Social Icons

Tuesday, April 29, 2014

Bandung : Tips & Tricks. [awas, entry panjang:p]

2 Disember 2013 [entry nak masuk 5 bulan duduk dalam draft]

Kengkonon nak buat entry tak lagging sebab Rumah Ebo yg kami duduk ada wifi. Sekali hamikk kau teha. Mmg tak larat nak update ke ape. Balik bilik pengsan, asal pengsan balik bilik.

Tak perlu nak ulas apa yang ada di Bandung ni berkali-kali rasanya. Ramai rakyat Malaysia yg sudah tak asing lagi dengan apa yang ditawarkan oleh Kota Bandung. Kunjungan ni juga adalah yg keempat kali buat saya dan suami. 

Bila ditanya oleh rakan2 tentang macamana buat arrangement kalau tak pakai tourist guide. Jawapannya senang, iaitu banyak kena buat kerja lebih sikit. Tapi taklah susah mana pun. 

1) Persediaan sebelum pergi 

a) Tiket Penerbangan 

- Dah kata nak buat arrangement sendiri haruslah sendiri yang kena alert. Setakat yang saya tahu AirAsia ada penerbangan terus ke Bandung. Kalau naik MAS, destinasinya adalah Jakarta dan selepas tu korang boleh ke Bandung yang jaraknya lebih kurang 200km atau 3 jam perjalanan melalui Highway mereka. 

- Kalau AA, macam biasa, kalau booking last minute harganya memanglah tidak semurah yang disangka. Harus peka dengan promosi2 mereka. Promosi pun bermacam-macam. Ada yg Free Seat, , ada yang All-in-Fare, Ada harga murah. Pilihlah dan ikutlah nasib pada masa tu macamana. 

- Tips : kalau dengan AA, lebih mudah jika korang dah register akaun supaya korang dah boleh siap2 isi details ahli keluarga atau kawan2 yang kebiasaannya travel dengan korang. Kenapa penting sangat details ahli rombongan korang? Sebab...... Ini akan melancarkan proses booking tiket korang! Kan ke kita nak berebut2 dapatkan harga tiket atau promosi yang paling berbaloi..... Kalau lambat2, atau baru terhegeh nak dapatkan nama penuh, no passport, no IC ahli rombongan...... Jawabnya tak merasalah...! Seminit lambat pun banyak perubahan dalam harga tiket AA ni tau. Last2 dapatlah tiket harga biasa. Tak baloi lah. 

- Tips : Kalau tengah booking AA jugak, jangan pening pasal Luggage atau Makanan atas flight atau Seat Number korang. Korang boleh Add-on sehingga 24jam sebelum terbang. So jangan buang masa kat benda2 tu. Yang PALING PENTING, DAPATKAN TIKETnya dulu. 

b) Kewangan 

Kalau korang dah dapat beli tiket yang mungkin tarikhnya 6 bulan atau 12 bulan lagi. Jangan gusar. Korang sepatutnya bersyukur sebab banyak masa nak menabung. Pergi Bandung bawak duit sikit2 buat sakit jantung ja bila sampai sana nanti. Ini bukan cakap besar atau menunjuk atau apa. Serius korang akan menyesal kalau bawak duit sikit2. 

How much banyak is banyak ? 
How much sikit is sikit? 
Itu subjektif. Terpulang budjet masing2. 
Duit ni banyak mana pun bawak memang takkan cukup kalau dah namanya pun nak bershopping. Jangan sampai berhutang piutang pulak sudah. Sebab tu seeloknya menabung. Meh saya berikan gambaran, moga boleh jadi panduan berapa wang yang nak dibawa ke sana.

c) Gambaran Shopping di Bandung.

Oh ya, seperkara yang penting berkaitan dengan BANDUNG.
Iaitu EKPEKTASI KORANG tentang HARGA BARANG DI BANDUNG.
Ya, SANGAT PENTING.

Apa barang yang biasa orang cari di Bandung :-
> Fabrik (di Pasar Baru)
---> Kain Ela (kain buat baju kurung/baju melayu/blouse/jacket/seluar/skirt)
---> Kain Sutera Bandung
---> Kain Sulam
---> Kain Cotton / Viscose / Linen
---> Kain Langsir 

> Pakaian berjenama (di Factory Outlet)
---> Lacoste, Ralph Lauren, Zara, Burberry, Calvin Klein, you name it lah, semua ada.
---> Jeans Original (Levis, Lois, Dickies, Lee Cooper)

Nota : Pakaian berjenama di Bandung adalah ORIGINAL bukan fake/immitation. Ianya merupakan keluaran khas untuk Outlet, bukan untuk Butik. Kualitinya berbeza sedikit dengan butik, sebab tu harganya lebih murah. Ini adalah antara strategi perniagaan untuk menambah pelanggan yang mampu membeli barangan berjenama dengan harga yang lebih murah. Ada juga dijual pakaian dari butik yang OFF-SEASON, sebab tu lebih murah. jadi ianya sama sekali BUKAN FAKE/IMMITATION.

> Pakaian Solat , Haji dan Umrah
---> Telekung
---> Jubah
---> Tudung berpelapik dagu

> Pakaian Muslimah / Muslim
---> Jubah muslimah
---> Blouse muslimah
---> Skirt/Seluar/Palazzo
---> Tudung

Contoh 1 : Jeans Levis
Harga di Malaysia untuk jeans keluaran terbaru : RM 299.00 - RM 369.00
Harga di Bandung untuk jeans yang sama : RM 215.00 selepas diconvert

Itu yang dimaksudkan LEBIH MURAH dari Malaysia.
Tolonglah  jangan sangkakan untuk sehelai Jeans Levis Original Terbaru macam di atas korang boleh dapat harga RM 50.00. Tolonglah betulkan ekspektasi tu. Kalau nak Levis RM 50.00 beli saja yang Thailand/Siam mari.

Namun saya pernah beli Levis - Women Off Season,
bila convert duit Malaysia, tinggal RM 80.00.
Memang murah dan takkan dapat di Malaysia.

Contoh 2 : T-Shirt Ralph Lauren, Polo 
Harga di Butik Malaysia : RM 250 - 350 sehelai
Harga di Butik RL Bandung RM : RM 160 (new collection) / RM 80 (off-season)
Harga di Factory Outlet Bandung : RM 50.00 (off-season)

Itu yang dikatakan LEBIH MURAH ya.
Bukan T-shirt Polo dapat RM 10.00.
Itu sila beli kat Malaysia, takyah pergi jauh-jauh.

Contoh 3 : Telekung Cotton Paris 
Harga di Malaysia : RM 160 - RM 180
Harga di Pasar Baru Bandung : RM 60 - RM 80 ikut gred
Telekung indonesia yang harga RM 30-RM40 sepasang pun dah cantik gila kot. 

Macamtu kekdahnya ya.

Toko 3 : Kedai jual jeans original. Ada servis potong-original utk jeans, Bayaran hanya Rp10,000 sahaja (RM3) sehelai


Salah satu FO di Jalan Dago (Rasanya Episode), siap ada kolam, taman bagai dalam FO. FO2 di bandung kebanyakkannya konsep dalam taman macam ni. sangat best.

d) Gambaran Harga Hotel di Bandung 

Ada banyaaak pilihan hotel. Pilihlah ikut budjet masing-masing.
Tapi kalau ditanya saya, takda gunanya pilih hotel mahal2.
Korang hanya akan guna untuk tidur. serius.
Rugi pergi Bandung kalau memerap kat bilik.

Pertama kali ke Bandung :
Hotel Cemerlang, Jln Pasir Kaliki, Kos RM 110/semalam (bilik berdua)

Kali ke-2, ke-3, dan ke-4 :
Rumah Ebo, Jalan Dago (Jln Ir Juanda), Kos RM 100/semalam (bilik berdua)

Antara area pilihan untuk menginap di Bandung adalah :-
- Jalan Dago (Ir Juanda) : sebab walking distance dengan deretan FO
- Jalan Riau : walking distance jugak dengan deretan FO

Korang pilihlah lokasi yang strategik, dengan harga yang berbaloi.
Percayalah korang hanya akan duduk bilik dari pukul 10 malam hingga 8 pagi sahaja. 


e) Gambaran Harga Transport di Bandung

Nak jimat naik Angkutan. Angkutan ni adalah Van yang dah dimodified untuk dijadikan macam teksi. Kosnya Rupiah 2,000 (RM 0.60) sekali naik untuk sekitar pekan bandung. Gila murah.

Tapi kami tak pernah naik, sebab kurang sesuai dengan ahli rombongan kami ada yang bawak baby, kanak-kanak & mak ayah. Jadi memang kami tak pernah naik. Kebiasaannya kami akan sewa van dan pemandunya sekali. Kos lebih kurang di bawah :

Avanza / Suzuki APV 6 seater : RM 130 - 150 / sehari
Isuzu Elf 11 seater : RM 200.00 / sehari
Bahagilah sama rata berapa orang yang ada.

Tak semestinya hari-hari korang kena sewa transport. Sebab tu kena pilih lokasi hotel yang betul. :)

f) Gambaran Harga/Kos Makan di Bandung 

Kalau korang berani makan street food iaitu makanan yang dijual oleh penjaja gerai tepi jalan, memang adalah sangat-sangat murah. Semangkuk Bakso sekitar harga Rupiah 5,000 sahaja, iaitu kiranya RM 1.70. TAPI, cuba fikir. Dalam pada nak berjimat bab makan, kalau kena sakit perut sebab tak biasa dengan makanan mereka, kita tergolek dalam bilik hotel sebab berulang ke tandas, tak ke spoilt agenda shopping korang?

Makanan adalah syurga juga di Bandung. Beranikan masuk restoren-restoren ekslusif di Bandung. Harganya kita masih mampu bayar lagi. Percayalah. Makanan mewah gila, restoren ambiance sangat-sangat cantik, relaxing, layanan tip top, makan tepi air terjun, ada pondok privacy untuk setiap keluarga, sedap dan portion besar.  Kitaorang budjet makan RM 30 - RM 40 sehari untuk seorang (untuk lunch, dinner, jajan2, minum petang).
Supper di Restoren Cabe Rawit. Roti Bakar Choc-Keju & Lychee Elixir

Salah satu menu di Cabe Rwawit : Nasi Goreng Special . Sedapppp.

Nasi Uduk Komplit . Salah satu menu di Cabe Rawit jugak.


2) Aturcara di Bandung 

Susun tentatif program sendiri. Kalau boleh saya kongsikan tentatif lawatan kami ke Bandung pada 20 Nov hingga 25 Nov 2013 yang lepas.

20 Nov (Rabu) :
Bertolak dari Ipoh (chartered van persiaran, kami berlapan), flight AA rescheduled ke pukul 9:50 am, alhamdulillah tak delayed. Sampai Bandung 10:50 pm local time. Dijemput oleh Pak Kirman (Supir dari Rumah Ebo) terus ke Rumah Ebo, Jalan Dago (ambil masa lebih kurang 20 minit)

21 Nov (Khamis) : Tak ambil van sewa, jalan kaki semata-mata
Dah nama pergi sehelai lagi sepinggang. Selepas breakfast di Rumah Ebo, hari pertama harus ke Factory Outlet (FO) untuk membeli kain baju nak pakai esok hari dan seterusnya. Jadi kami jalan sepanjang Jalan Dago saja. Masa ni beberapa FO tengah renovate. Yang masih beroperasi seperti biasa ialah JetSet, Blossom, Donatello, Episode, Glow, Edward Forrer, Grande (re-locate), The Uptown, Nike Factory Outlet, Ralph Lauren Butik. Gila lenguh badan.
Lunch : Cabe Rawit
Dinner : Ngopi Doelu 

22 Nov (Jumaat) : Ambil kereta sewa Elf 12 seater
Awal pagi ke Tangkuban Perahu
Lunch di Kampung Daun : tak pernah terjadik. first time kena queue, waiting list lagi. pukul 3 petang baru setel makan.
Toko 3 untuk cari jeans. Dapat demi-curve, Straight cut, Rupiah 649,000.00 sehelai. Guys beli banyak jeans & Tshirt
Singgah ke Rumah Mode

23 Nov (Sabtu) : Ambil kereta sewa Elf 12 seater
Awal pagi bersemangat ke Pasar Baru.
Lunch - Food court pasar baru
Sampai kedai tutup (5:00 petang) baru kami keluar dari Pasar Baru)
Singgah di FO sekitar Jalan Riau
Dinner di Ngopi Doelu
Pengsan 

24 Nov (Ahad) : Ambil kereta sewa Elf 12 seater
Awal pagi ke Cibaduyut untuk beli barangan kulit (kami first time ke Cibaduyut)
Lunch di Simpang Raya
Singgah di FO sampai malam
Pengsan 

25 Nov (Isnin) :
Pagi sempat mengulang ke FO menghabiskan saki baki duit (haha)
Onthe way ke Airport singgah di Kartika Sari beli kek dan bagelen (nanti saya buat entry pasal ni)
Lunch siap di Cabe rawit
Sampai Airport awal gila, sekali flight delay ke pukul 6:20 pm local time
9:00 malam waktu malaysia.
naik van persiaran balik ipoh
sampai rumah - pengsan

3) Tips Shopping di Bandung 

a) Buat costing seolah2 macam korang nak bayar pada Travel Agent. (tak kiralah korang gi Bandung ke, atau tempat lain yang korang arrange sendiri). Maksud saya, korang asingkan mana duit makan, mana duit nak bayar hotel, mana duit transport, mana duit shopping, mana duit kawan2 kirim barang. Jangan main tukar je sejumlah wang ke local currency, lepas tu baru terhegeh hegeh cari money changer kat sana sebab rupanya duit Rupiah korang tak cukup. Sebab bayar hotel, bayar transport, duit makan, semua dalam rupiah ya. Shopping di Pasar Baru boleh pakai RM, tapi kita rugi kalau dari segi valuenya. Shopping di FO boleh pakai credit card, tapi bergantung pada rate bank tu nanti, sometime higher, sometime cheaper.

b) Buat costing untuk makan siap2. Asingkan duit tu. Kalau korang suami isteri, katakan sehari budjet RM 40 sekepala, so sehari budjet RM 80 untuk 2 orang makan. Korang duduk sana 4 hari, so kena ada RM 320 diasingkan untuk MAKAN SAHAJA. Ini untuk memastikan korang tak berkira-kira nak makan bila duit dah banyak habis untuk shopping tak hingat dunia. Shopping sampai berikat perut pun tidak menyihatkan jugak. Tambah lagi bila makanan kat sana best2 belaka. Buat kecur air liur saje. Serius.

c) Pasar Baru akan buka pada pukul 9:00 pagi dan tutup pukul 5:00 petang. Jadi breakfast awal2 kat hotel, kemudian geraklah ke Pasar Baru. Kalau korang gi dengan transport, supir korang boleh parking dengan senangnya dalam Pasar Baru. Korang pulak, agak2 barang penuh di tangan, pi lah hantar barang ke kereta sewa korang. Pasar Baru tu ada 7 tingkat. Baru pergi 1/4 dari setingkat pun tangan korang dah penuh kiri kanan. percayalahh.

Ada surau, toilet setiap floor dan food court. So agak2 suami korang dah muncung je tu, pujuk2 skit makan dan minum di food court. Or suruh dia baring dekat surau pun boleh :p

Nota : Biasanya orang akan pi Pasar Baru ni seharian (dari mula bukak sampai la tutup pukul 5 ptg) Jadi allocatelah sehari untuk ke Pasar Baru ni ya. Kalau gila datang, sehari pun tak cukup, mau repeat pulak keesokan harinya :p 

d) Keselamatan (Pencopet) : Penyangak memang ada di mana-mana, di negera kita sendiri pun tak kurang hebatnya. Jadi, dalam Pasar Baru nanti awasi beg tangan, sling beg, pouch bag, apa jugak jenis bag dan barang kemas korang, termasuk handphone, gadjet2 kat tangan anak tu, selalu2 diperhatikan. Pakai beg di hadapan bukan di sisi atau di belakang.

e) FO :  Waktu Operasi Hari Biasa (Isnin - Jumaat) adalah 10:00 pagi hingga 9:00 malam
             Waktu Operasi hari Minggu (Sabtu-Ahad) adalah 10:00 pagi hingga 10:00 malam
 
   FO banyak di sekitar : Jalan Dago, Jalan Riau, Jalan Setiabudhi, Jalan Pasir Kaliki 

f) Tawar menawar : Proses tawar menawar dengan peniaga mereka ni kita kena kering hati sikit. Kalau kata dah tawar tapi tak dapat, blah je lah. Banyak kedai lain lagi. Macam biasa tawar hingga 50%. Tapi kebanyakan kedai pun dah pandai, diorang takkan bagi kita tawar banyak sangat. Orang Malaysia kan mewah kaya raya, baik hati pulak tu. T__T. Make sure korang beli sesuatu tu harganya sepadan dengan kualiti yang diberikan.

Apa lagi eh. Rasanya point penting semua dah masuk dah.
Fabrik , pakaian, telekung yang disambar masih elok duduk dalam beg luggage.
Belum punggah pun lagi. Hadoih, malas.
Kalau dah punggah nanti, boleh saya snapkan gambar untuk panduan yer.
Tak janji, tapi saya cuba.

InsyaAllah entry ini akan ditambahbaik lagi nanti.

Salah sebuah kedai kain di pasar baru. Nama kedai "Famous".
Banyak pilihan & trend baru. Jumpa pulak dengan Fouziah Gouz: =) 
Pelanggan2 dijamu dengan Teh Botol (teh O botol) . So takda reason kaum2 lelaki ni nak merungut =P 
Bali Heaven Factory Outlet, salah satu FO yang wajib pergi. 
Dalam FO Bali Heaven. Pilih saja! 
Ni hasil shopping seharian. Kalau dua hari berapa banyak? kalau 5 hari 4 malam atau lebih, berapa kontena barang? =P 

Kalau ada info yang tertinggal, insyaAllah akan diupdate dari semasa ke semasa.

Dari saya yang tak puas ke Pasar Baru.
Mrs. Farizal
2 Disember 2013 


Monday, April 28, 2014

buku

Assalamualaikum. Lamanya tak menulis. 
Menulis tapi tak terpublish, sudahnya berjujuk draft entry. 
Malam ni sebelum lena, nak tulis pasal pesta buku antarabangsa. 

Jealous bila Pesta Buku selalunya bertempat di PWTC 
Jealous bila BiG Bad Wolf juga tempat berlangsungnya biasanya di KL. 
Saya di Ipohhhh!! Bukanlah terlalu jauh Ipoh ke KL, tapi yang merencatkan langkah adalah masa! 
Timing tak kena! 
Asyik beli buku di toko biasa saja, 
ataupun kalau malas sangat cuma mampu beli MPHonline dan Pustaka Darul Iman saja. 
Tapi feel nya lain dengan ke pesta bukuuu! 
Sangat lain. 

Yang sedang berlangsung ni pulak, di antara yang istimewa. 
Istimewanya sebab penulis yang saya amat kagumi sedang berkampung di sana. 
Pn. Raudzah Roslan! atau nama penanya Roza Roslan. 
Selain mempunyai sebahagian buku tulisan beliau, 
saya juga meminati tulisan suaminya iaitu Prof. Dr. Muhd. Kamil. 
Minat dan kagum. 
Sangat. 


Tengah berkira-kira menyusun ayat nak mengajak sang suami ke PWTC hujung minggu nanti. 
Mungkinkah dapat jumpa Roza Roslan, mungkinkah? 
Hehehehe. Doakan saya. 


Rumah semanis rumah

28 April 2014, 10:27 pm 

Thursday, April 3, 2014

t o l o n g !

Assalamualaikum. 

Serius pelik bila display Apple Store jadik macam ni. 
Tak tahu dah berapa lama jadik, sebab rasanya 2,3 minggu ni tak pakai MBP ni, dok pakai Dell lama jugak yang cepat dan pantas buat kerja-kerja. Apa hal display jadi pelik. Biasanya dalam App Store tak gini, elok je. :( dah try nak update, tak da masalah. cuma paparannya jadi gini :(( 





Please help !!
Huwaaaaa T_____T


3 April 2014
8:15 pm 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...