Social Icons

Tuesday, March 15, 2011

Singapura dilanggar todak Day 3 : Bugis & Arab St., murtabak giant


Mari kita naik bas! hehe!
Saya nak puji sikit eh bukan sikit, nak puji banyak sistem pengangkutan awam di negara dilanggar todak ni. Sangat efficient dan condusive. takperlu nak berjam-jam tunggu bas. schedule pun setakat yang kami naik ok, on time. di setiap bus-stop ada bus number & route yang dilalui, macam yang tangan en.rizal tunjuk ni, tambang pun siap diberitahu sekali. so tourist yang jakun macam saya pun masih boleh belek2 sendiri. walaupun mula2 fizah kena tunjukkan cemana nak tengok schedule bas nih, hehe. thanks fizah!

apa lagi kisah bas ek, yang saya perhatikan, raaaaaaaaamai sangat warga emas naik bas! ya, raaaaaaaaaaaaaaamaiii sgt! mungkin warga meas lagi ramai dari warga muda mudi. kat tempat kita, ada kita bagi emak2 kita naik bas tambang ke sana ke mari? paling2 tidak takde transport pun kita panggil teksi datang amik mak kita kat rumah. kan, betui tak?

selain tu, di sini mereka juga ada card. nama apa ek kad nya, saya kurang periksa pulak. tapi card ini ibaratnya macam touch & go di tempat kita. bezanya hanya dengan 1 kad ni, anda boleh pakai untuk bayar tol, naik bas, naik MRT. senang kan? takyah nak pikir2 banyak dan bawak kad banyak2.





ok, habis merepek pasal public transport. boleh ke destinasi seterusnya iaitu Bugis street. banyak jugak kedai di sekitar bugis street ni. kami beli souvenirs semua di bugis street. harga? lebih murahlah dari tempat lain.



Ini pulak suasana dalam Bugis St. ramai jugak orang walaupun weekdays. kedainya pun macam2 ragam jugak, huhu.


Penat berjalan di bugis street kami menuju ke Restoren Hjh Maimunah ni. Fizah & Saiful kata restoren ni yang paling hot ialah tauhu bakar dia. macam dalam gambar bawah ni!
hehe! thumbs up!



Ini lah dia, nama saya tauhu bakar hjh maimunah!



lepastu dah kenyang, pergi solat di masjid Masjid Sultan. besar jugak masjid ni. bersih dan selesa. rasa nak lena:p




Lepas solat, kami jalan2 di Kamping Glam. ramai peniaga melayu kat sini. harga pun boleh tahan dan pilihan pun bolehlah tahan. tapi bengang kat satu kedai ni, akak melayu yang jaga. garang kemain. heyy, kami ni customer dan tourist jugak, takkan lah tak leh nak pegang2 belek2 langsung. ingat takda duit ke nak bayar?? tiba-tiba sesal membeli dengan makcik tu.



masa ni nak calm-down kan alyysa akibat terjahan makcik yang takbest tu. makcik, saya ingat kedai makcik sampai bila2 tau. saya tak suka lah datang kedai makcik lagi. kami baru nak sokong orang islam berniaga.




Lepas tu ke Arab St. Oh, banyaknya kainnnn!!! sesungguhnya kain TIDAK langsung masuk dalam budjet. jadi en.rizal dia memang menghimpit2 saya ke tengah jalan bila nampak saya mula nak melencong singgah di kedai2 di tepi jalan ni. haha!



tak sampai berapa jam pun berjalan, terasa nak minum petang dah! haha! alasan tak menyempat nak pekena murtabak singapore. sebabnya? sebabnya fizah & saiful dah cakap awal2, jadi mindset ni susah nak channel ke lain asyik teringat je... murtabak singapore... murtabak singapore... murtabak singapore..! :p



murtabak ini sungguh berbaloi walaupun SGD5 = RM12 yu. hehe. kat mesia dapat 6 murtabak:p tapi besarrrrrr punyaaa dan semestinya lazattt. kami amik satu saja yang saiz kecik memandangkan tak berapa minit tadi baru lepas LUNCH!
harga air kat sana macam harga air di M'sia kan? darab dengan 2.45 yer:p




ohhh, ini lah kedainya!



ini kitchen kedai tu! yang pakcik tu tengah masak adalah setelah dilipat duaa. yang itu SGD10 okehh. kalau perut tgh lapar betui, saya nak kongke yang SGD10 ni sorang2 je:p haloba kan?



pakcik kamu memang cool habis. cool kan? memula saya tegur die minta kebenaran nak ambil gambar, tak sangka pulak dia cool gini! yelah, promo free2 kan:p



MRT station - Bugis. tak naik pun, lalu saja.



tengok map nak balik ke pangkal jalan. hehe. bukan, nak ke Mustafa Centre.
Baru perasan tiada gambar di mustafa center, sebab sesak sangat kot. huhu.
Day 3 disudahi dengan Mustafa Centre, sekian terima kasih.


TIPS Day 3 :

- naiklah public transport kat singapore ni, senang. efficient. condusive. bersih. cantik. tambang pun tak mahal mana. schedule pun kerap. jangan lupa utama kan orang tua & ibu2 mengandung serta yang bawa anak kecil. ikutkan peraturan ni kat mana-mana, tinggal lagi implementation je kan. dan tahap kesedaran sivik!

- naik public transport tak melambangkan seseorg tu tak mampu nak mempunyai kenderaan. yang naik bas adalah orang2 yang pakai handbag Gucci, LV. Nine West & Guess berlambak2, budak remaja pun pakai Guess. Coach? coach lagi lah berlambak! makcik tua pun gelek Coach di tangan. cool kan makcik tua bawa Coach & naik bas! heheheee..
kat malaysia terchenta ada? ada? baru pakai Guess dah geli geleman nak naik bas! tak standard lah konon! cehh! geli!

- dah alang2 sampai singapore, ambillah peluang belilah barang2 import. tak kisah lah handbag ke, jam ke, baju2 ke, gadjet ke, perfume ke, make-up & skincare ke, pinggan mangkuk periuk belanga ke, botol susu dan pump AVENT ke. sebab? sebab barang2 ni semua terlalu mahal kat malaysia. sumpah murah berganda! takpayah lah sampai nak ke USA, UK atau Australia, Dubai nak shopping, sini pun ok. serious ok!

- makan? makan takda masalah sangat, banyak halal food. macam biasa kena perhati2lah. pilih yang diyakini. harga makanan? memang mahallah, tu contoh makan murtabak tu, tengok figure macam kat kedai mamak malaysia je, hehehehee.

sekian melaporkan untuk Day 3, nantikan lagi yaaa!


2 comments:

Ietams said...

best eh tauhu tu..
memang nampak menyelerakan

D' Beauty of Muslimah said...

yesza! yg tak suke mkn tauhu pun akan suke rasanyer!:D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...