Social Icons

Wednesday, September 29, 2010

wahai lelaki, apesal la tak faham2?

Jap, sebelum pape disclaimer dulu. Entry ini tidak berniat menyinggung dan menyakitkan hati mana-mana individu. Entry ini terhasil setelah berborak panjang dengan seorang rakan pasal perangai lelaki-lelaki masa kini. No offense meant ya! Namun kalau ada yang terasa, anda digalakkan menimbang2 tulisan ini.

wahai lelaki, apesal la tak faham2
jenuh kami tunjuk hint
gentleman la sikit, takkan kami je nak mula dulu

wahai lelaki, apesal la tak faham2
jenuh kami tunjuk hint
nak kata tak matang, umur dah lebih suku abad

wahai lelaki, apesal la tak faham2
jenuh kami tunjuk hint
kalau suka buatlah cara suka, takkan kita nak macamni saja

wahai lelaki, apesal la tak faham2
jenuh kami tunjuk hint
penat la main aci sorok

wahai lelaki, apesal la tak faham2
jenuh kami tunjuk hint
penat otak fikir, penat jugak hati ni berteka-teki

wahai lelaki, apesal la tak faham2
jenuh kami tunjuk hint
hati kami ni fragile, sila jgn buat2 kering

wahai lelaki, apesal la tak faham2
jenuh kami tunjuk hint
takkan la mak pak kami pulak kena masuk minang

wahai lelaki, apesal la tak faham2
jenuh kami tunjuk hint
kalau tak suka, cakap tak suka, thats fine, so leave us alone

wahai lelaki, apesal la tak faham2
jenuh kami tunjuk hint
kalau dah tak sudi takpalah, kami angkat kaki

wahai lelaki, apesal la tak faham2
jenuh kami tunjuk hint
jangan nanti sesal tak sudah


disclaimer belah bawah pulak : jgn salah paham. ai dah kawen ok, we are happily married, happily everafter. entry ni memang nak suruh orang masuk minang, tapi bukan minang ai, minang kawan ai. ehehheheee.. peace no war! err... nampak desperados kaaa? kehkehkeh.


7 comments:

n@jwamz said...

klako:)
i likeeeee it!!
haha ssetengah lelaki mmg ala-ala lembab+sengal sket bab nak luahkan perasaan nih..kekekekeke:)
lelaki: jgn terguris dgn statement ni yew..hiks

^m.r.s. f.a.r.i.z.a.l^ said...

hehehhee. spontan je terlintas lepas dgr luahan member. susah kan org laki ni, tak sensitip lgsg, huhuhu!

nureiman said...

(: huhuhuuu..

aibaks said...

haha... mek.. bakpo gak umo da sparuh abad tapi nak minag gak anak orang? takde yg mude skit ka?

^m.r.s. f.a.r.i.z.a.l^ said...

heppp! en.aibaks.
baco molek. buke separuh abad ok?
lebih SUKU abad ok?:p

sang suami said...

abg tak tergolong dlm entry ni kan....hehehe

^m.r.s. f.a.r.i.z.a.l^ said...

sang suami, syukurlah anda tidak!:)
baru kerling je, sang suami dah faham apa hajat di hati. ahaks.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...