Social Icons

Sunday, April 25, 2010

cuci cuci dan majoriti 1,725 undi


di sebalik kesuspenan sekalian warga hulu selangor yang nak menentukan siapa yang bakal jadi pemimpin mereka, kami berdua pulak telah memberikan 110% komitmen untuk mencuci rumah baru yang baru siap major renovation pada weekend yang sangat hot ini.

langsung tak merayap ke mana-mana, survey perabot pun tidak, survey lampu kipas pun tidak, survey kitchen appliances pun tidak, sebab semua alhamdulillah dah complete beli beransur-ansur. rumah pun dah siap reno, jadi untuk memaksimumkan cuti en.rizal yang berbaki kurang seminggu kami sepakat nak cuci rumah, hehe. letihnya sampai sekarang macam nak pengsan (padahal elok je boleh tulis blog). mana taknya, betul2 kami 2 orang ja yang mengerjakan atas bawah rumah tu. debu tak usah cakap, bukan seinchi, kurang skit dari sejengkal gamaknya. tambah lagi kat dining & living area yang bersebelahan dengan concrete slab yang dibina di luar. nak tercabut jugak tangan menyental.

tapi syok punya pasal, habis basah kuyup yang luar dan yang dalam, tak sempat nak snap gambar beria-ia. so takda bukti betapa sengalnya tulang 4 kerat ni untuk tatapan semua. Tapi sebelum balik tadi sempat saya snap gambar plaster ceiling kami yang alhamdulillah dah siap sepenuhnya.


@ Living & dining area : sangat simple, design lekuk 'S" tu en.rizal yang design sendiri tak lama dulu. saya takda contribution idea langsung sebab dia fikir sorang2 tengah2 malam buta. tau2 esok pagi en. rizal tanya saya "ok tak design ni?" then kami terus proceed. hehe.



@ Dry kitchen : design ni paling simple, takda curve. lurus aje

untuk dikongsikan bersama, kos untuk plaster ceiling ni agak berbaloi. harga yang kami dapat ialah RM2,900.00 untuk car porch, living & dining area, dry & wet kitchen dan concrete slab belah tepi yang kami tambah. kiranya cover semua area kat tingkat bawah, plus 2 area kat luar rumah (car porch & concrete slab tepi. alhamdulillah, kami puas hati dengan hasil kerja kontraktor ni. first time tengok orang pasang plaster ceiling, rupanya daripada banyak keping, bila dah plaster & cat terus cun, ingatkan datang sekeping besar gedabak tu. hahahaa. ape la teha =p

pasal rumah, ini saja buat kali ni. setakat ni progress alhamdulillah, dah mula nampak & bayangkan cemana lah rumah kami nanti. grill sengaja tak pasang lagi. dah complete major reno ni, baru nak pasang lagipun bukan ada apa barang penting dalam rumah. So now, lepas cuci ni, nampaknya boleh dah install customade cabinet utk dry & wet kitchen and wardrobe untuk bilik. wah, tak sabar!

sebelum entry ni melabuhkan tirai ewah ewah, tahniah kepada P. Kamalanathan tersayang kerana telah menang P94. di Hulu Selangor, sila tunaikan janji BN kata nak bagi RM 3 juta untuk pembinaaan SRKJ(C) di sana kelak. Jom layan keputusan undi di http://www.malaysiakini.com/news/130185.

sekian, selamat malam.

Monday, April 12, 2010

dinner dan sup tulang

last masak sup tulang masa hari raya qurban last year.

hari ni en. rizal kepingin lak nak makan, jadi menu dinner hari ni adalah sup tulang.

balik kerja sampai rumah dah pukul 7.30 mlm akibat singgah di tiara lake park tengok progress contruction rumah kami. lama jugak membelek rumah hari ni. nak2 pulak jiran belakang rumah complaint contractor kami hire tu tak bersihkan comot2 simen yang terkena kat rumah dia, kami pun terus sound contractor soh pekerja dia bersihkan. tamau gaduh2, neighbour masing-masing tak kenal hati budi, nanti sampai ke tua masam muka tak bertegur, huhu.


sampai umah kol 7.30mlm tadi tu, baru nak siang2 daging, buang lemak yang terover sana sini. seb baik en rizal dah kuarkan (thaw) siap2 sejak petang tadi, kalau tak esok pagi lah baru masaknyer. hehe. masa tu jugak baru jugak nak siap2 segala bawang halia cili api rempah bagai. nak dekat kol 8 jugak la baru periuk naik atas dapur.. lambat gilerrr..!




dalam hati kata, ade jugak yang dinner kol 10, 11 mlm ni. kuikuikui. takpe, pasrah je lah, sian en rizal menuntut sup tulang dari semalam. hasilnya, setelah dicampak2 ape yang patut sesedap rasa, terhasil jugak la sup tulang saya pada kol 9.30 mlm. hehehhee. lewat sudah dinner. memang tak sihat untuk orang-orang yang nak berdiet macam saya, masih membedal di tengah malam buta.




bahan2 utk sup tulang ni, apa2 yang ada je kat rumah. kepedasan tak secukup rase sbb tak pasan rupanya cili api tinggal sikit je dalam peti ais. asam gelugur pun habis, saya bantai pakai asam jawa, janji dapat masamnya kan. hehehe. daun sup daun bawang beli kat pasar malam semalam. sup bunjut pun tak pakai yang sup bunjut tulang, saya bantai pakai sup bunjut biase ja. sedap jugak apee, berpeluh en rizal makan, hehe. best2.


ok, nanti update lagi, mata ngantuk sebab kekenyangan. huhu. babai!

Monday, April 5, 2010

monday blues. migraine. meeting.

jarang saya dapat monday yang best dan semangat yang meluap2 nak gi kerja, biasanya monday memang tak best. ditambah pulak dengan weekend yang flat habis akibat migraine yang damn-dah-2 tahun-takkena-tetiba-attactbalik, mengakibatkan jumaat lepas saya terpaksa MC, sabtu dan ahad pun spoilt habis. sampaikan nak bincang dengan kontraktor pasal cat rumah pun terpaksa En. rizal bawak katalog cat balik rumah sbb saya dah tak mampu nak ke tiara lake park akibat sakit yg sampai berair mata-hidung bagai, rasa nak rendam kepala dalam ais batu pun ada.


ke'bluesan ditambah pulak dengan esok & lusa yang dah tertulis "mesyuarat pegawai kanan bil 02/2010" dalam diari yang disponsor oleh Medigene ni. seb baik medigene kasi diary, nak harapkan kerajaan pimpinan NTR tersayang tiada diari untuk tahun 2010 ini ya. slide untuk presentation esok haram satu huruf pun saya tak buat lagi. petang ni pukul 4.00 meeting lagi pulak tu. sempat lagi nak blogging. hahaha. takpa, this entry will take not more than 10 minutes. :p


baru sekejap tadi, jumpa storekeeper en.chew, sambil tengok tandatangan saya dalam borang permohonan bekalan stor, sempat ditiliknya tandatangan saya. mampu jugak buat saya terkekeh2 dengan cik naama mendengar tilikan mr chew tu. kata mr chew "you aaa, kalau buat kerja mau habis itu hari juga, takmau tangguh, then aaa..when you choose a guy aaa, you will make sure the guy is downtoearth and can take care of you, if not aaa, you not even pandang the guy". terkeheh2 kami bertiga dengar. kuikuikui. ok..ok.. jangan percaya, tak baik utk kesihatan rohani. ini selingan saja.


sekian, saya kena attend meeting dulu. sehingga saya berada dalam mode 'blues' lagi. babai.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...