Social Icons

Tuesday, September 28, 2010

chinese look dan experiment yg menjadii!

pertamanya, tajuk entry di atas tiada kaitan secara langsung. maknanya bukan saya berjaya mentransformkan diriku ini jadi chinese look. tapi ada kaitan secara tak langsung. apa kaitannya? kenalah baca sampai habis. hehe:p

kisah labwork go first ok. seperti entry yang penuh kekeciwaan semalam, dengan hati yang besar kami pun troubleshoot apa yang tak kena dan run the FAT test again. apa yang tak kena semalam? yang tak kena adalah hybridoma tu sendiri, hybridoma tu kami tak clone lagi rupanya! hahahaa.. ni semua akibat kesilapan masa storage. ter-mix hybridoma yang dah diclone dan belum, dan assume semua dah clone. itu jugak sebabnya bila buat isotyping apapun tak keluar. takpalah, belajar dari kesilapan. so maknanya, 2 hybridoma yang belum clone ni, kenalah diclone semula. kerja menjadi baaanyak kembali. bagus kan, dari takda kerja makan gaji buta.

ini bukan gambar FAT:p ni isotyping strip dari Roche. saja nak tepek.

the best thing today is, bila 3 hybridoma clones tu work on FAT! its another character of our new baby. best, puas rasanya, walaupun ada a few test lagi yang kena di-run. at least some part dah dapat results yang sepatutnya! sifoo kami, en ali tu biasanya kalau labwork menjadi, dia akan buat air nescafe & minum sambil sengih2 pada semua orang & pasang lagu hindustan. ahaks. tapi sifoo puasa lah pulak.

jadi anak murid ni well... macam biasa, lebih sudu dari kuah. sifoo kalau seronok biasanya buat air nescafe je, anak murid pulak yang sibuk me'rewardkan diri sendiri. lalu anak murid ini ke saloon rambut berdekatan untuk mem'pamperedkan diri ehh, rambut. hihiiiihiii..

saloon yang biasa pergi tutup pulak harini. jadi ke saloon lain yg berhampiran. selesai bukak tudung, ai pun betul2kan rambut yang dah terkempap dalam serkup kepala ni, gerbang2kan rambut konon JLo. tak lama kemudian si amoi datang bertanyakan itu ini begitu begini dan terus buat kerja dia. oh, lupa nak kenalkan, nama si amoi tu Wah Jun, comel & chubby;)

sambil si amoi syampoo dan massage kepala ni (ohh, best sungguhhh masa kena massage!, sampai nak terlena dibuatnya), dia stop massage jap.

dia tanya "saya mau tanya, u jgn marah ho"
saya terus bukak mata, baru je nak layan massage "ohh, tanya la, kenapa?"

si amoi kata "you emak cina ka?"
saya kata "kenapa, apa pasal?"

si amoi kata "takdak la, you bukak kain nampak macam chinese"
* kain = tudung yer. takde makna pergi saloon bukak KAIN baju kurung:p
saya kata "emak saya melayu, tapi nenek saya cina"

si amoi kata "ooo..nenek cina laa, patut you pun ada sikit cina, tapi rambut you wavy tak sama cina"
saya kata "yaka, saya hitam, mana serupa cina tapi adik2 semua ikut mak"

si amoi kata sambil pegang rambut dia "takpa laa, rambut wavy cantik. saya pun buat wavy. lulus (lurus) boring"
saya kata " saya pun suka rambut mcmni, saya pun tak minat lurus"
perbualan terhenti di situ. sebab member si amoi datang dekat & sembang dengan dia.

ermm, yang saya realize, yang selalu tanya soalan macam tu adalah orang cina sendiri, hehehe. terutama amoi kat saloon sbb ini bkn kali pertama amoi saloon2 tanya soalan gini. orang sebelah katil kat KPJ Ipoh pun pernah tanya, masa tu saya temankan arwah mama saya, lama dah dulu. aunty tu siap cakap cina dengan mak saya sambil renung2 saya, gamaknya mesti aunty tu heran tengok anak nyonya sebelah dia ni hitam. hakhakhak. tapi takpa, ai bangga ai hitam. hitam itu emasss.. hihihihi:p


kesimpulannya, hari ni hari yang best. experiment yang menjadi dan berjaya pamperedkan diri di saloon. lama dah tak gini;)


4 comments:

Gen Fujita said...

ada jugak beberapa orang cina kata muka saya macam cina, padahal jawa pure. hahaha...

^m.r.s. f.a.r.i.z.a.l^ said...

kehkehkeh. nak jadikkan cerita:p org jawa pun mata sepet2 jugak kan;)

sang suami said...

gamaknya...amoi tu juling kot...hehehe

^m.r.s. f.a.r.i.z.a.l^ said...

huahuahua.
jeles la tu:p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...