalam masa 2 hari tu. 






Masa tour ni lah kami singgah di King’s Park selama lebih kurang 2 jam, sebelum ke destinasi seterusnya. Ambil gambar mana yang patut Last destination adalah di Barrack Jetty, tempat kami naik ferry awal pagi nyer. Kat situ jugak ada The Bell Tower, boleh view Perth. Ticket masuk saya tak perasan sebab masa kami sampai tu tower tu dah tutup. Huhu. Hanya sempat bergambar je. 









Malamnyer, Joey gatal mulut pulak bukak cerita pasal pinggan mangkuk yang murah, dengan itu en.rizal tersayang tak boleh kata apa, lalu mengiyakan saja. Ekekekkeee. Mula2 kami berdua memang ada intention nak ushar2 pinggan mangkuk kat sana, tapi tgk masa macam kurang sesuai je. Bila dah di’offer’ memang laju lah jawabnyer kan Untuk itu kami ke Big W lebih kurang 20minit dari rumah.

MoU dengan en.rizal, kalau berjaya dapat both corelle & corningware kat sini, sumpah saya tak ajak dah beli pinggan mangkuk, sebab yang lain alhamdulillah dah cukup dah hasil dari berjinak2 beli sikit2 dari bujang dulu. Memang nampaknya tak sia-sia usaha kami sebab kat sana corelle 16 pcs baru AUD 87.00. Lepas tu ushar Corningware, advertisement kemain lagi, tapi habuk pun tarak, dah habis stock gamaknyer. Hhuhuhuhu. Niat di hati, dapat Corelle 1 set, corningware 1 set jadi la kan, sorang bawak satu set dan tak lah nampak banyak sangat. Tapi bila dah takde rezeki nak rembat corningware, ape lagi rembat lah corelle 2 set.


Kalau ikut hati nak lagi, tapi en.rizal dah jeling2. Ahahahaaaa. I jenis tak makan saman punyer, jeling pun jeling la:p ekekkekee. Terus saya cakap pada en.rizal maksudnya pencarian saya belum lagi selesai. Jadi kena en.rizal kena SOKONG usaha gigih saya seterusnya tak kira lah di Singapore atau di Langkawi (langkawi tak murah mana pun) huhuu...



Day 3 

Hari ni misi nak ke Perth Zoo yang hanya 10 minit dengan berjalan kaki dari rumah. Entrance Fee AUD 20.00, Cuma yang kami kurang puas hati sebab takde show seperti yang dijanjikan dalam schedule. So kami hanya menikmati apa yang ada di sana sambil ambil gambar jugak mana yang patut. Separuh hari dah habis di zoo.









Lunch di rumah, lepas tu kami ke Fremantle untuk visit Fremantle Prison dan yang paling penting ke E-Shed Market untuk shopping souvenirs, dan lepas tu ke Kaili’s untuk dinner.





I’ll bet, memang pencinta seafood mesti puas hati layan seafood kat Fremantle ni, semua fresh and yummy! Rase nak makan hari2:p 








InsyaAllah, saya sedang mendraftkan entry ke-2 dalam wordpad, dah complete nanti saya postkan entry kedua pasal perth ya?


To be continued.....:) 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...