Social Icons

Saturday, September 14, 2013

Incredible India #4 :: Taj Mahal

Assalamualaikum.
Hola! (Asyik berhola-gracias sebab duduk sebelah classmate org Cuba:p) 

Kita keluar kejap dari cerita pasal kerja. Kami di sini hari-hari 9 pagi hingga 5:15 petang menghadap standard ISO dari 9000 hingga ke 50001 (never failed, takleh nak ngelat langsung), memang dah nak termuntah. Lecture habis pukul 5 petang pun mereka tak lepaskan kami awal, padahal 15 minit je lagi nak ke pukul 5:15 ptg. hahahaa, dah lama tak mavamni. Sembang pun semua nak relate dengan sistem kualiti, haha. Booringgg! 

Take a break! 

Weekend lepas (7 Sept 2013, Sabtu) kami dibawa ke Agra untuk melawat apa lagi kalau bukan Taj Mahal. Perjalanan ambil masa lebih kurang 3 jam 30 minit dari Delhi melalui Yamuna Expressway. Boleh tahan highwaynya. Ada beberapa R&R di sepanjang jalan, toiletnya bersih. Ada kedai makan, tapi kami tak masuk. 

Kami bertolak dari hotel jam 6:00 pagi dan sampai di sana pukul 9:30 pagi. Kami diberi masa hingga pukul 2:00 petang untuk melawat keseluruhan kawasan Taj Mahal tersebut. 

Nikmatilah gambar2 di bawah okeh. Gambar dari compact camera saya belum sedut keluar lagi. Sementara ini saya kongsikan dulu gambar dari telefon bimbit, memandangkan entry ini juga ditulis hanya melalui iphone. Dah sedut nanti, saya update entry ni. 

Enjoy! 






Perasaan? 
Tak percaya sampai sini. Tak pernah ada keinginan nak ke India mahupun melihat Taj Mahal. 

Menakjubkan! Apa yang terhidang depan mata karya agung cinta seorang suami buat isteri yang disayangi. Begitu sekali. 

Ada banyak lagi gambar dari compact camera saya. InsyaAllah nanti akan dikongsikan. Oh ya, Selain Taj Mahal terdapat juga masjid dalam kawasan ni. Kawasannya pun luas. 

Rasanya sampai sini dulu. Nak tidur,  esok ada lawatan di sekitar Delhi. InsyaAllah akan ke Qutub Minar, Indian Gate, Lotus Temple dan khabarnya beberapa tempat lain. 

Hingga jumpa lagi! 
Mrs. Farizal 
13 Sept 2013 : 11:23 pm 
Noida, Uttar Pradesh 



Friday, September 13, 2013

Incredible India #3 :: Bureau of Indian Standards (BIS)

Assalamuaalaikum readers!

Harini sambung pengenalan lagi. Pengenalan hotel penginapan sudah, sekarang pengenalan kursus pulak. 

Kursus kami ni adalah anjuran Indian Technical Education Coorperation (ITEC) dan ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan India,dan ianya khusus untuk negara membangun. Selain dari kami berdua peserta dari Malaysia, ada 16 buah negara lain lagi yang hantar wakil. Indonesia, Myanmar, Sudan, Uganda, Ethiopia, Tanzania, Niger, Zimbabwe, Bhutan, Nepal, Turkey, Tajikistan, Kyrzystan, Cuba dan Malawi. Semuanya kami 28 orang:) 

Berbalik kepada BIS, BIS ni berperanan macam STANDARDS MALAYSIA lah kalau kat Malaysia, dan antara yang terawal yang membangunkan institusi berlandaskan ISO/IEC. BIS ada cawangan regional, makmal dan beribu pejabat di New Delhi. Pada pengamatan saya melalui pembentangan2 dari BIS, BIS amat aktif dalam penggubalan standard di peringkat internasional mahupun tempatan (Indian Standard). 

Kursus yang kami hadiri ni adalah di bawah kelolaan National institute of Training for Standardization (NITS), BIS yang merupakan institut latihan mereka yang melatih peserta tempatan dan antarabangsa. 


Penyampaian setiap tajuk amatlah tepat dan padat. Ilmu pengetahuan mereka di hujung jari. Saya kagum. Dan tiba-tiba rasa teruja nak bekerja dengan Standards Malaysia. Hhehee..! 




Selesai habis satu standards, kami diberi ujian. Tension! Haha! Setakat ni kami dah belajar ISO 9000, 9001, 14001, 19001, 22000, 27001 dan IS 18001. Serius berasap kepala! Hahaa... 

Terima kasih atas peluang ni. Tak pernah kami dapat peluang kursus intensif ISO macamni. Mmg amat penting untuk bukan hanya tahu mengenai 17025 sahaja! Banyak ilmu kami dapat dari sini. 

Oh yer, Minggu depan kami akan dibahagikan kepada 3 kumpulan & perlu lengkapkan tugasan industrial visit ke kilang dan makmal di 3 negeri yang berlainan (Chandigarh, Jaipur & Bhopal). Kumpulan saya ditugaskan ke Bhopal! Jaraknya 712km dari New Delhi. Fuhh! Dengar pun mcm dah terlopong! 

Doakan semuanya selamat. InsyaAllah. 

Mrs. Farizal 
22:24 pm, 12 Sept 2013 
Red Fox Hotel 
Noida, Uttar Pradesh 


Sunday, September 8, 2013

Incredible India #2 : Red Fox Hotel

Bismillah.

Cerita pasal penginapan, penempatan kami adalah di Hotel Red Fox, Mayur Vihar III, Noida, East Delhi.  Hotelnya alhamdulillah, simple, bersih dan kemas. Ada wifi, penting tu! Pekerja hotel adalah sangat2 warm. Sangat-sangat helpful, walau ada yang tak boleh berbahasa inggeris dengan baik, mereka berusaha nak tolong. Asyik tanya ok ke tak, ok ke tak saja.







Simple kan. Saya suka. Minimalis!

Hotel ni jadi tempat penginapan kami saja, untuk kursus, kami ke Hotel Lemon Tree yang terletak di Kaushambi, kira-kira 5 km dari Hotel Red Fox. Jadi, hari2 naik bas. Hotel-Hotel. hehe. Hotel Red Fox dan Hotel Lemon Tree pun adalah adik-beradik sebenarnya.

Cuma dari sudut lokasi, hotel ini jauh dengan pusat bandar (ke pusat bandar delhi - 15 km), mahupun dengan kedai makan/ pasar mahupun pasaraya. Jadinya, bila dah balik ke hotel tu, memang kami berdiam saja di hotel, merehatkan diri. Kalau dekat dengan pasaraya atau deretan kedai-kedai rasanya takkan duduk diam di bilik, pasti nak keluar saja kerjanya. Mujurlah di bilik ada wifi, taklah boring sangat.

Atas faktor tu jugak lah, hingga ke hari ini (genap 7 hari di bumi india), saya belum membeli apa-apa kecuali 10 bijik fridge magnet di gerai berdekatan Taj Mahal semalam. Sadis kan. Sendiri macam tak percaya belum shopping lagi. :p

Lebih tak percaya bila mengenangkan kenangan ke Taj Mahal (Agra) semalam. Sungguh menakjubkan! InsyaAllah akan bersambung dalam entry yang lain.

Mrs. Farizal
Hotel Red Fox,
Noida, East Delhi
Uttar Pradesh


Tuesday, September 3, 2013

Travel-ing again :: Incredible India #1



Dalam pada meroyan masih ada waras.
Dalam serabut kepala masih ada lapang.
Dalam kekang masa masih punya waktu.
Alhamdulillah.

Kami (saya dan Lily) selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi, Delhi pada jam 2250 malam 1 September 2013 (Isnin). Kami dijemput dengan kereta hotel terus ke Hotel Red Fox yang terletak lebih kurang 40 km dari lapangan terbang. Perjalanan ambil masa selama lebih kurang 1 jam. Perjalanan kali ni tak kurang letihnya walaupun cuma transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura untuk 2 jam. Agaknya, badan masing-masing dah sememang penat dek kerana terlalu banyak urusan saat akhir yang terpaksa dibereskan sebelum terbang. Sampai tak sempat nak jumpa staff & kawan-kawan tempat kerja!

Sepanjang perjalanan, mata yang asalnya amat mengantuk terus tak jadi lena sebab terkejut melihat persekitaran baru di depan mata. Macam tak percaya, tapi itulah hakikatnya. Itupun, kami telah banyak dapat info dari kawan-kawan yang dah pernah ke India pada tahun-tahun sebelumnya. Ada yang dah pergi Hyderabad, Bangalore dan Delhi sendiri. Rupanya dengar cerita dengan alami sendiri adalah tidak sama, sama sekali. Saya memang tak percaya hingga ke tahap ini apa yang ada di depan mata. Amat tidak percaya.

Berkenaan apa yang dilihat dan serba sedikit pengalaman di sini yang baru saja masuk hari kedua, insyaAllah dalam tulisan yang seterusnya. Hingga jumpa lagi, dari saya yang masih cuba sesuaikan diri :) 

Mrs. Farizal
New Okhla Industrial Development Area (NOIDA)
Uttar Pradesh
3 September 2013
8:01 malam

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...