Social Icons

Sunday, September 19, 2010

Sempurna sudah, alhamdulillah:)


Alhamdulillah, sempurna hajat bila majlis tahlil serta doa selamat & house warming dah terlaksana. Hajat dihati nak buat 18hb Sept, memandangkan schedule en.rizal yang tak tahu entah bila kena panggil bekerja jadi kami sepakat buat pada 14 September walaupun baru hari raya ke-5. Terima kasih kepada yang sudi meluangkan masa, yang datang dari jauh pun ada. Lain kali boleh datang rumah lagi yer:))

Menu kali ni simple aje, Nasi Impit-Kuah Lontong-Sambal tumis ikan bilis, Kuah Kacang, Roti Jala & Kuah Kari dicater oleh Ummi Catering. Laksa pulak kami sekeluarga masak sendiri. Pencuci mulut puding keladi & buah tembikai. Gambar menu2 takda sebab kami berdua tak berkesempatan pegang camera, harap ciknani & cikafrina je yang snap. Mekaceh lah yer. Harap-harap kenyang perut tetamu yang hadir, heheee..

Entry ini banyak gambar yer. Jangan muntah pulak tgk gambar, hehe. Tak dan nak ngarut panjang2. Jadi layan aje lahh:)


Pak Shuhay, Ustaz, Pak Anjang & Pakcik Luqman

Merai tetamu pertama yang hadir dari Shah Alam ; Mak Anjang & Hajiraa. Mekaceh sudi datang, rugi hilwana, Ifi & Yeop tak datang

Haaa.. ni la kak liza, neighbour sebelah rumah. chicken chop dia best in tiara!:)

Anak Kak Liza, Mikail. Belakang tu mother in law (mil) saya:)

Anak sepupu belah rizal : Ku'ee, Yasmin & anak kak shidah

Model Kuih raya tunjuk2 gamaknyer. Mcm adik beradik kannn?:p

makcik teha

Member en.rizal, Adzim & wife Kak Niza serta baby girl nyer. Mekaceh daun keladi, jauh2 depa mai, sampai jugak:)

Borak dengan Kak niza, sambil kasi landing kat baby sat.

Kidnapped baby Kak Niza while mummy nyer tengah makan, hehe.

Hani & gelagat nyerr. hehehe. jeles tgk rambut hani ok.

Ku'ee sengih ape ntah tu.

Faiz champion, landing dari awal sampai ke sudah tak bangun2, hehehe,,

Cik Nawal, Tokey kuih tart nenas yang mabeles yang datang dari teluk intan. sapa nak order?:p

Member en.rizal jugak Shaiful, Fizah, Alyssa. Mak Fizah pun datang tapi takde lak dalam gambar. Mekaceh sudi datang dari jauh, lain kali jemput datang lagi yerr:)

Pak Ngah & Naim

InsyaAllah, ada masa nanti update lagi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...