Social Icons

Wednesday, July 13, 2011

Separuh perjalanan pergi:)

pes time naik emirates. sebelum ni pergi bercuti2 malaysia kan sdn bhd, mmg naik AirAsia je, murah lagi jimat, jadi duit boleh shopping/pampered diri lebih sikit. Haha:P ini jam orang sponsor, dan kerja punya pasal. jadinya emirates ke, MAS ke, AirAsia ke, SIA ke, China Airways ke, qatar ke, lufthansa ke, saya-yang-menurut-perintah saja tambah membantah. Economy class je pun. hehe. 

Observation saya, cik2 steward/ess emirates ni sungguh pelbagai bangsa dan agama. Ada yang mcm pak/mak arab, ade yg nmpk macam melayu tapi tak melayu, ada yang kulit hitam. Chinese girl ada, tapi seorang saja kot. 

Seat pulak, susunan boeing 777-300ER ni adalah 3 – 4 – 3 (3 wing kanan, 3 wing kiri dan 4 duduk tengah). Saya dapat aisle seat, senang jugak sy nak ke toilet. Perjalanan hamper 7 jam, 3,4 kali jugak saya mengulang ke toilet. Nasib baik dekat dan sambil2 tu bolehlah longgarkan lutut dan lembutkan bontot yang dah naik kematu.

Makanan atas flight 

Adoi. Memang tak sempat nak lapar. Mula2 naik, macam biasa dapat juice & snack. Then, tak sampai sejam, breakfast pun dihidang. Saya ingatkan lunch. Habis licin saya makan. Rupanya tak sampai pun 2 jam lagi, it’s the real lunch. Sedap, AlhamdulillahJ Lepas lunch, perjalanan masih berbaki 2 jam lebih, macam biasa hidangan snack2 dan kalau nak apa2 bagitahu je. Takdenyer kena marah atau kena bayar.



lunch @ emirates



minum petang sebelum touch down dubai


Bab ICE (information-communication-entertainment) 

Emirates mmg penerima award untuk kategori ICE. Dilengkapi dengan screen individual, LCD walau untuk economy. Untuk Information – kita leh la tgk lokasi semasa, ade pulak camera forward & below untuk tengok keadaan semasa melalui camera di kapal terbang tu. Then ada la info pasal dubai, pasal emirates. 

Untuk communication – kita leh buat call, sms & email dari sini, ada casnya. Bayar je lah. 

Untuk entertainment – mmg super duper best. Channel ada berates dari new release hingga ke Hindustan, dari lagu2 K-POP sampai lah ke bob marley. Dari games main puzzle hingga lah angry bird:P angry bird tu tipu la kan. Dari channel katun bebudak hinggalah katun yang dewasa2 skit. Ade video klip. Pendek kata memang takkan boring langsung, insyaAllah. Tak sedar pun flight nak dekat 7 jam ke dubai.






Saya sukalah pak pilot yang bawak kapal ni, dia anding best, saya yang asyik muntah naik flight ni Alhamdulillah steady, hehe. Padahal dah telan ubat muntah:P Terasa dah beza masa, jam di tangan dah dekat pukul 5 petang, tapi dubai lambat 4 jam. Baru 12:45pm.











Selepas puas mundar mandir di Dubai Int Airport selama 4 jam, penerbangan seterusnya pun tiba. tepat jam 5:15 petang waktu Dubai saya selamat berangkat ke Vienna pulak. harap sangat dalam flight boleh tidur sebab sememangnya saya dah ngantuk sangat2, huhu.






Esok tulis lagi. entry lagging. sorrylah yer. hehe.
Rindu sangat dekat sang suami, dah masuk 2 minggu lebih tak jumpa:(


Loves,

-Si Buntal-
21:50 pm 12 Julai 2011
Kaiser Franz Joseph Hotel & Apartment
1900 Sieveringerstrasse
Vienna, Austria.


1 comment:

Farul said...

amboi bestnyer, smpi ke Austria dah.. jeles nih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...