Social Icons

Monday, July 5, 2010

Winter in Perth, WA : 1st series



Alhamdulillah, semuanya telah berjalan dengan lancar. Percutian yang menyeronokkan, puas hati dan berbaloi. kredit yang tak terhingga kepada besfren en.rizal iaitu Joey & wife (Kak Aida) yang sudi menerima kunjungan kami ni, siap melayan kerenah kami yang bagai ni. bawak pi makan dan jalan2, tunjukkan kami tempat2 kat sana, bagi tumpang rumah, bagi pinjam kereta, bagi segala2nya lah:p InsyaAllah mana tau ade rezeki, leh ke sana lagi. hehehee:p 



Kali ni kami pergi western australia, to be specific, perth. walau tak sepopular melbourne, sydney & gold coast, tetap kami puas hati, sangat puas hati:))  



Western Australia ni adalah province yang terbesar di Australia, almost 50%.

Perth pulak terkenal dengan pantai dan pelabuhan, maka bila dekat dengan pantai haruslah seafood mabeles kan? ahaks. aktiviti sailing jadi kemestian bagi pelancong, ada gurun jugak kat perth ni, cuma kami tak ke sana. kami mmg fokus di perth city dan daerah terdekatnya saje. tiket flight dah booked seawal November 2009 lagi, berbaloi sebab harga memang murah. rumah mereka ni di mill point road, dekat dengan Swan River.




Day 1 


Hari pertama di Perth, kami habiskan masa kat rumah, belah petang baru keluar dengan Kak Aida & baby Syamil ke Woolworth, Victoria. Kiranya tempat ni macam tesco/giant la. Beli barang2 dapur, buah2.. hadoiyai, punya la segar bugar semua sayur & buah2, rase nak bawak balik je. huhuhuuu.. 



Balik dari Woolworth kami singgah di Kong, kedai ni banyak jual barang keperluan orang Asia, macam asam jawa, rempah, pes masakan, termasuklah Australian Nougat yang murah. 1kg baru AUD 25.00. huhuhu. Jadi tunggu apa lagi, rembatlah seadanya:p  




Disebabkan kedai mahupun shopping complex yang semuanya tutup seawal 5.30 petang ( ni kira dah gelap & maghrib dah ni, walau waktu sama dengan Msia). Jadi waktu malam ape lagi, waktu untuk sahabat baik 2 orang ni layan WORLD CUP:p kami pun layan je la. dinner & habiskan mase borak2, tgk world cup dan tak lupa melayan si kecik syamil yang hyperactive:)) oh how i miss syamil.huhuh.


Malamnyer dinner di D’tandoor. Memang best la layan beriyani kambing. Hahahaa. Sengkak perut tak ingat, sampaikan 2 sahabat yang konon nak tgk world cup pun tersadai depan tv:p


Day 2




Lepas breakfast kami bersiap2 untuk ke Perth City. Hanya perlu jalan kaki saje ke Jetty utk menyeberangi Swan River, then jalan lagi ke town untuk jumpa Joey & makan tengahari bersama waktu lunch break dia. Makan tengahari kali ni di restaurant Love & Care milik keluarga Abuya (Ashaari Arqam), err.. yg ni saya agak2 je lah, memandangkan gambar Abuya yang sebesar gambar Najib Tun Razak di restaurant tu, dan ada susur galur keturunan Abuya juga di dalamnya. Komen saya, masih tak sama rasa dengan tekak orang perak macam saya, tawar. Huhuhuu.. 







Lepas lunch, kami round2 sekitar Murray Street (ala2 bukit bintang) dan London Court sementara waktu lunchbreak Joey yang masih berbaki. 







Then Joey tinggalkan kami di Tour Point untuk meneruskan perjalanan pusing2 Perth dengan double decker bus (nama tour ni – Perth City Sightseeing Tour). Fees nyer AUD 27.50 / adult, AUD 17.00 childen. Best jugak, dapat la pusing Perth. Lupa nak cakap, ticket ni valid untuk 2 hari. Jadi sapa yang tak puas naik sekali, boleh naik berkali2, asalkan dalam masa 2 hari tu. 






Masa tour ni lah kami singgah di King’s Park selama lebih kurang 2 jam, sebelum ke destinasi seterusnya. Ambil gambar mana yang patut Last destination adalah di Barrack Jetty, tempat kami naik ferry awal pagi nyer. Kat situ jugak ada The Bell Tower, boleh view Perth. Ticket masuk saya tak perasan sebab masa kami sampai tu tower tu dah tutup. Huhu. Hanya sempat bergambar je. 









Malamnyer, Joey gatal mulut pulak bukak cerita pasal pinggan mangkuk yang murah, dengan itu en.rizal tersayang tak boleh kata apa, lalu mengiyakan saja. Ekekekkeee. Mula2 kami berdua memang ada intention nak ushar2 pinggan mangkuk kat sana, tapi tgk masa macam kurang sesuai je. Bila dah di’offer’ memang laju lah jawabnyer kan Untuk itu kami ke Big W lebih kurang 20minit dari rumah.

MoU dengan en.rizal, kalau berjaya dapat both corelle & corningware kat sini, sumpah saya tak ajak dah beli pinggan mangkuk, sebab yang lain alhamdulillah dah cukup dah hasil dari berjinak2 beli sikit2 dari bujang dulu. Memang nampaknya tak sia-sia usaha kami sebab kat sana corelle 16 pcs baru AUD 87.00. Lepas tu ushar Corningware, advertisement kemain lagi, tapi habuk pun tarak, dah habis stock gamaknyer. Hhuhuhuhu. Niat di hati, dapat Corelle 1 set, corningware 1 set jadi la kan, sorang bawak satu set dan tak lah nampak banyak sangat. Tapi bila dah takde rezeki nak rembat corningware, ape lagi rembat lah corelle 2 set.


Kalau ikut hati nak lagi, tapi en.rizal dah jeling2. Ahahahaaaa. I jenis tak makan saman punyer, jeling pun jeling la:p ekekkekee. Terus saya cakap pada en.rizal maksudnya pencarian saya belum lagi selesai. Jadi kena en.rizal kena SOKONG usaha gigih saya seterusnya tak kira lah di Singapore atau di Langkawi (langkawi tak murah mana pun) huhuu...



Day 3 

Hari ni misi nak ke Perth Zoo yang hanya 10 minit dengan berjalan kaki dari rumah. Entrance Fee AUD 20.00, Cuma yang kami kurang puas hati sebab takde show seperti yang dijanjikan dalam schedule. So kami hanya menikmati apa yang ada di sana sambil ambil gambar jugak mana yang patut. Separuh hari dah habis di zoo.









Lunch di rumah, lepas tu kami ke Fremantle untuk visit Fremantle Prison dan yang paling penting ke E-Shed Market untuk shopping souvenirs, dan lepas tu ke Kaili’s untuk dinner.





I’ll bet, memang pencinta seafood mesti puas hati layan seafood kat Fremantle ni, semua fresh and yummy! Rase nak makan hari2:p 








InsyaAllah, saya sedang mendraftkan entry ke-2 dalam wordpad, dah complete nanti saya postkan entry kedua pasal perth ya?


To be continued.....:) 

3 comments:

Azhar said...

salam...sy tercari cari info abt perth.booked tiket br2 ni masa airasia offer rm150 per person.so 2org plus tax rm1404.murah x?lupa plak ttg australia ada 4 seasons,accidently flight booking for incoming july is winter period.alamak...kang demam g sana.sejuk sangat tak kat sana time tu?byk halal food tak?harap awak bleh tolong.hehehe.. p/s:sy dh baca ur blog abt trip to perth,quite exciting...
(niza, azhar's wife)

^m.r.s. f.a.r.i.z.a.l^ said...

hi niza. klu harga gitu kira ok tau. aritu kami rm1200 return/2 pax/+extra luggage+seat booking+meals. Yes, kalau july mmg tgh winter,kami pegi aritu late June,winter baru nak start, lom peak lagi. waktu siang suhu paling rendah masa tu 10C, malam cecah 2C jugak, huhu. kalau waktu peak mebi lagi sejuk. hehe. takpa, merasa la winter kat negeri orang,hehe. bwk la jacket tau, jgn jd mcm saya, bawak cardigan je sbb budjet tak sejuk sgt..huhuuu..!

halal food boleh tahan byk. ade restoren D'tandor kat mill point road, Charcoal chicken(restoren lebanon), Restoren Love & Care (Asyaari Muhd) kat Perth City. enjoy your trip ye! apa2 nak tanya leh tanya lagi;)hehee..

island explorer said...

salam. hi semua nak share my wonderful experience to perth recently. last mth pergi perth with family. 12 pax. then as u all know lah kan australia makan dan tmpt penginapan memang mahal. so i pun google and ask around if ada homestay or holiday homes ke yg boleh muat all of us. then my cousin recommendkan mahira holiday homes. rupanya kepunyaan org melayu malaysia kita. syukur alhamdulillah. i contact anak owner 0123360098 and guess what? she arrange for me very very well. dari pick up airport perth sampailah dia hantarkan pulang ke airport perth. rumah holiday home mereka..memang thumb up lah. service excellent. owner memang friendly dan sgt helpful.mereka siapa ada kereta sewa. tapi kalau gementar nak drive, diaorg pun buat tour pakej.harga memang sgt murah. alhamdulillah jumpa holiday home ni, dpt kami masak sendiri dan jimat byk. dapur memang lengkap dengan washer machine. rumah luas dan sgt well fully furnished. i definately recommend this to my family, friends and to sesiapa nak ke perth :)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...