Social Icons

Sunday, January 29, 2012

Vienna : Sekitar Vienna City

Disebabkan hutang pada diri sendiri banyak, maka haruslah jangan nak panjang2 cerita. Entry ini akan dipenuhi dengan gambar syok sendiri sahaja. 

Untuk pengetahuan, kami hanya sempat berjalan di sekitar Vienna City shj, sebabnya hanya ada 1 weekend saja yang free (haruslah kan, dah kata course pun 2 weeks je T__T). Jadi haruslah maximizekan masa yang ada.  

Mula-mula Ruby Cueto (penyelaras IAEA) nak bawa kami ke Venice, Italy yg hanya 8 jam perjalanan naik bas atas tanggungan kami sendiri (which only cost us Euro 100 for a day trip). Punyalah excited angkat tangan kaki masa dia tanya. Malangnya, disebabkan lebih dari separuh dari kami mmg orang Europe, so ada aku kesah kau orang Asia 2 ketul & 4 org African nak gi Venice?? Haruslah takda sapa nak layan kalau takat 6 ketul je yang jakun terkinja nak gi Venice T__T (kaciwaaa) 

Oleh itu, kami sepakat lah nak pusing Vienna City saja sampai muntah hijau. hehe. takda lah, best apa Vienna City, kaya dengan seni arkitek yang unik! 







Salah satu public transport,train di Vienna City. Sangat efficient. Jangan risau.

 
Boleh klik kat link ini untuk terus explore Route2 Public Transport di Vienna City, Insyaallah kebarangkalian nak sesat 1% saja:P 


Baru turun tram. Public Transport mereka sangat2 efficient. Gunakan tanpa was2. Tiket pun boleh beli weekly, monthly, atau untuk 24 hrs. Then mengkome boleh naik apa jenis public transport pun, tunjuk je tiket tu.

Tak pasti apa bangunan tu, ini baru turun dari stesen Karlsplatz


Si buntal gigih nak bergambar atas rel trem. 

 
Ini pula baru sampai di stesen Ketten Bruckengasse. Turun terus sampai NarschMarkt 

Ini pula baru sampai di NarschMarkt. Ala-ala Loken kat Ipoh tu. Dr Abel dari Cameron yang guide kami ke sini. Tapi tak beli apa pun. 


Baru tiba di Schonbrunn Palace, bapak besarrr  
Di pintu masuk istana, kami masuk ke dalam istana ni, amik full package  (Classic PassGrand Tour + Maze + Crown Prince Garden + Gloriette) dapat explore satu istana, tingkat atas, dapur, bilik tidur, tandas, ruang keramaian. MALANGNYA, TAK BOLEH TANGKAP GAMBAR. So mmg takda gambar lah untuk belah dalam istana hokeyy. Kalau berminat nak tgk boleh klik official site ni :  Schloß Schönbrunn   




Namanya Crown Prince Garden. Super besarr. Lenguh kaki. Kalau tak disebabkan Dr Hendra yang bersemangat, si buntal dah lama surrender nak jalan punyalah jauh nak menyampaikan Gloriette (tembok peninjau) kat depan sana nunnnn


Getting closer. Kena naik bukit lagi tuuu!!
Ini pulak pemandangan istana dari arah dalam taman Crown Prince Garden , yang ada kereta kuda tadi dari pintu depan, ni kiranya pintu belakang laaa

Sumpah rasa nak guling tapi malangnya sah2 kat situ ada amaran jangan pijakk atau petikk. KACIWA lagi.
Half way to the Gloriette. Nampak muka seposen? 



Boleh bayang cemana muka si buntal naik tinggi ni??
Dari palace tu besaq gedabak, ni nunn jauh di bawah.
Ini gambar separuh jalan dah meninggalkan Palace
Abaikan model dan nikmatilah keindahan persekitarannya :P 


Yeahhh, berjaya sampai kat sini!! tu yang balik malaysia turun 2.5 kg tu :P kahkahkah. lepas tu naik balik bukan 2.5kg, tapi 3.0 kg, SYABAS TEHA


Rasa nak bergolek je turun, masa ni kaki macam nak patah dahh :P 



Boleh baca kan saya kat mana. Masuk sekejap je dalam maze ni sebab seriyes dah nak muntah hijau letihnyaaa :P Senyum? senyum mesti maintain, muka saya kalau masam amat buruk. 


Dalam banyak2 stesen train rasanya yang ni yang namanya catchy skit "OTTAKRING" macam SUPERRING pun ada, macam kepalaotakhang pun ada :P hehhee. Buruk je kan stesen ni. 


Ini pulak masa kami memandai2 jalan ke MariahilferStrasse yang penuh dengan kedai, mall dan butik untuk membeli belahh


Eh ini gambar masa baru sampai, turun dari trem :) 

Nota kaki : Rasa-rasa siapa menang AJL26 ? i love to see Cik-Gadis-Semasa menang!! 


Ok, saya nak tgk AJL26, 

Tiara Lake Park 
29 Jan 2012 
9:18 pm 



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...