Social Icons

Monday, December 28, 2009

Ignore panggilan dari +603 2178 8888

Sila ignore panggilan dari no di atas.
Saya dapat panggilan dari no ni petang tadi, kononnya dari AmBank.
Memula tu suara operator yang cakap
"you have a transaction of RM3,7++ waiting for your approval, press 1 to approve the transaction, press 2 to repeat the transaction details, press 9 for operator assistance"


sempat & cepat jugak la otak ni memikir, sejak bila pulak aku pernah deal dengan AmBank ni. Disebabkan kepelikkan itu, sy pun press 9. seorang lelaki yang saya agak bangsa cina jawab.


saya tanya ( aku lak yg tanya sapa ni:p ah pedulikkan, btui dak?) "who is this?"
org tu jawab "eric here"
dalam hati kata, tak mcam orang bank pun yg jawab call ni. lepas tu sy dengar bunyi "beep".

saya cakap "its weird that i received a call asking for transaction approval since i never had an account with AmBank. i am not an AmBank credit card holder, not doing loan, not having saving account with you all"
dia kata "let me check first miss, can i have your name & ic no pls, i can checked it for u"


saya agak mula berapi bila dia cakap macamtu. terus nak minta nama & ic no. saya pun fikir. seb baik geliga jugak otak saya nak balas cakap org tu.
saya cakap "i am not so happy with this conversion. since i am not AmBank customer, i think i shudnt give u any of my details"
dia kata "nevermind miss, i just wanna checked"
saya kata lagi "since i am not your customer, i think something goes wrong here, thank you, i will go to the nearest AmBank to check it by myself"
dia pun kata "ok miss" and hang up.


Dah la sy tgh drive, mengharuk jem pulak kat gopeng tadi. bertambah berapi jugak hati ni. fikir punya pikir, ape aku nak buat ni. so terpikir la nak call semula no yang naik tadi. so sy pun call.
memang betui, AmBank nyer no, sbb ade standard protocol macam bank2 lain jugak. so saya pun minta nak cakap dgn operator. sementara tunggu operator angkat mmg ade announcement pasal panggilan palsu dari no yang di atas tu rupenyerr!!! memang sah dah. sy teruskan tunggu sampai dapat cakap dgn operator customer service depa.


customer service kata "ambank customer service, how may i help u?" haaaa..baru la macam customer service bank...
saya kata "my name is fatiha, just wanna checked with u all, i just just received a call regarding.. blaa..bla.. blaa.."
dia kata "sorry for the inconvenient miss, itu adalah panggilan palsu dari pihak yang tak bertanggungjawab"
saya kata "habis kalau panggilan palsu, kenapa saya call semula no tadi, mmg no AmBank?"
dia kata "number ni adalah no customer service kami, di mana no ini hanya didaftarkan untuk menerima panggilan pelanggan sahaja. Nombor ini tidak didaftarkan untuk membuat panggilan ke luar. Orang yag tidak bertanggungjawab ini telah gunakan no yang sama dengan kami untuk menipu orang ramai, kami minta maaf sekiranya ada kesulitan kepada cik"
saya kata "takpa, tak payah minta maaf, sy cuma heran kenapa saya ada transaction sedangkan saya bukan pelanggan u all"
dia kata "betul cik, kami dah terima banyak panggilan aduan mcm ni. harap cik boleh abaikan dan jangan berikan apa-apa maklumat kepada mereka ni."
saya kata " ok lah macam tu, thanks sbb explain. cuak jugak saya tadi"


kesimpulannya kawan2, berhati-hati menjawab panggilan telefon. memacam pulak taktik orang-orang jahat ni sekarang, sampai gunakan no yang sama dengan bank. Bayangkan kalau saya betul2 ada account dengan AmBank, mesti cuak kalau tetiba ade unknown transaction kan.. dalam cuak2 tu mesti saya akan suruh org jahat tu check jugak transaction palsu tu kan... dalam masa tu saya akan provide details2 tu kan.. huhuhuhu... tak dapat dibayangkan...! mintak lah dijauhkan dari semua musibah macam tu..

marilah kita sama2 ingat-mengingati!!

Wednesday, December 23, 2009

:: 2009 Annual Report ::

every year, bila dah mula Y.E.S tu bahang new year memang akan sangat2 terasa, sana sini tulis 'merry christmas & happy new year'. di sebalik kemeriahan YES and chrismas sales sana sini, tak kurang jugak hebatnya dengan workload kat opis, segala bagai report sume kena submit, dgn SKT-KPI, annual report, 2010 planning bagai. ok jugak, at least ade jugak therapy yg berkesan utk menstabilkan emosi & elemen2 negatif yang dah bertimbun dalam diri hujung tahun macam ni. dan anggaplah Y.E.S ni sebagai rewards. ahaks.

entry kali ini, bersesuaian dgn buat yearly report kat opis tu, mana aci boss kerja je ade anual report kan.


2009 Annual Report
Dedicated for En Rizal Tersayang, Tn. Hj. Ahmad Shuhaimy & Pn. Hjh Rohana (my beloved parents), Pn. Hjh. Rohani (my lovely mother in law), Ilyana-Hanani-Amin (wonderful siblings), Kak Gee-Abg Arman-Amirul-Afrina-Kak Ita (greatest sister, brother in law), Kak Nurulaini, Miss NurLisa-Limbang, Saidah, Mammalian Virology Staff, Monoclonal Antibody Staff, Dijah-Armidale Aus, Ecort, Kak Yong Syarul.

Family

Proud to have a husband who can accept me for who i am. Alhamdulillah, we are in our year 3 of marriage and will counting for more, it grows. for your love, care, guidance & patience no one can ever replaced you, my husband.


Bapak & Ummi for raising me up so well, i owed u guys. for your non-stop du'a, blessing, pray for all this while. favourite quote from Bapak for 2009 is "Tiha nak berniaga? hentikan la, mesti rugi, sbb murah hati sgt". hahahaa. dushh.


Mak (my mil), i know u wont read this entry or even my blog (same goes to my parents:p), i feel so lucky to have a chance to become one of your 'new' family member. the bestest mil ever. warm and caring, full with blessing. yes, not forget, for taking care of me in confinement. i owed u!

Yaya, nani & amin. grown up sisters and brother. proud of all of you. well done for each of your achievement for 2009. yaya, just graduated & find the dream job for her (and the most suitable for her too, i tot) an architect. nani will continuing her degree in uthm, goodluck! and selamat terjebak ke alam Uni & HOSTEL (psstt.. budak ni tak pernah dok hostel). the youngest amin, completed his SPM, gabra jugak tunggu results dia (kita pulak yang lebih:p). thanks to allah, for give us strength for survive after late mama passed away, for blessing us with thounsand of barakah, help & guide us so that we dont lost.


Kak Gee-Abg Arman-Amirul-Afrina-Kak Ita, for all your support, guidance and cares. you are the only my elder sister & brother ever (since im the eldest in my siblings). we can share opinion, thoughts, interest. we can talk on everything. so cool. kita mungkin dah leh plan ke mana nak jalan2 lagi utk 2010 nanti, bandung top list buat masa skrg. ahaks.


Friends (Kak nurulaini, miss lisa @ limbang, miss deejahh @ armidale aus, kak yong syarul @ kd, echort a.k.a aisyah zulkawi, last but not least my makcik merangkap kawan dari zaman hingusan, saidah)


* Kak nurulaini, knowing you for 5 years. my first house-mate in ipoh. sweet memories in taman cempaka & ampang ipoh, ahaks. thanks for always being there, for now and ever. hope our friendship ni will last sampai bila-bila. harap jugak 2010 ni kite dua leh smbung MSc. 2009 takde rezeki nampaknyer.


* Liss, long-distance-friendship. lots of stuff we had shared ya. sweet memory of exchanging tudung Haniyaa. harap hang cepat2 transfer back to semenanjung lisa:d


* deejah, u had inspired kami2 yg still kat vri ni. dgn keadaan vri yg makin s*cks. makin hari makin stress, sian akak nurul kita sama. huhuhu. tahun depan hopefully leh dapat apa yg dihajati. adoiyai, alangkah bahagianyer hang kat sana dijah.


* kak yong, wakau tak penah jumpa secara 'live' tp rase mcm dah kenal sgt je. hehe. tak sangka husband memasing belajo & keje same2, wanitamelayu.com telah menemukan kite. sehingga lah terjebak dgn C*ach. hahahaaa. tak sangka lak interest same. typical pompuan kan. hihihiii.. hopefully, bila2 nanti leh jumpa kak yong, damia & zahin:D


* echort, ko lak inspired aku nak jadik businesswomen, tapi aku still tahap berangan lagi la. Your online boutique & SPA yang real. nnt ade rezeki aku & husband ingat nak bisnes gak, tp tatau bisnes ape hahahaaa.. sume bisnes aku nak buat, but bapak aku kata "tiha mane leh bisnes, nnt rugi je, sbb murah hati" hahahaaa... doakan ko sentiasa sukses dlm business ko!


* saidah, lama tak jumpa, last jumpa masa aidilfitri. jumpa mak ko mase kenduri kat penang itu hari, kata mak ko, ko tak datang, maklum le 'handbag' dah 'besar' skrg..hehehhee.. dah lame jugak tak tgk Dania..beso dah gamaknyer yer..!


* Mammalian virology staff - kak trisna, kak fiza, kak nida, kak linda.
heheheeee.. banyak sgt yg manis tahun 2009 ni. aktiviti rutin sambut birthday, jalan2 cari makan still going on walau masing2 dok lab lain2.. thanks for always membantu sy tak kira apa keadaan yer. korang jugak la kawan pertama bila first time datang vri dulu.. & pegi Team-building sama2 jugak..ehehee!!


* Monoclonal staff - naama, en ali, en fauad
terimalah ketua unit kalian ini seadanya yer. huhuu. byk sgt yg dipelajari dr en ali & en fuad. terima kasih sangat2.. naama pulak, seb baik posted to monoclonal unit, klu tak sorang2 saya kat unit tu. monoclonal mmg best, selalu jadik tmpt rujukan sbb en ali ada situ. hehehe. proud of my staff! 2010 ni lagi banyak cabaran, boss punya expectation tinggi melambng pd unit kita, hope leh achieve..:)


dalam setahun ada 12 bulan, 365 hari, ramai org & banyak benda yang contribute dalam kehidupan kita. yang buruk jadikan pengajaran, yang baik harus dikenang & dihargai, so let them know!!


cheers!!

Monday, December 21, 2009

Take your time;-)

Dah tengah malam mcmni, lapar lak perut.
Last makan petang tadi masa melepak dgn Cik Nani a.k.a Cik Nur KasihAN kat OldTown Medan Gopeng yang happening itu.

Rupanya OldTown dah ade MemberCard since early December baru-baru ni.
Ohh,lambatnya saya mendapat perkhabaran. huhu. Tapi seb baik sempat lagi.
Kata cik adik kat cashier tu, membercard ni hanya di'distribute in December saja. No more after this & can be use starting January nanti.


OldTown Member Kit (cewahh, sesedap rase je kasi nama) - RM13.90
* 2010 Diary with 4 pages of coupon in front
* 2010 Desk Calender
* Member Card


Member Card ni, kat belakang ade tulis promotion :
* 50% off for any second main meal dinner order (every monday 6-9pm)
* FREE Coffee on OldTown White Coffee Day (last Thursday of the month)


Inside the diary :
* 4 pages of coupon yang valid thru out 2010, promotion according to the date given


Jadi bagi pencinta2 OldTown WhiteCoffee, saya rasa berbaloi anda grab peluang ni. Dapatkan membercard ni di mana-mana cawangan OldTown White Coffee Nationwide.

Sebelum terlupa, disclaimer kena buat jugak ni. Saya tidak mewakili OldTown White Coffee dalam apa-apa dan mana-mana cara sekali pun, saya bukan pekerja atau buat parttime di OldTown, jauh sekali anak Tokey OldTown. Tulisan ini semata-mata untuk berkongsi minat jalan-jalan cari makan dengan pembaca blog sekalian alam.

p/s : hasilnya mata ni susah nak lelap akibat penangan white coffee petang tadi. huhu.

jgn tanya kenapa

cuaca panas. panas hati. hati sakit. sakit jiwa.
asal jumpa org je hari ni, semua org kata "stress la".
ingatkan kite je la dok rasa macam tu.
byk giler dateline, semua nak kejar 31/12.
lab langsung tak jenguk. dok memerap depan laptop.
skt la, kpi la, annual report la, 2010 planning la.
penyakit keturunan betul la.
untung en rizal dah ada kat laut skrg,
kalau tak mmg kena sound sbb bawak kerja balik rumah.

buat kawan-kawan yang baru meluahkan perasaan kat kantin waktu lunch tadi,
Kak Rose, Kak Nurulaini, Khor, En Azrul.
same-same lah kita buat the best utk task2 yang mmg kena buat jugak ni
sbb VRI block FB la maka sy menulis blog ni.
jangan tanya kenapa,
harap maaf, kesulitan amatlah dikesali.

Tuesday, December 15, 2009

a "fine" city


seriyess mmg tak puas. sbb a day trip saja kan. but yerlah, official trip kan, dapat berjalan kira bonuslah, lagi mau complaint lak kan. ahaks.

trip kali ni in-conjunction dengan meeting jabatan kat the zon regency. cik teha sgt bernasib malang sbb kena incharge. ekekee. dari bulan october bagai nak rak menguruskan trip ni. hasilnya, alhamdulillah, terlaksana jugak la meeting & lawatan ke Agri-food and Veterinary Authority of Singapore (AVA) ni.

pagi2 dah masuk singapore, siap sesat larat nak ke Lim Chu Kang Road tu. Bila dah sampai, tgk facilities AVA, mmg superb. mmg jauh ketinggalan negara 1Malaysia kita ni. Bukan merendahkan negara sendiri, but seharusnya contoh yang bukan hanya perlu dikagumi, tapi dicontohi. tak payah ke negara seperti japan, us, uk utk melihat kemajuan, cukuplah ke selatan tanahair.


sebagai bonus, kami sight-seeinglah di sekitar town tu. bergambar wajib dengan Merlion, sipi2 nampak Espleonade. memadai jugak. malam ke Night safari. best jugak. walaupun bagi saya, tram ride nyer langsung tak berbaloi dengan harga SGD10.00, belum campur dengan admission fee : SGD22.00. nak masuk zoo depa pun dah nak dekat RM80 / head. Cuba zoo malaysia buat macam tu, mesti sunyi sepi zoo kita. huhuhu.

bagi pemerintah singapura, mereka beranggapan dengan gaji yang tinggi, rakyat mereka akan hidup selesa, tiada masalah kewangan, mampu dapatkan apa mereka nak. sbb bagi mereka masalah kewangan yang akan lead to masalah2 lain seperti corruption, social prob, termasuk masalah disiplin. bila berpuas hati dengan salary masing-masing, setiap orang tak perlu pecah kepala nak fikir macamana nak survive dalam dunia ni, so pergi kerja pun dengan senang hati & mereka pun jadi bersemangat nak bekerja. simple jugak approaches nya.

patutkah kita cadangkan pada pemerintah kita? renung-renungkan.

ok, ada masa sambung tulis lagi.

Tuesday, December 8, 2009

Congrates Cik Nani..!!

Tahun ni tahun kegemilangan adik-adikku gamaknyer. Bile lah korang pulak nak meng'congrates kakak mu ini. 3 minggu lepas, sorang lagi adik saya convo, iaitu Cik Nani a.k.a Cik Nur KasihAN. ekekekeee.. jgn marah ehh:p

Dari kami semua, tahniah sekali lagi. Selamat menyambung kat UTHM tu, bawak2 la study secara berkesan. Merase la ko dok asrama!! ehehheee.

Thursday, December 3, 2009

:: Mari Makan Kambing ::

Anda pernah makan daging kambing? Kalau tak pernah, apa kata anda semua cuba. Mula mula saya pun amat tak minat dengan daging kambing, tapi sekali dah merasa KURMA KAMBING masa jamuan kat opis itu hari. Adoi, jatuh chenta. hehehe. Credit to ABBY CATERING yang mmg superb masak kurma kambing tu. Sebelum ni bila tengok bapak saya pekena kari kambing / kurma kambing kat kedai mamak, jebik habis muka tgk. saya kata pada bapak saya "sedap sgt ke kambing tu pak?". bapak saya mesti suruh saya rasa, tapi saya degil tak mau rasa. Sungguh rugi.

Kesedapan sehingga menjilat ibu jari. Betul, tak tipu, janji! hehehee. Memang tak hamis, daging lembut, empuk. sesedap rasa je. pandai si tukang masak.

Kebetulan pulak, masa pameran livestock di KLCC baru-baru ni, DVS (jabatan ku yang terchenta) turut mempromosikan daging kambing. jadi mmg sealiran lah mesej yang ingin disampaikan.

Ingin jugak saya kongsikan di sini beberapa khasiat daging kambing untuk tatapan kita bersama :

1. Lemak daging kambing adalah hampir sama dengan lemak ayam iaitu hampir 3% berbanding lemak daging lembu

2. Persepsi memakan daging berkait rapat dengan darah tinggi adalah lebih kepada faktor psikologi kerana ianya telah di “mindset” kan sebelum ini dan faktor ini yang menyebabkan tekanan darah naik kerana risau memakan daging tersebut.

3. Bagi 100 gram daging kambing boer yang dipangang mengandungi 143 kalori, 27 program protein, 3 gram lemak, 3.7 miligram zat besi, 85 miligram sodium, 75 miligram kolestrol.

4. Bagi setiap 3 auns daging kambing boer yang dimasak mengandungi 2.58gram lemak dan 0.79 asid lemak tepu berbanding biri-biri mengandungi 16gram lemak dan 7.3 asid lemak tepu. Malah peratus lemak daging kambing boer adalah lebih rendah daripada biri-biri dan lembu.

5. Susu kambing adalah yang kedua terbaik selepas susu ibu, nikotinik asid dalam susu kambing membantu pencernaan, memperbaiki fungsi kulit, meningkatkan pengaliran darah dan membantu dalam merawat mereka yang mengalami susah tidur dan kencing malam. Segelas susu kambing segar yang panas boleh disediakan sebelum mereka tidur.
Haaa.. sbb tu ia mmg diketahui boleh merawat demam kuning (jaundis), penyakit asma (lelah), gastrik dan ulser perut, eczema (penyakit kulit), migrain (sakit kepala), khasiat dalaman wanita dan menguatkan tulang.

Kalau berminat pulak dengan ternakan kambing, rujuklah pada mana-mana pejabat kesihatan veterinar masing-masing untuk dapatkan informasi dari segi strategi pengurusan, struktur kandang yang baik, nutrisi ternakan, penjagaan kambing, penyakit ternakan, dan last but not least adalah strategi pemasaran. Berniaga mesti mau untung kan, jadi strateginya mesti betul yer kawan-kawan.



** VRI (tempat kerja ku:p) pun ade menganjurkan bengkel kesihatan ruminan kecil setiap tahun. kalau berminat boleh hubungi pejabat kesihatan district/state masing-masing untuk dapatkan info terkini pasal bengkel tu.



** Mengapa tak dapatkan saja infomasi dari VRI?


Jawapannya adalah VRI (Vet. Research Inst) menjalankan kerja-kerja diagnostik penyakit haiwan di samping membuat penyelidikan. Kalau nak hantar sample untuk diagnos selesema burung, selesema babi, FMD bagai, VRI lah tempatnya. Atau anda berminat untuk buat penyelidikan kolabrasi tentang H5N1, H1N1, FMD, NDV atau apa saja penyakit haiwan lain, datanglah berjumpa kami. Ceewah. (tadi promote jabatan, skrg promote VRI pulak kan:p)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...