Social Icons

Monday, August 30, 2010

1Malaysia Menjana Transformasi&tol PREE!

semangat lepas sahur hari ni. semangat merdeka. semangat jalur gemilang. semangat blogging. semangat jugak menyahut kempen 1 blog 1 bendera ini..!

dengan murah hati Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd (LITRAK) memberikan tol percuma selama tempoh 24 jam bermula 12.00 tengah malam ini (malam 31 Ogos) hingga 12.00 tengah malam keesokkan hari. terima kasih daun keladi.

Selain itu, Lebuhraya Utara Selatan dan Lebuhraya Seremban-Port Dickson; Linkedua Sdn Bhd (Johor Bahru ke Singapura) serta Elite Sdn Bhd (Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah) juga turut memberikan diskaun sebanyak 20% pada hari kemerdekaan tahun ini. bagus kan. tol dah pree, jadi memandulah secara berhemah. ngeri bila dengar kisah kemalangan di hari2 perayaan, mohon dilindungi dari sebarang musibah sempena hari bersejarah tahun ni.

di kesempatan ini jugak, sempena hari penuh bersejarah diucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan ke 53 buat semua warga Malaysia tak kira di mana berada. sambutannya pulak akan diadakan tertutup di stadium bukit jalil sempena bulan mubarak ni. sama-samalah kita renungkan erti kemerdekaan dan melakukan transformasi ke arah yang positif..!

klik sini untuk lebih semangat 1Malaysia Menjana Transformasi..!


Saturday, August 28, 2010

landskap oh! landskap :: hasil berkebun

oh letih dan sgt letih. berikut adalah hasil berkebun hari ini, hingga pukul 12 tengahari tadi. entry kali ini akan lebih pictorial, sebab tak larat nak merapu, larat nak gogok ais kacang je skrg ni. ekkekeke. tak baikkkk teha, anda bukan budak tadika baru belajar puasa ok:p


1) sebelum tanam rumput, kena tanam pokok dulu. baru senang nak identify kawasan yang tak perlu tanam rumput. kami pilih dua jenis pokok ni, iaitu ;


nama : taktau (org nursery pun tau nama cina saja). tapi org cina kata baanyak ONG.
kelebihan : senang jaga. daun kaler maroon-hijau, ade bunga kaler maroon terang. nice jugak. bunga takda bau


nama : lohan (cina nursery tu yang kata)
kelebihan : senang jaga. baja kopi sebulan 2 kali. oksigen tinggi. pun always peberet sebab ONG. bukan kami pedulikan ONG atau tidak, masalahnya yang kami berkenan tu adalah yang ONG:p

2) lepas tanam pokok kalau ada aksesori yang dihajati kena pasang aksesori dulu. kami letak batu sungai. sangat simple. beli kat Jln Kuala Kangsar, RM1.80 per KG. hadoih mahaiii!


3) dah tanam pokok besar tu, boleh tanam rumput dah. kami beli patches, philiphines grass. kata horticulturist yg paaling senang jaga. kata org nursery pulak yang paling tinggi permintaan skrg. untuk keluasan tanak depan dan belakang kami, estimated perlu 85 patches. harga di ipoh standard je, 3 patches = RM10.00. kalau di sungai buloh, selangor mungkin murah skit:)


4) sambil2 tu kami tabur batu jugak dalam alur longkang yang dah dibuat masa renovation dulu. batu ni ada pelbagai saiz. dijual dengan harga RM 13 - RM 15 per pek (18kg).

Tadaaa...! dah siap dah menjelang tengahari tadi. huhuuhuuu... akhirnya. Lepas tanam rumput ni letakkan sikit baja dan kemudian siram dengan air yang banyak untuk galakkan attachmentnya kat pasir kita. untuk 2 minggu terawal, kena siram sehari 3kali. lepas2 tu memadai sehari sekali. dan jangan lupa letak baja:)

en.rizal bersama cik lohan yang hijauuuu. pokok ni boleh di-trim jadi bola2. kena sabar tunggu dia besar skit. ok, letih jugak ni. gambar kawasan belakang rumah belum upload lagi.

landskap oh! landskap :: siri 2

aktiviti hari ni. berkebun. yer, mesti berkebun. takde pilihan.
kalau malas2, nanti hari raya rumah macam sahara desert. sanggup?:p

ini gambar desert yang akan diusahakan sempena cuti 3 hari ni. hadoih, walau tak luas mana, hanya sekangkang kera, tetap bisa menggegar kepala lutut dan anak tekak jugak di bulan puasa ni. huhuuu.


kawasan target iaitu terrace yang sekangkang kera ni. lebih kurang 10ft je kelebaran tanah tepi kami ni. kalau 20ft mau pengsan ok (tak buat lagi dah serender nak pengsan:p). keluasan tanah dah kurang sebab dah dibina concrete slab yang kononnya untuk berparty2, minum kopi serta tidak ketinggalan main pingpong. di bahagian atas slab ni pulak terdirinya tempat dating berkepung tempered glass yang dikongsi sepakat bersama jiran sebelah. takdelah, ekceli kami ganti balcony lama dengan balcony baru yang lebih lebar. fungsinya sebagai ruang santai jugak. nanti kalau ada masa cerita pasal balcony baru, sekarang pasal landskap bawah saja dulu:)


lebihan tanah di ruang sebelah porch kereta. ingat nak tanam rumput dan 2 pokok. nanti dah siap ai update hasilnyer yer. lepas tu sesiapa nak suruh kami buat landskap dialukan, janji support pizzahut sebulan ok?:p (perasan lebih, padahal ape pun tak buat lagi...hihihih:p)



ini pulak lebihan tanah belakang yang bakal ditanam rumput dan sedikit pokok2 jugak.


ni kawasan bawah concrete slab. cadang nak letak pokok yang tahan redup dan kerusi meja untuk outdoor. tapi KIV dulu bawah slab ni, nak concentrate kawasan tanah dulu. huuhu.

ok, en.rizal dah 2,3 kali bagi hint suruh cepat sikit pakai uniform dan berkebun. sat lagi tengahari panas ade pulak yang gogok air..huhuhu. oklah yer, nak berkebun dulu:)




iftar dengan pak shuhay

khamis baru-baru ni saya cuti kerana urusan keluarga di teluk intan. walau cuti berderet sebab nuzul quran jatuh hari jumaat, namun tak dapat bermalam di sana sebab ade janji pulak dengan macam2 orang di rumah sendiri keesokkan harinya. jadi lepas berbuka puasa bersama bapak, ummi dan en.noramin di sana kami balik ke ipoh semula.

en.noramin yang bukak cadangan supaya kami sekeluarga berbuka di luar. akibat last minute, tak sempat nak book awal sangat, jadi kami pilih restoren sutera bayu ni. lokasinya berhampiran dengan Tabung Haji dan LHDN teluk intan (depan padang bandaran). restoren ni ada lagi satu cawangan, Sutera Indah yang lebih eksklusif, menu lebih mengancam, tempat air-cond, tapi tu lah, disebabkan last minute, jangan berangan ok. tapi sutera bayu turut tak mengecewakan! sedap2 jugak sumenyer.


orang pakai baju pink ade nampak kurus skit tak?:p kuikukuii..

Ketibaan bapak & ummi. mcm ramai je rakyat datang byk2 keta,huhu.

bapak kata "restoren sane dan tak kawan dgn restoren sini":p opss! tetttt!

ini bukan ai yang order ok, pak shuhay yang order ok. bapak borek anak rintik:p btw, ayam lemon tu sedap. siakap pun boleh tahan fresh.


membazir itu sahabat setan. lalu tinggal la kepala ikan je yg tak dibaham, heeehe:)

minggu depan balik lagi, nak ambik tempahan kuih raya, baju raya, dan yang sewaktu dengannya. oh baju raya, sila jangan buat hal macam tahun lepas ok:p



Thursday, August 26, 2010

kuih raye dan RM500

Ini adalah juadah berbuka puasa kami semalam. org kampung panggil ayam kluk-kluk:p hihiii.. takdelah, ni ayam kluk-kluk dari rumah berdepan dengan surau tempat moreh. sempat snap gambar sementara tunggu giliran amik moreh:p


Ok, sebenarnya nak cerita ke-excited-tan sebab dah dapat sebahagian dari kuih raya yang diorder (tu pun nak excited ka teha?:) excited sbnrnya sebab sumenyer sedap2 belaka. takut jadi kes tester je sedap, dah dapat hampeh lak. makanya kredit kepada akak yg tukang jual, iaitu Kak Fiza. Import dari Sg Petani kuih raya ni. mmg sedap, lemak berkrim disukai ramai. yang atas ni namanya Famous Amos, mmg rase macam famous amos pun. bestt!


yang ni namanya Balqis. pencinta coklat mesti suka sebab rasa coklatnya kelat skit. kawww gitu. i like!


ni pulak nama diberi Cheese Tart. lembut & cair di mulut. shedap jugak. haiih la, penuh tepung je la dalam perut raya ni ye dak.

Itu kisah biskut raya yang saya pun tak sangka punyalah cepat sampai. lagi 2 minggu nak raya tu. errrr...oleh itu kena buat sesuatu mengelakkan terhabis sebelum raya. huhuhuhu. Ada lagi kuih raya yang tak sampai. oh kejap, berapa jenis saya order kuih raya ya, dah lupa! hahahaaa..

ok, topik RM500 pulak. terima kasih la pada Najib Tun Razak (NTR) sebab consider rakyatnya semua kena bayar duit kuih raya, duit beli baju raya, duit nak tukar untuk buat duit raya pada budak2, duit minyak & tol balik raya untuk mereka yang nak balik kampung jauh2 tu. kalau kata RM500 tu tak cukup karang kufur nikmat pulak, jadinya alhamdulillah juga, boleh jugak saya tambah order biskut raya. hahahha! takde lah, tahun ni penuh dengan kesederhanaan, insyaAllah! heeehe:)

khas untuk NTR, harapnya bila subsidi minyak dah dikurangkan, harga barangan runcit asas pun dah dinaikkan, RM500 pun dah diberi untuk habuan aidilfitri, jangan lupa consider bonus kami waktu bincang belanjawan national budjet nanti yer? kalau tak sehingga 2 bulan gaji pun, memadai lah dengan sebulan gaji, ye dak? cmon la, semua dah naik, takkan la takleh nak kasi reward kot kat backbone2 anda ni?

ok, ok. siapa lah saya nak bebel panjang. CUEPACS nyata dah jalankan tugas sebaiknya. saya ni tau nak meroyan je. tak baik puasa2 ni meroyan kan. baik baca quran ye dak.



Wednesday, August 25, 2010

sahur bertemankan nurkasih:)



hari2 sahur kami bertemankan nurkasih.
entah berapa kali dah ulang, mula2 di tv3, lepas tu di tv9, dan ke tv3 semula bulan puasa ni.
strategik masa siaran, 5.00 - 6.00 pagi. hehe.
celik mata terus bukak tv3 buat teman masak hinggalah ke sahur.

episod hari ni Adam ke mumbai.
lepas episod ni maknanya adam takkan keluar hinggalah akhir episod nnt.
episod2 lepas ni akan highlight kan keberantakan rumahtangga Aidil-Alia kerana dek penangan Sarah. Oh Sarah! kalau hang jadi adik ai, dah lama ai lempang you sebab buat perangai bukan2.

tapi nyata sekali, kalau tak ada watak sarah, maka konflik cerita ni tak semenarik dan seberat ini. syabas buat semua pelakon. mmg mantap la!

p/s: teringat fizz fairus main dalam movie Anak Halal!



Tuesday, August 24, 2010

entry di kala lunch break

baru lepas buat labwork dgn labmate semua.
mata sebenarnya berat nak berlabuh, tapi di tahan-tahan.
sebab petang nanti ada lagi task yang perlu disambung.
tak seronok buat kerja sambil bengkak mata tanda baru lepas lena.

semangat hari ni nak mulakan kerja.
semalam big boss panggil meeting untuk tanya progress unit.
segerombolan sekawan pun ni pun pergi mengadap big boss.
dalam hati suspend jugak, sebab apa-apa hal saya yang answerable untuk setiap hal.
takboleh nak ngelat ok. beratnya amanah!

alhamdulillah, nampaknya big boss puas hati bila dengar kemajuan kami.
senyum dia bila dengar beberapa findings yang berpotensi untuk diketengahkan lagi.
bukan satu yang kami laporkan, tapi tiga. ketiga-tiganya mampu bersaing dengan produk2 lain di pasaran kalau diketengahkan dengan cara yang betul (since we serve for the government, its not that easy to commercialise our product).

excited dengan apa yang telah dilaporkan, big boss terus teruja nak melawat lab kami. katanya nak tgk "in real" apa yang kami sebut2kan. alhamdulillah sekali lagi, big boss senyum sampai telinga lagi. big boss terus suruh submit semua write-up & bagi green light untuk kami proceed dengan proper packaging dan pamplet promosi. Sekurang-kurangnya kalau belum boleh dikomersialkan ke pasaran pun, boleh digunapakai oleh mana-mana researcher lain dalam jabatan, RI lain serta universiti!

untuk senyuman big boss itu, lalu saya dengan besar hati mengucapkan tahniah tak lupa ribuan terima kasih kepada semua lab-mate unit monoklonal di atas segala effort dan contribution setiap orang! En Ali sifoo, cik naama, en fuad, mr ganesan & en.atan. million of thanks guys!

p/s: nak celebrate makan2 bulan puasa pulak, KIV raya nanti!:D

Monday, August 23, 2010

Petronas :: Kekuatan sebenar terletak pada HATI!



Agency: Leo Burnett Malaysia
Film Director: Hafiz Ibrahim
Creative Directors: Tan Yew Leong/ Ali Muhamad
Art Director: Tan Yew Leong
Copywriter: Sheikh Azraai Azmi
Production Company: Chilli Peppers
Senior Producer: Michelle Fung
Other credits: Mohd Effendy Harjoh, Raja Affandi Jamaludin


Banyak mesej disebalik iklan MERDEKA Petronas ni.
3 pemuda yang berjiwa besar dan inovasi yang boleh dibanggakan.
Kredit kepada semua team production!
memang terkesan di hati!

p/s : jom renungkan sejenak, sebanyak mana yang telah kita sumbangkan kepada negara tercinta. terbayarkah keringat nama-nama besar yang berjuang ke arah kemakmuran kita semua dengan apa yang telah kita sumbangkan sekarang?

jangan jadi yang mudah lupa..!

"kekuatan sebenar terletak pada hati"



@@Peraduan Teka & Menang oleh Miza Yusof@@


kawan-kawan semua,

jom join giveaway contest "Peraduan Teka & Menang oleh Miza Yusof " yang telah dianjurkan oleh siapa lagi kalau bukan Miza Yusof sendiri..! Anda juga boleh klik pada banner di sidebar sana untuk menyertai peraduan ini tau..:)
Terima kasih kerana anjurkan giveaway ya Miza Yusof!

Jawapan saya untuk peraduan ini adalah :
a) Jumlah nilai topup Digi RM 5 = RM 105.00
b) Jumlah nilai topup Digi RM 10 = RM 330.00
c)Jumlah nilai tambah = RM 435.00

Harap-harap betuilah tekaan ku ini..hehe:)
sebab mata pun dah bertambah dari 2 ke 4:p

Untuk kawan-kawan blogger lain apa kata turut serta, saya tagged :
a) jaybommies
b) kak dayah
c) asleenda

cheers!

Sunday, August 22, 2010

landskap oh! landskap :: siri 1




misi harini adalah ke nursery sekitar ipoh untuk melaksanakan task yang satu iaitu landscape/garden. lokasi yang diserbu adalah sekitar Jalan Kuala Kangsar, Ipoh. Buat yang kurang familiar dengan Ipoh, Jln Kuala ni famous dengan Pottery shop, barangan pengantin, nursery, tak kurang jugak kedai kereta:p Jadi musim pengantin, musim nak raya, err.. tak bermusim pun orang akan penuh saja (tetiba rase nak bukak bisnes nursery plak:p)

ni contoh sempoi yang ada display kat kedai ni. ada banyak lagi display, dari yang simple hinggalah ke fountain dan kolam. style bali, mahupun japanese style.

kawasan rumah yang nak digodek sekangkang kera jer. 2 tempat, yang hadapan lebih kurang 10 x 15 feet, yang belakang lebih kurang 10 x 10 feet. luas tanah dah berkurangan sebab kami dah bina concrete slab di kawasan terrace tepi rumah. kami decide nak mencurahkan air di daun keladi, ekeke.. bukan! nak mencurahkan tenaga sendiri untuk taman di rumah sendiri (kalau boleh dipanggil taman la, hahaha!) dengan bermodalkan ilmu yang TIADA di dada, maka kebelakangan ini terpaksalah beli majalah2 landscape contohnya Laman. Dari situ sebanyak mana info yang dapat kami gather kan. Lalu terhasillah rangka plan landscape yang dihentam keromo.

Lalu pagi ini kami ke sebuah kedai di Jln Kuala. nama lupa pulak,hoho! Kedainya ada banyak barang especially accesorries untuk garden/landscape (tak kisah la nak panggil mana satu yer). Pokok2 bunga & pokok2 hijau jugak tak ketinggalan. Banyak pilihan. Ditambah pulak dengan geng adik-beradik tokey kedai yang ramah mesra, sanggup demo kami macam2 style of decoration. terima kasih sangat2! tak sama ilmu dalam majalah dengan ilmu "live" dengan horticulturist ni. huhu!

Lalu untuk habuan mata, saya pun snap beberapa gambar untuk tatapan bersama (ade ke orang nak tatap :p).

ai geli tengok kata besar giant ok?



sang burung yang keseorangan


Si katak hijau dan ladybird



Mushroom pelbagai size, ni antara yang terkecil. ada baaaanyak lagi yang besar gedabak!


Ini antara batu-batu hiasan yang available. ada footstep, ada batu yang jual per pack. ade jugak yang jual per KG! batu sintetik dan batu sungai.


en.rizal tengah ushar batu sungai! yang ni jual per KG!! siapa rasa membazir boleh pi redah kat tepi2 sungai, gerenti baaaanyak!

Di kedai ni kami hanya beli accesorries saja, itu pun yang difikirkan perlu dan mampu nak dikerjakan! pokok2 dan rumput kami tak beli di kedai ni sebab dah aimed kedai lain yang dengar2nya tak kurang hebatnya. Untuk pokok2 dan rumput saya kongsikan dalam entry seterusnya ok? entry ni just for the accesorries!:)

Lepas tu insyaAllah dari semasa ke semasa (dan sekiranya diberi kelapangan) boleh saya kongsikan progress taman kami yang setakat ini masih padang jarak padang tekukur. Harap dipermudahkan la nak berkebun di bulan puasa ni, sebab memang nak merasa usahakan sendiri. InsyaAllah jugak, saya akan berkongsi tips2 yang berkaitan dengan landscape/garden yang kami dah timba sepanjang proses ni nanti (wah, ayat skema nak hengatt:p)

Hingga jumpa lagi dalam next entry! Selamat Berpuasa!


corelle sales!


huhu. walau sales di malaysia, still mahal lagi.
buat peminat corelle, kalau ada kawan2 di US ka, dubai ka, atau yang paling dekat singapore ka, bodek2 lah kawan-kawan anda soh belikan untuk anda. ataupun, kalau ada plan nak jalan2 ke sana belilah di sana.

taktau kenapa malaysia tax tinggi berganda padahal harga barang tak semahal itu kat luar sana. kami berpeluang beli di perth masa ke sana tempoh hari. baru AUD 87.50 untuk corelle light square 16 pcs US design. Anda darablah dengan currency masa tu AUD 1 = RM 2.86. baru berapa hengget? dengan harga jualan di malaysia berapa set kita boleh beli di luar? berbaloi atau tak? tapi kami tak kena tax lah sebab beli 2 set je and bawak sendiri. itu pulak lah kelebihannya berbanding kalau kos postage dari sana ke malaysia.

itu baru di australia, belum lagi di US sendiri. di US 16pcs = 69.99, 30pcs = 99.99. huhuhu. itu pun harga belum offer. Skrg di shopworldkitchen ada offer up to 25%, bertambahlah murahnyer!

haishhh..bila la kerajaan nak bermurah hati turunkan tax untuk imported goods ni! cemana lah !

Saturday, August 21, 2010

selamat berbuka!

selamat berbuka semua.
harini saya buat chicken chop utk berbuka.
1st trial. neves jugak ni.
tatau gravy apa rasanya.
dah la puasa (kalau "cuti" leh jugak merasa sambil masak kan;p)

kalau sedap ai berani ambil gambar dan berani jugak nak share resipinya ok?
hehehee..

nervous2..

jom pi tesco!


to-do-list hari ni dimulakan dengan pergi tesco dengan mother in law (mil). nak memanfaatkan kupon di atas. tapi tak aci, spend RM125 ke atas baru entitled 10% rebate. mesti sume orang akan cukupkan jugak RM125 ye dak. demi kupon itu. tapi kira make sense jugak la sbb kalau pi tesco mmg senang2 je reach bil RM125, ade je benda nak beli.

eh, sekarang megasales kan? untuk mengetahui latest sales yang berdekatan dengan anda, boleh tgk kat web ni. siap boleh subcribe. senang kan. usually saya amat jarang membeli belah selagi tak sales, rasa rugi kalau beli time tak sales. itu pasal bila sales akan pulun membeli. err.. bole pakai ke alasan shopping gini?:p

sahur 11 ramadhan:)

balik kerja semalam singgah ke param stadium. Buat yg bkn warga ipoh,param ni kat carpark stadium indera mulia. rasanya yg terluas di ipoh, berbanding param medan gopeng dan param lain area ipoh. (sebelum citer pasal sahur, kasi intro jap pasal param:p)

Param luas, parking luas, pengunjung param pun makin ramai. yang muslim dah tentu sibuk mencari juadah berbuka, walau puasa atau tidak belum tentu, kaum india cina juga turut memeriahkan suasana. Mmg meriah! Bertuah kaum lain sbb hari2 dapat menikmati juadah yg pelbagai, tunjuk saja mana nak, mewah sungguh.whuhuuuu..


Teringat insiden di param batu gajah beberapa hari lepas,sekumpulan wanita (bkn budak2 atau remaja yer..wanita dewasa) kaum dirahsiakan, dgn syoknya minum air tebu dan makan kuih sambil berjalan dgn gaya selamba mcm pergi pasar malam, seluar pendek hat peha dan singlet.
walau saya dah dewasa dan taklah tergugat mana dgn aksi mereka (aksi minum air tebu), apatah lagi pakaian tu, perempuan sama perempuan sikit ai tak heran ok? sebab yelah,mana mungkin mereka faham pengertian bahawa orang muslim yang berpuasa tu bkn setakat berpuasa makan & minum tapi kena puasa jaga serba serbi..

Tapi sekurang-kurangnya saya rasa mereka maklum org muslim satu dunia tidak boleh makan dan minum. mmg lah polis takkan tangkap mereka sebab makan di khalayak ramai,
tapi kalau difikirkan macam kurang proper rasanya. itu pendapat saya je lah. kesimpulan yang boleh sy buat adalah mereka ni kurang sensitif dgn persekitaran yg majmuk:-)

yang lebih sakit mata bila melihat orang perempuan muslim juga turut berpakaian menjolok mata. memang kurusss puasa orang yang melihatnya. nipissss lagi puasa yang empunya badan. terus saya maafkan orang non-muslim tadi, sebab lebih malu rasanya tgk orang muslim yang bersinglet dan seluar ketat. entah, malas nak komen lebih2. siapa saya nak tentukan dosa pahala mereka.


ok,sekarang masuk topik juadah bersahur subuh ni pulak..heeeehee (i loike):-) ada 2 menu baru hasil dari param stadium semalam iaitu nasi beriani gam lauk kambing dan lamb grill.
dua-dua kambing. agaknya semalam selera saya selera kambing:p Nampaknya percubaan tak sia-sia, memang sedap, boleh bagi 4.5 over 5.0 untuk beriani itu. Lamb grill tu pun sedap giler.
Dia buat cucuk2 macam satey tu, 1 cucuk RM4.00. Rasa saya macam agak mahal jugak, tapi sebbaik lah sedap kan. (senyum sampai telinga)


pastu subuh ni saya buat roti arab dan ada sambal tempe jugak, dan juga daging masak kicap. maka en.rizal tersayang terus bagi sebijik "ni nak berbuka ke sahur ni". hahahaha! dush!
sebenarnya saya seorang diri ke param semalam, tu pasal berlaku fenomena ikut-napsu-sume-nak-beli. dah la beli beriani gam & lamb grill kat param, pastu ditokok tambah pulak dengan daging masak kicap & sambal tempe, roti arab lagi.

sahur kali ni en.rizal cepat surrender, dia dah surrender sambil tengok NurKasih, hanya saya yang tak surrender2 syok cicah roti arab dengan lauk beriani & tempe, sampaikan kena smash sebijik lagi "ingat2 skit makan tu, jeling2 jam" hahahaa...dush lagi! gamaknya dah lama tak pekena kambing kot saya ni, tu jadi lain macam subuh ni:p


hari2 masa sahur,kami pekena spirulina elken untuk menambah tenaga di siang hari sampailah ke malam hari supaya boleh bertahan tak mengantuk waktu terawih:) memang betul2 membantu tau elken spirulina ni. lagi info pasal spirulina di sini.

ok,ada masa nanti saya tulis lagi:)

Friday, August 20, 2010

take a break

10 ramadhan. Jumaat.

Lepas bersahur subuh tadi, semasa nak dapatkan mood nak mandi (alasan:p), saya sempat browse beberapa tips untuk blogger especially yang beginner macam saya. Sebelum ni tak terfikir langsung pasal “earning”, pasal “blog traffic”, pasal “unique visitor”, pasal “shout-out box” dan pasal macam2 lagi. Sewaktu jari ni menulis 1st entry pada 2007 dulu (hanya 1 entry utk tahun 2007 ok?:p) purposely hanya untuk melontar royanan, melepaskan apa yang terbuku serta menzahirkan perasaan. Typical blogger. Fullstop.

2008 sepi tanpa sebarang entry. Masa tu gamaknya langsung terlupa fatihashuhaimy.blogspot.com ini telah didaftarkan dengan blogger. Ekekeke. Atau gamaknya kerana masa tu baru lepas kahwin dan sibuk melayan en.suami tersayang?:p hihii.. macamlah orang lain tak bersuami kan, alasan!

2009, di pertengahan Julai. Baru wujud entry kedua di blog ini. Itu pun sekadar satu survey yang saya paste dari sahabat bernama NurLisa (oh i miss u liss!). Sungguh menyedihkan:p maka selepas itu, terus ada semangat untuk meneruskan penulisan! Hasilya pada hujung tahun 2009 terhasillah 46 entry untuk tempoh separuh tahun kedua itu. Hakhakhakk... ada improvement jugak kan? Dari 1 entry / year kepada 46 entry per year! 460% hakhak.

2010 bermula dengan baik, pantang ada waktu terluang, saya menulis. Sering ambil gambar. Juga jadi lebih sensitive dengan perkembangan sekeliling. Termasuk entry ini rasanya baru 54 entry bagi 8 bulan di 2010 ni. Awal-awal tahun dulu saya diperkenalkan kepada blog HanisZalikha oleh siapa lagi kalau tak Nurlisa. Ada suntikan semangat bila tengok blog dia berjaya, walaupun dia seorang student and of kos seorang model. Ada unsure jeles juga di situ tengok orang lain memblogkan diri. Saya cuba memperbaiki hasil tulisan saya supaya berinfomasi untuk pembaca.

Ops, 3 paragraf rupanya introduction! Maaf yer. Itu lah kronologi dunia blogging saya. Sekadar berkongsi!

Yes, lepas sahur tadi, saya baru tergerak nak browse tips untuk menjadikan blog ini bukan sekadar blog. Saya ingin jadi seperti EnMello
, CikguDahlia, CikDunia-sebelah-zara, CikRed, CikKancilBiru dan EnDausPozi! Sungguh jeles dan kagum dengan keikhlasan mereka menulis dan atas keikhlasan itu maka mereka layak diberikan penghargaan, dan deserve tempat di hati blogger lain.

Buat kawan2 blogger ataupun yang belum bermula, jom kita manfaatkan ilmu2 dari OTAI2 di atas. Erm, saya tidak akan copy-paste segala tips dari blog mereka dalam entry ini, memadailah kiranya saya beri link ya! Rajin-rajinkan diri untuk klik link mereka dan lepas tu jangan lupa tinggalkan komen di bawah selepas baca entry ini..hehehee…!

Sehingga saya menulis lagi.

Thursday, August 19, 2010

siapa nak blackberry PREE?

kawan-kawan,

DiGi nak bagi blackberry PREE! Klik sini


Nuffnang pulak nak bagi Blackberry limited edition phone socks for PREE! Klik sini! Comel tau, nak tengok tak?

Si Patchy dan surat beranaknyer!
Si Rookie dan surat beranak nyer! cute saaangat!
Cube nasib anda, mana tahu, lepas dapat Blackberry free, boleh dapat Sock free pulak, hehee..
Siapa yang dah ada blackberry pulak, boleh dapatkan sock limited edition dari Nuffnang pulak kan:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...