Social Icons

Friday, February 27, 2015

Salah satu ketagihan

Assalamualaikum. 

No no, tidaklah ketagihan benda yang bukan2, hehe. Sebenarnya adalah kegilaan. 
Antara yang jadi kegilaan saya sejak zaman berzaman adalah semuanya tentang stationary termasuklah dengan planner / diary. Setiap akhir tahun kebiasaanya saya akan mula mencari planner / diary yang menepati citarasa dan keperluan. Ada juga dapat diari kerajaan malaysia, tapi ruangannya agak terhad dan kurang bersesuaian. Pejabat saya pun dah lama tak beri diari rasmi, jadi memang dah lama beli diari sendiri. Tak pernah rasa membazir, sebab dah memang suka! 

Akhir tahun lepas, saya perasan Dr Halina ada berkongsi tentang planner yang dibelinya, dan bermulalah episod kegilaan saya:p Survey punya survey, kedua planner ini tidak dijual di mana-mana kedai buku utama di Ipoh. Kalau di KL, ada dijual di Kinokuniya, tapi entah bila lah nak ke sana kan. Di antara dua jenama ini, Erin Condren boleh dipesan secara online dan penghantarannya juga worldwide, berbanding Filofax yang terhad. Jadi, saya pilih untuk cuba Erin Condren! 




Yang menariknya tentang planner ni adalah kita boleh customised cover, aksesori dan jenis layout yang diingini. Best kan! Di bawah ni adalah contoh planner dari pelanggan lain. Oh ya, covernya kita boleh beli lebih dari satu, sebabbb ianya removable! Macam orang yang kat bawah ni, dia beli extra 3 cover lagi, jadi boleh tukar2 cover ikut mood. :p 


Di bawah ni pula planner saya. Punyalah excited, tak sabar tunggu planner ni sampai. Saya tunggu lebih kurang 10 hari untuk mereka createkan planner ikut kehendak saya dan penghantaran pula hanya ambil masa 3 hari melalui Fed-Ex International Priority dari California, AS. Ada tracking number diberikan dan kita sentiasa boleh monitor. 

Rupa pakej yang saya tempah

Tak zabarrr
Ada invoice,  of course lah kan
Tadaaaaa! Planner saya yang kiri atas tu, yang ada nama "Fatiha". 
Rupa dalam box, elok tersusun. takda cacat cela. hehe
Ini pula, saya beli dari Etsy.com. Inspirational sticker untuk dilekatkan dalam planner tu nanti. hehe
Salah satu catatan saya dalam planner! 
Kalau ditanya pasal keperluan, jawapan saya adalah perlu. Memang boleh set appoinment atau aktiviti harian dalam smartphone, tapi sama macam membaca jurnal, buku cerita atau surat khabar secara online, tiada feel. Tak boleh dipegang, disimpan, tak nampak secara fizikal! 


#erincondrenlifeplanner

27 Feb 2015 : 5.45pm

integriti

Assalamualaikum. 

Baru-baru ini telah pun viral mengenai Penjawat Awam (PA) yang telah ditangkap kerana berada di tempat yang tidak sepatutnya pada waktu bekerja. Amat menyedihkan dan mengecewakan. Sedikit sebanyak memang tercuit juga peha ni, sebab saya pun PA jugak. 

Bukan baru-baru ni saja peraturan mengenai waktu bekerja dikuatkuasakan, malahan sejak berkurun memang termaktub dalam Perintah Am. Bahkan bukan tak tahu perkara yang dibuat tu menyalahi peraturan, tapi disebabkan selama ni mungkin agaknya dah terbiasa, kurang pemantauan dari majikan tempat bekerja, perkara ni menjadi-jadi dan lebih malang jadi ikutan bagi generasi PA muda. Sesuatu yang terbiasa dibuat, walaupun perkara yang salah, akan jadi dan rasa macam tak buat salah. Di situlah cabarannya. 



INTEGRITI. 

Bila cakap pasal integriti, ianya sering dianggap sebagai isu dan masalah yag melibatkan "rasuah" sahaja. Bukan begitu! Tidak sama sekali. 

Makna dalam bahasa malaysia 
Menurut Kamus Dewan (Edisi Ke-4) Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP), integriti diberi maksud:

(int├ęgriti) 1. kejujuran: mencemarkan nama baik dan ~ jabatan; 2. keadaan sempurna dan utuh, keutuhan; berintegriti mempunyai integriti (kejujuran, ketulusan dsb): pengarah yg ~ pasti akan mempertahankan nama baik mereka drpd sebarang bentuk penyelewengan.



Makna integriti dalam bahasa inggeris 


Maksud integriti dalam bahasa Inggeris, sebagaimana yang dinyatakan dalam Dictionary.Com pula adalah:

  1. adherence to moral and ethical principles; soundness of moral character; honesty.
  2. the state of being whole, entire, or undiminished: to preserve the integrity of the empire.
  3. a sound, unimpaired, or perfect condition: the integrity of a ship’s hull.

Jelas rasanya bahawa integriti bukan sekadar tentang isu berkaitan rasuah dan penyelewengan duit serta aset kerajaan, malah ianya melibatkan semua nilai positif yang lain dalam diri seseorang PA, termasuk menepati masa dan tidak boleh menggunakan waktu bekerja untuk tujuan peribadi. 

Saya nak kongsikan beberapa tindakan dalam sebuah jabatan kerajaan terhadap kakitangannya yang melanggar peraturan. Ianya untuk iktibar bersama dan peringatan kepada diri sendiri jugak. 


Bukan tiada tindakan dibuat oleh majikan, ada tindakan, cuma tidaklah seluruh PA mendapat hebahannya. Empunya diri pasti tahu. Mantan pengarah di tempat saya bekerja selalu ingatkan kami "kalau nak tahu apa tindakannya, buatlah kesalahan tu, lepas akan rasalah tindakannya". 

Teringat kisah yang juga viral, yang mana allahyarham TNGA sewaktu pemerintahannya tidak sama sekali menggunakan harta/aset kerajaan untuk tujuan peribadi beliau, malahan dakwat pen yang dibeli dengan duit kerajaan juga tidak akan beliau gunakan untuk tujuan peribadi. Tinggi sekali nilai dalam diri beliau, memang perlu kita contohi. 

Tak kira kita bekerja sebagai PA atau dengan swasta atau bekerja sendiri, nilai integriti mesti diutamakan. Kita bekerja dan mendapat upah (gaji) untuk menyara kehidupan kita sekeluarga dan sebahagiannya diagihkan kepada orang yang lebih memerlukan, peliharalah pekerjaan kita supaya rezeki yang diperoleh juga mempunyai keberkatan. 


Peringatan untuk diri sendiri juga, 

Mak Long!

Assalamualaikum!

Alhamdulillah, Im officially - Mak Long! hehe. Tahniah pada adik perempuan saya dan suaminya atas kelahiran baby girl pada 17 Jan 2015 yang lepas. Dah nak masuk 6 minggu pun usia di kecik ni.

Nama diberi Arissa Nur Tihani. Mak long doakan Arissa jadi anak yang solehah tau. Semua orang sayang dia. hehehehee.

Papa dan mama nyer

Day 1

CNY holiday

Haiii

haii.. kepala kita dah botak. hihi. 





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...