Social Icons

Thursday, March 29, 2012

wordless late wednesday night

motip?

adalah stress bila hajat asal nak beratur depan pintu masuk AEON Mall yang launching pagi nanti (khamis, 29/03) terpaksa dilupakan sebab ada mesyuarat pulak! 

saya menjadi se'severe' ini kerana hari-hari teleng kepala tengok progress mall tu setiap kali lalu lalang depan mall. 
harus teruja. tambah ngada. 


jiwa ku meronta-ronta. 
cuti jumaat boleh? 
eh, mana boleh, dapat MEMO pulak nanti. huhh! 


malam ni confirm mimpi aeon, night, 
mrs. farizal 
tiara lake park 
29-03-2012 , 00:18 am 

Wednesday, March 28, 2012

jangan tinggal makan malam


umur dah 29 tahun 5 bulan baru sekarang realized. 
mudah-mudahan boleh didik diri dengan pemakanan yang lebih baik. 


saya yg baru lepas lunch, 
mrs. farizal 
tempat cari makan 
28-03-2012, 1:55pm 

Saturday, March 24, 2012

Akibat sayang

Nape la segala voucher baru sampai bila orang dah selesai nyopping? Uhh... Anyway, tq tesco utk kesekian kalinya. Buat masa skrg setiaku masih padamu walaupun ikan2 kau makin hari makin tak rupa ikan, tapi barang kering lain ok!

Teringat pernah rugi RM 60 (voucher parkson) akibat SAYANG nak perabis guna (total voucher RM 160, RM100 sempat beli kasut kerja). Konon nak datang sekali lg, sudahnya LUPA dan tahu2 dah expired!

Moga tak lupa nak spend voucher ni!
Ada masa sampai 2014!

Nikmat balik kampung,
Mrs Farizal
Seri Melintang
24-03-2012

Sunday, March 18, 2012

AEON Ipoh Station 18 - Opening 29 March

Dah kata rumah dekat, haruslah senang nak jenguk progress kan. 
Petang petang minggu boleh buat lawatan tapak :P 

Maka, seperti yang diuar-uarkan oleh banting2 yang berserakan ini 
(saya pun nak uar-uarkan sekali lagi), 
AEON Ipoh Station 18 ni akan dibuka pada 29 Mac 2012, Khamis depan. 

Teruja kan?
Mahu tak teruja!
Rasa nak ambil cuti & tunggu depan pintu masuk je, haha 
Macam la seumur hidup kau tak pernah pergi AEON Mall lain teha 

Dalam entry sebelum ini saya hanya dapat ambil gambar di pintu masuk utama saja [tekan sini]

Di bawah ni pula adalah beberapa gambar hasil tawaf kami petang2 tadi.
Pun masih bukan semua angle dapat diambil. 






Pandangan hadapan, sekali lagi

Masih pandangan hadapan



Ini sisi (kiri)  


Nampaknya pasti ada Kenny Rogers & A-Look :) 



Ada juga Universal Traveller & Nandos (seperti wishlist saya - tekan sini). Arin, kau pasti suka! 


Menghala ke belakang 



Ini pun dari arah belakang


Wing belah kanan tak dapat nak lawat petang tadi, sebab jalan masih lagi dihadang oleh kon2 oren itu. 






Sekian, esok kerja! 

Tiara Lake Park 
18-03-2012 
23:33 pm

nahh.. anak musang

Bagi siapa yang tak kenal musang, 
nahh anak musang sesat yang jatuh di tepi lab kami. 
cute, and, fierce :P 









Tiara Lake Park 
18-03-2012 
23:10 pm 

Wednesday, March 14, 2012

cerita pinggan mangkuk periuk belanga

Bestkan bila dapat blogging sambil driving :P

Bukan bermegahan sekadar mengekpresikan keterujaan pada benda yang saya gemar, boleh dibuat bila2 masa dan di mana mana yang saya suka.

Mukadimah ntah apa apa kan. Sebenarnya nak cerita pasal periuk belanga. Kan dalam status FB itu hari ada bertanya2 pasal langkawi, hajat di hati tu ada, insyaallah kalau takda aral nanti:) 

Asal pergi langkawi je cakap pasal periuk belanga tu la orang perempuan, punyalah baaanyak benda menarik kat sana. Sejujurnya, kami dah lama tak ke Langkawi, kali terakhir pada pertengahan tahun 2008, masa tu dapat complimentary trip dari GentingHub, penginapan di Awana Porto Malai. Not bad. Aktiviti shopping masa tu lebih kepada sudu garfu & set buffet. hehe. 

Aktiviti membeli belah periuk belanga lebih rancak ketika kami berada di Perth (masa tu tahun 2009). Design Corelle kat sana lain dari yang biasa ada kat malaysia. mana tak juling bijik mata sebab satu set yang 16pcs baru 87AUD (bersamaan RM 260) di BigW masa tu, boleh pulak encik suami tanya "cukup ke satu set?" mahu tak beli 2 set kan?:p tapi, gambar set Simple Line ni takda pulak rasanya. 

Setelah bersusah payah mengangkut corelle dari perth, tahun yang berikutnya kami ke Singapore pulak (waktu tu christmas sales). nak pulak yang tukang bawaknya memang hantu periuk belanga (Fizah), hehe. bagai orang mengantuk disorongkan bantal la kan :P kali ni kami beli di TANGS. kalau dibandingkan dengan pasaraya lain seperti Takasimaya, TANGS adalah yang termurah. 

2 keping gambar di bawah ni adalah hasil curi-curi tangkap dalam TANGS. jelas tak price-tag tu? boleh nampak harganya tak? 



casserole sakura, 3 ketul ni SGD 99.90 kalau tak silap saya. set ni kami dapat beli 1 set:) dan nak mengawankan casserole ni kami ambik jugaklah 21 pcs dinner set sakura jugak - tapi set ni takda mug T___T 

Pandai-pandailah uols zoom price-tag nyer ya. masa ni kat TANGS, orchard road, spore. 



dapat jugak rembats 2 sets Herbs Green yang 16pcs harga dalam SGD 79.90 rasanya. Encik suami berkenan sangat sebab nampak lain design tu. Herbs Green tu yang macam kat sini [tekan sini] . Periuk belanga lain yang murah di Singapore adalah Tefal, terjemurus juga. huhu. 

oleh itu tak pasti berapakah harga periuk belanga tu di langkawi, ntah2 lagi murah dari kat luar. penat ja kami angkut dari luar, ahahaha. kalau langkawi lebih mahal RM 20-30 dari luar rasanya masih boleh tahan lagi. tapi kalau beza harganya ratusan RM, ai tak rela membeli di langkawi. huhu. 

haihh, mmg tak habis kalau cerita pasal periuk belanga, nanti nanti sambung lagi. siapa tahu harga periuk belanga di langkawi, sudi-sudikan tinggalkan komen kat bawah okeh ;) 

p/s : kalau nak tgk design2 periuk belanga pinggan dan mangkuk boleh ke sini World Kitchen Asia[tekan] . Tapi tak semestinya semua design available di Malaysia okeh;) 

bye dah ngantuk! 

love love, 
mrs. farizal 
14-03-12 
00:04 am 

Tuesday, March 13, 2012

Bagelen Special Butter : Kartika Sari


Petang-petang macam ni alangkah indahnya kalau pekena 
Bagelen dan Kopi O, atau kalau nak masyuk lagi dengan 
OldTown White Coffee. 

Nikmat makan ketika hujan. 


* Bagelen (sorry hanya tinggal plastik bag nya saja, rotinya dah habis) : adalah sejenis roti mentega yang sangat sedap dijual di KartikaSari,  Bandung. Ianya rangup dan mudah cair dalam mulut. Sedap uols! Menyesal beli 1 pek saja T____T 


perut keriuk keriuk, 
mrs. farizal 
Very Romantic Institute (VRI) 
13-03-2012
5:54 pm 

Friday, March 9, 2012

Aeon Ipoh Station 18

Rasanya ramai yang sudah tahu tentang Aeon Mall kedua di Negeri Perak, iaitu di Station 18, Ipoh. Sempena dengan penjenamaan semula nama Jaya Jusco Stores Bhd kepada AEON CO. (M) BHD, mall ini telah diberi nama Aeon Ipoh Station 18. Kalau dulu, semua orang panggil Jaya Jusco tu "JJ" kan? Skrg ni fikir-fikirkan lah nickname baru ;) 

Lokasinya berhampiran dengan kediaman saya, rasanya 5 minit pun tak sampai dan sudah tentu faktor utama untuk menyesakkan trafik di kawasan kami. trafic light pun dah bertambah. hukks! 

Di bawah ni ada beberapa gambar yang saya ambil minggu lepas, dari arah gerai makcik sedap yang betul-betul berhadapan dengan Aeon Mall ni.  gambar pun gambar henpon je okehh. 


wing paling kiri dari pandangan saya waktu tu la



bahagian tengah yg saya kira mestilah main entrance untuk mall ni



ini pula wing yang kanan sekali


wing yang tengah tadi



Carpark pun nampaknya dah siap. 

Dengan keluasan 17.6 ekar, 160 lot kedai dan 2,300 tempat parking kenderaan menjadikan AEON Ipoh Station 18 ni di antara 5 AEON Mall yang terbesar daripada 29 buah mall nyer di Malaysia. AEON Mall yang terbesar adalah AEON Bukit Tinggi, Klang yang berkeluasan 26 ekar serta 5,000 kapasiti parking (merupakan Mall yang ke-3 terbesar juga di South East Asia). 

Suka hati sebab ada mall yang dekat dengan kawasan rumah. maknanya senang nak berdating dan tengok wayang dengan sang suami, keluarga, mahupun berdating dengan diri sendiri. senang nak main bowling (harap ada bowling kat dlm), senang nak cari makanan bila tiba hari malas masak, senang nak cuci-cuci mata bila-bila suka, boleh singgah ontheway balik kerja saja. 

Saya begitu mengharap senarai kedai-kedai dan restoren berikut ada di AEON Ipoh Station 18 ni :- 

1) Kinokuniya (sbb MPH & POPULAR dah ada kat AEON Ipoh) 
2) Crabtree & Evelyn
3) L'OCCITANE EN PROVENCE
4) Charles & Keith 
5) Kenny Rogers (pls, supaya ai takyah gi jauh2) 
6) Manhattan Fish Market (pls, kat ipoh takdak) 
7) Sushi King (pls also, nearer pls) 
8) Secret Recipe (pls, am a big fan of u, pls) 
9) Dominos (yes, we definitely need u nearer) 
10) last but not least, HABIB (pls, ipoh takdak, terliur tgk promo hanya di FB) 
11) Longchamp setidaknya, lagi bagus coach (jgn harap ai nak beli kat mall kat blog berlambak murah2 direct dari US/EU, tapi setidaknya ai boleh feeeel, tengok & cuba)

Oh ya, khabarnya dah nak beroperasi hujung Mac ini. 
Sama-sama kita serbu ok:) 


saya teruja, 
Mrs. Farizal 
Tiara Lake Park 
09-03-2012 
8:28pm 

Wednesday, March 7, 2012

Zahir di mulut zahir juga di hati

Dialog kat Tesco hujung minggu lepas (yang saya mencari whisper keliling tesco & guardin tapi hampa tu). Disebabkan takda apa dah nak beli, saya pun pergi ke tempat froozen dan mencari aiskrim. 

Saya ambil 2 kotak cornetto mini yang dalamnya ada 6 pcs tu dan terus ke kaunter. Lalu saya disapa oleh adik cashier tu (lelaki, mungkin umur sekitar 18-20 tahun) 

"banyak beli aiskrim kak"    adik cashier , sengih.
"oh, biasalah dik, anak ramai"    jawab saya , gelak. 

"haa, anak ramai, berapa anak akak?"    adik cashier, serius. 
"ala, 6 orang je"     saya, tahan senyum 

"haaa, ramainya biar betui" adik cashier, terjatuhkan tesco-clubcard saya yang dia nak pass semula pada saya 


motip saya bukan nak cerita saya perasan muda atau perasan tua. 

cuma nak kata, 
orang yang suka cakap loyar buruk pada orang, 
harus siapsedia untuk diloyarburukkan 
baru kau layak cakap loyar buruk :P 

orang yang suka melaser orang
harus siapsedia dan tahan bila dilaser orang 
baru kau layak melaser 

orang yang mengumpat mengata orang 
harus tahan dan kebal caci dan maki
baru layak kau mengata 

kalau mengata orang je pandai tapi bila kena diri sendiri kau opocot sana sini 
kau taklayak mengata orang dan eloknya duduk diam2 saja. 



saya tak meroyan, malah tengah senyum simpul. 


"......Apa yang dizahirkan di mulut semestinya terzahir dahulu di hati, Cuma ada kalanya mungkin tak sempat diproses dek otak, kemudian sesal bila sedar ......." 






night, hug, 
mrs. farizal 
07-03-2012 
00:02 am 



Tuesday, March 6, 2012

Sental sental muka dgn FT Cleansing Gel

Dulu pernah saya kongsikan pasal Facial Treatment Essence (FTE) or lebih dikenali dengan miracle water yang menjadi must-have item or killer product SK-II sejak lama dulu. Setidak tidaknya semua wanita telah cuba/mesti nak cuba pakai FTE walaupun tak pakai skincare set yang full dari SK-II. Betui ka tarak betui ka? :) 

Tapi kali ni taknak cerita pasal miracle water tu (dah terrr lalu banyak review, cik cik sekalian boleh google ya). Now nak kongsikan pasal salah satu produk SK-II yang bagus juga tapi kurang publiblisiti iaitu Facial Treatment Cleansing Gel (gambar seperti di bawah ni) 

Ekceli nak tunjuk mana rupa gel dalam tu, tapi gambar ni tak nampak pulak. 

Gambar2 yg sy kongsi ni adalah FT Cleansing Gel yang berfungsi bukan setakat make up remover tapi BIG advantagenya adalah deep cleansing, serta mengandungi Pitera jugak. Cara pakainya pun unik di mana kita perlu direct applykan gel tersebut pada muka yang kering. Gel pada mulanya likat (dah nama gel mmg likat la kan) akan jadi cair seperti liquid bila kita gosokkan di muka selama 2-3 min. Dan kemudian kita boleh bilas dan cuci pula dgn FT Gentle Cleanser macam biasa. 

Agak2 nampak tak isi dalamnya, warna macam putih2 kilat2? dah tinggal kerak kan, memang dah nak habis pun :) 


Hasilnya?? 
Believe me, hasilnya semua whitehead & blackhead CONFIRM keluar semuanya. Ya, saya berani jamin SEMUA keluar. Anda akan dapat rasa satu macam bersih kat muka! 

Harga?
Saya kurang pasti, sebab saya belum pernah beli. FT Cleansing Gel yang sy pakai sejak 3 tahun lepas adalah FREE. Free, sebab saya redeem point, hikss. Utk redeem Cleansing Gel ni point kena ada 2,000. Dah 2 tahun berturut saya dapat redeem. Masih nak redeem benda yang sama,sbb SGT best. 

untuk barang2 redemption akan ada pricetag gini lah:P melampaulah kalau harga 1 sen kan:P 

Dua FT Cleansing Gel yang sama. Cuma yang kiri adalah yang tinggal kerak kat atas tadi,
dan yang kanan masih lagi ber'seal' sebab baru redeem tengah tahun lepas. 

Ini belah belakang botolnya. Utk 100g ni, percaya atau tak, saya boleh pakai 1 tahun hokeyyy! 



Ini pulak packaging dia :) 


Soalan : Cemana pakai FT Cleansing Gel yang cuma 100g boleh tahan setahun?? Ko pakai ke tak pakai sebenarnya Teha ? 

Jawapan : Perlu diingat bahawa ini adalah FT Cleasing Gel a.k.a Make up Remover, ianya berbeza dengan FT Gentle Cleanser. Maka, cik puan semua tak perlu pakai sampai 2,3 kali sehari. memadai sekali sahaja, iaitu malam. dan bukan pakai banyak mana pun. Kalau ikutkan saya pulak, hari yang saya cuma pakai bedak johnson&johnson (tak pakai compact powder atau foundation-adalah sgt jarang sy pakai foundation) memang saya pakai FT Gentle Cleanser (pencuci muka biasa SK-II) tu saja. memadai sangat2. cukup bersih dah muka. 


Soalan : Redeem point. 

Jawapan : Biasanya beautician kat kaunter tu akan explain. Cik puan semua kena redeem point sebelum expired date. dan bukan setiap masa item2 tu in-stock, jadi janganlah terkejut kalau kena tunggu 1-2 bulan. ( it happened to me, last december nak redeem 2x facial lift emulsion, baru semalam dapat call item baru je available utk diclaim) 

Review pasal SK-II Product di sini : 




sekian, nak tidur dah, 
Mrs. Farizal 
06-03-2012 
11:13 pm 








Sunday, March 4, 2012

kasih sayang sampai syurga


























Darah daging saya, keluar dari perut yang sama. 
Keluarga kita tidak punya harta, apa lagi nama. 
Penuhkan ilmu berguna di dada, 
itu saja harta yang ada, 
Untuk bekalan akhirat dan di dunia. 

Jaga diri, hiasi peribadi. 


p/s : korang, mentor 6 baru start eh? 


kasih sayang sampai syurga

tiara lake park 
04-03-2012 
8:51 pm 


Saturday, March 3, 2012

Land below the wind :: Sabah

Assalamualaikum, salam hujung minggu. 

Lama rasanya tak menulis yang betul-betul menulis. Kebanyakan entry akhir-akhir ini adalah entry 'wordless', yang tak tahu hujung pangkal. buat pening orang baca ja tak faham apa benda. 

Entry kali ni, cerita pasal Trip Cuti Sekolah Hujung Tahun 2011. Ahli rombongan cik kiah ke negeri di bawah bayu ni terdiri dari 10 orang. hehe. best kan jalan ramai2 ni, meriah! :) 

Day 1 : Perjalanan dari Ipoh - LCCT menaiki Star Shuttle. Harga RM 42/seorang. Ambil masa 3 jam 30 minit, terus ke LCCT. Info mengenai Star Shuttle di sini ya (klik sini). Check in di Promenade Service Apartment, Kota Kinabalu yang terletak lebih kurang 20 minit dari Kota Kinabalu Airport. Untuk info mengenai Promenade Hotel pula boleh refer di sini (klik sini ya) 


Family Room : pandangan dari sofa. 2 katil queen bed (duduk 2 orang saja), haha. Spacious kan? its worth it. 
 
Promenade Service Apartment, Family Room only RM 90.00 / night (ini ruang lepak & makan).
Kalau Standard Room only RM 50.00 / night (kelengkapan 2 single bed + kitchen)

Sesampainya di bumi KK, kami di ambil oleh Van 12 seater yang kami tempah awal. Sesiapa yang berminat boleh leave comment di bahagian bawah entry ni okeh, insyaAllah nanti saya beri nombor telefon orang tu. Untuk meronda2 kami sewa 2 biji kereta (persona + sentra),  RM 120.00 sehari. 

Belah malamnya kami cari makan di sekitar Pasar Filipino, setiap malam ada gerai2 makan kat situ. Believe me, memang heaven seafood kat sabah! 

lobster ni RM 200-250 seekor. Udang yang sederhana tu RM 20.00 seekor, yang paling kecik tu (hujung sekali) RM 10.00 untuk 3 ekor. 

sotong ni rasanya 1 cucuk (3 ekor kecil) ialah RM 10.00 

Chicken wing ni pun famous kat pasar ni, RM 1.50/wing

buah ni pulak RM 2.00 sahaja. 

ketam ni tak sure harga, kami tak ambil menu ketam, cuma tangkap gambar saja. 

lengan besar ka udang besar? heaven! 

ni pula kat area "basah", peniaga jual hasil laut walaupun dah malam. 

Day 2  : Berbekalkan GPS yang dibawa bersama, kami sekeluarga pun menuju ke Kinabalu Park yang terletak di daerah Tuaran, terima kasih PapaGo!. Perjalanan ambil masa lebih kurang 2 jam dengan cara pemanduan selamat, hehe. Sepanjang perjalanan ke Kinabalu Park kita akan lalu di beberapa pekan kecil seperti Telipok, Tamparuli dan Tuaran, serta Kundasang. 

Seeloknya nak ke mari biar awal pagi, kabus tak terlalu tebal. Tapi tengok jugak macamana cuaca, timing kami tak berapa nak baik, hari hujan, memang tak nampak puncak gunung dari dataran yang disediakan, huhu T__T 

hujan masih renyai. 

@carson fall. mesti sejuk airnya nihh!


Tanda pengenalan setiap pelawat yang ingin membuat pendakian
(walaupun hanya ke Checkpoint pertama iaitu Layang-layang). Sorang pakai satu! 



Track untuk pendakian. Untuk pendakian 750 meter, kami ambil masa 1 jam 10 minit (2 hala). huhu. 

Selepas selepas pendakian (haha, bunyi mcm daki sampai puncak je, padahal 750 meter pun dah semfuttt, tambah lagi daki dlm hujan), kami terus ke Pekan Kundasang untuk makan tengahari, dan teruskan perjalanan ke Poring Hot Spring (Kolam Air Panas) yang terletak di Kundasang. 

Bagi pelawat yang telah bayar yuran kemasukan di Kinabalu Park masuk sini tak perlu bayar dah, cuma perlu tunjukkan tiket tadi.  


Ini pula kolam air panas terbuka. Setiap kolam ada paip air panas & air biasa, jadi harus pandai2 sendiri nak adjust kepanasan di tahap keselesaan masing-masing. 

Masa saya ke sini tahun 2006, masih ada jambatan gantung, tapi nampaknya dah digantikan dengan jambatan konkrit.
Mungkin atas sebab2 keselamatan juga :) 


Ini pula tempat rendaman air panas, kalau anda perasan, ada 3 kolam, berbeza tahap kepanasan air tu:)

Rock Pool ni tempat budak, mak budak dan bapak budak mandi, airnya air biasa, bukan air panas 

Balik dari Hot Spring dah pun menjelang malam, nak tengok Rafflesia pun tak dapat sebab dah gelap. Tak jauh dari kawasan Hot Spring ni ada kawasan Rafflesia tapi hampa T__T. Bergambar di Jambatan Tamparuli pun tak sempat sebab dah malam jugakk. 



Day 3 :  Awal pagi kami ke Pasar Filipino untuk shopping mutiara Trip1 (shopping mutiara ada banyak trip sebab hotel dekat dengan Pasar Filipino:p). Selepas tu, kami habiskan masa di Lok Kawi Wildlife Park yang terletak menuju ke daerah Penampang. 

lain-lain binatang mungkin sama di mana2 wildlife park, 
cuma Proboscis Monkey  saja yang special,  hanya ada di Borneo!  (Credit gambar : Abg Arman)

Entrance Lok Kawi Wildlife Park. Tak ingat berapa fee nya, tak silap RM 16 untuk dewasa.  (Credit gambar : Abg Arman)
Selesai di Lok Kawi Wildlife Park, kami ke Monsopiad Cultural Village yang berdekatan. Apalah ertinya ke negeri di bawah bayu ni kalau tak berkesempatan melihat tradisi masyarakat di sana dengan lebih dekat, ye tak?:) 

Complimentary Drinks :: Tenom Coffee & Tea.
Enak sekali!


Ini pula House of Skulls, yang menempatkan tengkorak2 zaman purba, ada sejarahnya. Saya tak berapa ambil port, sebab tak minat benda2 mistik tak tentu hala ni :) 

Kaunter Masuk ke Monsopiad Cultural Village.
Entrance Fee : Dewasa (RM 55.00), Kanak-kanak (Percuma), Waga Emas (RM 25.00)
Sangat2 berbaloi!



Jambatan Gantung (frust tak dapat naik Jambatan Tamparuli kan;p) 

percubaan makan ulat sagu

percubaan main permainan tradisional sabah



kenangan dengan penari 

tarian buluh

sumazau 



Day 4 : Island Hopping merupakan aktiviti yang pada mulanya tak menjadi keutamaan kami di sana, tapi nak dijadikan rezeki, biras saya (cikgu arman) & pakngah ada peluang berborak dengan salah seorang agen Island Hopping sewaktu menunggu kaum2 ibu shopping di Pasar Filipino. 

Kami pun ambil keputusan untuk sewa satu speed boat. Tak salah saya untuk Pakej Island Hopping ke 2 pulau (Manukan & Sapi), mereka kenakan RM 30 seorang tak termasuk sewa alatan snorkeling. 



Pengalaman dilambung ombak yang bestt! (en.rizal kata saya confirm fail kalau nak kerja offshore:p)





Kami tiba ke darat semula lebih kurang pukul 5 petang. Puas hati. Seronok. Air jernih, walau tak pakai kelengkapan snorkeling pun boleh nampak dengan mata kasar ikan berenang-renang mengelilingi kita. Indah sungguh ciptaan Allah.  


Day 5 : Harini kami mengunjungi Pasar Ikan Masin untuk buah tangan dan stok ikan masin setahun, hehehe. Tak sah kalau tak singgah kan;) Kami juga  habiskan masa tawaf Pasar Filipino kesekian kalinya. Belah malam pula kami ke 1Borneo Hypermall yang terletak berdekatan dengan Universiti Malaysia Sarawak. 

Day 6 : Kami bersiap pulang dan selamat tiba di LCCT pada pukul 3:30 petang. 



Rekomendasi : 

  • Menginap di Promenade Service Apartment adalah advantage sebab baaanyak kedai di bawah apartment, restoren makan yang baaanyak dan sedaappp. Selain itu, mudah sebab walking distance ke Pasar Filipino, Plaza Central, Plaza Warisan dan macam2 kedai lagi. Worth money. Highly recommended. 
  • Pendapat saya, tak payah pakai tourist guide, sebab insyaAllah kita boleh manage sendiri tempat yang nak dilawati. TAPI, kena banyak homework BANYAK jugaklah:) 
  • Makanan tak perlu risau, di KK sendiri baaanyak pilihan restoren makan. Cuma pastikan restoren tu halal. Restoren seafood baaanyak, tapi banyak restoren cina, tu sebab kami makan seafood di gerai saja, boleh tahu orang islam tak islamnya. 
  • Kalau nak ke Poring Hot Spring, pergilah awal pagi, sebab ada baaanyak lagi aktiviti menarik kat dalam tu (not just mandi air panas). Dan lepas tu, boleh ke Rafflesia Centre untuk tengok sendiri rafflesia - kena masuk hutan, rafflesia hidup meliar. 
  • Tawar menawar di Pasar Filipino, tawarlah habis-habisan. Kalau barang2 perempuan seperti brooch, rantai tangan, rantai leher mutiara adalah amat-amat berbaloi ambil baanyak sekaligus. Kalau brooch tu ambillah sekali satu papan, kemudian pandai2 lah bahagi2 kan :) 
  • Ambillah peluang daki Gunung Kinabalu walaupun kilometer yang pertama saja (1st 1 km) macam kami. Puas hati! 




Tiara Lake Park 
03-03-2012 
6:02 pm 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...